Berikut adalah laporan daripada pembantu Dr. Lee Boon Chye, SK Chua@ Chua Seng Khoon mengenai laporan lawatan DS Anwar ke Perak 2 minggu lepas. Laporan ini sebetulnya mempunyai satu berita yang boleh dijadikan semangat dan contoh kepada semua pendukung KeADILan. Berita yang dimaksudkan adalah usaha keADILan di Perak untuk mengutip dana dengan menjual tiket dari rumah ke rumah. Usaha ini telah dapat membawa rakyat tempatan untuk bersama DS Anwar.
Dibawah disediakan laporan dan gambar oleh SK Chua:
Jamuan Makan Malam pada 19 Mei 2007 (Sabtu) diadakan di Dewan Tokong Fook Tat Chee, Kampung Baru Gunung Rapat, Ipoh, dan bukan di Rapat Setia seperti dicatatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blog beliau. (Rapat Setia merupakan kawasan pendudukan Melayu yang berdekatan dengan DUN Sungai Rapat, manakala Gunung Rapat ialah sebuah Kampung Baru Cina berada dalam DUN Simpang Pulai)
Antara pemimpin parti yang berucap termasuk Pengerusi Majlis Lau Chuan Lai, Timbalan Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Perak Tai Sing Ng, Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Pemuda Perak merangkap Naib Ketua Bahagian Gopeng Chan Ming Kai, tokoh pejuang Bahasa Ibunda Cina Cikgu Loot dan Naib Prediden merangkap Ketua Bahagian Gopeng Dr Lee Boon Chye.
Persiapan Majlis Jamuan ini hanya sempat diadakan selepas Pilihanraya Kecil Ijok, iaitu dalam tempoh masa 3 minggu sahaja. Namun dengan kerjasama segala AJK Bahagian Gopeng dan Biro Perhubungan Masyarakat, penjualan tiket jamuan dari rumah ke rumah berjalan dengan lancar di sekitar kawasan kuat KeADILan DUN Simpang Pulai dalam Parlimen Gopeng, iaitu Kampung Baru Gunung Rapat, Kpg Baru Simpang Pulai, Kpg Baru Ampang, Taman Ipoh Jaya dan sebagainya.
Akhirnya, kehadiran melebihi 1000 orang dengan majoriti kaum Cina. Mengikut anggaran Dr Lee, Jamuan ini berjaya mengutip dana RM20,000 kepada KeADILan.


















Assalamualaikum WRMHWTH
DSAI,
Secara jujurnya mungkin DSAI perlu melaksanakan reformasi besar-besaran dlm kepemimpinan Keadilan Perak, ini adalah berikutan hampir tiada isu tempatan yang mampu diketengahkan utk menarik hati rakyat perak utk mengundi keadilan khususnya dikawasan luar bandar.
Kredibiliti pimpinan Keadilan Perak amat membanggakan tetapi hanya melibatkan tertumpu kepada kawasan majoriti bangsa cina, ini adalah berikutan kewibawaan beberapa pimpinan cina terutamanya Gopeng, Ipoh Barat dan Ipoh Timur.
Prestasi KEADILAN dikawasan majoriti melayu, amat tidak diyakini. Mungkin DSAI bersama JK Pilihanraya KEADILAN wajar mencari formulasi ideal untuk menawan Perak. Mungkin tanggungjawab utama ini wajar dipikul oleh Saudara Mustafa Kamil Ayub yang baru dipilih sbgai Naib Presiden bersama Pengarah & timb. pengarah pilihanraya.
Tanpa perancangan berkesan, saya percaya KEADILAN pasti gagal menawan walaupun 1 kerusi di Perak terutamanya dikawasan majoriti penduduknya melayu.
Dengan rasa rendah diri dan penuh pengharapan saya berharap cadangan saya ini diselami dan diberi perhatian sewajarnya.
Reply