Archive for April 23rd, 2007

23 April 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

“Reformasi!”, “Hidup keADILan”, “Hidup Dato Seri!”, itulah laungan yang bergema daripada penduduk Ijok tidak mengira Melayu, Cina dan India sebaik sahaja DS Anwar tiba di tempat-tempat ceramah dan perjumpaan masyarakat. Mereka amat rindukan DS Anwar yang merupakan pemimpin tersohor seantero dunia tetapi ditenggelamkan oleh media arus perdana. Mungkin mereka juga sudah bosan melihat pemimpin-pemimpin BN di dada akhbar dan kaca tv tetapi kali ini mereka bertemu semula Anwar Ibrahim, pejuang rakyat tulen! Seringkali DS Anwar berjenaka didalam ceramah beliau memberitahu penduduk Ijok bahawa walaupun pernah berdekatan selama 6 tahun, tetapi tidak boleh melawat Ijok kerana dikurung di dalam penjara Sg. Buloh.

Selama 3 hari berturut-turut DS Anwar turun ke Ijok untuk membantu kempen calon keADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dari siang hingga malam DS Anwar bergerak satu tempat ke satu tempat untuk bertemu masyarakat Ijok. Apa yang melucukan adalah beberapa pemimpin BN terpaksa berpatah kembali daripada tempat yang dituju kerana ‘takut’ bertembung dengan DS Anwar. Jika ada yang bertembung sekalipun, cuma bersalam dan cepat-cepat meninggalkan tempat. Saya teringat ada pepatah mengatakan, “Berani kerana benar, takut kerana salah”.

Ribuan penduduk Ijok hadir di setiap ceramah DS Anwar yang diadakan 3 tempat berasingan setiap malam. DS Anwar dengan lantang berceramah menerangkan isu-isu hangat kepada penduduk Ijok sambil menceritakan kisah Tan Sri Khalid sebagai usahawan terkemuka tidak sekali-kali pernah datang kepada DS Anwar yang pada masa itu menjawat jawatan Menteri Kewangan dengan tujuan untuk meminta saham ataupun projek. Tan Sri Khalid hanya datang kepada beliau dengan idea-idea untuk membantu rakyat dimana tertubuhlah ASB dan ASN untuk membantu rakyat Malaysia. Inilah calon yang disediakan oleh keADILan untuk penduduk Ijok – antara yang terbaik!
(more…)