28
May
07

Anwar Beri Semangat Baru kepada PKR

Selama 3 hari 2 malam kongress PKR berlangsung dengan jayanya. Menjawab pelbagai permasalahan dan konflik dalaman yang akhirnya selesai. Kini PKR dibawah pimpinan DS Anwar, DS Wan Azizah, Sdr Syed Hussin dan juga barisan pimpinan tinggi parti, bertekad untuk berjuang menghadapi pilihanrya yang mendatang.

Semalam pada hari terakhir, DS Anwar mewakili barisan pimpinan tinggi keadilan mengumumkan cadangan perlantikan beberapa pemimpin hebat sebagai langkah memantapkan perjuangan parti. Antara yang dicadangkan adalah Saudara Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategi PKR, dimana cadangan ini memperlihatkan perwakilan dan pemerhati kongress berdiri memberi tepukan gemuruh.

Dalam ucapan beliau, DS Anwar juga merakamkan penghargaan kepada Sdr. Ezam Md Noor yang telah berjuang untuk parti daripada hari pertama penubuhan parti sehinggalah kepada kempen pilihanraya kecil Ijok. Beliau juga berterima kasih kepada Sdr Raja Petra Kamaruddin yang telah berusaha menayangkan Kongress PKR secara live di Internet. Selain itu, media-media arus perdana dan juga media-media laman maya juga mendapat pujian sebagai tanda penghargaan DS Anwar kepada mereka.

Kongress tahunan PKR membawa satu kejayaan besar kepada parti. Bukan sahaja daripada segi pemilihan barisan kepimpinan, tetapi juga menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi. Ini menunjukkan bahawa PKR masih teguh walaupun digoncang hebat dan DS Anwar seorang pemimpin yang professional dalam menghadapi pelbagai krisis. Pimpinan dan ahli-ahli parti juga banyak berkorban demi memastikan keadilan tidak tumbang kepada goncangan-goncangan yang dihadapi, malah PKR semakin mantap kerana berjaya menghadapinya dengan baik.

DS Anwar juga berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti yang mana di dalam MPT terdapat 5 orang wakil wanita walaupun sasaran asal sebanyak 7 orang, tetapi ini adalah satu permulaan yang baik. Selama bertahun beliau didalam UMNO belum pernah di dalam MPT mempunyai wakil wanita sebanyak ini. Barisan pimpinan juga menujukkan adanya wakil daripada berbilang kaum dan etnik, membuktikan keADILan adalah parti berbilang kaum yang memperjuangkan hak rakyat tanpa prejudis.

Walaupun ada yang kurang berpuas hati pada mulanya, tetapi tindakan DS Anwar akhirnya membuatkan ramai yang kembali senyum dan teguh untuk berjuang. Tahinah bagi yang terpilih dan jalankan tugasan anda dengan baik, bagi yang tidak terpilih diharap janganlah kecewa kerana perjuangan kita bukanlah merebut jawatan didalam parti. Rakyat yang sedang ditindas memerlukan kita untuk membela mereka. Tidak kira kita mempunyai jawatan atau tidak, kita semua Pejuang! Marilah kita teruskan perjuangan ini dengan hati yang ikhlas. Tuhan sahaja akan membalasnya. Elakkan daripada perkara-perkara yang boleh memburukkan perjuangan kita sendiri.

DS Anwar telah memberi semangat baru kepada PKR dan juga pendokong gerakan perubahan. Segala puji bagi Tuhan yang telah memberikan kita semua kekuatan untuk terus berjuang. Mari doakan supaya DS Anwar yang juga Ketua keADILan sentiasa diberkati untuk memimpin kita semua kearah kemenangan.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim


1 Response to “Anwar Beri Semangat Baru kepada PKR”


  1. 1 hanaz May 29th, 2007 at 3:11 pm

    Salam Para Reformis!

    REFORMASI!!!Benarkah semakin hampir???Tidak!!Apa yang pasti…ALTANTUYA!!ALTANTUYA!!Selamat tinggal “mr.razak”!!

Leave a Reply




Galeri Flickr

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031