09
May
07

Tanggungjawab Etika & Moral Kekal Kita Junjung

Saya terpanggil untuk memberi sedikit komentar terhadap apa yang ditulis oleh Sdr Ahmad Zaki Yamani di blog beliau.

Perlu dijelaskan mengenai kekeliruan berkaitan isu akhlak dan etika, apa lagi dengan telahan mengenai tanggungjawab moral. Saya sama sekali tidak merestui kaedah mencela dan mengaibkan peribadi sesiapa. Tatkala mengulas jawapan TPM Najib Tun Razak yang cuba berdalih bahawa isu pembunuhan Altantuya dan komisyen hampir RM 1 billion adalah isu peribadi dan bahawa beliau mampu mendedah isu peribadi saya, maka saya telah menegaskan, isu yang dibangkitkan bukan peribadi tetapi jenayah yang menggusarkan kerana kelemahan siasatan polis, Peguam Negara dan hakim.Juga isu komisyen yang berkaitan rasuah besar yang diselindungi BPR.

Isu peribadi yang kononnya diketahui olih Najib telah saya cabar untuk dibongkar kerana pada faham saya, moral pemimpin perlu bersih. Selama ini yang dilakukan olih pimpinan Umno dan BN adalah fitnah jijik tanpa asas. Disebaliknya saya menekankan bahawa maklumat mengenai Najib
akan hanya saya dedahkan seandainya beliau mencabar saya berbuat sedemikian. Tetapi saya tidak bersedia melayani tuntutan pemerhati politik yang menganggap gejala tersebut sebagai bahan sensasi.

Saya harap masyarakat tidak turut terkeliru dengan mengenepikan prinsip akhlak atas nama moral.

ANWAR IBRAHIM


9 Responses to “Tanggungjawab Etika & Moral Kekal Kita Junjung”


  1. 1 Tajdid May 9th, 2007 at 12:19 pm

    Sdr Anwar,
    Rahman Othman sudah isytihar yang akan bertanding jawatan Presiden,secara khususnya akan mencabar sdr..bagaimana respon sdr?

    Reply

  2. 2 vc May 9th, 2007 at 5:32 pm

    Yang sedang mbaca ni kalau bukan DSAI sila sampaikan mesej ni kpd beliau.

    Dari Machap ke Ijok, perasaan hati tersinggung di kalangan pemimpin tempatan pkr semakin tidak terkawal. Ada di antara mereka berpendapat bhw DSAI terlalu dekat dgn dap. Sebenarnya, ini tidak menjadi masalah malah perkara baik. Tetapi mereka risau kerana dapat melihat dap sedang memakai taktik untuk meminggirkan ahli cina pkr daripada DSAI dan DSAI tetap melayan dap seperti tak tahu.

    Ada juga yg risau bhw dap sdg memimpin pkr ke arah sebuah parti melayu agar dap terus menguasai undi pembangkang cina.

    Walaupun saya bukan setuju dgn semua pendapat mereka, tetapi saya memang tahu dilema dap dlm politik pelbagai kaum. Memandangkan pkr semakin bangkit dan diterima di kalangan pengundi cina, dap pasti rasa tertekan. Dan memanglah betul bhw msyrkat cina semakin menerima pkr dan DSAI.

    Saya juga tidak mempersoalkan kebijaksanaan DSAI dlm hubungan beliau dgn dap. Dap masih boleh dipakai sekarang. Mungkin belum sampai masanya. Tetapi, yang saya amat risau ialah perasaan hati tersinggung ni semakin semarak di bawah. Kalau DSAI tidak mengambil langkah yg patut (memang hanya DSAI saja dpt menyenangkan hati mereka), perasaan ini mungkin merebak ke kongres pkr dlm bentuk ucapan pembahasan dari perwakilan. Kalau ini terjadi, dah tentu umno/bn mendapat banyak lagi video clip untuk disiarkan berulangkali di media perdana mereka.

    Janganlah yg dirisau ni menjadi kenyataan.

    TK kerana mbaca.

    Vincent
    BIT, Prk.

    Reply

  3. 3 www.azakiyamani.wordpress.com May 9th, 2007 at 6:12 pm

    Anwar Ibrahim menyatakan bahawa rakyat tidak seharusnya terkeliru dengan mengenepikan prinsip akhlak atas nama moral. Saya bersetuju seratus peratus bahawa prinsip akhlak tidak harus kita ketepikan atas nama apa sekalipun.

    Kendatipun begitu saya kurang pasti apa sebenarnya perbezaan antara akhlak dan moral.

    Meski saya setuju dengan prinsip-prinsip umum yang dinyatakan di dalam entri tersebut yang merupakan respon kepada entri blog saya sebelum ini, beberapa perkara perlu diletakkan dalam perspektif yang tepat.

    Baca lebih lanjut: http://azakiyamani.wordpress.com/2007/05/09/hentikan-kegelisahan-rakyat-akibat-ancam-mengancam/

    Reply

  4. 4 nooryahaya May 9th, 2007 at 10:21 pm

    Its about time that Datuk Seri as an opposition leader come up with a manifesto for the PKR if not for the whole of opposition.
    e.g what you are going to do about rasuah and the image of inefficient Govt dept.
    1. Pay rise for Govt servant at least 100% for the lowest income. (hey, thats only RM900 per month for 42? hour week) And maybe 10,8,5% for those already above RM900 a month.
    2. Minimum wage law for those in the private sector.
    3. Fiscal responsibility law for the Govt so that Govt wont be able to spend money on useless things.
    4. Freeing up financial markets.
    and a few other things.

    Because the general election is not far away.
    Opposition should get together and form a united front. Then announce an alternative cabinet. E.g Husam Musa as opposition candidate for menteri kerjaraya if he stand for parliament and lim kit siang as trade minister or whatever.

    Reply

  5. 5 AnakMuda May 10th, 2007 at 2:39 pm

    Saya terbaca di blog Sdr Rustam A. Sani mengenai polemik moraliti & etika yang dibangkitkan di blog ini:

    I am watching the outcome of these “exchanges” very closely, not only to see their consequences on the political “career” of young Ahmad Zaki Yamani but also their implications on the nascent pattern of political communications among different levels of leadership in PKR.

    http://suara-rustam.blogspot.com/2007/05/is-zaki-in-trouble-in-pkr.html

    Reply

  6. 6 arifabdull May 11th, 2007 at 7:36 pm

    Zaki Yamani hanya pemerhatikah?

    Reply

  7. 7 arifabdull May 11th, 2007 at 7:39 pm

    Tahniah kepada Ahmad Zaki Yamani dan Encik Anwar Ibrahim kerana membuka debat sebegini. Harap kualiti debat dan kejujuran berhujah seperti ini akan menimbulkan dealektika yang mematangkan kita semua.

    Teruskan.

    Reply

  8. 8 Moris Dec 12th, 2007 at 11:25 am

    interesting

    Reply

  1. 1 arifabdull » Anwar panas hati terhadap anak muda? Pingback on May 11th, 2007 at 11:59 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031