30
May
07

Lawatan DS Anwar ke Perak - keADILan Perak Jual Tiket Rumah ke Rumah

Berikut adalah laporan daripada pembantu Dr. Lee Boon Chye, SK Chua@ Chua Seng Khoon mengenai laporan lawatan DS Anwar ke Perak 2 minggu lepas. Laporan ini sebetulnya mempunyai satu berita yang boleh dijadikan semangat dan contoh kepada semua pendukung KeADILan. Berita yang dimaksudkan adalah usaha keADILan di Perak untuk mengutip dana dengan menjual tiket dari rumah ke rumah. Usaha ini telah dapat membawa rakyat tempatan untuk bersama DS Anwar.

Dibawah disediakan laporan dan gambar oleh SK Chua:

Jamuan Makan Malam pada 19 Mei 2007 (Sabtu) diadakan di Dewan Tokong Fook Tat Chee, Kampung Baru Gunung Rapat, Ipoh, dan bukan di Rapat Setia seperti dicatatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blog beliau. (Rapat Setia merupakan kawasan pendudukan Melayu yang berdekatan dengan DUN Sungai Rapat, manakala Gunung Rapat ialah sebuah Kampung Baru Cina berada dalam DUN Simpang Pulai)

Antara pemimpin parti yang berucap termasuk Pengerusi Majlis Lau Chuan Lai, Timbalan Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Perak Tai Sing Ng, Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Pemuda Perak merangkap Naib Ketua Bahagian Gopeng Chan Ming Kai, tokoh pejuang Bahasa Ibunda Cina Cikgu Loot dan Naib Prediden merangkap Ketua Bahagian Gopeng Dr Lee Boon Chye.

Persiapan Majlis Jamuan ini hanya sempat diadakan selepas Pilihanraya Kecil Ijok, iaitu dalam tempoh masa 3 minggu sahaja. Namun dengan kerjasama segala AJK Bahagian Gopeng dan Biro Perhubungan Masyarakat, penjualan tiket jamuan dari rumah ke rumah berjalan dengan lancar di sekitar kawasan kuat KeADILan DUN Simpang Pulai dalam Parlimen Gopeng, iaitu Kampung Baru Gunung Rapat, Kpg Baru Simpang Pulai, Kpg Baru Ampang, Taman Ipoh Jaya dan sebagainya.

Akhirnya, kehadiran melebihi 1000 orang dengan majoriti kaum Cina. Mengikut anggaran Dr Lee, Jamuan ini berjaya mengutip dana RM20,000 kepada KeADILan.

Dr Lee Boon Chye dan barisan Pimpinan Ipoh mengiringi kedatangan Anwar Ibrahim Masa perasmian pelepasan 'meriam riben berwarna-warni'DSAI mewakili KeADILan Perak memberikan RM1,000 kepada Dana Pendidikan Lim Lian Giok kepada Cikgu Loot.

Penyokong kuat merangkap peniaga limau tambun (pamelo) Kenny Phon menghadiahkan buah keluaran tempatan Ipoh ini sebagai penghargaannya kepada perjuangan DSAI5.JPG6.JPG


1 Response to “Lawatan DS Anwar ke Perak - keADILan Perak Jual Tiket Rumah ke Rumah”


  1. 1 farrel Jun 6th, 2007 at 3:59 pm

    Assalamualaikum WRMHWTH

    DSAI,

    Secara jujurnya mungkin DSAI perlu melaksanakan reformasi besar-besaran dlm kepemimpinan Keadilan Perak, ini adalah berikutan hampir tiada isu tempatan yang mampu diketengahkan utk menarik hati rakyat perak utk mengundi keadilan khususnya dikawasan luar bandar.

    Kredibiliti pimpinan Keadilan Perak amat membanggakan tetapi hanya melibatkan tertumpu kepada kawasan majoriti bangsa cina, ini adalah berikutan kewibawaan beberapa pimpinan cina terutamanya Gopeng, Ipoh Barat dan Ipoh Timur.

    Prestasi KEADILAN dikawasan majoriti melayu, amat tidak diyakini. Mungkin DSAI bersama JK Pilihanraya KEADILAN wajar mencari formulasi ideal untuk menawan Perak. Mungkin tanggungjawab utama ini wajar dipikul oleh Saudara Mustafa Kamil Ayub yang baru dipilih sbgai Naib Presiden bersama Pengarah & timb. pengarah pilihanraya.

    Tanpa perancangan berkesan, saya percaya KEADILAN pasti gagal menawan walaupun 1 kerusi di Perak terutamanya dikawasan majoriti penduduknya melayu.
    Dengan rasa rendah diri dan penuh pengharapan saya berharap cadangan saya ini diselami dan diberi perhatian sewajarnya.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031