18
May
07

Cadangan Pengharaman Buku 13 Mei Cabuli Kebebasan Bersuara

Cadangan pengharaman buku May 13 Declassified Documents on the Racial Riots of 1969 mencabuli kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Di dalam era di mana maklumat tersebar secara bebas, dan kebebasan Perlembagaan mesti dihormati dan bukan dicabuli, undang-undang dan peraturan yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyekat penerbitan mestilah digunakan hanya dalam keadaan-keadaan yang cukup luar biasa.

Buku tersebut mungkin mengundang kontroversi, tetapi sekiranya kerajaan tidak bersetuju dengan isu-isu yang dibangkitkan, kerajaan sepatutnya menyanggah isu-isu tersebut dengan cara yang terbuka dan telus. Sebagaimana isu-isu berkaitan agama, kerajaan tidak boleh menggunakan tindakan keras untuk menutup perbincangan awam secara berterusan. Ini tidak termasuk hakikat bahawa menyekat buku tersebut akan secara langsung meningkatkan nilainya dan menaikkan keinginan pembaca. Lebih penting lagi, pengharaman buku ini akan memperkukuhkan lagi tesis bahawa rusuhan 13 Mei tersebut sememangnya disebabkan oleh rampasan kuasa yang dirancang pimpinan tertentu untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.

Secara peribadi, saya menganggap buku ini sebagai proses untuk memberi penjelasan kepada rusuhan perkauman 13 Mei yang selepas hampir empat dekad terus dibincangkan secara senyap memandangkan tiada jawapan muktamad yang diberi oleh pihak berkuasa. Sememangnya akan wujud perbezaan pendapat berkenaan kejadian tragis di dalam sejarah kita dan saya menyeru rakyat Malaysia untuk mempunyai pemikiran terbuka di dalam perbincangan ini dan terus menghormati sensitiviti semua kaum.

ANWAR IBRAHIM


5 Responses to “Cadangan Pengharaman Buku 13 Mei Cabuli Kebebasan Bersuara”


  1. 1 najwan_halimi May 18th, 2007 at 7:18 pm

    Datuk Seri,

    Saya ingin merujuk semula soalan saya berhubung dengan skandal Wolfowitz yang pernah saya utarakan di blog ini bulan lalu (namun masih belum menerima respons Datuk Seri sehingga kini) dengan merujuk kepada laporan akhbar NST hari ini dan kelmarin yang seolah-olah cuba mengaitkan Datuk Seri sebagai salah seorang yang terlibat dalam urusan kenaikan posisi Shaha Riza di Bank Dunia.

    (Kita percaya, akhbar “sampah” sebegini memang sengaja mempromosikan nama “Anwar Ibrahim” dengan tujuan memburuk-burukkan beliau)

    Mohon respon dan kenyataan balas dari Datuk Seri berhubung isu ini. Juga apa perkembangan terkini Foundation For The Future.

    Reply

  2. 2 freepress May 18th, 2007 at 7:54 pm

    Salam sejahtera. Saya tersenyum bila membaca tulisan Datuk Seri yang menyatakan langkah kerajaan mengharamkan buku perihal rusuhan kaum buku 13 Mei mencabuli kebebasan bersuara. Apakah Datuk Seri sudah membaca buku itu? Apakah Datuk Seri memahami konteks penulisannya? Kelihatannya, Datuk Seri kebelakangan ini lebih suka bersikap populis, membangkang apa jua langkah kerajaan, yang sebelumnya amat Datuk dukung prinsip pentadbirannya. Yang terserlah pada pemerhatian saya ialah, Datuk Seri mengetepikan hakikat rusuhan kaum 13 Mei telah berlalu dan usaha sesetengah pihak untuk cuba menegakkan benang basah yang cuba Datuk Seri sokong bukanlah jalan terbaik untuk dilakukan oleh seseorang seperti anda, mantan timbalan perdana menteri. Apa yang sebenarnya Datuk Seri inginkan dengan melaungkan ‘kebebasan’ sebagai satu ‘hak’?

    Reply

  3. 3 Yati May 2nd, 2008 at 4:00 pm

    Dear friends,

    Sisters in Islam (SIS) is taking part in the 1st KL Alternative Bookfest (KLAB) which will be held on the weekend of 3-4 May at The Annexe, Central Market. The KLAB is a space for small, independent publishers (like SIS) to sell, launch and discuss books. Apart from the SIS booth at the KLAB, we are also hosting a discussion on book banning.

    Details of the event are as follows:

    Wacana on Book Banning: Readers Want Answers

    Date : May 3, 2008
    Time : 4.00 — 6.00pm
    Venue : The Annexe, Central Market

    Presenters :
    V. Gayathry (Centre for Independent Journalism)
    Astora Jabat (bekas ketua pengarang Al-Islam dan bekas kolumnis soal jawab agama di Utusan Malaysia)
    Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam)
    Representative from Home Ministry (to be confirmed)

    Each presenter is given 15 minutes and we hope their input will spark a lively discussion from the floor. Input can be either in Bahasa Malaysia or English.

    Join us in this discussion as we scrutinise the history of book banning, including in the Muslim world, and consider the political, social and theological currents behind this form of censorship, especially in Malaysia. We hope to bring together publishers, writers (including those who have been banned), bloggers, journalists, and most importantly, readers and lovers of books.

    There is limited seating so please register with Mala at 03-7785 6121. We look forward to seeing you there!

    Sisters in Islam

    Reply

  1. 1 Haram | Kakiblog.com Pingback on May 19th, 2007 at 1:57 pm
  2. 2 An Open Letter To Pemuda UMNO And Young Malays: How Big A Mistake Can You Afford To Make? « The Naked Truth Pingback on May 25th, 2007 at 9:44 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031