Archive for April 25th, 2007

25 April 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

AntiZalim memberi pandangan:

Assalamualaikum,

Saya ingin memberi cadangan agar Yang Berhormat Datuk Seri dapat ketengahkan isu rumah juga. Selangor adalah juara bagi rumah tak siap.. Saya adalah salah seorang mangsa rumah tak siap. Baru2 ini Menteri Perumahan beri insentif pengecualian cukai dan pengecualian membina rumah kos rendah kepada pemaju yang menjayakan projek bina dan jual…Kerajaan BN
hanya membela orang macam ni.. mereka dah menganiayai pembeli miskin, bukan nak dihukum tapi dimanjakan lagi… Saya penat dah melompat dari satu jabatan ke jabatan untuk menyelesaikan hal ini….. Pemaju masih kaya dan ketawa…

Yang kedua bawa isu guru-guru pun bagus juga, Datuk Hishamudin cakap nak memartabatkan profesion guru tapi dalam masa yang sama bawak masuk PTD… (ini menunjukkan dia memperlekehkan kemampuan guru)….Banyak lagi perkara yang dia buat….pendek kata, Dialah perosak institusi pendidikan di negara ini….

Antizalim,

Di Ijok pun ada penduduk desa yang mengeluh kerana wang pampasan belum dibayar satelah 7 tahun dengan alasan pemaju belum menyiapkan rumah. Jika diteliti, pemaju adalah keluarga atau kroni pemimpin Umno. Lihat saja laporan Malaysiakini apabila Kerajaan Umno Negeri Selangor disaman lantaran projek perumahan yang terbengkalai.

Pendidik memerlukan latihan khusus, pedagogi dan ketrampilan sendiri. Tidak wajar diserapkan PTD dengan kaedah dan budaya yang berbeda. Mutu pendidikan terus merosot lantaran dasar yang terus-terusan bercelaru.

25 April 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Masuk hari ini, sudah 5 hari berturut-turut DS Anwar berkempen di Ijok. Dari siang hingga ke lewat malam DS Anwar turun ke padang berjumpa masyarakat dan berpidato di atas pentas-pentas ceramah. Walaupun beliau berceramah di tempat-tempat yang mempunyai majoriti penduduk berlainan kaum, perjuangan dan agenda yang dibawa tidak bertukar yakni membentuk satu Malaysia baru yang menjamin keadilan tidak kira bagi kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Sejak 2 malam lepas, pihak Barisan Nasional mula gusar dan telah menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk meyekat kempen Parti keADILan. Permit yang telah diberikan untuk ceramah di beberapa tempat telah ditarik balik pada saat-saat akhir. Malam tadi ceramah DS Anwar yang sepatutnya diadakan di Sg Darah, satu kawasan yang mempunyai majoriti penduduk kaum India telah disekat oleh pihak berkuasa. Begitu juga dengan ceramah yang diadakan di Batang Berjuntai disekat oleh pihak polis dengan puluhan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Nampaknya UMNO/BN terdesak untuk menyekat penduduk Ijok daripada mendengar isu-isu yang dibawa oleh DS Anwar melalui ceramah-ceramahnya yang semakin hari mendapat sambutan yang bertambah hangat. Lebih merisaukan mereka apabila kaum India dan Cina mula memberikan sambutan yang sangat baik kepada DS Anwar.

DS Anwar telah bertekad untuk sama-sama turun ke padang berkempen di Ijok sehingga hari terakhir. Mari sama-sama kita sumbangkan tenaga untuk memastikan kemenangan Tan Sri Khalid sebagai wakil rakyat di Ijok!

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim