Archive for June, 2007

30
Jun

Respon Isu-Isu Terkini

Semalam telah berlangsung satu Sidang Media bersama wartawan luar dan dalam negara bertempat di Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Antara yang diulas adalah berkenaan perjalanan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu dan juga beberapa isu keluar-masuk bekas pimpinan parti.

Liputan mengenai ulasan-ulasan tersebut boleh dirujuk di Laman Web Rasmi KeADILan dan Suara Keadilan Online.

29
Jun

Anwar Ibrahim: ‘With education comes tolerance’

Berikut adalah liputan daripada Netherlands Institute For Multiparty Democracy

Anwar Ibrahim: ‘With education comes tolerance’
28 June 2007

‘Islam and democracy go together just fine,’ according to Professor Anwar Ibrahim. The Malaysian Muslim democrat recently spoke at two NIMD co-hosted public lectures about Islam and democracy in the Netherlands.

[Mr Anwar Ibrahim and NIMD’s Director of the Multilateral Programme Mr Alvaro Pinto Scholtbach, who chaired the lecture about Islam in the public domain at the Ministry of Interior and Kingdom Relations in The Hague on 19 June 2007] In the West it is widely held that Islam and democracy are incompatible or at least a problem. Speaking at a NIMD co-sponsored conference on Islam and Democracy at the Free University of Amsterdam on 18 June, the former deputy Prime Minister of Malaysia conveys a different view. ‘Just look at Indonesia, the biggest Muslim country, and India or Turkey’, he says: ‘all countries with long democratic traditions and a large Muslim population’.

Of course there are concerns about the rising popularity of Islamic fundamentalism – also in these countries. However, according to Mr Ibrahim, this has more to do with poverty and lack of education than with the alleged anti-democratic radical nature of Islam. ‘With education, people will become more tolerant.’ Also corruption and the exclusion of groups from access to power and information may lead people to turn their back against society: ‘We have a battle for democracy, not with Islam.’

He is not afraid that democratic institutions will be undermined once radical Muslims come to power through democratic elections. In a strong democracy with freedom of speech and independent media excesses will be corrected by the people, he argues. ‘This fear of Islam hijacking democracy is hypocrite and merely shows a lack of belief in the strength of our democratic institutions.’

As for work of democracy assistance by organisations such as NIMD, Mr Ibrahim believes they ought to focus their support on democratization processes in Indonesia and Turkey. For the success of democracy in the Islamic world these countries are much more important than Afghanistan and Iraq, he says, adding that the international community should also reconsider its focus on the minority of (secular, liberal or non-Muslim) democrats in these countries. ‘You cannot disregard the Muslim majority. You have to engage them.’

Moral consistency

Mr Ibrahim has been actively involved in the dialogue between religions and within the Muslim community itself. Ibrahim stressed the need for continuous debate and engagement of all Muslim groups. ‘Muslims should talk together. The moderate voices must have the courage to confront the radical Muslim brothers. And in the global debate we should speak with a consistent moral voice. We should not just point at the atrocities of the Americans in the Abu Greib prison camps, but also confront our leaders with situation in our own prisons.’

Opposition leader

In his home country, Anwar Ibrahim is one of the most critical voices of the government. In 1997, he was fired as deputy Prime Minister and jailed for 6 years after for charges of corruption and sodomy. The trial was highly controversial and seen as politically motivated, because of Ibrahim’s strong stand against corruption by government authorities and the suppression of democratic rights in the country. In 2004 he was released after the High Court repealed the verdict.

Today, he is not allowed to be politically active till 2008 and cannot speak in public in his country. Therefore it needs to be seen how his People´s Justice Party will perform in the next elections in December 2007. But his political agenda for democracy and transparency is clear. ‘Malaysia is no democracy. Europe should speak out and use its influence to push for democratic elections with access to the media for all political parties.’

On 18 and 19 June 2007 Anwar Ibrahim visited The Netherlands for three public lectures. The SID Lecture at the Free University was co-sponsored by NIMD. On 19 June Mr Ibrahim was the key note speaker at the NIMD co-hosted lecture on Islam in the public domain at the Ministry of Interior and Kingdom Relations. Also, Mr Ibrahim met with NIMD staff and representatives of political parties at the NIMD office in The Hague.

27
Jun

Keputusan Kes Eric Chia: Integriti Kehakiman Kian Parah

Pembebasan Tan Sri Eric Chia semalam menjadi satu lagi bukti bagaimana sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri beliau gagal mengotakan janjinya untuk memerangi gejala rasuah.

Kesungguhan mahkamah untuk membuktikan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Eric Chia langsung tidak munasabah memandangkan wujud bukti salahlaku yang jelas di dalam kes ini. Mutu siasatan yang dijalankan terhadap skandal serius ini juga amat mengecewakan.

Sebaliknya, saya telah mengumpulkan fakta yang cukup lengkap sebagai bukti rasuah dan penyelewengan berdasarkan laporan audit Price Waterhouse Coopers. Bahan-bahan ini telah melibatkan Chia di dalam pelbagai kegiatan bertentangan dengan undang-undang daripada melupuskan dana sehinggalah pembayaran yuran yang tinggi dan tanpa sebab kepada firma guaman Datuk VK Lingam.

Dengan rekod sistem kehakiman negara yang telah tercemar, memang tidak mengejutkan bahawa perbicaraan ini akan berakhir dengan pembebasan selepas sandiwara yang begitu berpanjangan. Apabila wujud bukti rasuah yang jelas dan tidak dapat dipertikaikan Peguam Negara telah mengenepikannya, kesalahan di mana beliau dan Ketua BPR sepatutnya meletak jawatan atau disiasat segera.
.
Ketika kita di ambang apa yang dijangkakan pilihan raya wal, rakyat Malaysia sepatutnya memahami niat dan matlamat kerajaan Barisan Nasional dengan jelas. Rasuah masih lagi cara pilihan kita, dan retorik anti-rasuah hanyalah untuk digunakan untuk kempen politik tetapi akan dilupakan apabila melibatkan kepentingan mereka sendiri.

Pada masa yang sama, kita boleh menjangkakan berbilion-bilion ringgit yang diselewengkan daripada Perwaja, Transmile dan lain-lain skandal, wang yang sepatutnya diperuntukkan untuk membasmi kemiskinan, pendidikan dan kesihatan akan terus berada di dalam kocek perasuah dan penjenayah yang terus bermaharajalela di negara kita.

ANWAR IBRAHIM

27
Jun

Rasuah: Helah Pimpinan Kerajaan Tutup Kebenaran

Saya kini dalam perjalanan pulang melalui Singapura setelah memberikan kenyataan akhbar di Vienna bersama Mary Robinson, bekas Presiden Ireland dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB serta Penolong Setiausaha Agung PBB. Di sebelah petang saya bersama Vincent Fox bekas Presiden Mexico dan presiden Transperancy International membicarakan mengenai kelunturan keyakinan rakyat terhadap pemerintah kerana merebaknya rasuah serta pentadbiran yang tidak telus.

Mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung PBB bahawa lebih satu ratus negara telah menandatangai peristiharan membanteras rasuah, saya menyatakan agar pertubuhan dunia tidak mudah terpedaya dengan pemimpin kerajaan yang rasuah yang pandai berhelah di pentas dunia walhal rasuah merebak dahshat di negara mereka.

Saya menyarankan agar badan dunia menubuh badan pemantau yang berwibawa.

ANWAR IBRAHIM

25
Jun

Kritikan Tidak Menghentikan Semangat Perjuangan

Dalam banyak pertemuan dan pertanyaan, ada beberapa isu yang sering dibangkitkan:
- pandangan saya mengenai keputusan rakan-rakan yang meninggalkan parti.
- saya kurang berikan perhatian tentang urusan parti kerana terlalu banyak urusan diluar negara.
- masalah pergeseran tokoh tanpa ikhtiar saya meleraikannya.

Tidak dinafikan bahawa saya punyai kelemahan dan keterbatasan. Ada anggapan bahawa dengan kehadiran saya secara berdepan dalam persada politik tanahair, semua kekusutan dan kemelut dapat dileraikan - samada politik, perniagaan atau kewangan. Sesungguhnya ribuan yang bekorban dan berjasa kepada saya, keluarga dan perjuangan. Semuannya berhak membuat tuntutan dan seringkali ada pula yang berbentuk ugutan. Saya tetap bersyukur kerana puluhan ribu lainnya tidak meraih sesuatu selain kesetiaan kepada perjuangan.

Sejak pertengahan Disember lalu saya telah menumpukan sepenuh masa di Malaysia. Hanya sekitar 5 hari dalam satu bulan saya berada di luar negara menyempurnakan urusan Accountability dan Foundation For The Future.

Beban di luar negara dalam bulan ini sahaja yang menjangkau 10 hari termasuk Hardtalk, sidang mengenai Governance anjuran PBB dan kerajaan Austria di Vienna. InshaAllah acara sepanjang Julai urusan parti dan pilihanraya. Meskipun peribadi saya disinggung manakala isu pergeseran di kalangan sebahagian kecil pimpinan berbangkit, saya tidak bersedia menempelak di depan khalayak.

Malah sepertimana dimaklumi saudara/i, saya tidak menjawab secara terbuka kritikan teman-teman. Memadai untuk ditegaskan bahawa segala ikhtiar yang mungkin telah diusahakan dan sebarang ikhtiar lainnya tanpa mengurbankan prinsip akan terus diusahakan. Namun kita jangan asyik mengelamun. Kerja dan program perlu terus ditingkatkan.

ANWAR IBRAHIM

24
Jun

Anwar Tamu Undangan Program HARDTalk 26 Jun 2007

PEMBETULAN: Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan diundang sebagai tamu khas di dalam program BBC News ‘HARDTalk’ pada 3 Julai 2007 (anda disaran untuk membuat semakan di initisari rancangan program ini untuk mengesahkan tarikh dan masa yang tepat).

HARDTalk boleh ditonton di saluran BBC World pada 04:30 GMT, 1530 GMT, 1930 GMT, 0030 GMT.
Rancangan ini boleh juga ditonton di saluran BBC News 24 pada 04:30 and 23:30.

24
Jun

Buat Pendukung Perjuangan: Perkukuhkan Saf, Mantapkan Iltizam

Saudara/i,

Saya sempat merenung panjang usul saudara/imengenai kedudukan parti tatkala didera dengan cuaca musim panas padang pasir.Secara keseluruhannya parti masih utuh namun belum cukup bergema.

Cuaca panas padang pasir di sekitar kota Manama, Bahrain. Kita bersyukur kerana secara keseluruhan parti terus utuh dan mantap walaupun kurang bergema. Berita positif dari segi penambahan ahli, penyertaan tokoh profesional dan korporat, penyeberangan ribuan ahli Umno dan MCA ke KeADILan tidak dihebah termasuk dalam media alternatif.

Dan yang banyak dihidang terutama dari media utama milik Umno-BN adalah fitnah dan serangan terhadap pemimpin dan parti. Cuitan kini banyak berpunca daripada media alternatif yang memihak tetapi banyak menyentuh individu yang sudah lama tidak muncul dalam wadah parti.

Saya masih yakin dengan gagasan dan wadah yang telah kita ikrarkan sebagai sumpah keramat bersama. Malah sungutan yang banyak diluahkan tidak menjurus kapada persoalan pokok perjuangan. Seringkali ada yang kurang arif dengan hakikat bahawa disiplin berjamaah menuntut saf pimpinan di pelbagai peringkat yang berlapang dada, bersedia meningkat muafakat dan tidak pantas menghukum, bebal dan mudah menyisihkan kelompok yang dikira
tidak sehaluan.
Continue reading ‘Buat Pendukung Perjuangan: Perkukuhkan Saf, Mantapkan Iltizam’

23
Jun

Takziah Buat Fatemah

Graduan Universiti Georgetowan, Fatemah Khimji meninggal dalam satu kemalangan jalanraya di ohio bersama ayahnya dua hari lalu.

Anak Amerika ini mengikuti kuliah saya tahun lalu, seorang yang pintar dan aktif dalam kegiatan universiti dan da’awah. Saya terharu kerana belum menjawab emailnya yang terbaru mengikuti perkembangan politik Malaysia dan bercadang untuk bekerja secara sukarela di Malaysia untuk menyokong agenda perubahan.

Sabentar tadi saya menerima email dari Porf kanan Dan Potterfield yang ke Ohio bersama 25 mahasiswa Universiti Georgetown dari pelbagai agama menziarahi jenazah allahyarham.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Fatemah. Amiin…

22
Jun

OIC Kian Lesu, Apa Peranan Malaysia?

Apa lagi berita sugul yang dihidangkan? Serangan tentera Amerika kian ganas, dan pertempuran sesama Muslim di Iraq kini meragut ratusan nyawa setiap bulan. Warga Iraq yang berpindah dan mengemis di luar negara menjangkau 4 juta orang.

Di Afghanistan, pembedilan tentera Amerika mengorbankan kanak-kanak di madrasah. Hamid Karzai tidak berupaya mentadbir tanpa dukungan tentera Amerika dan NATO. Kawasan tadbir mereka tertumpu di sekitar Kabul.

Tindakan Amerika dan Israel menolak pemerintahan demokratik pimpinan HAMAS cukup mengaibkan. Bangsa Arab dan umat Islam terus dihina. Walhasil bukan penyelesaian yang dicapai tetapi penghakisan kuasa rakyat Palestin. Mengapakah dijadikan beban dan kerja sukar sekadar berunding dengan HAMAS?

Di Pakistan, tindakan Pervez Musharaf menyingkir ketua hakim yang mengakibatkan kegawatan politik dipertahan oleh pentadbiran Amerika. Di sebaliknya pentadbiran demokratik Parti Keadilan (AKP) pimpinan Perdana Menteri Erdogan dibiarkan terus berentap dengan ugutan pihak tentera Turki tanpa sebarang kenyataan mempertahan hak rakyat dan demokrasi Turki.

Semua isu panas tersebut memberi bahang ke lubuk hati umat islam dan pencinta keadilan. Negara Islam membisu lagi. Dan OIC seolah-olah tidak berdaya sama sekali.

Peranan Malaysia - tunggu dan lihat!

ANWAR IBRAHIM

21
Jun

Catatan: Dari The Hague Ke Brussels

Saya tiba di Belanda atas undangan institut parti-parti politik Belanda, Free University Amsterdam. Belanda yang selama ini mengamalkan dasar toleran terhadap masyarakat Islam sekonyong-konyong memberi liputan negatif terhadap Islam. Ini berpunca daripada kes pembunuhan Seniman Van Goh dan hebahan kes wanita Muslim yang bangga meninggalkan Islam dengan menyerang Ulama’ dan Hukum Islam.

Dalam 4 pidato yang disampaikan termasuk pidato tahunan anjuran institut terkemuka, dan di Kementerian Dalam Negeri Belanda, saya menyelar sikap angkuh barat terutamanya Amerika Syarikat seperti mana yang berlaku akibat penaklukan Iraq, kegagalan di Afghanistan, dukungan terhadap Israel yang terus menindas rakyat Palestin serta sikap selingkuh terhadap Iran kerana keupayaan tenaga nuklear sementara melayani karenah Israel dengan tenaga nuklearnya.

Soalan dibangkit berkaitan shariah dan maqasid, demokrasi dan kebebasan, ekonomi dan pembangunan Dunia Islam. Saya juga banyak ditemubual TV dan media Belanda.
Continue reading ‘Catatan: Dari The Hague Ke Brussels’

18
Jun

Kini Waktu Untuk Bekerja!

Perbincangan dengan pemimpin KeADILan Bahagian di Negeri Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang pada hari Jumaat; dan WP Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan semalam rancak sekali.

Ada Ketua-ketua Bahagian yang mengemukakan pandangan dengan tegas, mendesak agar Pengerusi Perhubungan yang bakal dilantik perlu lebih berwibawa.

Saya gembira dengan konsensus untuk mengangkat Sdr Nasaruddin di Perlis untuk menggantikan Cikgu Bidin, dan saya bangga dengan kesediaan Cikgu Bidin membantu sahabatnya mengelola KeADILan Negeri Perlis.

Mengenai Negeri Kedah, saya memohon pengertian rakan-rakan untuk melepaskan Sdr Johari Abdul untuk membolehkan beliau memberi tumpuan kepada Jawatankuasa Pilihanraya Pusat. Dan peguam kanan Farid Zakaria akan menerajui KeADILan Negeri Kedah.

Rakan-rakan di Selangor umumnya mendesak supaya Tan Sri Khalid terus memimpin Selangor. Tetapi beliau kini adalah Setiausaha Agung dengan beban kerja yang menimbun. Maka saya mengusulkan nama bekas Timbalan Menteri Besar Selangor dan Profesor di Universiti Malaya, Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad

Negeri Sembilan akan diterajui bekas Setiausaha Agung, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas. Saya bergurau mengenai syarat tambahan buat sahabat karib saya ini, iaitu lebih senyum dan sabar mendengar hingar bingar suara bantahan.

Perkembangan di Melaka lebih rumit untuk mendapatkan konsensus. Saya usulkan agar mereka terus menerima Puan Zainon Jaafar. Ramai pimpinan KeADILan Pusat berasal dari Melaka termasuk Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan Tian Chua, Ahli MPT Khalid Jaafar dan panglima Omar Jaafar akan menjana kekuatan baru Melaka, InshaAllah.

Negeri johor memohon bantuan tokoh rakyat, Abdul Razak Ahmad setelah Dr. Zaliha Mustaffa memutuskan untuk lebih aktif di Pergerakan Wanita.

Wilayah Persekutuan KL menerima pengunduran pejuang gigih, Dr Sanusi Osman kerana keuzurannya. Tokoh baru telah dikenalpasti, tetapi buat sementara ini dipangku oleh Ketua KeADILan Bahagian Bandar Tun Razak, Sdr Azman Zainal Abidin. Hal yang sama berlaku di Terengganu dan jawatan Pengerusi dipangku oleh Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub.

Kelantan terus dipimpin oleh Sdr Nik Mahmood dan Pahang oleh Sdr Zakaria Abdul Hamid.

Umumnya saf kepimpinan kali ini lebih mantap dengan perwakilan tokoh-tokoh lama dan baru, aktivis dan profesional, wanita dan pemuda dari semua wilayah dan kaum.

Kini waktu untuk bekerja!

ANWAR IBRAHIM

—————————————————————————————-

Berikut adalah senarai Pengerusi Perhubungan KeADILan yang telah dilantik di dalam Mesyuarat MPT semalam:

Perlis: Sdr Nasaruddin Hj Sidek
Kedah: Sdr Farid Zakaria
Pulau Pinang: Dato’ Zaharin Mohamed Hashim
Perak: Haji Ismail Yusof
Selangor: Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad
Wilayah Persekutuan: Sdr Azman Zainal Abidin (pemangku)
Negeri Sembilan: Dato’ Kamarul Bahrin Abbas
Melaka: Hajjah Zainon Jaafar
Johor: Sdr Abdul Razak Ahmad
Pahang: Sdr Zakarian Abdul Hamid
Kelantan: Sdr Nik Mahmood Nik Hassan
Terengganu: Sdr Mustaffa Kamil Ayub (pemangku)

18
Jun

Rakaman Program BBC World The Interview

Ramai yang bertanya mengenai program kelolaan BBC ini,ada juga yang terkeliru apakah rancangan ini disiarkan di Saluran BBC.

Berikut adalah merupakan rakaman program temuramah The Interview bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Para pengunjung boleh mengikutinya di sini.




Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

DSAI Menerangkan Dasar Harga Petrol Alternatif

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

June 2007
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930