27
Apr
07

Mari Kita Cipta Sejarah: Surat Peribadi DS Anwar Kepada Pengundi-pengundi Ijok

Tuan/Puan Pengundi Ijok Yang Dihormati,

Hari Sabtu (28/4) ini hari penentuan bagi semua rakyat di dalam DUN Ijok. Kepada rakan-rakan berbangsa Melayu, Cina & India saya merayu supaya mengundi calon Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim. Anda semua: Melayu, Cina dan India berpeluang untuk mencipta sejarah.

Dan sejarah itu akan anda cipta dengan mengundi calon Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tan Sri Khalid adalah rakan lama saya. Beliau adalah seorang anak Selangor yang telah beberapa kali mencipta sejarah. Pada tahun 1981, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu sebagai Ketua Pehawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad telah menjadikan Syarikat Guthrie yang ketika itu dimiliki oleh pemodal-pemodal asing sebagai syarikat Malaysia. MeMalaysiakan Syarikat Guthrie ini berjaya dilakukan melalui PNB melakukan ‘Serangan Waktu Subuh’ ke atas Bursa Saham London. TSK melaksanakan langkah MeMalaysiakan Syarikat Guthrie, salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia kerana beliau terdorong oleh semangat patriotik dan mahu menyaksikan Syarikat Guthrie diuruskan oleh rakyat Malaysia sendiri. ‘Serangan Waktu Subuh’ yang dilakukan oleh PNB terhadap Bursa Saham London menyebabkan nama Tan Sri Khalid terkenal di masyarakat korporat dunia dan Malaysia dihormati oleh masyarakat ekonomi antarabangsa.

Tan Sri Khalid sekali lagi mencipta sejarah Ketua Eksekutif PNB dengan memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional dan Skim Amanah Saham Bumiputera. Melalui langkah ini beliau telah memungkinkan jutaan rakyat Malaysia memiliki saham. Berkat buah fikiran anak Selangor kelahiran Jeram ini, pemilikan saham di Malaysia hari ini tidak terbatas kepada golongan kaya sahaja.

Pada tahun 1992, beliau sekali lagi mencipta sejarah. Beliau mencadangkan kepada saya, selaku Menteri Kewangan pada wakti itu untuk melaksanakan Skim Pinjaman Amanah Sham Bumiputera kepada Rakyat Termiskin bermula dengan RM700 juta dilancarkan di Baling, Kedah yang telah mengubah kehidupan 140,000 rakyat Malaysia.

Apakah makna undi anda kepada Tan Sri Khalid, calon Pari Keadilan Rakyat pada hari Sabtu ini? Maknanya adalah anda mencipta sejarah politik. Apakah makna sejarah politik itu? Maknanya adalah anda telah menolak sikap sombong dan angkuh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional baik dari kalangan UMNO, MIC dan MCA yang menganaktirikan Ijok selama ini. Anda telah menolak amalan rasuah dan rakus pemimpin-pemimpin BN.

Tanyakan kepada Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak tentang komisyen berjumlam lebih RM530 juta untuk membeli kapal selam Scorpene dan hampir RM400 juta untuk membeli jet pejuang Sukhoi. Jumlah komisyen di dalam pembelian pesawat pejuang dan kapal selam berjumlah hampir-hampir RM1 billion. Jumlah tersebut sahaja mampu membina 200 sekolah rendah, 100,000 klinik kesihatan dan 20,000 unit rumah kos rendah. Jumlah rasuah tersebut kira-kira 20 kali ganda lebih banyak daripada pembangunan Pilihanraya Ijok yang diisytihar secara tergesa-gesa oleh Barisan Nasional tempoh hari.

Bolehkan calon BN K. Partihban menanyakan soalan ini kepada Dato’ Seri Najib yang juga Menteri Pertahanan? Bayangkan bagaimana ekonomi penduduk di Pekan Ijok dan Batang Berjuntai dapat dijana dengan jumlah wang tersebut. Jumlah tersebut juga boleh menyelesaikan masalah pengangguran dan sosial yang begitu parah sehingga hari ini. Setelah lebih 50 tahun merdeka masyarakat Tuan Mee masih lagi minum di air perigi. Bagaimana keperihatinan pimpinan MIC?

Dengan Tan Sri Khalid dan juga Parti Keadilan, anda sekalian juga akan mencipta sejarah dengan membawa politik baru yang menjaga kepentingan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Kami di Parti Keadilan telah mengusulkan Agenda Ekonomi Nasional yang menjaga kepentingan semua kaum, meningkatkan kebolehah daya saing kaum Bumiputera dan memberi peluang kepada golongan miskin tanpa mengira kaum. Kami juga memberi komitmen menjaga hak penganut-penganut agama mengamalkan agama mereka dan menjaga kesucian serta keselamatan tempat-tempat ibadat mereka.

Rakyat Ijok berhak mendapat calon terbaik. Calon tersebut ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat. Ayuh, mari kita cipta sejarah!

Yang benar,

Anwar Ibrahim

*Surat ini telah diedarkan kepada penduduk Ijok oleh petugas-petugas disana. Terima kasih diucapkan kepada mereka.


39 Responses to “Mari Kita Cipta Sejarah: Surat Peribadi DS Anwar Kepada Pengundi-pengundi Ijok”


  1. 1 napy8gen Apr 27th, 2007 at 7:18 am

    Semoga Berjaya dgn Izin Allah. Amin.

  2. 2 golden888 Apr 27th, 2007 at 12:18 pm

    Keputusan Machap memang menyakitkan semua orang. BN berjaya menggunakan WANG untuk mendapat undi-undi Cina. Nampaknya rakyat di Machap masih tidak sedar betapa bodohnya mereka…… terutama penyokong-penyokong MCA serta ahli-ahli MCA sendiri.

    Sekarang kita harap rakyat Ijok dapat bangun berdiri dan memberitahu dunia ini…. BUKAN MALAYSIA SAHAJA….. rakyat dah matang dan sedar kita sebenarnya ditipu BN dan patut beri tamparan besar kepada BN dan tunjukkan kuasa yang ada pada rakyat.

    Rakyat Ijok patut fikir dengan matang…. dah beberapa kali mereka pilih BN…. apa yang dapat…. Sekarang KEADILAN datang… BN yang takut barulah buat sesuatu.

    Kemungkinan TUHAN dah beri jalan dan peluang kepada rakyat Ijok….. sekarang semua di tangan rakyat Ijok..

    UNDI lah KEADILAN….. mungkin ini sesuai untuk rakyat Ijok..

    golden8888 special for Ijok

  3. 3 negarawan Apr 27th, 2007 at 1:45 pm

    I sincerely wish Tan Sri Khalid, the leaders (esp Saudara Anwar), and workers of PKR all the best. Let this be a start to major reforms in our beloved country. No doubt it will be very tough battle against the money politics, blatant corruption, and dirty tricks of BN, but the war is far from over. My prayers and hopes are with PKR. Let the voters of Ijok vote with their conscience. May the truth and their true love for Malaysia guide them.

  4. 4 lakshy Apr 27th, 2007 at 2:15 pm

    Since so many egos are at stake from BN’s side, it is unlikely that TSK can win this seat. BN has too much at stake to lose. Hence it will win by hook or by (most probably)crook. This is what rakyat malaysia have created for itself. A monster(BN) that is getting out of control.

    Reminds me of George Orwell’s Animal Farm, where the animals (rakyat) took over the farm(country) from the humans(British). Initially the declaration said that all animals are created equal. Then the pigs took control and ran the farm. Slowly the wordings started to change, and was modified to read, All animals are created equal, but some animals are more equal than others. Many more changes came about…gradually with a play of words. (Sounds like our constitution too! Being modified)

    There was a strange noise coming from the office one day, and the animals crept towards the office to observe a meeting going on between the humans and the pigs. The noise was the laugning of the pigs and humans. The animals could no longer tell the difference between the pigs and the humans! Sound familiar? Thats Malaysia for you.

    Looks lilke Orwell wrote his book for Malaysia!

  5. 5 hanief84 Apr 27th, 2007 at 9:55 pm

    Datuk Seri Anwar, apakah kenyataan Dato Khalid Ibrahim ini benar?

    Khalid Ibrahim Asked Ijok People To Vote For BN?
    http://cakapmalaysia.com/viewtopic.php?f=13&t=30

  6. 6 arifabdull Apr 27th, 2007 at 10:14 pm
  7. 7 ijat2007 Apr 28th, 2007 at 7:56 am

    28hb April, hari penentuan tapi tanda2nya dah ada…bila Ketua Polis S’gor memberi amaran bahawa orang awam tidak berhak menahan kenderaan2 yg membawa pengundi2 berdaftar (no citizens arrest!)..maka Lunas tidak akan berulang dan bila menteri2 berkata bahawa mereka akan pastikan ‘pengundi2′ dari luar yg berdaftar akan kembali untuk mengundi….terdapatnya undi pos melalui kem askar di Batu Arang….dan apabila BN diistiharkan menang, maka dicanang berulang2 bahawa Keadilan sudah berkubur,PKR tak ada pengaruh lagi, pengundi2 di Ijok bijak memilih wakil, parti lawan main kotor…..tak habis2! Dan, Zainudin Mamak Mydin akan menempelak terhadap stesen2 TV antarabangsa, ‘buat apa temurumah politician yg telah direject oleh pengundi2?Dont waste your time, pengaruhnya dah tak ada..so hentikan memanggil beliau untuk di temuramah!’ Itu lah yg mereka rancang-to make sure PKR kalah demi memastinya berkuburnya the Anwar factor.Ini lah Malaysia, kalau nak mengharapkan a clean and fair election, no way. Di peti undi, rakyat mungkin reject BN/UMNO tapi…..BN/UMNO ada bantuan dari pihak2 tertentu, keputusannya berbeza….how can we expose all these dirty tricks???Mahkamah? Dah terbukti, bawa kes ke mahkamah, pasti kalah. Apa pilihan yg ada pada kita?

  8. 8 negarawan Apr 28th, 2007 at 12:05 pm

    A vote for BN is equivalent for a vote for BN politicians and ministers to continue with their corrupt practices and mismanagement of the whole country. It is already obvious from the method of campaigning employed by BN where they literally lure voters with money and irresposible use of taxpayers money for so-called development projects. Let the citizens of Malaysia come to their senses, and realize that principles come above promises of wealth and splendour. The principles of truth is the basis and foundation of a great nation, without which any nation will degrade and rot away. We have to collectively put a stop to the rot caused by BN in the last 50 years.

  9. 9 lakshy Apr 28th, 2007 at 12:25 pm

    BN should win this election. After all, they are spending no less than RM36 million and also they have sent in all the troops. So by hook or by crook they will win. No less a person than the PM also showed up.

    And they have used their spin doctors to explain the military purchases, and DPM has denied links with the dead model. The opposition have not rebutted these arguments, or have not had time to do so. But are these rthe issues for Ijokians? Looks like the opposition have not got any issues as far as Ijokians are concerned. So what can they offer?

    Sadly………

    BN also capitalised on TSK’s slip of the tongue. Whats the big deal? But with the mainstream press also against the opposition, we need a better strategy than this if we want to make inroads at teh coming GE, which could be soon seeing this outcome.

    So chalk another one for BN. No need to wait till 7:30 to find out. Only need to see how badly TSK loses.

    PKR has to go the the grass roots and sign up more members. Get more youngsters and make them your frontliners, to take the ideas back to the kampungs. just like umno uses their putri wing!

  10. 10 ladymariah Apr 28th, 2007 at 1:53 pm

    hari ini… penentu…

  11. 11 sam75 Apr 29th, 2007 at 12:53 am

    Kepada semua warga PKR & Barisan Alternatif, walaupun kemenagan tidak berpihak kepada PKR saya amat berharap ia tidak mematahkan semangat untuk kita terus menegakkan keadilan di negara kita.Sesungguhnya tenaga & susah payah yg dicurahkan hanya Allah yg dapat membalasnya. Sesungguhnya kekalahan ini tetap membawa banyak hikmah kepada penduduk Ijok,dimana penduduk Ijok mendapat pembangunan segera. Penduduk Ijok patut berterima kasih kepa PKR, kerana tanpa PKR anda tidak mendapat peruntukan2 segera ini. Pada pendapat saya, hakikatnya PKR tetap berjaya.Saingan yg sengit pasti menanti BN pada pilihan raya akan dtg.
    Hidup DSAI…

  12. 12 permatang Apr 29th, 2007 at 3:36 am

    a.kum

    walaupun PKR kalah di ijok saya berharap kita semua tidak patah semangat. Saya dah naik menyampah tengok berita di TV kerajaan. Semua nya pembangkang ni buruk ajer.. saya berharap parti-parti pembangkang dapat membuat sesuatu perubahan demi bangsa dan negara ini. Memang pada hakikatnya sukar untuk kita berlawan dengan orang yang menggunakan segala kuasa tetapi allah tetap bersama orang-orang yang benar..amin..

  13. 13 semut Apr 29th, 2007 at 7:21 am

    DSAI, pertama sekali, ingin saya merakamkan setinggi tahniah walaupun keadilan kalah, tetapi semangat penyokong dan petugas telah semakin bertambah. Namun begitu saya percaya kekalahan Keadilan bukanlah kekalahan yang benar-benar kalah, tetapi sama sepertimana yang berlaku di Machap dan dibeberapan pilihanraya kecil DUN lain. Pada mulanya, saya telah mencadangkan supaya ianya dipulaukan dan saya mengangka bahawa Keadilan pasti akan menghadapi kekalahan sekiranya menyertai pilihanraya tersebut kerana selagi SPR dan kuncu-kuncu yang memenangkan UMNO/BN tidak dibersihkan, selagi itulah pihak BA tidak perlu menyertai mana-mana pilihanraya.

    Saya mempunyai cadangan bahawa, BA harus memulaukan PRU akan datang dan sebelum itu, perlu diusahakan sesuatu bagi membersihkan SPR sekiranya BA masih berminat untuk menyertai PRU akan datang. Cara yang paling dilihat berkesan adalah dengan merombak keseluruhan pentadbiran SPR dengan membawa perkara ini mengadap kebawah D.Y.M Yang Dipertuan Agong. RaShit harus dinyahkan daripada SPR. Saya juga percaya bahawa tidak hanya SPR yang terlibat dalam permainan ini, ia juga melibatkan JPN dan juga pihak Polis yang mana seringkali mengganggu-gugat dari awal kempen hingga ke hari pembuangan undi.

    Sebaiknya pulau atau bersihkan SPR terlebih dahulu.

    Wassalam.

  14. 14 ijat2007 Apr 29th, 2007 at 10:47 am

    Keputusan spt yg dijangka sudah pun diketahui. What next? Segala penipuan, segala salahguna kuasa, curahan berjuta2 ringgit-semua ni hanya untuk menghalalkan agenda kotor mereka, agenda penipuan!Dan skg they go to town berkata, Keadilan dah bungkus, dah nak berkubur, Anwar tak ada sokongan lagi, dah tak ada uumph. Semua ni dah di rancang. Sebenarnya mereka takut dgn pengaruh Keadilan dan Anwar. Dengan general election just around the corner, they just cant afford to loose sebab takutkan momentum memihak kpd Keadilan. Faktor Anwar menggerunkan mereka. So, at all costs, dgn cara menipu, they make sure Keadilan kalah dan majoriti kemenangan bertambah…..just to show that support for Keadilan dan Anwar dah menurun!! Ini semua tektik nak melemahkan semangat penyokong2 Keadilan dan Anwar. Apa pilihan yg ada skg? Nak masuk bertanding when kita tahu its not going to be a fair and clean election? Pengadil asyik menukar tiang gol, menukar undang2 pertandingan yg ternyata memihak pihak BN/UMNO?dah dapat bukti2 penyelewengan2 dan penipuan2? bawa ke mahkamah pun boleh menang ke? Sebelum ni pun PAS dah cuba bawa ke mahkamah kes2 penyelewengan pilihanraya tapi walaupun penuh dgn bukti, kalah juga!! Lama mana kita diperbodoh2kan????

  15. 15 AnakMuda Apr 29th, 2007 at 12:31 pm

    Datuk Seri,

    pengamatan awal mmg memihak kepada PKR.tetapi sangat menyedihkan,kerana di saat waktu-waktu pengundian lebih ramai pemimpin yang mengikut Tan Sri Khalid berbanding menjaga pondok panas.saya tak melihat kesungguhan pendokong2 PKR untuk menang pilihanraya ini,setakat menyebut boleh menang 60-40,saya kira siapa-siapa pun boleh buat.tetapi apakah kerja sampai ke tahap itu?

    saya akui,memang BN bermain kotor.tetapi kotornya permainan BN itu turut dicemari dengan attitude sesetengah org-org PKR sendiri.sepatutnya kita sama-sama membantu menggembleng tenaga khususnya di pondok panas.

    kemudiannya di kawasan pengundian,adalah amat malang pengundi hantu dapat dikesan, muka umur 40 bawak IC umur 80 tahun..tetapi yang menyedihkan apabila pemerhati-pemerhati yang ditugaskan hanya ‘bising’ selepas pengundi hantu mengundi! kenapa tidak diprotes sebelum ‘hantu’ tu mengundi?

    maaf Datuk Seri…statement ini mmg keras.tetapi hakikatnya,PKR bukan kalah semata-mata kerana mainan politik kotor BN,tetapi kerana sikap sambil lewa org-org PKR sendiri.saya berani katakan..Datuk Seri bekerja di sana lebih kuat daripada orang bawah..kalau begini,apa lagi yang kita boleh harapkan?

    inspirasi Lunas kekal menjadi memori indah.Petugas lebih banyak daripada pemerhati…tapi di Ijok ceritanya berbeza..pemerhati lebih banyak daripada petugas.kalau pun ada petugas,yang sistematik bukan daripada kita,datang daripada rakan-rakan parti BA yang lain..

    Bila kita isytihar untuk menang di Ijok,letak pulak Tan Sri Khalid sampai BN hilang upaya nak lawan kredibiliti Tan Sri Khalid,org2 PKR lebih seronok berteka-teki.’Konfem menang 60-40′,itulah kata rata-rata orang PKR di sana. Tapi kerja bagaimana? Orang Bn memang kerja macam sampah,pukul sana pukul sini,guna polis,maki hamun,tetapi dalam konteks ‘bekerja’,itulah ‘kerja’ mereka.dan mereka telah ‘bekerja’ dgn baik tanpa perlu kita nafikan.

    PKR kalah dgn cara kotor.tetapi kita mesti bertanggungjawab membersihkan kekotoran itu dgn semangat yang jitu.dan paling penting,nyahkan kekotoran dalam kelompok kita dahulu,insyaAllah kita akan lebih berjaya nanti.

    Datuk Seri…kami anak-anak muda berdiri teguh di belakangmu! Ubahlah PKR,ubahlah Malaysia!

  16. 16 AnakMuda Apr 29th, 2007 at 12:35 pm

    trend pengundian semalam menunjukkan PKR menang di Pekan Ijok yang majoritinya org Cina,dan Kampung Ijok.
    PKR kalah di Jaya Setia,Bukit Badong dan Simpang Ijok yang mana ketiga-tiga kawasan ini termasuklah Kampung Ijok adalah kawasan yang PKR menang dlm P/raya Umum 2004.

    InsyaAllah masyarakat cina berada di belakang PKR.
    masyarakat melayu?
    pemimpin PKR perlu mencari strategi baru,agar Melayu tidak mudah lupa..

  17. 17 AntiZalim Apr 29th, 2007 at 2:44 pm

    Assalamulaikum,

    Y.B DSAI,

    Sekalung tahniah buat PKR walaupun (kalah??), kerana menunjukkan prestasi yang baik kerana pada hakikatnya Tan Sri Khalid bukan berdepan dengan K. Parthiban sahaja tetapi berdepan dengan Barisan Nasional + Menteri-menteri Kabinet + Polos Diraja Malaysia + SPR + RTM + TV3 + Tokey2 tersembunyi yang menjadi kantung wang kepada BN. Ini petanda baik, penyokong semakin bersemangat… pada PU yang akan datang mereka tidak dapat memberi fokus yang serupa lagi kerana Pak2 Menteri terpaksa menjaga kawasan masing2… Bawalah pembeli rumah vs pemaju dan isu pendidikan yang semakin lama semakin menekan dan meremehkan martabat guru2.Begitu juga dengan WPI yang banyak menguntungkan tokey Singapura tu….

  18. 18 splash_hna Apr 29th, 2007 at 3:01 pm

    Assalamaualaikum Datuk Seri dan warga PKR serta BA.

    Saya begitu tertarik dengan pilihanraya kecil ijok kerana BA meletakkan Tan Sri Khalid sebagai calon atas tiket PKR. Sebelum ini saya tidak memperdulikan apa-apa pun pilihanraya kecil kerana mmg di ketahui BN tetap menang walau apa sekali pun. Tetapi di Ijok, lain sekali tarikannya walaupun saya di Sabah, perkembangannya begitu menarik sekali disebabkan Datuk Seri turun padang dan juga nama Tan Sri Khalid yang yang saya cukup kenali sinonim dengan Amanah Saham dan Guthrie.

    Keputusannya mmg amat menyakitkan. BN memang saya agak tetap menang walaupun pada mulanya saya menjangkakan Tan Sri Khalid menang tipis memandangkan Tan Sri adalah anak tempatan yang bertanding di tempat sendiri yang majoritinya org Melayu. Kenapa org Melayu tidak mengundinya?? Kenapa beliau menang di kawasan Cina?? satu persoalan yang memerlukan siasatan rapi BA khususnya PKR.

    Apa sudah jadi dengan org2 Melayu di Ijok?? (walaupun tak semua). Kenapa anda menolak bangsa anda sendiri untuk wakil anda bercakap di DUN Selangor?? Sebab ijok telah disisihkan sekian lama, pada pendapat saya, alang-alang sudah disisihkan, buang la terus calon BN dari kawasan anda. Menyemak!, kerana tiada perubahan kepada ijok.

    Tetapi mungkin penduduk ijok khususnya org melayu ada agenda tersendiri atau message kepada BN bahawa peluang Cikgu Parthiban (sekarang YB Parthiban) hanya tidak sampai setahun(sebelum PRU). Sekiranya masih lagi ijok tiada perkembangan, maka tumbangla BN di Ijok…satu perkembangan yang boleh Datuk Seri ikuti untuk BA khususnya PKR menawan ijok dalam PRU nnt.

    Kepada Tan Sri Khalid, walaupun tewas saya harap Tan Sri tidak kecewa dan patah semangat dan saya berharap sangat dalam PRU akan datang Tan Sri akan bertanding semula di Ijok kerana sebenarnya inilah kawasan yang boleh di tawan oleh BA disebabkan nama besar Tan Sri dan Tan Sri merupakan anak tempatan DUN Ijok.

    Walaubagaimanapun, seperti komen2 saudara2 lain, Datuk Seri harus membuat sesuatu kepada SPR. Kalau si paRashit tu dinyahkan dari SPR pun, belum tentu penggantinya bebas dari BN. Rombakan kepada sistem SPR perlu dilakukan.

    Moga-moga BA boleh mencabar BN dalam PRU nnt. Seharusnya menawan seberapa banyak DUN atau Parlimen untuk mengejutkan BN bahawa tidak semuanya indah buat mereka mengaut duit rakyat. Long Live Datuk Seri, PKR dan BA..!!

  19. 19 ameer Apr 29th, 2007 at 4:06 pm

    Saya tetap menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana saya tahu siape yang benar…kita bukan berlawan dengan BN tapi berlawan dengan pelbagai penipuan dan pengkianatan bangsa…saya sentiasa doakan agar Dato’ Seri sentiasa bersabar dan sentiasa mempertingkatkan perjuangan kerana saya yakin perjuangan kita akan di berkati oleh Nya…Dunia dan Akhirat..Insyalah….dan Insyalah lambat laun semua rakyat Malaysia akan sedar perjuangan yang Dato’Seri pertahankan selama ini…tahniah dan terima kasih Dato ‘Seri kerana perjuanganmu selama ini…Insyalah seluruh rakyat Malaysia akan berada bersamamu dan perjuangan mu akan diberkati oleh Nya Dunai dan akhirat…Insyalah…

  20. 20 KerisKontot Apr 29th, 2007 at 5:57 pm

    Datuk Seri,

    Walaupun agak kecewa sedikit dengan kemenangan BN tetapi ini tidak melemahkan semangat untuk terus berjuang.

    Sebenarnya Datuk Seri menang, keADILan juga menang. Maksud saya menang dalam erti kata sebenar. Setiap undi yang diberi kepada KeADILan adalah asli. Tanpa ragu-ragu lagi. Kerana para pengundi tidak ada tekanan untuk mengundi KeADILan, pengundi KeADILan juga 100% manusia bukan Zombie Kampung Pisang. Tetapi undi untuk BN 50:50. Ada pengundi bernilai RM30 ada yang bernilai seperti jalan tar segera yang lebih dahsyat pengundi mereka dari kalangan Zombie.

    Untuk menewaskan Anwar Ibrahim dan KeADILan dan pembangkang lain amnya mereka memerlukan penglibatan Perdana Menteri, Timbalannya, menteri-menteri kabinet, Kumpulan Media Prima, Utusan Melayu, Bernama, Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan ebih teruk lagi Suruhanjaya Pilihanraya juga dibaruakan. Dengan keseluruhan kekuatan ini ketika KeADILan berkempen di Ijok mereka berkempen seluruh negara seolah2 bukan pilihanraya kecil tetapi Pilihan raya UMUM mereka hanya mampu mendapat 1850 lebih dari KeADILan. WoW! Betapa Hebatnya Anwar Ibrahim, betapa hebatnya KeADILan. Mereka tidak mampu mengurangkan sokongan rakyat kepada kita malah jumlah undi kita juga bertambah. Tahniah Datuk Seri. Takziah saya ucapkan kepada masyarakat Ijok kerana nasib anda selepas pilihanraya kecil ini akan sama macam rakyat Kuala Brang. Rakyat Pengkalan Pasir dan Batu Talam. Tidak ada lagi jalan-jalan di tar sehingga malam hari, tidak ada lagi menteri2 menjenguk, apakah nasib anda semua? Jangan kecewa selepas ini apabila Khir Toyol merobohkan teratak anda? Tidak ada lagi ehsan selepas ini. Selepas ini towkey-towkey pula yang menjadi sahabat Kerajaan BN. Tanya lah penduduk Kampung Berembang, Atau Hulu Kelang di mana wakil rakyat mereka ketika jentera-jentera berat merobohkan teratak mereka? Nasib penduduk Ijok akan sama seperti mereka.

    Sekali lagi tahniah Datuk Seri Anwar. Kuatkan lagi semangat. Sesungguhnya anda masih berbisa dan relevan. Jangan lupa gunakan semua peluru yang kita ada pada pilihanraya umum nanti. Jangan biar Najib semakin angkuh.

    Satu lagi saya suka berkongsi pendapat dengan Datuk Seri, rakyat Malaysia memang tidak pandai memilih. Saya nak ulas berdasarkan kepada rancangan Akademi Fantasia. Walaupun saya sebenarnya tidak minat dengan rancang ini tetapi kebetulan pada malam keputusan pilihanraya kecil ijok tatkala untuk mengubat kekecewaan saya menonton rancang tersebut. Apa yang saya tertarik adalah kepada peserta yang terkeluar malam tersebut adalh peserta yang paling menghiburkan dan paling bagus komen oleh pengkritik sehingga saya lihat para pengkritik juga terkejut kenapa dia dikeluarkan. Rupanya undi yang diterima paling rendah kerana Rakyat Malaysia (baca MELAYU) tidak pandai memilih antara intan dan kaca. Saya sedih untuk Melayu.

    P/S; Apakah benar Takkan MElayu Hilang DiDunia? Kalau tengok dari kebodohan Melayu tak lama lagi Melayu akan hilang. Sekarang pun Melayu sudah Hilang Jati Diri Kemelayuan.

  21. 21 ijat2007 Apr 29th, 2007 at 6:57 pm

    Saya terima sms ni agak lucu juga tapi mesejnya very clear……’Kalau mahazalim (Tun Mahathir), bekas Presiden UMNO, boleh dikalahkan di Kubang Pasu dgn segala jentera UMNO, apalah Tan Sri Khalid dgn segala jentera BN dan kerajaan, belum termasuk HANTU HANTU yang Ustaz Haron Din tak kenal!’ Pilihanraya di M’sia has become a joke! Kita tuntut dulu proses pilihanraya di negara ni lebih adil dan bersih, baru kita turun bertanding. Otherwise, buang masa, tenaga, duit…bagi kita frust aja.

  22. 22 tokbahaman Apr 29th, 2007 at 7:59 pm

    Dato Seri,
    Selepas melihat keadaan di Macap dan Ijok, saya berpendapat lebeh elok dasar di Batu Talam di praktikkan. Walau bagaimana pun Ijok merupakan pilihanraya kecil yang terakhir penggal ini.

    Saya rasa amat kecewa dengan punundi Melayu di Ijok yang merelakan kekayaan rakyat di bolot oleh segolongan elit dan kroni tertentu. Inilah diantara sebabnya tokbahaman menentang orang puteh dulu Mereka mengaut kekayaan Melaya dan membawanya balek ke negara mereka. Kini kekayaan kita dibolot oleh kumpulan yang saya sebutkan tadi. Tetapi onrang melayu Ijok maseh memberi undi kepada perompak negara kita. Dimanakah letaknya maruah mereka ini?

  23. 23 ckliew88 Apr 29th, 2007 at 8:31 pm

    Well done DSAI. PKR has managed to get 40% of the votes.This shows that a significant number of people are voting against the govt. Keep up the good work. Can PKR show to the people evidence of phantom voters and bring the case to court ?

  24. 24 azri_rpk Apr 29th, 2007 at 8:42 pm

    Assalamualaikum…

    Tahniah Dato’ Seri di atas ‘kemenangan’ BA di Ijok..kenaikan undi lebih 470 undi membuktikan kita masih diterima rakyat..mimpi khir Toyo untuk menamatkan riwayat PKR adalah satu nightmare semata-mata…ayuh kita bangkit..jangan berlengah lagi..kekalahan mengajar kita erti suka duka perjuangan…kami tetap bersamamu Dato’ Seri..gunakan sepenuhnya pengaruhnmu unttuk menumbagkan BN.

  25. 25 ckliew88 Apr 29th, 2007 at 8:57 pm

    Well to PKR,DSAI and others keep up the good work. Pls continue the hard and good work. Remember to cooperate with pther parties in the coming general election and please make sure a one - one fight in the coming general election.

  26. 26 ladymariah Apr 29th, 2007 at 10:47 pm

    kemenangan dah berpihak kepada bn. kita tak boleh buat apa lagi kalau itu sudah menjadi pilihan rakyat. tak heran sebab bn guna duit. itu kelebihan diorang… semua mereka org kaya-kaya kan? banyak makan duit rakyat. LOL!

  27. 27 Najib1976 Apr 29th, 2007 at 11:37 pm

    Salam buat semua…
    Saya berasa agak sedih dan terkejut dgn kekalahan PKR …ini juga merupakan kekalahan bagi gabungan Alternatif. Saya tidak memahami mentaliti masyarakat di IJOK, adakah mereka takut utk berhadapan dgn kesulitan sekiranya PKR menang ? takut dgn PKR sebab PKR ganas ? spt diulang tayang media elektronik ? atau memang PKR itu ganas ?
    Saya syorkan PKR kaji dgn mendalam hasil keputusan di IJOK, kenal pasti peratusan undi melayu, cina dan india yg berpihak kpd PKR.
    Pakatan Alternatif perlu bergerak sekarang utk menghadapi pilihanraya umum yg bakal menjelang…gerakkan jentera anda….sepakatkan agenda anda…atau boikot saja ……
    “tidak dijadikan sesuatu itu melainkan utk manusia berfikir”
    Wassalam.

  28. 28 Rashad Al Haq Apr 30th, 2007 at 12:10 am

    IJOK – 28 APRIL 2007
    TERTEWASNYA PARTI KEADILAN RAKYAT
    “SATU NOTA RINGKAS”
    Oleh
    Rashad al-Haq
    29 April 2007

    Kepimpinan tertinggi PKR yang diterajui Anwar Ibarhim perlu membuat analisa mendalam untuk memastikan arah tuju dan mekanisma terbaik untuk gerak langkah mantap didalam membawa arus perubahan di Malaysia. Kekalahan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, walaupun mempunyai rekod cemerlang berbanding dengan calon BN, K. Parthiban yang tidak mempunyai apa-apa rekod sumbangan kepada negara perlu diteliti mengapa dan wajar digarab secara positif. PKR dan keseluruhan jentera pembangkang telah berusaha bersungguh-sungguh didalam Pilihanraya Kecil Ijok tetapi keputusan pada hari pengundian 28 April 2007 masih memihak kepada BN. Apakah sebab-sebabnya rakyat masih tidak mahu memberi peluang kepada parti-parti pembangkang di Malaysia?
    Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai “de facto leader” untuk barisan pembangkang di Malaysia perlu mewujudkan “think-tank” secara menyeluruh yang melibatkan semua pihak yang bersimpati dan serius untuk memastikan kesemua kebobrokan yang boleh merosakkan negara yang diamalkan oleh kepimpinan BN boleh dirubah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN ketika ini sudah pasti tidak akan mampu bersaing di peringkat dunia antarabangsa apabila segala kekayaan negara seperti minyak dan gas tidak lagi dimiliki.
    Kekotoran taktik yang digunakan oleh BN didalam setiap pilihanraya di Malaysia tidak perlu diulas kerana PKR sewajarnya memfokuskan bagaimana untuk mengatasi mereka dengan menggunakan segala kaedah secara bijaksana. Sejarah politik dan rakyat Malaysia dan perlu diteliti untuk memastikan segala strategi yang diatur boleh memberi impak kemenangan. Malahan senario politik negara-negara lain didunia seperti di Amerika Syarikat juga perlu didalami didalam usaha untuk mengatur strategi politik terbaik. Sebagai contoh, bagaimana Presiden George W. Bush masih boleh bertahan dipenggal kedua walaupun rakyat Amerika sudah meluat dengannya.
    Jelas, undi popular dinegara ini dihampir setiap pilihanraya, lebih dari 40% rakyat negara ini menolak kepimpinan BN. Parti-parti pembangkang hanya perlu berusaha untuk mendapat 11% lagi untuk memastikan arus perubahan dapat dicapai.
    Beberapa nota berikut mungkin boleh diperinci secara mendalam didalam mengorak strategi PKR didalam menghadapi BN dimasa yang akan datang.
    1. Kesatuan Parti-Parti Pembangkang Malaysia
    Parti-parti pembangkang di Malaysia harus berusaha untuk memastikan satu Barisan Alternatif benar-benar dapat diwujudkan. PKR yang sepatutnya berperanan untuk menyatukan PAS dan DAP setakat ini masih gagal berbuat demikian.
    Kesatuan parti-parti pembangkang didalam satu barisan akan membawa kepercayaan rakyat bahawa parti-parti pembangkang adalah benar-benar serius didalam membawa arus perubahan didalam negara.
    2. Gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia
    Diatas faktor diatas, ternyata tindakan Anwar Ibrahim memaksa penyokong-penyokongnya menggabungkan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia yang akhirnya membawa perpecahan dalaman didalam parti itu adalah satu langkah yang tidak bijak dan akhirnya membawa bencana besar kepada gerakan reformasi negara.
    Sewajarnya, kesemua parti-parti pembangkang disatukan didalam satu barisan iaitu Barisan Alternatif yang telah dicanang keseluruh negara. Kesilapan Anwar Ibrahim didalam memahami sejarah politik dan mengambil iktibar darinya telah menyumbang kepada kelemahan barisan parti-parti pembangkang.
    Parti Rakyat Malaysia yang telah lama berkecimpung didalam politik tanah air tidak sewajarnya dilupuskan kerana strategi kesatuan didalam satu barisan iaitu Barisan Alternatif adalah lebih baik dan cocok didalam kaedah politik di Malaysia.
    3. Perjuangan Yang Panjang
    Anwar Ibrahim harus akur bahawa didalam proses membawa perubahan ia mungkin memakan masa yang lama. Beliau wajar melupakan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri tetapi sebaliknya mengatur strategi untuk memastikan lahirnya generasi pimpinan muda yang baru yang berwibawa dimasa yang akan datang untuk merubah pimpinan negara.
    Jika tercapai sekalipun Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, anggaplah itu sebagai “miracle” kerana fokusnya sekarang adalah untuk membina generasi baru yang celik demi masa depan agama, bangsa dan negara
    4. Kelemahan Struktur Organisasi
    Parti-parti pembangkang di Malaysia harus akur bahawa mereka mempunyai struktur organisasi yang amat lemah. Kelebihan mungkin boleh diberi kepada PAS tetapi itupun hanya terbatas di negeri-negeri Pantai Timur. DAP secara umumnya hanya tertumpu kepada sentimen masyarakat Cina tetapi mempunyai struktur organisasi yang amat lemah.
    PKR perlu mengakui hakikat bahawa struktur organisasi parti mereka semakin buruk berbanding diawal-awal penubuhan parti itu pada tahun 1999.
    Di Ijok, jelas ternyata, jentera PKR adalah dari luar kawasan Ijok dan malahan jentera PAS setempat jauh lebih baik berbanding dengan jentera “tempatan” parti PKR sendiri.
    PKR mesti mengorak langkah untuk memastikan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan diwujudkan dan diaktifkan dengan pelbagai aktiviti disetiap kawasan yang PKR berminat untuk bertanding.
    5. PKR – Parti Berpaksi Melayu dan Islam Yang Sederhana
    Keghairahan Anwar Ibrahim untuk menjadikan PKR sebagai sebuah parti berbilang kaum wajar dikaji secara serius dan mendalam. Jelas ketika ini, pimpinan bukan Melayu didalam PKR tidak mempunyai sokongan “grass-root” dikalangan kaum mereka sendiri. Malahan didalam banyak hal, pimpinan bukan Melayu PKR hanya popular dikalangan penyokong-penyokong PKR yang berbangsa Melayu sahaja.
    Sikap Anwar Ibrahim yang “apologetik” untuk mendapat sokongan bukan Melayu didalam banyak hal telah mengorbankan serba-sedikit sokongan Melayu kepada PKR.
    Sewajarnya parti-parti pembangkang bukan Melayu yang sedia ada perlu diperkukuhkan tetapi didalam masa yang sama titik-titik persamaan perlu diperluaskan berdasarkan konsep keadilan yang universal. Kemungkinan sebuah parti pembangkang yang berpaksikan bangsa India juga perlu diwujud untuk menangani masyarakat India di Malaysia.
    Fokus juga perlu diberi untuk kaum-kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak.
    6. Perkukuh Biro Melayu, India dan Cina didalam PKR
    Walaupun secara dasarnya PKR adalah parti berpaksi Melayu dan Islam yang sederhana, tetapi ia tidak perlu menolak bangsa-bangsa lain didalam parti itu. Cuma, kaedah sebuah parti yang benar-benar “multi racial party” di Malaysia mungkin memakan masa yang agak lama sebelum ianya benar-benar dapat diwujudkan. Malahan, Amerika Syarikat yang kononnya sebuah negara liberal akan sudah pasti akan menolak seorang “Black” untuk menjadi presiden mereka. Obama yang dicalonkan sekarang ini untuk parti Demokrat sekarang sudah akan pasti akan kecundang.
    Semasa didalam Parti Keadilan Nasional, Dr. Chandra Mudzaffar ketika itu selaku Timbalan Presiden parti tidak bersetuju penubuhan biro-biro bersifat perkauman. Tetapi faktor ini perlu dikaji semula dan penubuhan biro-biro ini perlu diperkukuhkan dan diperluaskan diperingkat bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan khususnya.
    Fahaman “pecah dan perintah” yang berdasarkan perkauman yang dimulai oleh penjajah dan diteruskan oleh Perikatan dan kemudiannya BN sudah sedarah sedaging dengan rakyat Malaysia dan ia memakan masa yang amat panjang untuk dirubah.
    Fakta sejarah, UMNO menolak pengasas parti mereka sendiri, Onn Jaafar wajar diteliti secara mendalam yang sebenarnya masih kekal sehingga kini didalam hati sanubari majoriti rakyat Malaysia.
    Walaupun, perpecahan perkauman ini adalah sesuatu yang malang untuk politik negara, tetapi kepimpinan parti wajar memahami mentaliti yang sudah sebati dan sedarah sedaging dengan majoriti rakyat Malaysia.
    7. Perkukuh Kesatuan Dalaman
    Jelas, PKR tidak mempunyai keutuhan didalam kesatuan dan pergolakan dalaman yang kerap berlaku memberi kesan negatif didalam parti. Didalam UMNO/BN, kaedah yang menang dapat habuan dan yang kalah juga mendapat habuan. Kesatuan UMNO/BN adalah berdasarkan materialisma. PKR wajar mencari apakah prinsip kesatuan mereka dan setiap ahli wajar akur bahawa prinsip perjuangan mereka mengatasi segala-galanya.
    8. PKR Kekurangan Pakar Strategi
    Malangnya kini PKR kekurangan ahli-ahli strategi untuk mengatur langkah bijak didalam percaturan politik tanah air. Pada peringkat penubuhan parti, penyokong-penyokong reformasi telah berupaya menggunakan percaturan strategi yang bijak untuk melahirkan Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999.
    Langkah usaha menubuhkan tiga parti baru didalam era reformasi 1999 sebagai “camouflage” untuk pengambilalihan sebuah parti yang tidak aktif jelas berjaya mengelirukan pihak berkuasa ketika itu. Kemampuan pemikir strategi parti ketika itu menarik masyarakat untuk memperlihatkan bahawa Parti Keadilan Nasional yang baru ditubuhkan ketika itu mempunyai potensi besar didalam tempoh yang cukup singkat walaupun didalam keterbatasan segalanya termasuk media membuktikan kebijaksanaan perancangan strategi mereka.
    Benar, Anwar Ibrahim, tokoh popular ketika itu kerana beliau baru dipecat dari UMNO tetapi kerapian perancangan pemikir strategi parti itu wajar dipelajari.
    9. Generasi Muda Terabai
    Pimpinan PKR harus akur bahawa rata-rata generasi muda sekarang ini adalah terdiri samada mereka ini penyokong BN atau golongan yang tidak endah politik yang boleh dibeli pemikiran mereka menerusi hiburan atau apa-apa cara lain oleh UMNO/BN.
    PKR dan parti-parti pembangkang perlu mencari jalan untuk menarik generasi muda untuk peka kepada politik tanah air untuk kepentingan masa depan negara.
    10. Barisan Kepimpinan PKR
    Untuk sebuah parti yang berdasarkan prinsip, kepimpinan tertinggi PKR perlu memastikan barisan kepimpinan mereka untuk setiap lapisan adalah berkualiti.
    Namun malang, kualiti yang ada didalam banyak aspek hanya tertumpu kepada kepetahan berbicara dan maka itu tidak hairan jika kita lihat banyak kepimpinan PKR khususnya didalam Angkatan Muda parti itu dipersoalkan keperibadian dan prinsip perjuangan mereka.
    Anwar Ibrahim perlu belajar, anak didiknya sendiri, Roslan Kassim yang dibawa dari ABIM dan bersama didalam UMNO tetapi malangnya dibesarkan menerusi materialisma menderhaka kepada gurunya sendiri. Wang yang diberi oleh Anwar Ibrahim walaupun berjumlah RM5,000 setiap bulan semasa saat-saat sebelum Roslan berpindah kefahaman asalnya jelas tidak mencukupi untuk menghalang Roslan dari mendokong semula UMNO dan menjilat semula kesemua ludah-ludahnya.
    Justeru, kepimpinan parti perlu terdiri dari mereka yang berprinsip tetapi bukannya dari mereka yang pakar berceloteh tetapi buruk akhlaknya.

    Untuk permulaan, kesepuluh perkara diatas mungkin perlu didalami dan diperhalusi didalam mengorak strategi terbaik. Barisan pembangkang di Malaysia ketika ini perlu melupai hasrat untuk meruntuhkan UMNO/BN didalam masa yang terdekat ini. Perancangan harus dibuat untuk tempoh jangkamasa yang panjang.
    Wajar juga diingat didalam sejarah politik Melayu di Malaysia, tidak pernah ada revolusi malahan derhakanya Hang Jebat kepada Sultan didalam kisah Hikayat Melayu tidak berpaksi kepada prinsip tetapi lebih kepada sentimen Hang Tuah adalah rakannya.
    PKR dan barisan pembangkang sememangnya sudah pasti perlu mencari titik-titik persamaan untuk bersatu didalam satu barisan dan titik-titik kesamaan itu sewajarnya diatas perlu berpaksi diatas konsep kebenaran dan keadilan yang universal.
    Malangnya kebobrokan UMNO dan sekutu-sekutunya didalam BN sudah diperingkat yang maksimum yang mungkin agak sukar untuk diperbaiki lagi. Malahan, mungkin benar seperti yang didakwa oleh sesetengah pehak bahawa tahap kebobrokan UMNO/BN sudah sampai seperti derhakanya syaitan kepada Tuhan. Syaitan bukan tidak akur Tuhan itu wujud tetapi mereka derhaka kerana kesombongan mereka yang melampau.

    Wallahualam.

  29. 29 vc Apr 30th, 2007 at 2:42 am

    Perbualan telefon BN membeli undi dirakam dan dipaparkan di Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=eJSJM2ndbSo

    Saya rasa PKR telah kalah dgn sebegini:
    1. Menang lebih 60% undi cina;
    2. Menang tipis undi melayu;
    3. Kalah banyak undi india;
    4. Kalah langsung undi hantu.

    Kalau bukan kerana rasuah dan samseng yang berleluasa di Ijok, PKR telah menang!

    Pilihanraya akan datang, kita perlu mempertingkatkan kemampuan kita mengurangkan undi hantu. Jangan fokus saja dlm menahan bas hantu. Kita perlu menyiasat cara bn mendapat hantu dan blok /mengganggu di tahap awal.

  30. 30 zaini Apr 30th, 2007 at 10:18 am

    Datuk Seri,

    Saya rasa perlu ada perubahan bagi pihak alternatif dalam menagani taktik taktik BN dalam usaha untuk menag dalam pilihanraya.

    fakta fakta perlu dikemaskini dan diunjurkan kepada orang ramai memandangkan semasa kini banyak isu isu bolih diputarbelitkan kembali dengan berbagai cara melalui media suratkhabar atau tv olih pihak yang menentang arus.

    Strategi perlu diubah kerana apa cara sekalipun pihak alternatif menyatakan SPR atau pun BN menngunakan taktik kotor, mereka tetap macam biasa menggunakan jentera yang ada.

    Jentera itu perlu ditempangkan tanpa dipatahkan. Usaha kearah mengalakkan anak muda dalam meningkatkan ekonomi perlu dimana secara tidak langsung meningkatkan kesedaran anak muda dan secara tidak langsung kesedaran orang tua dimana sumbangan daripada anak anak mereka dari hasil usaha itu membawa perubahan dihati mereka.

    sekian

  31. 31 freelunch_2020 Apr 30th, 2007 at 11:26 am

    :D close fight. last minute mistakes. indian votes loyal to bn. high voter turnout after 2pm (??). but suspiciously split malay votes?
    another step closer to victory?
    :D

  32. 32 negarawan Apr 30th, 2007 at 11:28 am

    DSAI, if there is indeed evidences of irregularities, please take legal action against the EC and BN

  33. 33 picojayboy1 Apr 30th, 2007 at 3:20 pm

    Dear sir,
    Imagine they had to have hisham hussein,kj,toyo,
    samy,tsu koon,ka ting,najib,paklah,rgt40 mil,radio,
    tv and paper!Shahidan cabok pun ada!And they only
    had 6000 votes…you ANWARIBRAHIM,4000 votes by yourself!

    Ofcourse pilihanraya kecil they can focus lah,imagine
    pilihanraya umum,YOU ROCK SIR!

    It’s like masuk gelanggang,100 samseng against 2 of
    us,one would expect to kena hentam dead.Instead,you down
    80 of them before you are floored.Kira ok la boss!

    Well done PKR!

  34. 34 saifu1976 Apr 30th, 2007 at 8:15 pm

    Menarik daripada http://www.umno-reform.com

    VCD terus menghantui PKR dan Anwar

    Ini adalah antara material yang telah tertabur di Ijok yang dikatakan antara sebab Parti Keadilan Rakyat tewas dalam pemilihan ini. Isu ini diibaratkan “killer issue” menurut beberapa komen yang kami terima. VCD gambar Anwar Ibrahim yang dimainkan sewaktu krisis kepimpinan Dr Mahathir dan Anwar terbangkit semula dan Anwar dan PKR seolah tidak ada jawapan yang mampu dilakukan untuk menangani isu – isu ini. Sungguhpun bagi pihak PKR, pengundi hantu, menghalang kempen, menakut-nakutkan rakyat serta SPR adalah isu yang menyebabkan kekalahan tetapi beberapa pendapat berbeza masih menumpukan kepada material perang saraf seperti ini untuk memaling undi dari PKR kepada Barisan Nasional. Material ini akan terus dipakai untuk pilihan raya umum akan datang. Sungguhpun keputusan – keputusan mahkamah telah ada perkara ini seakan satu hantu akan terus mengugut Anwar Ibrahim sebagai penasihat parti dan sekiranya tidak ditangani ia akan terus menjadi faktor kontribusi kepada kelemahan PKR.

    Mungkin selagi isu ini tidak diperjelaskan dengan tepat, selagi ada keraguan keputusan mahkamah yang memaparkan “ keputusan berlapis” mengenai kes moral Anwar Ibrahim selagi itu ia akan terus melemahkan kedudukan. Mungkin isu ini tidak dimainkan oleh Barisan Nasional secara terus, mungkin penyokong mereka tetapi apa juga ia tetap memberi kesan kepada minda- minda terhad dalam Ijok. Apa pun material ini telah turut memberi kesan kepada pilihan raya. Mungkin material seperti ini akan terus menghantu Barisan Nasional dan Anwar akan terus dicap dengan gambaran – gambaran kepimpinan ulama yang bermuka – muka. Soalnya bagaimana PKR harus memulakan langkah membersihkan mereka dari terus dihantui oleh VCD tersebut.

  35. 35 ijat2007 Apr 30th, 2007 at 11:05 pm

    Dato Seri,
    Ni ada satu komen, maklumbalas yg saya dengar dari byk pihak….DS berjoget dlm satu ceramah. Aduh, sakit telinga saya dengar komen2 dari org2 Melayu. Mungkin pd DS, its OK tapi pd masyarakat Melayu, infront of Indians dan Dato Nala sendiri tak berjoget….it doesnt look good. Mcm2 komen, habis diungkit cerita2, kisah2 lama, sebelum dan selepas jadi menteri dgn suit2 DS yg beribu ribu ringgit….dan kes tilam walaupun nama DS dah dibershkan oleh mahkamah!!For sure, UMNO will exploit this. They will produce dan edarkan CD2 kelak…..’ini lah wajah pemimpin yg bertopengkan Islam’….kami tau, ni semua nothing tapi bagi UMNO, ni satu bahan yg boleh diexploit! Maaf DS, Jika U tersinggung.

  36. 36 RahimiOsman May 1st, 2007 at 1:39 am

    Salam,

    Terima Kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang masih lagi semangat untuk meneruskan perjuangan.

    Kekalahan di Ijok membawa banyak mesej kepada rakyat dan Parti Keadilan sendiri.

    Bukan sekadar menyedapkan hati daripada diselubungi kesedihan, tetapi hakikatnya satu - Nah! Dengan seluruh jentera kerajaan dan jutaan wang ditaburkan, PKR masih lagi belum terkubur!

    4,034 Undi kepada PKR adalah undi sebenar rakyat tanpa penipuan dan sogokan wang.

    5,884 Undi kepada BN memerlukan ribuan undi sogokan + pengundi hantu.

    Realitinya, tulisan di papan tanda Bilik Gerakan Pemuda UMNO dengan gambar K.J & Hishamuddin yang berbunyi “Pemuda Gempur, PKR Terkubur” hanyalah menjadi angan-angan atau kata-kata untuk menipu pemuda-pemuda UMNO bawahan.

    Mahu tidak mahu, mereka sendiri tahu bagaimana mereka ‘menang’ dan mereka sendiri telah ukur sokongan rakyat kepada mereka.

    Kekalahan di Ijok membuatkan kita sedar, harus kerja lebih kuat. Apa jua sekalipun, perjuangan harus diteruskan dan kebenaran tetap perlu disebarkan. Masing-masing mempunyai tanggungjawab samada menyedarkan rakyat bermula dari rakan2 dan saudara-mara hinggalah membantu jentera parti untuk siap-sedia menghadapi pilihanraya.

    Mahu tidak mahu, percayalah bahawa keputusan Ijok membuatkan pemimpin BN sendiri gusar dengan PKR! Ahli bawahan BN ni jangan di ambil kira - tak tau apa-apa, ikut sahaja tok nenek moyang punya tradisi. Hakikatnya pemimpin mereka yang rancang penipuan itu tahu betapa kuatnya PKR dan Anwar!

    Inilah parti yang akan menghantui BN hingga ke saat-saat akhir pemerintahan BN! Ayuh kita kerja keras!

    Pukulan pertama sudah menjadi!! Kita pukul lagi!!

    Rahimi Osman

  37. 37 hookup45 May 14th, 2007 at 9:18 pm

    Apakah kita sudah mati suri ?

    Setelah 50 tahun berkuasa
    Mungkinkah BN akan mampu menghapuskan rasuah ?,
    Mustahil, sedangkan
    menghapuskan sampah mereka gagal total,

    Jika mereka gagal melaksanakan dasar, yang
    paling remeh, soalannya
    mungkinkah mereka akan berjaya menegakan keadilan ?

    Gilanya,
    rakyat masih mengundi mereka
    apakah kita sudah mati suri ?
    apakah kita sudah tiada nurani ?
    apakah kita sudah buta warna ?
    apakah kita sudah pekak badak ?
    apakah kita sudah bisu ?

    Bangsaku,
    Kelak keturunan kita akan membaca sejarah, bahawa
    Rupa-rupanya, mereka dilahirkan oleh generasi yang dayus, iaitu
    Kita, orang-orang yang layak mengundi hari ini.

    Bayangkanlah, derita bangsa kelak,
    alangkah hinanya dilahirkan dari kalangan zuriat yang dayus
    hanya keluhan yang akan mereka erangkan sepanjang hayat.

    Bangsaku,
    Jangan biarkan kita diperhinakan oleh keturunan kita,
    Hari ini masih belum terlambat,
    Undilah Keadilan
    Undilah Keadilan
    Undilah keadilan

    Kelak,
    Sejarah menulis
    Ijoklah, tapak kebangkitan bangsa
    Bumi Ijoklah, keadilan dan kebenaran diterjemahkan
    Rakyat Ijoklah, pejuang tulen, yang tidak takut ugutan

    Selamat mengundi, bangsaku

    Putra Perpatih

  38. 38 memek05 May 5th, 2008 at 8:21 am

    Hang jangan nak merapu, kerja pengambilan syarikat perladangan British adalah diusahakan oleh Tun Ghaffar Baba. Amanah Saham pula diperkenalkan pada masa Tun Hussein Onn. Manakala pinjaman untuk rakyat termiskin adalah mengikut model Bangladesh. Hang Merapu apa ni.

    Zap

  39. 39 memek05 May 5th, 2008 at 8:28 am

    La hang cakap tentang komisyen beli kapal selam dan kapal terbang pejuang. Banyak tu komisyennya - kita minta sikit kot sejuta RM jadilah. Dunit atas angin. Pandai hang buat kira-kira noh. Hang pun biasa buat masa jadi Menteri Kewangan dulu kot. Tak mana hang tu komisyen tu. Boleh tunjuk bukti penyata bank ka? Kalau tak boleh tunjuk han cakap tak serupa bikin. Hang buat kerja yang sama dulu kot?

    zap

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

April 2007
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30