22
May
07

Usah Mudah Prejudis..

Tan memberi pendapat:

Yang sedang membaca ini kalau bukan DSAI sila sampaikan mesej ni kepada beliau.

Dari Machap ke Ijok, perasaan hati tersinggung di kalangan pemimpin tempatan PKR semakin tidak terkawal. Ada di antara mereka berpendapat bahawa DSAI terlalu dekat dengan DAP. Sebenarnya, ini tidak menjadi masalah malah perkara baik. Tetapi mereka risau kerana dapat melihat DAP sedang memakai taktik untuk meminggirkan ahli Cina PKR daripada DSAI dan DSAI tetap melayan DAP seperti tak tahu.

Ada juga yg risau bahawa DAP sedang memimpin PKR ke arah sebuah parti Melayu agar DAP terus menguasai undi pembangkang Cina. Walaupun saya bukan setuju dengan semua pendapat mereka, tetapi saya memang tahu dilema DAP dalam politik pelbagai kaum. Memandangkan PKR semakin bangkit dan diterima di kalangan pengundi Cina, DAP pasti rasa tertekan. Dan memanglah betul bahawa masyarakat Cina semakin menerima PKR dan DSAI.

Saya juga tidak mempersoalkan kebijaksanaan DSAI dalam hubungan beliau dengan DAP. DAP masih boleh dipakai sekarang. Mungkin belum sampai masanya. Tetapi, yang saya amat risau ialah perasaan hati tersinggung ini semakin semarak di bawah. Kalau DSAI tidak mengambil langkah yang patut (memang hanya DSAI saja dapat menyenangkan hati mereka), perasaan ini mungkin merebak ke kongres PKR dalam bentuk ucapan pembahasan dari perwakilan. Kalau ini terjadi, sudah tentu UMNO/BN mendapat banyak lagi video clip untuk disiarkan berulangkali di media perdana mereka.

Janganlah yang ini menjadi kenyataan.

Terima kasih.

Vincent
BIT, Prk.

Sdr Tan,

Kita menjalin hubungan akrab dengan PAS & DAP. Tentu saja ada yang musykil dan khuatir. Tetapi persoalannya apakah kita rombak dasar yang disepakati oleh KeADILan. Kita bicarakan hak mempelajari bahasa Cina dan Tamil. Apakah luntur pendirian kita memartabatkan bahasa Melayu?

Begitu juga soal Islam sebagai agama Persekutuan atau menjamin kejayaan dasar ekonomi bagi rakyat Malaysia. Kita mesti yakin dengan pendirian kita dan jangan terperangkap di bawah
tempurung pemikiran lama Umno-BN.


5 Responses to “Usah Mudah Prejudis..”


  1. 1 musaramlan May 22nd, 2007 at 12:36 am

    Assalammualaikum Wbt Dear Brother Anwar,

    ONE SYMBOL ISSUES

    Deep inside my heart, I think I should tell you this and I hope this is the right channel for to convey you this message eventhough last time I really knew how to convey message to you directly but the time and pace had changed everything.

    Since 2 last General Elections (1999 and 2004), I really feel the NEED and IMPORTANCE of contesting the Election with ONE symbol. From my observation living abroad in the western countries, I’ve compared their systems and cultures with Malaysian.

    The one symbol implementation is really a good enhancement factor for opposition lead by you to win the next GE.

    Racial Based Politic

    We all know the racial based politics is the factor that established and influenced Malaysian political system and structure. This token is well played by Barisan Nasional and it predecessor, Alliance or Perikatan. I’m sure the majority for UMNO will decrease if they contesting in non-Malay majority area if they using their Keris symbol instead of using BN’s Dacing.

    PAS Under BN in 1970’s

    During 70’s under Allahyarham Tan Sri Asri Muda, we can see how easy the winning of PAS under the BN symbol.
    It might affected by more external factor but it is a facts that one symbol make the process easier.

    ALP vs Coalition (LIB and NAT)

    In Australia, the coalition between Liberal Party and National Party against Australian Labor Party does show how important is a unification of a symbol before the unification of a sovereign state or nation.

    Obstacle

    There might be some contradiction among opposition parties regarding this issues but I’m sure with your wisdom, this problem can be solved. With all of the involve party just register a new party or change the logo just for election day with just only a few difference or just use a symbol with any ROS procedural matters. If we could justify, how does BN follow the rules by ROS? Is there really Barisan National in ROS while there are also UMNO, MCA and etc..

    With one symbol, we have to be sure to have fully understanding of the 2 party concept and later on, the SHADOW CABINET that really IMPORTANT to Western Country political practice will later be established.

    May Allah bless you.

    With Regards,

    Your long lost friend..

    musaramlan@yahoo.com
    Sulaiman House

  2. 2 musaramlan May 22nd, 2007 at 12:40 am

    sorry for grammatical error…don;t have enough time to edit..

    corrrection: “With all of the involve party just register a new party or change the logo just for election day with just only a few difference or just use a symbol WITHOUT any ROS procedural matters. “

  3. 3 nizam May 22nd, 2007 at 11:01 am

    Salam Pak Anwar,

    Agenda utama perjuang PKR hari ini adalah mengambil alih kuasa eksekutif bagi melaksanakan misi yang lebih besar iaitu pembelaan terhadap nasib dan masa depan rakyat. PKR mahu “karamah insaniah” (maaf tak pandai eja) yang wujud dalam semua ajaran agama berdaulat di Tanah Malaysia.

    Pilihanraya merupakan produk exklusif demokrasi dan PKR memilihnya sebagai medan untuk bertemu rakyat bagi memasyarakatkan visi dan misi tersebut. Namun pilihanraya di Malaysia adalah dalil palsu bagi memperbodohbengapkan rakyat bahawa wujudnya demokrasi.

    Sahabat BN kita mengunakan segala perbuatan jahat yang ada dalam kamus serta ensiklopedia kejahatan untuk menggagalkan matlamat PKR.

    Persoalannya adalah, apakah masih releven PKR ikut serta dalam pilihanraya yang takkan mungkin sampai kiamat wujud keadilan didalamnya. Sedangkan mejoriti negara yang “karamah insaniah”nya (sekali lagi maaf tak pandai eja) subur atau ada bibit-bibit segar di dalamnya meraih kesyahwatan demokrasi lewat perang dan ada korbannya contoh paling hampir, tetangga kita Indonesia.

    Kenapa PKR tidak memikirkan usaha yang lebih jelek seperti bubar PKR sertai UMNO dan rampas kuasa secara dalaman. Juga usaha lebih extrem seperti merusuh dan mengawal tempat strategik seperti Putrajaya, Parlimen, Kementah, Bukit Aman dan Angkasapuri hingga perlembagaan digantung atau menempuhi jalan mistik yakni bertemu RUFAQA bagi berunding dengan tuhan.
    Atau apa saja asalkan diluar jalur pilihanraya.

  4. 4 orang Tenom May 22nd, 2007 at 11:50 am

    Salam DSAI,
    Saya menaruh harapan penuh kepada barisan BA utk memenangi pilihan raya umum yg akan tiba. Apakah persediaan BA sudah mencukupi pada waktu ini? Setiap kali pilihan raya, mesti ada pengundi hantu dan sebagainya. Inilah alasan yg dibuat oleh pihak BA. Buatlah “sesuatu” yang proaktif dan drastik. Kalau tidak, BA seperti dulu juga. Tidak kemana mana.

  5. 5 ijat2007 May 22nd, 2007 at 11:09 pm

    the theme for BA during the next election should be ‘TOWARDS A BETTER MALAYSIA’.Why this theme? Look at all the INI SATU LAGI PROJEK BN-bocor sana, runtuh sini, aircons not working….the list is long!.Millions have been spent but what we get are shoddy workmanship….cronies get the jobs and become the maincon and all they do is to sub and sub the contracts. These cronies buat duit atas angin and to fill their pockets, the project cost shoots up..all taxpayers money!Not only that, habis hutan, bukit digondolkan inorder for cronies to make money….housing projects and what do we get? Banjir sana banjir sini, flash floods all over the place and our environment gets hotter and hotter! Fuel price keeps increasing and despite the world’s oil price jatuh, the price here remains high-no adjustment tapi bila price naik, cepat2 dinaikkan harga!And now, with the increase in oil price, harga barang2 semua naik….the kampung folks with no fixed income are struggling to make ends meet!The country is rich in resources but do we want to gamble and see these jokers keep on plundering and destroying whatever resources that we have?Now, the wakil rakyats are like KINGS…their priority is not to serve the rakyat but to fill up thier coffers 1st. Nowadays under the BN, to get into politics is a path to wealth! An easy way to attain wealth.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031