Archive for May, 2007

21 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

teori menanyakan:

assalamualaikum…..DSAI.

Mohon DSAI ulas statement Adnan Mansor di Agendadaily… teori saya ialah Adnan Mansor cuba promosi diri menjelang pilihanraya ataupun untuk promosi Tahun Melawat Malaysia sahaja maaf taiplah Dato Sri.. pelancong kurang tapi pelacur yang ramai masuk sekarang ini..Tv3 highlight tiap-tiap hari..yang cemerlang saya nampak sejak jadi Menteri Pelancongan ini.. rumah urut berlesen multiservice merata-rata …ini bukan cubaan.. ini betul-betul ..hehe apalah nak jadi dengan Malaysia?

Untuk KJ, janganlah nak merapu-rapu kisah LoJInG tu.. perangai awak tu nak kena tertib..biasa tau tak perkataan KENan? awak tu kena pantang ayat.dah nak jadi bapak dah pun..jangan merepek tak tentu hala..faham? {minta-minta lah yang berkenaan pun baca sama.. :-)

Teori,

Soalan Khairy mengenai Foundation For Future telah dijawab, malangnya tidak disiarkan di mana-mana media arus perdana, biasalah, demokrasi acuan Malaysia memang begitu.. Jawapan tersebut akan dengan sendiri menikam mereka. Jangan lupa isu Umno-BN membayar pelobi Yahudi dan pengusaha judi Amerika Jack Abramoff. Apa agaknya jawab Khairy?

Mengenai Adnan Mansor, tidak ada hujah dan fakta konkrit, justeru tidak perlu dilayan.

20 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat. Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan..

Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar.

Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O’ Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan. Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan.

Walaubagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain.

Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan. Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi. Jawatankuasa eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan perlantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara.

Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan Umno, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini. Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit.

ANWAR IBRAHIM
Pengerusi Yayasan Masa Hadapan

20 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Dr. Lee Boon Chye, Naib Presiden KeADILan telah menganjurkan satu jamuan di Rapat Setia, Ipoh malam tadi. Lebih 1000 tetamu yang membeli tiket bagi menjayakan majlis tersebut. Perkembangan ini amat menarik kerana menunjukkan kesediaan rakyat bersama menyokong KeADILan.

Saya menekankan di antara lain keperluan memperkenalkan budaya politik baru yang tidak bercorak perkauman sempit tetapi mempertahankan prinsip perjuangan berlandaskan keadilan. Kejayaannya bergantung kepada pimpinan yang waras dan matang, tidak sekadar mengangguk setuju belaka atau tidak punyai keberanian menyuarakan pandangan kerana kononnya sensitif.

Dari Ipoh kami bergegas ke Bukit Merah menghadiri majlis jamuan anjuran KeADILan Negeri di bawah pimpinan Sdr Ismail Yusuf. Azizah tiba lebih awal satelah berada semalaman di Permatang Pauh dan petang sebelumnya di Bagan Serai, Perak. Saya perhatikan dewan dipenuhi pimpinan KeADILan Negeri Perak, beberapa pemimpin Pusat serta tetamu lainnya. Sebelum berucap saya meminta pandangan Azizah apakah wajar saya mengungkapkan persoalan yang agak serius dan ilmiah?

Saya memberikan penafsiran maksud nilai dan akhlak dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara malah buat kemanusiaan sejagat. Saya mengupas maksud Al-Quran “uswatun hasanah” dan Hadith Rasulullah SAW “makarimal akhlaq”. Saya bandingkan konsep ihsan atau virtue mengikut ajaran Kung Fu Tze dan menyinggung wacana Arjuna dalam epik Hindu.

Kemudian saya rumuskan pandangan Mahatma Gandhi mengenai “apa yang benar dari sudut politik tidak mungkin salah dari segi moral dan apa yang benar dari sudut moral tidak mungkin salah dari sudut politik“. Maknanya isu nilai dan akhlak harus tuntas dan mungkin dirubah menurut zaman atau selera penguasa. Demikian kupasan filasuf Jepun Toshihiko Itsutzsu yang menekankan di antara lain bahawa sistem nilai dan akhlak Islam mantap dan tuntas sebagai “morally justifiable principle“.

Ini bermakna rasuah di kalangan pegawai rendah harus dibanteras bersama rasuah di kalangan penguasa politik. Pemerasan hak rakyat atas nama pengagihan saham, komisyen pembelian senjata, kontrak sama saja rasuah meskipun istilah dirubah dan kaedah lebih canggih.

20 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Dermaputra menanyakan:

Datuk Seri,

Saya ingin merujuk semula soalan saya berhubung dengan skandal Wolfowitz yang pernah saya utarakan di blog ini bulan lalu (namun masih belum menerima respons Datuk Seri sehingga kini) dengan merujuk kepada laporan akhbar NST hari ini dan kelmarin yang seolah-olah cuba mengaitkan Datuk Seri sebagai salah seorang yang terlibat dalam urusan kenaikan posisi
Shaha Riza di Bank Dunia.

(Kita percaya, akhbar sampah sebegini memang sengaja mempromosikan nama Anwar Ibrahim dengan tujuan memburuk-burukkan beliau)

Mohon respon dan kenyataan balas dari Datuk Seri berhubung isu ini. Juga apa perkembangan terkini Foundation For The Future.

Dermaputra,

Sdr mengaitkan berita sensasi “akhbar sampah” dan saya tidak berhasrat melayani. Mengapa NST tidak melapurkan mengenai bayaran kepada pelobi Yahudi Jack Abramoff olih kerajaan Umno-BN? Tidak pula disentuh mengenai Goldman Sachs yang dilantik Khazanah sebagai penasihat.

Mengenai yayasan yang saya pengerusikan dan tindakan yang diambil akan saya jelaskan dalam waktu terdekat. Kami mengalukan siasatan terbuka.

ANWAR IBRAHIM

19 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

freepress menanyakan:

Salam sejahtera. Saya tersenyum bila membaca tulisan Datuk Seri yang menyatakan langkah kerajaan mengharamkan buku perihal rusuhan kaum buku 13 Mei mencabuli kebebasan bersuara. Apakah Datuk Seri sudah membaca buku itu? Apakah Datuk Seri memahami konteks penulisannya? Kelihatannya, Datuk Seri kebelakangan ini lebih suka bersikap populis, membangkang apa jua langkah kerajaan, yang sebelumnya amat Datuk dokong prinsip
pentadbirannya. Yang terserlah pada pemerhatian saya ialah, Datuk Seri mengetepikan hakikat rusuhan kaum 13 Mei telah berlalu dan usaha sesetengah pihak untuk cuba menegakkan benang basah yang cuba Datuk Seri sokong bukanlah jalan terbaik untuk dilakukan oleh seseorang seperti anda, mantan timbalan perdana menteri. Apa yang sebenarnya Datuk Seri inginkan
dengan melaungkan ‘kebebasan’ sebagai satu ‘hak’?

Freepress,

Saya membaca buku karya Dr. Kua Kia Soong. Kita tidak boleh mendabik dada membicara soal kebebasan tetapi mendokong pengharaman buku. Sekiranya kita ingin membantah silakan saja. Tetapi jangan menghebah pandangan kita dan menyekat pandangan lainnya. Yang menulis punya hak untuk menyuarakan pendapat. Andai kerajaan tidak melihat penulisan itu sesuatu yang tepat, maka sanggah dengan fakta, bukan pengharaman.

19 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Zumar memberi pendapat:

Assalamualaikum Dato Seri,

Saya ada 3 cadangan supaya pihak BA mengeratkan lagi pakatan menjelang GE12 ini.

1) Membentuk kerajaan bayangan peringkat persekutuan. Lantik Menteri-menteri BA di kalangan parti2 pembangkang sekarang (KeAdilan, DAP dan PAS). Monitor setiap kementerian BN dengan kementerian BA yg di lantik supaya Menteri BN will always be on their toes. BA kena tunjuk pada rakyat semua yg BA mampu bentuk kerajaan dan boleh tadbir negara. Jangan tunggu bila menang baru nak start. Mula sekarang walaupun tak ada gaji…meaning BA sedia berkhidmat untuk rakyat walaupun tak ada gaji. Dedahkan setiap penyelewengan dalam setiap kementerian BN di samping itu gariskan improvement yang BA akan buat jika mendapat mandat rakyat. With this hopefully rakyat akan sedar. BN anggap pakatan BA tak akan berjaya, maka buktikan mereka salah.

2) BA should come out and use 1 logo for this coming GE. Kesatuan BA akan membawa padah pada BN, tapi pertelingkahan BA dengan sifat nafsu-nafsi akan pasti menguntungkan BN. Macam mana rakyat nak yakin pada BA kalau just to come out with 1 united logo pun BA tak dapat buat. Itu adalah senjata BN utk beritahu rakyat bahawa BA tak mampu tadbir negara.
(more…)

18 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Cadangan pengharaman buku May 13 Declassified Documents on the Racial Riots of 1969 mencabuli kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Di dalam era di mana maklumat tersebar secara bebas, dan kebebasan Perlembagaan mesti dihormati dan bukan dicabuli, undang-undang dan peraturan yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyekat penerbitan mestilah digunakan hanya dalam keadaan-keadaan yang cukup luar biasa.

Buku tersebut mungkin mengundang kontroversi, tetapi sekiranya kerajaan tidak bersetuju dengan isu-isu yang dibangkitkan, kerajaan sepatutnya menyanggah isu-isu tersebut dengan cara yang terbuka dan telus. Sebagaimana isu-isu berkaitan agama, kerajaan tidak boleh menggunakan tindakan keras untuk menutup perbincangan awam secara berterusan. Ini tidak termasuk hakikat bahawa menyekat buku tersebut akan secara langsung meningkatkan nilainya dan menaikkan keinginan pembaca. Lebih penting lagi, pengharaman buku ini akan memperkukuhkan lagi tesis bahawa rusuhan 13 Mei tersebut sememangnya disebabkan oleh rampasan kuasa yang dirancang pimpinan tertentu untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.

Secara peribadi, saya menganggap buku ini sebagai proses untuk memberi penjelasan kepada rusuhan perkauman 13 Mei yang selepas hampir empat dekad terus dibincangkan secara senyap memandangkan tiada jawapan muktamad yang diberi oleh pihak berkuasa. Sememangnya akan wujud perbezaan pendapat berkenaan kejadian tragis di dalam sejarah kita dan saya menyeru rakyat Malaysia untuk mempunyai pemikiran terbuka di dalam perbincangan ini dan terus menghormati sensitiviti semua kaum.

ANWAR IBRAHIM

18 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Acara di Kelantan begitu ketat sekali tetapi amat memberansangkan. Ternyata semangat dan keghairahan di peringkat akar umbi yang terus melonjak. Fitnah negatif media rasmi tajaan Umno-BN atau karenah beberapa individu di dalam parti tidak perlu dihiraukan.

Di Kota Bahru saya rasmikan Pusat Khidmat KeADILan Bahagian Kota Bharu. Saya diundang untuk menerima keahlian baru seramai dua ribu orang kebanyakannya dari Umno. Di Pasir Mas, saya terharu melihat kegigihan pimpinan KeADILan bahagian menyewa pejabat dan bilik gerakan. Pasir Mas merupakan kawasan pilihanraya yang ditandingi calon PAS,YB Ustaz Ismail Noh, tetapi komitmen KeADILan begitu jitu. Bangunan tidak gagah dan megah malah boleh dikira daif. Yang membanggakan ialah pengorbanan pimpinan bahagian mengumpul dana dan memperkemas jentera parti.

Dialog di Hotel Perdana jam 8 malam dihadiri ramai masyarakat Cina, India dan Siam. Saya mengulas isu perpaduan dan keadilan sejagat. Perhimpunan malam di Dataran Majlis Daerah Ketereh dibanjiri puluhan ribu orang. Saya mengupas makna kemerdekaan sempena 50 tahun merdeka. MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz turut berucap menegaskan keperluan istiqamah dalam perjuangan menegak makruf dan menolak kemungkaran tatkala mengulas penyelewengan di Ijok dan perjuangan menentang kezaliman Umno-BN.

ANWAR IBRAHIM

18 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

saya merujuk kepada beberapa cadangan dan formula buat KeADILan/BA yang dicadangkan oleh Tak Kisah dan beberapa teman pengunjung yang lain. Alhamdulillah, saranan sdr bernas dan perlu diberikan pertimbangan segera. Cadangan tersebut akan saya bentangkan di mesyuarat pimpinan KeADILan minggu ini inshaAllah.

Sebahagian dari isu telah dikupas secara terperinci saperti kenaikan tol, harga air di Selangor, SPR, kenaikan harga minyak dan lain lain isu. Tetapi banyak isu lain yang disebut perlu dikaji dan laporannya perlu didedahkan secara lebih berkesan lagi.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan balas daripada para pengunjung,khususnya di dalam merangka agenda politik, sosial dan ekonomi rakyat.inshaAllah mana-mana buah fikiran yang menarik boleh kita ketengahkan demi mempertingkatkan kepedulian KeADILan kepada rakyat marhaen.

ANWAR IBRAHIM

16 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Terence Netto

Malaysiakini

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kontroversi berkaitan kenyataan dibuat dua ahli parlimen Barisan nasional berkaitan wanita dengan mengatakan beliau memahami “kemarahan yang dirasai, khususnya oleh kumpulan wanita, mengenai tahap rendah terbaru di dalam tahap perdebatan Dewan Rakyat.”

Bahasa menggambarkan pemikiran, kata Anwar, dan bahawa sesetengah ahli Parlimen BN di dalam apa yang sepatutnya dianggap dewan yang mulia menggambarkan tahap pemikiran mereka.

Beliau menganggap tahap ini sebagai “memalukan” dan bertanya, “Apakah yang mereka buat di dalam Dewan?”

Pada minggu lepas wakil rakyat BN Mohd Said Yusof (Jasin) dan Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) mengeluarkan kata-kata “beliau bocor sekali sebulan” terhadap wakil rakyat DAP Fong Po Kuan (Batu Gajah).

“Ini bukan pertama kali kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh penyokong kerajaan di Dewan”, kata Anwar.

“Ini menggambarkan kegagalan pimpinan BN untuk mengawal wakil-wakil rakyat ini telah memberanikan mereka sehingga mereka sanggup turun ke tahap ini di dalam ucapan mereka,” sambung Anwar lagi.

“Mereka nampaknya menjadi lebih kurang ajar dan pimpinan BN mencari pelbagai lagi sebab untuk mengelak tanggungjawab di dalam mengawal mereka.”

Insiden tersebut mencemarkan konsep Islam Hadhari Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menimbulkan persoalan sama ada ketua BN tersebut benar-benar mengawal keadaan.

16 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?


Ada beberapa persoalan yang dibangkitkan mengenai Kongres Tahunan KeADILan akhir bulan nanti.

Pertama, perhatian pokok adalah menghadapi pilihanraya umum. Tumpuan perbahasan adalah membina kekuatan dalaman, memahami agenda dan intisari manifesto, merangka strategi berkesan memenangi hati nurani rakyat. Pemahaman jitu adalah mendesak mengenai dasar perjuangan parti serta keperluan meningkat muafakat bersama PAS, DAP, Lembaga Swadaya Masyarakat (NGO) dan aktivis sosial lainnya.

Kedua, isu pemilihan harus mengikut adab dan akhlak. Kita harus waspada dengan muslihat Umno-BN yang akan memperlatkan apa saja untuk memberikan gambaran negatif terhadap perjuangan kita menjelang pilihanraya. Dan menyentuh khusus soal pertandingan jawatan Presiden Parti, saya hormati hak perwakilan dan meminta agar kesopanan dan semangat persahabatan dikekalkan. Isu perundangan yang dikaitkan berkenaan pencalonan saya telah dirujuk kapada panel peguam kanan dan pimpinan parti. Kita punyai alasan dan hujah kukuh dan tidak akan mudah tunduk kapada perencanaan desperado Umno-BN.

Ketiga, bahawa Kongres adalah medan menggilap semangat setiakawan dan perjuangan. Ujiannya adalah kerja dan gerakan, yang perlu dilancar dengan lebih hebat dan gagah sesudah kongres, InshaAllah.

Kini tiba ‘Masa Untuk Perubahan’.

ANWAR IBRAHIM

15 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Hanif Zuhdi menanyakan:

Dato Seri Anwar,

Sebagai seorang yang mendokong dialog antara agama, pembatalan program ini benar-benar mengecewakan. Kami, mahasiswa Universiti Multimedia telah mengadakan forum antara agama secara berkala di kampus selama hampir dua tahun, menunjukkan dialog yang berterusan dapat tetap dijalankan secara harmoni, walaupun ada juga sesi menjadi tegang dan hangat.

Namun, setelah meneliti berita dan tulisan-tulisan blog mengenai pembatalan, saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan pembatalan tersebut. Pembatalan tersebut ialah atas permintaan Pak Lah untuk menunda, dan ini dipesetujui sendiri oleh pejabat Arcbiskop Canterbury memandangkan situasi semasa yang merumitkan.

Selain kenyataan Dato’ Seri, tidak saya dapati laman muslim lain membicarakan acara ini, seperti perkara ini tiada mendapat sambutan dari kita. Namun, pandangan-pandangan pendokong Kristian dalam blog dan web mereka menunjukkan penantian mereka terhadap acara ini.

Ini suatu kontras! Sepatutnya acara ini dinantikan oleh kedua-dua pihak bukannya hanya sepihak. Tidakkah keadaan ini hanya membuka peluang kepada pihak-pihak agama lain untuk menyerang Islam, di bumi Malaysia sendiri?

Saya sendiri ada kebimbangan mengenai kecederungan acara ini menjadi berat sebelah, kerana perbincangan mengenai “penubuhan majlis antara agama” dan mengenai artikel 13 perlembagaan diadakan tanpa mengambil pandangan daripada ummat Islam sendiri secara harmoni.
(more…)