Kongres Nasional Keadilan menyaksikan suasana cukup dramatik sebentar tadi. Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas berbincang dengan rakan-rakan, pimpinan dan penyokong parti, meminta izin untuk berucap di Kongres.
Beliau berkata beliau sememangnya tidak menerima keputusan mahkamah yang mendapati beliau beralah di dalam perbicaraan yang terlalu pincang. Oleh itu, beliau juga tidak sekali-kali menerima keputusan ROS yang mengumumkan semalam hendak menidakkan haknya bertanding sebagai Presiden Keadilan. Beliau juga secara peribadi menerima risiko dipenjarakan dan didenda kerana mengingkari keputusan ROS tersebut.
Walaubagaimanapun, beliau ingin mengutamakan parti yang telah dibina selama ini. Dan beliau bersedia meneruskan apa yang dilakukan selama ini - memimpin parti bersama-sama Datin Seri Dr. Wan Azizah. Mereka bersilat dengan helah, kita bersilat dengan hikmah. Beliau terus komited bersama parti, tetapi tidak sanggup melihat Keadilan yang dibina diharamkan atas helah pemerintah.
Keputusannya mendapat reaksi yang cukup dramatik dari perwakilan. Ada yang mahu beliau tidak menghiraukan ancaman tersebut, dan terus bertanding sebagai Presiden Keadilan. Ada pula yang menyokong keputusan tersebut, dengan melihat senario yang lebih besar. Kira-kira 20 perwakilan memberi pendapat yang pelbagai. Ada reformis yang telah banyak berkorban, ada seorang wanita Melayu yang pernah menganggotai PPP sejak 1968 tetapi memilih wadah Keadilan pada 1998, ada seorang sikh yang meminta semua melayannya dengan kesabaran.
Respons dari Anwar: beliau menerima pandangan perwakilan, dan hakikatnya tidak banyak akan berubah kerana selama ini pun beliau telah terlibat secara aktif di dalam parti. Seorang lagi pencabar jawatan Presiden, Abdul Rahman Othman, kemudian tampil ke pentas dan memberi surat kepada Pengerusi Tetap mengumumkan beliau menarik diri dari pertandingan. Seluruh perwakilan bangkit dan memberi sokongan kepada keputusan beliau.
Berita lanjut boleh diperoleh di sini. Video ucapan Anwar boleh dilihat di sini.
Nik Nazmi

Teruskan perjuangan demi keadilan rakyat. Tidak perlu tunduk kepada keputusan ROS, lawan tetap lawan!
Saya doakan kongres PKR berjalan dengan lancar dan diakhir mahu melihat DSAI memimpin parti sebagai presiden PKR.
Saudara Anwar,
Saya percaya BN memang tak dinafikan gentar bila berhadapan dgn saudara. Tak dinafikan juga bagaimana pemimpin seperti Pak Lah yg takut populariti sebagai presiden UMNO akan tergugat apabila berdepan dgn saudara. Tetapi bagaimana cara untuk menyakinkan rakyat, dgn memilih saudara sebagai pemimpin… sejarah lama tak akan berulang sekali lagi? Saudara juga pernah bersekongkong dgn mereka2 itu.Saudara juga merupakan Bekas Timbalan Presiden UMNO. Melakukan segala apa yg mereka lakukan… hanya setelah disingkirkan baru nampak perbezaan. Saya pernah menghadiri satu perhimpunan semasa zaman saudara berkempen di Bukit Mertajam ( Pilihanraya 1994 ) yg mana saudara berckp dalam bahasa cina tentang betapa baiknye dan bagusnye BN. Keadaan ini menyebabkan saya agak sangsi dgn niat saudara untuk menwujudkan suasana berbeza dari UMNO/ BN. Sebagai penyokong kuat PAS, saya takut sokongan saya terhadap saudara akan jadi sia sia jika saudara akan membawa Keadilan ke arah UMNO sebagimana Semangat 46. Saya berharap soalan saya tidak disalah ertikan, kerana saya terlalu inginkan perubahan yg sudah lama diperlukan di negara kita ini.UMNO sudah terlalu lama memerintah.
Sekian Terima Kasih

di sini lah hikmah nya.Anuar kini akan boleh kemana-mana untuk berkempen.membantu calon-calon yang dipilih untuk bertanding.Beliau kini mempunyai masa untuk membantu BA bersatu, membantu merangka strategi untuk Pilihanraya atau nak boikot pilihanraya.(saya masih percaya usaha memboikot akan lebih berkesan pada pandangan masyarakat antarabangsa)Untuk memboikot pilihanraya juga memerlukan kerja keras penerangan.
ini mcm copy posting dari blog Nik sendiri..
Link pada ayat terakhir tiada..mohon perhatian.