Archive for May 26th, 2007

26 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid / Gus Dur, akan menghadiri sidang khas Kongres Nasional Keadilan jam 9.30 malam ini di Sekolah Tinggi Chung Hwa, Jalan Tun Ismail Seremban.

Gus Dur, yang juga pernah memimpin pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nadhlatul Ulama’, akan turut serta di dalam sidang khas antara pimpinan agama. Wakil-wakil agama Islam, Hindu dan Kristian akan turut hadir.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyambut ketibaan Gus Dur.

Orang ramai dijemput hadir untuk acara ini.

26 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Kongres Nasional Keadilan menyaksikan suasana cukup dramatik sebentar tadi. Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas berbincang dengan rakan-rakan, pimpinan dan penyokong parti, meminta izin untuk berucap di Kongres.

Beliau berkata beliau sememangnya tidak menerima keputusan mahkamah yang mendapati beliau beralah di dalam perbicaraan yang terlalu pincang. Oleh itu, beliau juga tidak sekali-kali menerima keputusan ROS yang mengumumkan semalam hendak menidakkan haknya bertanding sebagai Presiden Keadilan. Beliau juga secara peribadi menerima risiko dipenjarakan dan didenda kerana mengingkari keputusan ROS tersebut.

Walaubagaimanapun, beliau ingin mengutamakan parti yang telah dibina selama ini. Dan beliau bersedia meneruskan apa yang dilakukan selama ini – memimpin parti bersama-sama Datin Seri Dr. Wan Azizah. Mereka bersilat dengan helah, kita bersilat dengan hikmah. Beliau terus komited bersama parti, tetapi tidak sanggup melihat Keadilan yang dibina diharamkan atas helah pemerintah.

Keputusannya mendapat reaksi yang cukup dramatik dari perwakilan. Ada yang mahu beliau tidak menghiraukan ancaman tersebut, dan terus bertanding sebagai Presiden Keadilan. Ada pula yang menyokong keputusan tersebut, dengan melihat senario yang lebih besar. Kira-kira 20 perwakilan memberi pendapat yang pelbagai. Ada reformis yang telah banyak berkorban, ada seorang wanita Melayu yang pernah menganggotai PPP sejak 1968 tetapi memilih wadah Keadilan pada 1998, ada seorang sikh yang meminta semua melayannya dengan kesabaran.

Respons dari Anwar: beliau menerima pandangan perwakilan, dan hakikatnya tidak banyak akan berubah kerana selama ini pun beliau telah terlibat secara aktif di dalam parti. Seorang lagi pencabar jawatan Presiden, Abdul Rahman Othman, kemudian tampil ke pentas dan memberi surat kepada Pengerusi Tetap mengumumkan beliau menarik diri dari pertandingan. Seluruh perwakilan bangkit dan memberi sokongan kepada keputusan beliau.

Berita lanjut boleh diperoleh di sini. Video ucapan Anwar boleh dilihat di sini.

Nik Nazmi

26 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Kezaliman berterusan. Kononnya lupakan saja kejahatan pimpinan Umno-BN yang lalu. Kita perlu menumpu perhatian ke masa depan. Tetapi kerakusan terus dilakukan. Mereka salahguna kuasa menggunakan polis, dan Peguam Negara, dan Mahkamah digunakan untuk menghukum. Kini alasan tersebut terus digunakan, 8 tahun kemudian. Hak saya sebagai rakyat dinafikan.

Pendaftar pertubuhan menunggu hingga jam 4.30 ptg hari Jumaat tadi untuk memberikan jawapan terhadap rayuan saya bertanding esok pagi. Mengapa begitu lambat. Ya, untuk menyekat saya dari menggunakan hak membuat rayuan kepada Menteri yang berkenaan. Surat jawapan lemah, tidak langsung berasa dan mengenepikan prinsip keadilan.

Saya segera memfaks surat kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan menhantar surat ke Putrajaya. Dengan segala kekuatan jentera, media dan dana, mereka masih terlalu takut dan gentar dengan potensi parti keADILan.

Ayuh mari kita perkukuh jentera dan berjuang!!

ANWAR IBRAHIM

26 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pilihanraya kian hampir. Serangan dari Umno-BN akan lebih sengit. Sdr sdri sudah lalui ini semua. Kita harus lebih waras dan dewasa. Tumpuan haruslah ke arah memperkasa parti, bukan merengek soal perasaan atau sekadar meluah sentimen peribadi. Tiada tokoh yang terlalu hebat dan kebal termasuk juga saya. Kita hanya gagah kerana mampu berjuang dalam jemaah dengan disiplin dan muafakat.

Ada yang menghebahkan isu kehilangan tokoh. Dalam sejarah politik tanahair, tidak ada parti yang mengalami pengunduran tokoh utama seperti Umno. Yang Di Pertua dan pengasas, Dato’ Onn Jaafar meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti IMP dan Parti Negara; Presiden kedua, Tunku Abdul Rahman berkempen dalam pilihanraya umum menentang Umno. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn dan kini Tun Dr Mahathir walaupun belum meninggalkan Umno. Sejarah PAS mencatat Yang DiPertuanya yang pertama Hj Ahmad Fuad meninggalkan parti. Kemudian Dato’ Asri Haji Muda dan lain-lain pimpinan kanan PAS juga meninggalkan PAS.

Saya peringatkan pengalaman sedemikian agar kita menumpu semula kepada kerangka besar agenda perjuangan, tidak mainan media atau kemarahan peribadi. InshaAllah saya yakin kita akan lebih mantap dan gagah selepas kongres di Seremban kelak.

Selamat Berkongres!

ANWAR IBRAHIM