Archive for May 10th, 2007

10 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya kini dalam penerbangan pulang ke KL satelah berada di London selama dua hari. Semalam saya menjalankan tugas selaku penasihat kepada Generation Investments dan turut berbincang dengan David Blood.

Baroness Valery, pemimpin wanita terkenal di UK dan kini Ketua House of Lords di Parlimen Inggeris mengundang saya ke majlis meraikan June Sarpong, pengacara terkenal bersama Mrs. Tony Blair dan Kofi Annan,mantan Setiausaha Agung PBB di bangunan parlimen.

Malam tadi saya diundang makan malam bersama Sekhar Kapoor, pengarah filem terkemuka (filem terakhir, Elizabeth dan dijangka memenangi Oscar). Kami berbicara panjang mengenai pemerkasaan budaya dan Asian Renaissance.

Saya terharu kerana beliau mengikuti dari dekat perkembangan politik Malaysia dan melahirkan rasa bangganya secara terbuka terhadap perjuangan saya dan reformasi di Malaysia. Sekhar menerima undangan saya untuk melawat Malaysia dan membicara soal kebebasan, wacana mengenai seni dan budaya yang mampu memperkasa rakyat dan peranan Asia yang memacu ekonomi tetapi mengekalkan warisan budaya.

ANWAR IBRAHIM