Najib1976 menanyakan:
Salam saudara Anwar.
Ada tambahan untuk ulasan saudara,
1) Apa sebenarnya yang berlaku dengan AMK? Terlalu banyak isu yang tidak sedap didengar..betulkah saudara campur tangan dalam pemilihan AMK ? Perkara ini perlu dijelaskan supaya orang ramai tidak keliru dan akhirnya PKR yang rugi. Perkara ini telah banyak diceritakan dalam banyak website.
2) Saudara sendiri ada masalah kerana tidak boleh terlibat dengan pertubuhan sehingga April 2008, bagaimana saudara hendak memegang jawatan Presiden Keadilan sekiranya menang dalam pemilihan ?
Sekian untuk ulasan
.
Wassalam….
Najib 1976,
Saya sarankan agar pimpinan yang komited dengan perjuangan, patuh dengan adab berjemaah, harus ditonjol dan didukung. Saya juga telah meminta Jawatankuasa Pemilihan memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi diperingkat Bahagian dan Pusat. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan terbuka atau tertutup bersabit dengan menghalang dan menyokong mana-mana calon di mana peringkat jua pun.
Soalan kedua sdr telah saya ulas dalam respon beberapa pengunjung sebelum ini. Mohon dirujuk jawapan terdahulu.
















Pak sheikh,
Saya terpanggil untuk memberi komen walaupun selama ini saya hanya pengunjung harian blog ini. Saya rasa6 tahun Pak Sheikh didalam tu masa yang agak panjang dan banyak perkara serta orang ramai yang telah berkorban apa saja untuk menyokong Pak sheikh, jangan hampakan mereka. Budi dan jasa mereka mungkin tidak terbalas, Pak sheikh faham maksud saya. Pemuda yang didokong oleh sdr Ezam tidak boleh dilupakan atau dianaktirikan. Oleh itu saya yakin Pak sheikh dapat meleraikan kekusutan yang melanda dalam AMK. Jadilah orang tengah yang benar-benar adil kerana Allah maha mengetahui.
Wassalam.
Sir,
It is exciting this weekend.You are the leader and
knows how best to put the team together.
Good luck and c u there!
Cheers..
Pico
kadang2 kita hanya fikir org di luar berkorban tanpa melupakan pengorbanan Anwar di dalam penjara selama 6 tahun,dipukul diaibkan tanpa sebab musabab yang munasabah. mereka yang menuduh wujudnya pengaruh DSAI di dalam pemilihan, tidak datang dengan apa bentuk pembuktian pun. hanya sekadar mendakwa,dan kemudian menarik diri.
saya berdoa agar Kongres kali ini bakal menjadi “Fasa menyucikan KeADILan” daripada anasir2 yang membunuh roh dan semangat perjuangan KeADILan.
lihat respon saya dan najwan halimi di –> http://anwaribrahimblog.com/?p=798
Salam DSAI,
Apa sudah jadi ini DSAI??SU AMK mempertikaikan campur tangan DSAI dalam menentukan pucuk pimpinan AMK??
Apa keperluannya mereka menyatakan masalah mereka kepada akhbar yang sememangnya sampah dan pro k’jaan ini??DSAI x ajar depa cara berkomunikasi cemerlang ker??
Cukup mudah SU AMK menyuarakan pendapatnya kepada akhbar-akhbar BN ni seolah-olah tiada persefahaman mantap dalam AMK ketika ini??
Apa-apa masalah sewajarnya dirujuk melalui akar umbi bukannya melalui orang ketiga atau cakap-cakap mulut lebih-lebih lagi melalui media massa UMNO/BN yang sememangnya sentiasa optimis mencari kecacatan dalam PKR.Itulah cara hidup berjemaah yang terbaik dan bukannya mengikut kepentingan peribadi semata-mata.
Susah sungguh manusia ini pabila masing-masing berjuang untuk berebut pangkat dan kedudukan…Apa-apapun,selamat berjayalah pimpinan AMK baru yang akan dilantik nanti..
Jangan tunggu sampai pisang berbuah dua kali sudah..yang rugi bukannya BN tapi hang pa juga..
Wassalam
Salaam saudara Anwar,
merujuk pada petikan berita TheStar http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/5/24/nation/17825078&sec=nation
Apakah yang sebenarnya berlaku di dalam PKR sendiri? Apakah PKR mungkin akan jadi seperti DAP dan PAP ?
Assalamualaikum w.b.t Dato Seri…
Saya juga terpanggil untuk bertanya pada Dato Seri berkenaan kemelut dalam PKR. Setelah Setiausaha AMK mengatakan dato seri campurtangan dalam urusan pemilihan amk, dato Nalla pula membuat kenyataan terbuka yang mengatakan dato seri menikamnya dari belakang… diharap segala kekusutan ini dapat ditangani segera memandangkan pru makin hampir… disamping itu saya harap dato seri juga menumpukan perpaduan dalaman pkr memandangkan sejak penubuhannya ramai pemimpim tertinggi yang dahulunya berkobar dlm pkr kini sedikit demi sedikit meninggalkan pkr seperti dr. chandra muzaffar, marina yusof, roslan kassim dan sebagainya….
saya kira saya perlu beri pendapat berdasarkan sumber yang saya peroleh dan faham.
buat sdr mujahidinreformasi,
penafian telah dibuat oleh DSAI.malahan Sdr Azmin Ali sendiri telah menyatakan bahawa jika benar terdapat dakwaan sedemikian rupa,maka bawa dan buktikan di peringkat Jawatankuasa Pemilihan (JKP). Pada hemat saya tuduhan yang sekadar bermain di mulut akan habis di mulut juga,melainkan ada fakta jelas dan kukuh untuk membuktikan yang ada campurtangan dalaman yang dilakukan oleh mana-mana pihak.
Saya kira memang begitulah strategi media arus perdana pro-Umno/BN,apabila ada kekusutan di pihak KeADILan pastinya mereka akan gembar-gemburkan.apakah kita masih tidak faham akan propaganda mereka selama ini? apa yang baik yang mereka laporkan bagi pihak KeADILan? Berita Datuk Nalla mahu keluar parti digembar gemburkan, tetapi berita Pemuda Umno Rembau mengusulkan undi tidak percaya kepada Khairy Jamaluddin tidak pula disiarkan. Yang mana lebih berat, orang yang mahu keluar parti ataupun ada ‘pemimpin peringkat nasional’ yang sudah tidak mendapat kepercayaan akar umbi?
Kenyataan Jaffrien Muhamad telah mengesahkan bahawa jaminan diberi oleh JKP AMK bahawa pemilihan akan dilaksanakan dalam keadaan dan mood yang penuh demokratik dan bebas. Dan insyaAllah kurang 48 jam kita akan melihat proses tersebut berjalan,samada lancar atau tidak.
buat himkl98,
InsyaAllah kita tunggu saja penjelasan penuh Datuk Nalla jumaat ini mengenai keputusan beliau.kita hormati keputusan beliau atas apa jua pendirian yang diambil.memang ramai bekas pimpinan KeADILan yang keluar parti, tetapi soalan saya mudah, di mana mereka sekarang? apa khabar Marina Yusof, apa ceritanya Ruslan Kassim, bagaimana kisahnya Dr Chandra Muzaffar? apakah mereka berjaya merealisasikan sesuatu yang lebih baik daripada kecaman yang mereka buat ke atas parti? jawapannya saya kira semua pembaca sedia maklum.
kepada semua pengunjung,
saya fikir bahawa saranan Anak Muda bahawa Kongres kali ini wajar menjadi FASA MENYUCIKAN PARTI, di mana segala elemen yang boleh melemahkan kekuatan dalaman parti, adalah baik disingkirkan lebih awal. KeADILan parti baru,berusia semuda 8 tahun. PAS pun pernah berhadapan dgn krisis kepimpinan di awal penubuhan PAS sehingga hilang Terengganu pada tahun 1959. Hatta Umno sendiri kehilangan Datuk Onn Jaafar kerana berbeza pendapat mengenai hala tuju politik perkauman yang menyebabkan Datuk Onn keluar Umno menubuhkan IMP.tetapi hakikatnya kedua2 parti ini masih wujud hingga hari ini, walaupun Umno sudah jauh menyimpang daripada hala tuju perjuangan mendaulatkan ketuanan melayu, tetapi lihat relevansi PAS di dalam politik arus perdana hari ini. adalah kurang molek, membandingkan keupayaan pelajar berusia 8 tahun dengan seorang pesara berusia 50 tahun.kan jauh berbeza tu?
ini adalah lumrah bagi parti baru.akan ada yang keluar dan akan ada yang mengganti.paling penting,yang bakal menggantikan itu kita yakini boleh memperkukuhkan parti.KeADILan dalam fasa memperkasakan parti menghadapi pilihanraya, krisis jangan kita nafikan, tetapi kebijaksanaan semua ditagih untuk melihat krisis tersebut di dalam dimensi yang bagaimana,dan apa pula jalan penyelesaiannya.
Yang pergi kita kenang jasa dan pengorbanan mereka,tetapi jangan kita lupa pengorbanan DSAI yang lebih parah satu ketika dulu. Kongres wajar dimanfaatkan untuk menyuntik semangat dan kesucian perjuangan, bukan perlu melayan dakwa-dakwi yang tiada asas.
ADIhamka
Salam,
Pendapat peribadi saya,apa yang boleh dikatakan di sini secara terangnya…kebanyakan ahli PKR tidak faham asas perjuangan PKR itu sendiri…masing-masing menganggap PKR merupakan satu mitos untuk mereka mencapai kepentingan politik peribadi masing-masing..
Cukup jelas,kebanyakan mereka tidak kuat asas perjuangan dan masuk PKR hanya berdasarkan inisiatif individu semata-mata,tak pun sebab ajakan rakan bukannya kerana mereka faham objektif dan hala tuju akar umbi PKR itu sendiri.
Apa yang pasti ini sebenarnya membuka pekung dalam PKR sendiri bahawa kurangnya motivasi pendidikan ataupun dalam bahasa arabnya ‘tarbiyah’ dalam jiwa para pejuang PKR dalam menangani isu-isu dalaman parti serta cara-cara beradab dalam berjemaah terutama dalam organisasi yang melibatkan semua kaum.
Seharusnya PKR bergerak dalam satu arus kebersamaan yang tidak mengira kepentingan politik peribadi sehingga merencatkan perjuangan rakyat yang selama ini menjadi gagasan para pejuang PKR dan pembangkang.
Kembali kita memperhalusi sejarah bagaimana susah payah Dato’ Onn memulakan gerakan parti pelbagai kaumnya sekitar era pos-kemerdekaan yang walaupun tidaklah segah UMNO namun inisiatifnya secara jelas bukan untuk kepentingan peribadi politik yang sempit.
Sama-sama kita kembali muhasabah dan melihat dengan pandangan mata hati bukannya dengan pandangan mata akal semata-mata.
ALLAHU AKHBAR!!!
salam DSAI……
Kita semua sedia maklum Perjuangan memerlukan Pengorbanan..rakyat akan menilai setiap perilaku pemimpin
yg datang dan pergi…PRU semakin dekat! rakyat pasti yakin dengan ketokohan dato sri dalam menangani setiap kerumitan dengan bijaksana… utk sahabat2!Komitmen yang jujur pasti akan diterjemahkan oleh akar umbi utk memperjuangkan parti tanpa prasangka.. dengan persefahaman
dari rakan BA yang kukuh….tidak mustahil rakyat akan memberikan kusa mereka utk pembaharuan..Percayalah! rakyat
malaysia semakin bijak menilai yg buruk dan baik…
Semakin kerap mereka memfitnah tandanya mereka takut
pada bayang2 sendiri ….teori saya ialah!Mengapa Dato sri masih
tidak di dakwa atas apa saja tohmahan keatas dato sri..
sehinggakan dato sri minta di dakwa kerana mempunyai bukti
salahlahlaku mereka…. rakyat adalah hakim …..
……
salam DSAI……
Kita semua sedia maklum Perjuangan memerlukan Pengorbanan..rakyat akan menilai setiap perilaku pemimpin
yg datang dan pergi…PRU semakin dekat! rakyat pasti yakin dengan ketokohan dato sri dalam menangani setiap kerumitan dengan bijaksana… utk sahabat2!Komitmen yang jujur pasti akan diterjemahkan oleh akar umbi utk memperjuangkan parti tanpa prasangka.. dengan persefahaman
dari rakan BA yang kukuh….tidak mustahil rakyat akan memberikan kusa mereka utk pembaharuan..Percayalah! rakyat
malaysia semakin bijak menilai yg buruk dan baik…
Semakin kerap mereka memfitnah tandanya mereka takut
pada bayang2 sendiri ….teori saya ialah!Mengapa Dato sri masih
tidak di dakwa atas apa saja tohmahan keatas dato sri..
sehinggakan dato sri minta di dakwa kerana mempunyai bukti
salahlahlaku mereka…. rakyat adalah hakim …..
……