Masuk hari ini, sudah 5 hari berturut-turut DS Anwar berkempen di Ijok. Dari siang hingga ke lewat malam DS Anwar turun ke padang berjumpa masyarakat dan berpidato di atas pentas-pentas ceramah. Walaupun beliau berceramah di tempat-tempat yang mempunyai majoriti penduduk berlainan kaum, perjuangan dan agenda yang dibawa tidak bertukar yakni membentuk satu Malaysia baru yang menjamin keadilan tidak kira bagi kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Sejak 2 malam lepas, pihak Barisan Nasional mula gusar dan telah menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk meyekat kempen Parti keADILan. Permit yang telah diberikan untuk ceramah di beberapa tempat telah ditarik balik pada saat-saat akhir. Malam tadi ceramah DS Anwar yang sepatutnya diadakan di Sg Darah, satu kawasan yang mempunyai majoriti penduduk kaum India telah disekat oleh pihak berkuasa. Begitu juga dengan ceramah yang diadakan di Batang Berjuntai disekat oleh pihak polis dengan puluhan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Nampaknya UMNO/BN terdesak untuk menyekat penduduk Ijok daripada mendengar isu-isu yang dibawa oleh DS Anwar melalui ceramah-ceramahnya yang semakin hari mendapat sambutan yang bertambah hangat. Lebih merisaukan mereka apabila kaum India dan Cina mula memberikan sambutan yang sangat baik kepada DS Anwar.
DS Anwar telah bertekad untuk sama-sama turun ke padang berkempen di Ijok sehingga hari terakhir. Mari sama-sama kita sumbangkan tenaga untuk memastikan kemenangan Tan Sri Khalid sebagai wakil rakyat di Ijok!
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim
















Tanda2 dah amat jelas, sekali lagi BN/UMNO dengan bantuan pihak SPR dan juga Polis, akan main kotor di dlm PR kecil Ijuk ini. Lihat saja daftar pemilih IJUK-mcm mana pengundi2 yg berumur lebih dari 100 tahun masih ujud? Ada pengundi yg bawah umur, dilahir pd tahun 1999 pun didaftar sebagai pengundi! Satu alamat dengan 30 nama pengundi apa halnya? Byk lagi penyelewengan2 yg terang2 dilakukan. Berkesan kah tekanan2 terhadap SPR selama ini? Yakinkah kita bahawa PR kecil ini is a fair election? Ceramah2 PKR disekat oleh Polis tapi ceramah2 BN boleh berjalan lancar, apa halnya? Kenderaan2 jabatan2 kerajaan digunakan berleluasa sampai larut malam apa halnya? Mcm2 abuses! One thing is for sure, BN/UMNO just cannot afford to loose this by election especially to PKR. By hook or by crook, BN/UMNO will ensure that its candidate menang! BN/UMNO memang wants to kill, mengkuburkan the Anwar factor. Jangan terperanjat, at the very last minute of campaigning, mcm2 benda2 pelik akan berlaku especially bila BN/UMNO dah tau they will loose the by election! Option yg terbaik is still boycott, yes boycott the general election-selagi we are not assured of fair play.Let the whole world knows that elections in M’sia are very undemocratic.If we need to go to UN and expose this, why not??
I was at Ijok on the 24th April 2007, i heard YB Lim Kit Siang’s speech. He said BN Kiasu…and the goverment’s over spending budget during and after the election. 30 million that’s the figure for the Machap election and dont be suprise, only 10 percent which is only 3 million reaches the Machap community. Is that what is going on in Malaysia? well YES!!. The BN politicians took all our money and left us only 10 percent for development in Malaysia. SAD or not?. I left and during my journey back to Cheras, i saw many workers planting flowers, doing cleaning and repairing roads. Why is this all happening near the election? OI BN dont try to cheat us for our right and our votes this wont happen anymore. Let us consider RMK (Rancangan Malaysia) is there any connection? Let us abolish RMK and name it Rancangan Malaysia Rasuah because development of the country only happens near election which is 5 years once. Malaysia only had 12 development since Merdeka. Please to all Malaysian and the Ijok community let us unite and vote for Tan Sri Khalid Ibrahim he is your man to bring economic development and equality in Ijok.
assalammualaikom dsai…saya adalah pengikut reformasi dari tahun 1998 lagi…ketika itu umur saya 9 tahun..adik saya yg lahir tahun 1999 juga saya cadangkan berinama nurul izzah..(mungkin bebetulan seperti ygtelah di tetapkan oleh allah s.w.t)..ketika itu sya sering mengikuti ceramah terbuka antaranya fadzil noor,ezam noor,azmin ali , dr hatta ramli dan tidak terkecuali si pembelot roslan kasim…masa pantas berlalu…masa nurul izzah diarak di uniten sbg pelajar cemelang saya turut berada disana…kini saya baru habiz bersekolah…perjuangan rformasi sy tidak pernah pudar…saya akan terus menyokong KEADILAN RAKYAT…saya juga telah memasang cita2 menjadi seorang ahli parlimen muda dibwh tiket keadilan..HIDUP UNLE ANWAR
kenapa keadilan x anjurkan solat hajat perdana
semoga berjaya dgn usaha datuk..berkempen..sesungguhnya Allah bersama org yang benar…kuatkan tekad dan semangat untuk mengubah Malaysia…ini..seperti yang datuk impikan..dan rakyat Msia yang lain….
tertarik dgn kata2 bdk lagi.heheh ..sesungguhnya dia merupakan org muda yang kita impikan ..ada wawasan.saya pun seangkatan dgn dgn dia..dimana waktu reformasi 1998..sy berumur 13 tahun…ketika itu.dari situ la saya meminati politik..dan perjuangan DSAI…sampai skrg.
semoga berjaya di IJOk ni…28 HB ni.Reformasi!!!!
saya adalah anak jati ijok.saya rasakan meluahkan rasa kecewa penduduk melayu yang dikatakan kubu kuat BN.Sepanjang kempen pilihanraya saya ikuti saya rasakan BN berjaya mendidik masyarakat khusus org melayu menjadi samseng dan besar kepala.Tahniah saya ucapkan pd mereka.Tetapi sebesar pd masyarakat india dan cina,saya merasakan mereka matang dan bersikap terbuka dan memahami apa itu erti demokrasi.Saya cukup terkejut apabila saya melawat rumah didiami orang melayu yang dulu saya rasakan miskin tetapi apabila dikelilingi sebahagian rumah rupanya2 daif sekali tetapi bersikap angkuh seperti menanam perasaan benci dan dendam kepada sekumpulan perayu undi.kami bukan samseng dan kaki pukul.sebalik mereka bertindak liar menyuruh kami mengoyak poster….dimana sifat ketimuran kita.bersalam tidak ….kata2 keji dilemparkan.Sebaliknya org india dan cina sangat ramah apabila didekati .saya berharap DS dapat turun ke tempat tersebut atau melawat kerumah2 tersebut.Saya masih ingat lagi DS pernah datang merasmikan sg selangor pada tahun 1995(Rantau Panjang) kalau tak silap saya.Sekian terima kasih
Saya hairan, bila agaknya pengundi2 khususnya pengundi2 Melayu nak buka mata, asyik diperbodoh2kan oleh BN/UMNO? Sebagai contoh, Ijok ni, walaupun tak jauh dari bandaraya KL dan juga PJ, tapi dari segi pembangunan, Ijok ialah daerah yg paling mundur di dlm negeri termaju di Msia! Sebelum PR kecil ni, infrastruktur teruk-jalan2 berlubang2, longkang2 jarang dibersihkan, sesetengah taman/kampung di Ijok kerap dilanda banjir setiap kali hujan….masa tu, cuba nak jumpa Adun pun agak susah. Muka hidung Adun bukan jarang nampak tapi langsung tak turun padang!! Selama 3 penggal di bawah ADUN ni, langsung tak ada pembangunan di Ijok (kecuali pembangunan Unisel-itu pun yg untung kroni2 aja-rakyat jelata di Ijok langsung tak rasa faedahnya). Sebelum ni pun penduduk2 buat bising mendesak kerajaan negeri supaya menutup pusat pelupusan sampah tapi langsung pihak kerajaan negeri tak mau dengar.Tapi bila ada aja PR kecil ni, cepat2 diumumkan kerajaan akan tutup dgn sertamerta pusat tersebut! Wow, hebat sungguh. Boleh pula di buat instant keputusan menutup tempat busuk ni! Masjid yg dah bertahun2 diminta oleh penduduk2 satu kampung pun tiba2 diluluskan….hebat sungguh, tiba2 ada peruntukan! Tempat Futsal pun dibangunkan…..tiba2 kerajaan negeri memberi peruntukan berjuta2 untuk membangunkan IJOK! Yang jelas, semua ni tak akan dinikmati jika tak ada PR kecil ni….tapi nyata, rakyat jelata selalu diperbodoh2kan…dah 50 tahun merdeka pun, masih lagi diperbodoh2kan! Kali ni ajar BN/UMNO cukup2…dah ditabur berjuta2 ringgit nak memancing undi, beri kemenangan kali ni kpd calun PKR kerana jika BN/UMNO nak ambil kerusi ni balik dlm PR akan datang, they need to curah lagi byk peruntukan…..dan ini akan menguntungkan IJOK.Bagi signal kpd BN/UMNO-Cukup la, jgn perbodohkan pengundi2 IJOK!
Surat terbuka kepada semua sahabat di dalam keadilan. Saya selaku rakyat marhain memohon kepada anda semua supaya bersatu di dalam platform PAS bagi menghancurkan UMNO.Secara peribadinya saya menyeru kalian menggunakan PAS sebagai platform yang terbaik kerana perjuangan atas nama ISLAM. Secara peribadinya bagi saya tidak ada bezanya KEADILAN dan UMNO kerana memperjuangkan politik SEKULAR. Saya menyanjungi saudara ANWAR IBRAHIM untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti dan pada ramalan saya Najib tidak akan jadi PM. (Saya berani bogel keliling Dataran Merdeka jika Najib jadi PM).Keadilan tidak dapat berjalan sendiri tanpa tunggak PAS. Percayalah…atau kata lain kita semua dipihak pembangkang boikot pilihanraya akan datang sebagai tanda protes kepada SPR dan kerajaan BN yang menggunakan seluruh jentera kerajaan dan mengganggap semua harta kerajaan sebagai “harta bapak BN ” dengan sesuka hati dan dan penyalah gunaaan kuasa”. Begitu juga sesetengah “ulama-ulama” diMalaysia yang mempelacurkan ayayt-ayat alquran….
ANWAR IBRAHIM adalah milik semua rakyat Malaysia tidak kira kaum/agama. Saya berpendapat bahawa keADILan tidak berpolitk sekular ataupun Islam; tetapi keADILan memperjuangkan politik RAKYAT.