23
Apr
07

Rakyat Ijok Terima Baik keADILan!

“Reformasi!”, “Hidup keADILan”, “Hidup Dato Seri!”, itulah laungan yang bergema daripada penduduk Ijok tidak mengira Melayu, Cina dan India sebaik sahaja DS Anwar tiba di tempat-tempat ceramah dan perjumpaan masyarakat. Mereka amat rindukan DS Anwar yang merupakan pemimpin tersohor seantero dunia tetapi ditenggelamkan oleh media arus perdana. Mungkin mereka juga sudah bosan melihat pemimpin-pemimpin BN di dada akhbar dan kaca tv tetapi kali ini mereka bertemu semula Anwar Ibrahim, pejuang rakyat tulen! Seringkali DS Anwar berjenaka didalam ceramah beliau memberitahu penduduk Ijok bahawa walaupun pernah berdekatan selama 6 tahun, tetapi tidak boleh melawat Ijok kerana dikurung di dalam penjara Sg. Buloh.

Selama 3 hari berturut-turut DS Anwar turun ke Ijok untuk membantu kempen calon keADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dari siang hingga malam DS Anwar bergerak satu tempat ke satu tempat untuk bertemu masyarakat Ijok. Apa yang melucukan adalah beberapa pemimpin BN terpaksa berpatah kembali daripada tempat yang dituju kerana ‘takut’ bertembung dengan DS Anwar. Jika ada yang bertembung sekalipun, cuma bersalam dan cepat-cepat meninggalkan tempat. Saya teringat ada pepatah mengatakan, “Berani kerana benar, takut kerana salah”.

Ribuan penduduk Ijok hadir di setiap ceramah DS Anwar yang diadakan 3 tempat berasingan setiap malam. DS Anwar dengan lantang berceramah menerangkan isu-isu hangat kepada penduduk Ijok sambil menceritakan kisah Tan Sri Khalid sebagai usahawan terkemuka tidak sekali-kali pernah datang kepada DS Anwar yang pada masa itu menjawat jawatan Menteri Kewangan dengan tujuan untuk meminta saham ataupun projek. Tan Sri Khalid hanya datang kepada beliau dengan idea-idea untuk membantu rakyat dimana tertubuhlah ASB dan ASN untuk membantu rakyat Malaysia. Inilah calon yang disediakan oleh keADILan untuk penduduk Ijok - antara yang terbaik!

DS Anwar pasti jika Tan Sri Khalid dinobatkan menjadi ADUN didalam Dewan Undangan Negeri Selangor, maka akan bergegarlah DUN Selangor semasa persidangan. Ini kerana, muncul satu lagi wakil rakyat yang lantang bercakap untuk membela nasib rakyat Ijok dan bukan sekadar menyokong apa sahaja yang pemimpin atasan lakukan sepertimana adun-adun Barisan Nasional yang disifatkan sebagai ‘tukang angguk’.

Berikutan kenyataan DS Najib beberapa hari lalu, DS Anwar mencabar DS Najib untuk memfailkan saman terhadap beliau supaya dapat beliau bercakap di dalam mahkamah di mana rakyat Malaysia dan Dunia akan melihat dan mendengar perkara sebenar. Beliau juga menerangkan kepada penduduk Ijok mengenai dasar pendidikan keADILan yang menjamin pendidikan adil kepada semua kaum. Menjamin kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diajar di sekolah-sekolah kebangsaan dan menjamin bahasa Cina dan Tamil di ajar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil khususnya di dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Namun begitu, tidak meninggalkan kepentingan pelajaran Bahasa Inggeris untuk semua. Beliau mencabar pemimpin-pemimpin MCA dan MIC jika berani bercakap mempertahankan perkara ini.

DS Anwar juga menyelar pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang membawa keluar keris kononnya mempertahankan hak orang Melayu, tetapi pada hakikatnya merompak harta rakyat. Memberi 100-200 ringgit kepada orang bawahan yang disuruh bekerja setengah nyawa dan mereka mengambil ratusan juta ringgit dan hidup senang lenang. Akibat perbuatan mereka inilah ramai orang Melayu sendiri hidup dalam kesusahan begitu juga dengan orang Cina dan India. Beliau mengesa rakyat menolak Dasar Ekonomi Baru dan menerima Agenda Ekonomi Baru Malaysia bagi menjamin keadilan untuk semua, kerana kita tidak mengira Melayu, Cina dan India adalah satu keluarga sebagai rakyat Malaysia!

Setelah duduk di atas kemudian jatuh ke bawah, diaibkan, dipukul, dizalimi, dipenjara, cita-cita DS Anwar cuma satu, untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dari semua aspek dan mengikat persahabatan dan persaudaraan semua kaum di Malaysia.

Sepanjang kempen di Ijok, rakan-rakan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP) turut bertungkus-lumus membantu calon keADILan. Pihak polis juga telah memberikan kerjasama yang cukup baik untuk menjamin keselamatan konvoi DS Anwar serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Rahimi Osman

gambar-gambar sekitar kempen DS Anwar di Ijok:

Jumaat (20/4/2007)

DSCN9969.JPGDSCN9973.JPGDSCN9992.JPG

DSCN9996.JPGDSCN9999.JPGDSCN0006.JPG

DSCN0007.JPGDSCN0017.JPGDSCN0022.JPG

DSCN0028.JPGDSCN0137.JPGDSCN0120.JPG

DSCN0143.JPGDSCN0161.JPGDSCN0188.JPG

Sabtu (21/4/2007)

DSCN0260.JPGDSCN0273.JPGDSCN0293.JPG

DSCN0295.JPGDSCN0299.JPGDSCN0302.JPG

DSCN0317.JPGDSCN0350.JPGDSCN0359.JPG

Ahad (22/4/2007)

DSCN0403.JPGDSCN0404.JPGDSCN0405.JPG

DSCN0412.JPGDSCN0417.JPGDSCN0418.JPG

DSCN0431.JPGDSCN0435.JPGDSCN0436.JPG

DSCN0437.JPGDSCN0442.JPGDSCN0446.JPGDSCN0447.JPG

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim


12 Responses to “Rakyat Ijok Terima Baik keADILan!”


  1. 1 shenyeeaun Apr 23rd, 2007 at 4:08 pm

    Saya memang dekat sana satu hari semalam. Berkempen rumah ke rumah hampir sepanjang hari. Maklum balas daripada masyarakat cina cukup memberangsangkan.

    Laungan reformasi hidup anwar dan sebagainya di pasar pada pukul 5-6.30 itu semua saya yang mula dahulu. Itupun banyak yang tak ikut.

    Makanan di Ijok memang sedap ! Ahli PJS perlu diberi kerana bekerja sepanjang hari sehingga ada beberapa perempuan yang sakit kepala semasa ikut bertugas dari rumah ke rumah. Rajin !

    Warga tua dari DAP pun berkempen rumah ke rumah dalam cahaya matahari panas terik.

    Apa yang menyedihkan ialah tiada pemimpin tinggi datang beri motivasi ataupun bersama- sama mereka bekerja.

    No comment

  2. 2 addeb Apr 23rd, 2007 at 10:54 pm

    ShenYeeAun,

    Usah sedih dan usah gusar dengan tiadanya kedatangan pemimpin tertinggi memberi perangsang.

    Sementara kami faham diatas perasaan tersebut, yakni satu naluri manusai yang tak perlu disesalkan, jadikanlah tanggungjawab dan sumbangan saudara/i untuk menjana kemenangan bagi PKR (dan seterusnya keadilan), sebagai satu motivasi terbesar…..mengatasi segala yang lain, hatta wang ringgit sekalipun!

    Biarlah pemimpin yang lain menumpukan masa dan tenaga kearah tempat yang lebih memerlukan!

    Selamat Berjuang dan Salam REFORMASI!

  3. 3 arifabdull Apr 24th, 2007 at 3:28 am
  4. 4 Spotlight Apr 24th, 2007 at 2:15 pm

    Ijok merupakan kubu kuat parti BN. Ini krn majoriti besar masyarakatnya tercicir dari arus pembangunan & kebenaran maklumat. Hari² di kaca TV memainkan peranan ‘brain-wash’ kpd rakyat keseluruhan. Jika rakyat Ijok termakan dakyah tersebut, BA akan kecundang manakala rakyat Ijok terpaksa menelan sikap pilih-kasih yg sentiasa diamalkan parti BN. Tercapaikah ledakan sulong parti Keadilan di Ijok??

  5. 5 semut Apr 24th, 2007 at 2:43 pm

    aku dah kata dari awal, pilihanraya kecil ni patut dipulau dari awal, sekarang kita dah letak calon, bila dah letak calon harus diteruskan. Kalau nak pulau sekarang, lihatlah nanti media arus perdana akan pukul canang PKR/pembangkang takut menghadapi bn kerana awal-awal takut kepada kekalahan.

    Jika kalah, media akan kata, pembangkang hanya bergimik ketika kempen, suara anwar sudah tidak relevan, BA tidak lagi diterima rakyat, dan sebagainya. Mereka akan kata, rakyat sebenarnya masih bersama umno/bn masih memerlukan umno/bn untuk membangunkan negara.

    Sekiranya didengar atau diteleti terlebih dahulu perkara penipuan yang dilakukan oleh umno/bn/ dan parti komponen terakhir mereka SPR, sudah tentu dari awal lagi kita sepatutnya memulaukan pilihanraya ini.

    Apa boleh buat… gelanggang sudah tersedia, 2 pasukan sudahpun diumumkan nama-namanya, namun satu pasukan adalah daripada pihak pengadil perlawanan itu sendiri. Adakah pihak yang satu lagi akan diberi kemenangan oleh pengadil perlawanan?

    Wallahualam.

  6. 6 hawaiichee Apr 24th, 2007 at 3:18 pm

    We need to have some bloggers, if reporters are not willing to check the existence of Phantom Voters. … i have already done my part by listing this information in all the blogs and congregating bloggers to act against EVIL. Time from the slaves to wake up and stand up against injustice. Who is up for this task?

    http://malaysia-today.net/blog2006/reports.php?itemid=4107

    23/04: Ijok: Who’s gonna win? Let’s bet!
    Category: General Posted by: Raja Petra
    Raja Petra Kamarudin

    Unofficially, Parti Keadilan Rakyat is going to win the Ijok by-election by 500 votes. That’s what three intelligence agencies have reported and Barisan Nasional is running scared. Officially, Barisan Nasional will win by roughly 1,200 votes? And why do I say this? Simple, out of the 12,000 plus voters, about 1,700 or so are ‘phantom voters’.

    Don’t believe me? Blogs and websites are run by unemployed women and liars? Well, take a look at the Election Commission (SPR) voters’ registration below. It is just three pages but these three pages are enough to prove my point. And if you want the whole book then you will have to pay for it because SPR sells the voters’ registration book on CD format; it is not free. And they will sell a different version to the opposition (minus some crucial information) while Barisan Nasional will get the FULL version.

    Anyway, note the following from the three pages below:

    In sheet one (voting locality SEKOLAH KEBANGSAAN JAYA SETIA), you will see that there are two voters (items 1 and 2) who were born in 1900. So expect 107 year old voters to come out and vote come Polling Day. There are others aged up to 93 years old who are all still alive and are voters or else their names would not be in the voters’ list.

    In sheet two (voting locality SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHINA IJOK), the same is repeated. Voters born in 1900, 1904, 1908, 1913, 1914, 1916, 1918, 1919, 1921, etc, are all still alive and are registered voters.

    Then, in sheet three (voting locality SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BADONG), there are voters born in 1999 (item 1913 in sheet three). This makes him a mere EIGHT YEARS OLD (maybe even SEVEN, depending on which month his birthday is). I wonder whether he has even been circumcised yet?

    Yes, that’s right! Barisan Nasional will win by more than 1,000 votes instead of losing by 500 votes. And this is because of the 1,700 ‘phantom voters’. Anyone still wants to hedge my bet. Let’s just make it a mere teh tarik somewhere in Bangsar because I don’t want you to lose big — just a token bet.

  7. 7 shenyeeaun Apr 24th, 2007 at 4:07 pm

    Najib nafi kenyataan Khalid Ibrahim bahawa Guthrie berasal dari England.

    Pemimpin kita tahu sejarah atau tidak ? Pelajar tingkatan 2 pun sudah tahu.

    Kalau nak bukti bacalah buku teks sejarah tingkatan 2 chapter 6.

    Sime Darby dan Guthrie dari England !

  8. 8 shukor Apr 24th, 2007 at 5:06 pm

    saudara,
    saya cenderong untuk melihat pilihanraya kali ini mirip apa yang berlaku semasa di Sanggang.
    Sambutan di merata-rata pelusok hebat dan hangat.
    Ramai hadir ceramah dan perhimpunan.
    Sorakan gemuroh.
    Tapi kita tiada finishing.Kita riuh di padang, mereka ikat pengundi di rumah.
    Pilihanraya kecik bukan persoalan kerja kuat dan strategi yang baik sahaja, tetapi juga bagaimana kita menempis penipuan.
    Di Lunas, kita berjaya menempis tipu muslihat penghundi luar yang datang dengan bas.Kali ini mereka tak pakai bas lagi, tetapi motosikal dan kereta sahaja, seperti yang berlaku di Ketari.

  9. 9 Hanif Zuhdi Apr 25th, 2007 at 12:20 am

    Saya hendak menyanggah dakwaan Raja Petra.

    Saya jalankan perbandingan dengan daftar pemilih Ijok bagi PRU2004. Inilah pemerhatian saya:

    1. Bagi daerah mengundi Jaya Setia, Jaah Binti Ali, berno. siri 50, dalam daftar 2004 bernombor 106. Ini menunjukkan pengeluaran 56 nama bagi pemilih tua berbanding 2004.

    2. Bagi daerah mengundi Pekan Ijok, Saodah Binti Salamon, berno siri 50, dalam daftar 2004, bernombor 112. Ini merupakan pengeluaran 62 pemilih tua berbanding 2004.

    3. Ispani B Mohd Rejo, berdaftar dalam daftar 2004 dengan no siri 3. Ini bermakna ada kesilapan software SPR. Nama beliau sepatutnye berno siri 3 atau kurang. Saya rasa SPR belum ada masa nak ubah kesilapan software ini. Masalah ini telah berlaku di Sarawak sepertimana telah dikemukakan oleh MAFREL di PR Negeri Sarawak. Apabila namanya berada di penghabisan akan menyebabkan orang salah faham.

    Berdasarkan 2 helaian ini, ada bukti yang SPR telah melaksanakan kerjanya mengeluarkan nama orang yang telah meninggal dunia secara besar-besaran seperti mana kenyataan yang dibuat SPR tidak lama dahulu. Pengeluaran nama dalam dua helaian itu amat besar, iaitu lebih kurang 50% (118 nama) dari berbanding 2004.

    Nampak gayanya terdapat pengurangan mendadak dalam jumlah pengundi hantu. Mengikut helaian ini sahaja 100 nama dikeluarkan, bermaksud pengurangan majoriti BN sebanyak 100 undi. Jika dikatakan jumlah pengundi hantu 1700, berkemungkinan 50% telah terkeluar, iaitu 850 pemilih. Penafian jumlah besar majoriti. BN telah menurunkan pengundi hantu dalam 2004. Mungkin akan dilakukan lagi, tetapi jumlahnya berkurang besar.

    Mengikut pengamatan saya, mungkin Ijok dipenuhi dengan pemain-pemain import. Pemain import MIC di estate dan ladang-ladang. Pemain import MCA/GERAKAN di Pekan Ijok, dan pemain import PAS di kawasan melayu.

    Yang saya bimbangkan ialah ugutan kepada pengundi-pengundi Cina sehingga menghalang mereka dari keluar mengundi.

    Anyway, best of luck to all on field.

    Hanif Zuhdi

  10. 10 barcaloreth Apr 25th, 2007 at 2:16 am

    Insyaallah PKR menang di Ijok. Bersama saya petang tadi sebutir permata anugerah Allah. DS Khir Toyo,bakal colon MIC aya minum d& puluhan pengikut hanya lalu disebelah maja minum di re

  11. 11 motai Apr 28th, 2007 at 10:17 am

    Pucuk pimpinan UMNO-BN sekarang ini semakin sasau dan hilang akal. Mereka gelabah kerana sokongan untuk mereka semakin merosot di kalangan rakyat dari semua lapisan dan keturunan. Mereka semakin dibenci. Mereka sedar bahawa dengan kuasa rakyat dan kudrat Allah, mereka akan jatuh tersungkur. Kejatuhan mereka mungkin berlaku tidak lama lagi atau mengambil masa yang agak panjang. Akan tetapi ia pasti akan berlak……………

  12. 12 nikki Mar 9th, 2008 at 10:27 am

    TAHNIAH KEPADA CALON PKR YG TELAH MENANG DIKAW. IJOK. DAN JUGA KEPADA BARISAN ALTERNATIF YG TELAH MENYAPU BEBERAPA NEGERI BARU. SEMOGA INILAH MASA UNTUK PERUBAHAN. HARAPAN KEPADA BAKAL2 YB BEKERJALAH UNTUK RAKYAT. TAHNIAHH. KAMI RAKYAT DJOHOR BERJANJI PD MASA DEPAN JOHOR AKAN TUMBANG MELIHAT KPD MAJORITI PRU12

Leave a Reply




Galeri Flickr

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

April 2007
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30