31
May
07

Catatan Pasca-Mesyuarat Yayasan Masa Hadapan

Sehari suntuk saya mengetuai sidang mesyuarat Lembaga Yayasan Masa Hadapan (Foundation For The Future). Dalam struktur lembaga, ada pengerusi sukarela (tanpa elaun) dan ada presiden selaku CEO bertugas sepenuh masa. Kita masih meneliti nama calon layak sebagai presiden, sebaiknya dari rantau Arab. Mana tahu jika ada calon keturunan Arab dari Malaysia, boleh juga dipertimbangkan, haha! Gaji lumayan, tetapi harus telus dengan peraturan dan pengawasan audit yang ketat. Maka menteri Umno pastinya automatis terbatal!

Sementara itu mesyuarat memutuskan agar saya bertugas selaku pengerusi merangkap presiden. Saya akhirnya terpaksa menerima dengan memberikan dua syarat: pertama, untuk beberapa bulan sahaja dan mengendali tugas dari Kuala Lumpur. Kedua, saya bertugas sukarela dengan dibantu seorang setiausaha di KL yang dibayar oleh yayasan tersebut.

InshaAllah kita akan dapat memilih calon presiden dalam tempoh terdekat dan beban saya dapat dikurangkan. Ada percubaan nakal media Umno-BN mengaitkan yayasan dengan Amerika dan yahudi. Walhal, cadangan pembentukan di akhir 2005 adalah dalam sidang menteri Arab, Afrika Utara, G8 dan Eropah bersama badan NGO di Bahrain.

Setakat sumbangan hanya dari Turki, Jordan, UK, Switzerland, tanpa dana dari Amerika. Majoriti ahli lembaga adalah dari dunia Arab dan Turki. Sidang meluluskan projek pusat media bebas dan memperkukuh suruhanjaya pilihanraya bebas Palestin, penubuhan institusi penggalak NGO, kerja amal berjumlah jutaan ringgit, termasuk di Lubnan, Mesir dan Maghribi (Morocco). Pejabat di Amman, Jordan mulai beroperasi setelah tergendala penyusunan pejabat di Beirut.

ANWAR IBRAHIM


2 Responses to “Catatan Pasca-Mesyuarat Yayasan Masa Hadapan”


  1. 1 kz ahmad Jun 3rd, 2007 at 1:45 pm

    Salam,
    Sempena kedatangan DSAI ke Bahrain, sekumpulan expat malaysia berhasrat hendak bertemu DSA, malah bercadang hendak menyambut di airport. Tetapi pihak kami tidak mengetahui jadual penuh DSAI. Kami hanya ada maklumat yang DSA akan berada di Bahrain. Itupun dari rakan rakan di Malaysia dan menerusi blog.

    Saya ada menghubungi webmaster PKR tetapi tidak ada maklumbalas. Kami rasa agak terkilan kerana hasrat kami hendak bertemu dan berbicara dengan DSAI tidak kesampaian.

    Saya bagi pihak rakan rakan expat di sini berharap dapat dihubungi sekiranya DSAI akan datang ke Bahrain di masa hadapan.

    Salam hormat
    kz ahmad
    Kingdom of Bahrain

  2. 2 Anwar Ibrahim Jun 4th, 2007 at 12:45 am

    KZ ahmad,
    Maaf kerana tidak dapat melayani undangan sdr. InshaAllah saya akan ke Bahrain dalam tempoh terdekat, dan saya akan hubungi pihak sdr.

    Anwar Ibrahim

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031