Zumar memberi pendapat:
Assalamualaikum Dato Seri,
Saya ada 3 cadangan supaya pihak BA mengeratkan lagi pakatan menjelang GE12 ini.
1) Membentuk kerajaan bayangan peringkat persekutuan. Lantik Menteri-menteri BA di kalangan parti2 pembangkang sekarang (KeAdilan, DAP dan PAS). Monitor setiap kementerian BN dengan kementerian BA yg di lantik supaya Menteri BN will always be on their toes. BA kena tunjuk pada rakyat semua yg BA mampu bentuk kerajaan dan boleh tadbir negara. Jangan tunggu bila menang baru nak start. Mula sekarang walaupun tak ada gaji…meaning BA sedia berkhidmat untuk rakyat walaupun tak ada gaji. Dedahkan setiap penyelewengan dalam setiap kementerian BN di samping itu gariskan improvement yang BA akan buat jika mendapat mandat rakyat. With this hopefully rakyat akan sedar. BN anggap pakatan BA tak akan berjaya, maka buktikan mereka salah.
2) BA should come out and use 1 logo for this coming GE. Kesatuan BA akan membawa padah pada BN, tapi pertelingkahan BA dengan sifat nafsu-nafsi akan pasti menguntungkan BN. Macam mana rakyat nak yakin pada BA kalau just to come out with 1 united logo pun BA tak dapat buat. Itu adalah senjata BN utk beritahu rakyat bahawa BA tak mampu tadbir negara.
3) Pada GE yang lalu sudah ada pakatan dalam BA tentang pembahagian kerusi supaya terjadi straight fight antara BA dan BN. Itu harus diteruskan. Kali ini saya cadangkan pembahagian negeri di buat di kalangan parti-parti BA supaya lebih tumpuan dan fokus. Contohnya kalau Penang menjadi tumpuan keAdilan, maka keAdilan akan letak 60% calon dalam DUN, yang baki boleh beri pada parti BA lain. Kalau boleh bentuk kerjaan bayangan peringkat negeri juga.
Last but not least, my challenge to Dato Seri is to unite the opposition under BA. I know it’s not easy but it is not impossible. Selagi BA tak bersatu I can assure Dato Seri that “jauh panggang dari api” for BA to win the GE. Having said all that, saya yakin Dato Seri mampu lakukannya. InshaAllah
Sekian, Wassalam
Sdr Zumar,
Melalui pengamatan saya, pandangan sdr ini adalah merupakan pandangan yang kerap diberikan oleh masyarakat dan tidak ketinggalan di blog ini.terima kasih atas pandangan sdr.
Ada isu yang telah dibincangkan:
(i) Satu logo agak sukar di peringkat ini. Tetapi muafakat kian erat termasuk menyusun dan menghebahkan agenda bersama antara pakatan parti-parti alternatif.
(ii) Kabinet bayangan belum difikirkan tetapi cadangan menonjolkan tokoh atau jawatankuasa khas bagi setiap kementerian atau agensi wajar diberi pertimbangan.
(iii) Perbincangan mengenai pembahagian kerusi sedang giat diusahakan dan akan disegerakan bagi mengelak kawasan bertindih antara sesama parti alternatif.









saya cadangkan kita buat la barisan rakyat ke, gagasan rakyat ke, buat apa nak cilok konsep Barisan Nasional.. bukan ada kepedulian thadap rakyat pun..
sebenarnya BN tu tak lebih dari sekadar konsep divide n rule…
Reply
saya cadangkan kita buat la barisan rakyat ke, gagasan rakyat ke, buat apa nak cilok konsep Barisan Nasional.. bukan ada kepedulian thadap rakyat pun..
sebenarnya BN tu tak lebih dari sekadar konsep divide n rule…
Reply
saya cadangkan kita buat la barisan rakyat ke, gagasan rakyat ke, buat apa nak cilok konsep Barisan Nasional.. bukan ada kepedulian thadap rakyat pun..
sebenarnya BN tu tak lebih dari sekadar konsep divide n rule…
Reply
Assalamualaikum warahmatullahibawarokatuh.
Pertamanya saya ingin memberi pandangan yang berbeza sama sekali tentang Malaysia khasnya.Kepada dsai saya ingin bertanya adakah masih relevan lagi institusi raja di malaysia ini?Sebagai orang muda saya punya pandangan berbeza tentang perkara ini.Jika mengikut sejarah pada masa dahulu raja-raja menerusi orang bawahannya menciptakan permainan seperti wau,gasing,dan sebagainya untuk rakyat bagi mengelakkan rakyat ‘sibuk’ atau berfikir tentang politik,kekuasaan,kekayaan.Jika dilihat senario Malaysia kini juga rakyat masih memiliki ciri tersebut.Sehinggakan terdapat ahli sejarah dari luar negara melabelkan melayu suka berhibur dan pandangan negatif dari segi attitude.Jadi persoalan saya adakah Dsai akan “overhaul” semua?Kata orang tua jika mahu ubah sesuatu maka ubahlah dari kepalanya.Jadi insyaallah perjuangan Dsai pasti berjaya.Terima kasih.Ini adalah sekadar pandangan dan persoalan kerana saya berpegang dengan demokrasi bebas bersuara.
Reply
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya tentang Agenda Ekonomi.
Pertamanya adakah dengan perjuangan Dsai, maka ekonomi yang sebahagian besarnya di miliki oleh politikus,kawan rapat politikus,kerabat,orang cina dapat dipecahkan monopoli itu?,ini kerana mereka merupakan sumber utama dalam projek mega.
Ini kerana saya melihat kebanyakan perniagaan besar kebanyakannya dimonopoli 4 golongan tersebut.Adakah dengan reformasi yang dibawa Dsai akan memecahkan monopoli tersebut?
Adakah dengan kemenangan Dsai jika diizinkan Allah swt maka Dsai akan hapuskan darjah kebesaran?Ini kerana pada hemat saya jika dikubur tidaklah ditanya malaikat tentang pangkat kita.secara langsung dengan tiada pangkat kebesaran ia dapat memberi kesamaan antara kaya dan miskin.Jadi yang miskin tidak rendah diri,yang kaya menghormati pada yang miskin.Terima kasih.
Reply
Semua ini hanya menyebabkan umat islam berpecah…jauhilah politik yang mengikut adunan dari barat.. dekatilah golongan alim ulama dalam hal ini
Reply