18
May
07

Sehari Di Kelantan: KeADILan Kian Relevan, Rakyat Semakin Bangkit!

Acara di Kelantan begitu ketat sekali tetapi amat memberansangkan. Ternyata semangat dan keghairahan di peringkat akar umbi yang terus melonjak. Fitnah negatif media rasmi tajaan Umno-BN atau karenah beberapa individu di dalam parti tidak perlu dihiraukan.

Di Kota Bahru saya rasmikan Pusat Khidmat KeADILan Bahagian Kota Bharu. Saya diundang untuk menerima keahlian baru seramai dua ribu orang kebanyakannya dari Umno. Di Pasir Mas, saya terharu melihat kegigihan pimpinan KeADILan bahagian menyewa pejabat dan bilik gerakan. Pasir Mas merupakan kawasan pilihanraya yang ditandingi calon PAS,YB Ustaz Ismail Noh, tetapi komitmen KeADILan begitu jitu. Bangunan tidak gagah dan megah malah boleh dikira daif. Yang membanggakan ialah pengorbanan pimpinan bahagian mengumpul dana dan memperkemas jentera parti.

Dialog di Hotel Perdana jam 8 malam dihadiri ramai masyarakat Cina, India dan Siam. Saya mengulas isu perpaduan dan keadilan sejagat. Perhimpunan malam di Dataran Majlis Daerah Ketereh dibanjiri puluhan ribu orang. Saya mengupas makna kemerdekaan sempena 50 tahun merdeka. MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz turut berucap menegaskan keperluan istiqamah dalam perjuangan menegak makruf dan menolak kemungkaran tatkala mengulas penyelewengan di Ijok dan perjuangan menentang kezaliman Umno-BN.

ANWAR IBRAHIM


3 Responses to “Sehari Di Kelantan: KeADILan Kian Relevan, Rakyat Semakin Bangkit!”


  1. 1 zumar May 18th, 2007 at 5:24 am

    Assalamualaikum Dato Seri,

    Saya ada 3 cadangan supaya pihak BA mengeratkan lagi pakatan menjelang GE12 ini.

    1)membentuk kerajaan bayangan peringkat persekutuan. Lantik menteri2 BA di kalangan parti2 pembangkang sekarang (KeAdilan, DAP dan PAS). Monitor setiap kementerian BN dgn kementerian BA yg di lantik supaya Menteri BN will alway be on their toe. BA kena tunjuk pada rakyat semua yg BA mampu bentuk kerajaan dan boleh tabir negara. Jangan tunggu bila menang baru nak start. Mula sekarang walaupun tak ada gaji…meaning BA sedia berkhidmat utk rakyat w/pun tak ada gaji…Dedahkan setiap penyelewengan dalam setiap kementerian BN di samping itu gariskan improvement2 yg BA akan buat jika mendapat mandat rakyat. With this hopeful rakyat akan sedar. BN anggap pakatan BA tak akan berjaya…maka buktikan mereka salah…

    2)BA should come out and use 1 logo for this coming GE. Kesatuan BA akan membawa padah pada BN, tapi pertelingkahan BA dengan sifat nafsi2 akan pasti menguntungkan BN…macam mana rakyat nak yakin pada BA kalau just to come out with 1 united logo pun BA tak dapat buat….itu adalah senjata BN utk beritahu rakyat bahawa BA tak mampu takbir negara.

    3)Pada GE yg lalu sudah ada pakatan dalam BA tentang pembahagian kerusi supaya terjadi straight fight btw BA and BN. Itu harus di teruskan. Kali ini saya cadangkan pembahagian negeri di buat di kalangan parti2 BA supaya lebih tumpuan dan fokus. Contohnya kalau Penang menjadi tumpuan keAdilan, maka keAdilan akan letak 60% calon dalam DUN, yg baki boleh beri pada parti BA lain. Kalau boleh bentuk kerjaan bayangan peringkat negeri juga.

    Last but not least, my challenge to Dato Seri is to unite the opposition under BA. I know it’s not easy but it is not impossible. Selagi BA tak bersatu I can assure Dato Seri that “jauh panggang dari api” for BA to win the GE. Having said all that, saya yakin Dato Seri mampu lakukannya. InshaAllah

    Sekian, Wassalam

    Reply

  2. 2 Rakesh May 18th, 2007 at 5:25 am

    Saudara Anwar,
    Setelah kami dianiaya belakang ni di ijok, sudah menjadi cukup susah untuk saya memanggil anda sebagai saudara…Saya hanya berhak memanggil anda sebagai Tuan…Ini kerana saya berasa lebih hormat terhadap perjuangan Tuan Anwar….Saya sokong 100% perjuangan Tuan.

    2) Samy Vellu baru ni mengatakan yang Tuan tidak membuat apa apa untuk kaum india.Pelbagai lafaz maki hamun terlompat dari bibir saya walaupun saya ni bangsa Punjabi(India)…
    a)Bukan kah Tafe College,AIMST dan sebagainya dimulakan waktu Tuan menjadi TPM?
    b)Adakah ini pengakuannya yang beliau tidak mebuat apa apa sepanjang Tuan menjadi TPM untuk kaum India?
    c)Bukankah ini menjadi bukti yang beliau sedang cuba mensalahkan Tuan DSAI atas kelembapan dan ketamakkan dia sendiri?Lebih lebih lagi Tun pun sudah mengaku yang Samy Vellu makan rasuah..

    Saya yakin yang Tuan DSAI mungkin terasa sedikit duka atas peristiwa di Ijok tapi yakinlah setiap warga Malaysia adalah bersama Tuan.Semoga Tuan tidak berasa hampa atas apa yang berlaku kerana walaupun penyokong pihak lawan bertindak liar dan/atau gila..dalam hati mereka tahu yang mereka sedang bersalah dan menganiayai pihak yang menuju kebenaran…

    Kami tetap bersamamu…Lawan Tetap Lawan

    Reply

  3. 3 Rakesh May 18th, 2007 at 5:32 am

    Keputusan di Ijok: kami menang sebab kita telah menyebabkan BN belanja 100j untuk kesejahteraan rakyat.Seharapnya setiap pilihanraya kecil mereka akan membuat demikian kerana kita memang inginkan kebajikan rakyat!

    Bukan setiap kawasan pilihanraya mereka boleh belanja 100j…pilihanraya umum nanti kita lihatlah…Lwan tetap lawan

    Reply

Leave a Reply