21
Apr
07

Mereka Tabur Fitnah, Kita Tabur Fakta!

Saya ditanyakan olih TarakNama berkenaan benarkah saya meminta bayaran tatkala saya berceramah di Langkawi baru-baru ini.Pelbagai jumlah wang yang dituduh membabitkan saya, dari RM 2 billion sewaktu era 1998 dahulu hinggalah RM 10 ribu yang terkini. Ini mainan politik jijik Umno. Irama tersebut dilaong sejak era reformasi 1998. Pun begitu sehingga kini belum terbukti sekelumit pun!

Seandainya jujur dan berprinsip, mengapa tidak berbangkit isu komisyen RM 520 juta dan 400 juta, yang disahkan oleh organisasi PBB sebagai yang tertinggi di dunia? Apa pula pendirian mereka mengenai kekayaan bercambah pimpinan Umno? Di blog Shamsul Iskandar ada dibangkitkan pendedahan rasuah Khir Toyo yang kian kusam disimpan di rak fail BPR. kenapa tidak dijawab semua itu?

Kononnya saya melempar fitnah, menyerang peribadi. Yang dibangkitkan cuma pertanyaan. Kalau tidak bersalah, apa perlu digusar persoalan tersebut? Saya cabar mereka yang mendakwa saya melempar fitnah untuk mengheret saya ke mahkamah. InsyaAllah lebih banyak akan kita dedahkan nanti.

Saya tegaskan, kita lempar fakta untuk dijawab, bukan fitnah memaki hamun. Rakyat kian bijak, Rakyat kian nampak. Beban menjawab kekal tergalas di bahu pimpinan Umno/BN.

ANWAR IBRAHIM


29 Responses to “Mereka Tabur Fitnah, Kita Tabur Fakta!”


  1. 1 addeb Apr 21st, 2007 at 11:39 am

    “Mereka lempar FITNAH, kita lempar FAKTA.”

    Saya kira satu slogan yang sungguh menarik dan menpati sasaran.

    Hanya satu persoalan kepada SELURUH RAKYAT MALAYSIA yang inginkan perubahan…….sama ada penyokong PKR, PAS, DAP, PSM. Sama ada Cina, India, Melayu, Serani, Kadazan, Bajau, Murut, atau apa juga sekalipun;

    Apakah sumbangan anda sekelian didalam menyampaikan segala maklumat (kebenaran), pertanyaan, pembongkaran dsb nya kepada peringkat akar umbi???

    Pihak berkuasa menggunakan keseluruhan jentera kerajaan, keseluruhan media massa (cetak mahupun elektronik) untuk melempar fitnah.

    Sudahkah kita semua memenfaatkan internet/email, sms, risalah, papan tanda, banner (atau apa jua sekalipun), dengan sepenuh nya???

  2. 2 aput83 Apr 21st, 2007 at 5:15 pm

    But Dato’ Seri, whether you lemparkan fakta or fitnah, yang pentingnya bukti. Why la you go attack Najib with the Altantuya issue without proof?

    As for the bribing of Khir Toyo, if the evidence is more than circumstantial, please bring it up to UMNO. Or better yet, write straight to the Sultan.

  3. 3 ladymariah Apr 21st, 2007 at 6:33 pm

    rakyat makin bijak untuk menilai tapi kadang2 mereka masih bodoh untuk membuat keputusan. mereka tahu mereka berdiri di tempat yang salah tapi tetap bertahan di sana kerana tidak mahu meninggalkan nikmat yang mereka kecapi. tepuk dada, tanya minda. jangan tanya selera!

  4. 4 himkl98 Apr 22nd, 2007 at 12:37 am

    assalamualaikum w.b.t. Dato Seri…

    Alhamdulillah saya berasa agak yakin yang keadilan akan menang di Ijok. disini saya nampak kerja kuat semua jentera keadilan termasuk saudara sendiri yg kerap turun ke Ijok serta dibantu oleh jentera pas. Walaubagaimanapun usaha keras sahaja tidak bermakna tanpa Tawakkal terhadap Allah. disini saya sarankan supaya diadakan solat Hajat perdana yg diimamkan oleh samada ulama dari pas mahupun dari keAdilan di hari terakhir kempen. Kita hanya mampu berusaha, Allahlah penentu segalanya, oleh itu diharap cadangan saya dapat dipertimbangkan. InsyaAllah dengan kerja keras + pertolongan Allah keAdilan akan berjaya di Ijok

  5. 5 TarakNama Apr 22nd, 2007 at 1:17 pm

    Alhamdulillah…TQ dato sri atas jawapan tersebut….

    good slogan i have now…
    “Mereka lempar FITNAH, kita lempar FAKTA.”

    Reformasi….Allah’huakbar….

  6. 6 M.K. Anwar Apr 23rd, 2007 at 2:29 pm

    Assalamualaikum Dato’…

    Saya tgk mmg PKR ada potensi utk dapatkan tempat di hati rakyat, tapi yang jadi masalahnya ialah, rakyat mudah lupa dengan apa yg berlaku apabila disogokkan dengan macam - macam janji manis kerajaan..
    Apapun saya doakan Dato Seri success..

    Salam Reformasi..

  7. 7 w_aminjb Apr 25th, 2007 at 10:06 pm

    assalamualaikum..

    saya amat tertarik dgn slogan yang datuk kemukakan.
    slogan ini akan saya gunakn untuk menjadikan inspirasi dalam hidup saya.

    HIDUP ANWAR! HIDUP PKR!
    ReFoRmASi-keADILan

  8. 8 deschan Apr 26th, 2007 at 3:54 pm

    Selamat Sejahtera.

    Slogan Datuk Seri yang tiada lawannya. Segala penghinaan, penipuan, penghasutan and penyelewengan di dalam pucuk pimpinan kerajaan terkini telah timbul. Fakta bernas perlu dituju pada rakyat dan ini pasti dapat membangunkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia yang terkhayal dengan pembangunan yang penuh dengan penipuan, pembohongan dan penyelewengan.

    Hidup era baru demokrasi.

  9. 9 deschan Apr 26th, 2007 at 4:26 pm

    Selamat Sejahtera

    Slogan Dato Seri memang tiada lawannya. Pendirian and kesedaran rakyat perlu dipupuk melalui fakta-fakta bernas dan tidak hanya cakap mulut kosong. Buka mata dan telinga rakyat dengan fakta bernas untuk menyedarkan mereka dari khayalan hidup maya yang disantau oleh pucuk pimpinan kerajaan sekarang. Hidup tiada wawasan tapi hidup penuh penipuan and penyelewengan.Ini yang diwarisi oleh rakyat sekarang. Hidup era baru demokrasi melalui reformasi. Bersatu Adil teguh , fakta bernas bawa kebenaran.

    des

  10. 10 Asrul Mar 26th, 2008 at 3:41 pm

    Apa yang berlaku sekarang sebenarnya telah ditentukan oleh Maha Pencipta Yang Maha Adil dan Maha Bijaksana dengan sebab rakyat telah membuat pilihan untuk berubah dan berlaku perubahan politik beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
    Memang agak mengejutkan jika diimbas kembali kepada PRU yang lepas yang menyaksikan ada dikalangan mereka yang berprofil menteri telah tersungkur menyembah bumi. Mereka ini telah digantikan dengan muka baru untuk memberi imej baik yang belum pasti mempunyai kredebiliti dalam melakukan pelaksanaan sama ada diperingkat tertinggi mau pun diperingkat akar umbi.
    Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyat, perlulah kerajaan melihat apa yang berlaku… Sewajarnya sikap ambil berat dengan masalah rakyat, membantu meringankan beban rakyat bukan dengan pernyataan pengguna berhemah, membandingkan harga dan lain-lain kerana rata-rata rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dan ia merupakan barang keperluan yang diperlukan.
    Pembangunan negara memang diperlukan tetapi haruslah ia mendapat manfaat oleh rakyat, akan tetapi ia cuma dinikmati oleh mereka yang mempunyai pengaruh politik dan pendatang asing yang memonopoli peluang pekerjaan yang ditawarkan. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai rumah, tidak mempunyai pekerjaan. Apabila ini wujud, berlakulah jenayah dan masalah sosial yang merugikan semua pihak. Disini, keperluan rakyat harus menjadi keutamaan kerana apabila ada rakyat wujudlah kerajaan.
    Dalam pelaksanaan dasar, orang Melayu wajar diberi ruang, keutamaan tanpa meminggirkan kaum-kaum yang lain untuk bersama-sama memajukan dan memakmurkan bumi Tuhan ini.
    Manusia mudah terlupa apabila berhadapan dengan wang, hiburan dan lain-lain. Carilah wang dari sumber yang baik, berhibur biar berpada dan sentiasa ingat kata-kata mereka yang menyayangi kita.
    Apa yang diucapkan oleh pimpinan BA ada benarnya, rakyat Malaysia telah membuka mata dan mendengar dengan telinga setiap apa yang dituturkan dan setiap apa yang dilakukan.
    Semoga Harapan Baru itu menjadi kenyataan pd PRU13 nanti.

  11. 11 Mantap Apr 12th, 2008 at 5:39 pm

    Askum Dato Sri..
    Syabas kerna usaha kerasa menawan kerajaan BN yang dulu…saya mohon jika dato sri dapat menyatupadukan kembali orang melayu..saya tak suka cina dan hindu..harap maklum

  12. 12 SriLanang Jul 12th, 2008 at 10:18 pm

    Askum Dato Seri..

    Saya menyokong penuh usaha Dato Seri dan saya berharap Dato Seri akan terus kuat berdepan dengan segala dugaan dan cabaran yang akan diberi sepanjang usaha PR untuk membentuk kerajaan. Saya doakan yang terbaik untuk Dato Seri.

    Saya dah langsung hilang keyakinan kepada kerajaan sekrang. Paling sedih bila institusi kehakiman mudah2 dimanipulasi supaya Menteri2 besar kebal dari undang2. Saya mengikuti Kes Altantuya dari dahulu lagi dan saya tidak nampak kenapa Najib tidak dikaitkan langsung dari kes ini. Banyak sangat bukti yang membabitkan beliau! Malu sangat rasanya dengan negara luar akibat kes ini sudah menjadi terkenal di luar Malaysia.

    Kepada Mantap.. Jangan nak timbul isu perkauman di sini. People are not that stupid..

  13. 13 al rashid Jul 12th, 2008 at 11:40 pm

    dato sri bangunkan segera ikatan perpaduan politik pakatan rakyat dgn segera,kerana iti juga akan jadi fakta bahawa kita boleh??? serta promosikan konsep two dominan parti,kerana ianya adalah pilihan terbaik untuk negara,0ne dominant parti untuk sistem demokrasi adalah sangat tidak demokratik,tidak secucok dagan semagat demokrasi.

  14. 14 matta Jul 12th, 2008 at 11:43 pm

    saya sebagai rakyat malaysia dan penyokong pkr..
    saya tidak mudah mempercayai setiap propaganda yang diwujudkan umno/bn selama ini..
    kerna setiap propaganda yang diwujudkan tidak mempunyai bukti yang sahih,nyata dan jelas..
    moga ayah anwar istiqamah dalam berusaha demi menegakkan kebenaran dan keadilan..
    dan rakyat malaysia yang lain dapat melihat kebenaran yang selama memang berpihak pada dsai.
    salam reformasi..

  15. 15 alibaba Jul 13th, 2008 at 2:54 am

    aput83
    Yang memerintah ni ada kuasa, nak jawab ke, nak tipu ke, nak sembunyi fakta ke… walaupun ada bukti sebab kepentingan diri - nafsu. Jentera kerajaan dipergunakan untuk menutup setiap kesalahan dan kekejian yang dilakukan. Macam mana nak ketengahkan pada UMNO? Apa jadi pada DSAI bila dia cuba menasihati BN dulu….masa Mahathir memerintah? Najib kena tuduh, mestilah dia tak mengaku. Ni bukan berani kerana benar atau takut kerana salah tapi soalnya IMAN!
    Rakyat mesti sedar dan yakin untuk perubahan. Reformasi Pakatan Rakyat harus menggantikan kerajaan sekarang. Ayuh DSAI, ‘BAIR BERDENTUM KILAT DI LANGGIT, BUMI TAK KAN BASAH SEBELUM HUJAN!’.
    Mereka nak fitnah ke, kita lawan tetap lawan….Yang ini fakta.

  16. 16 ejump Jul 13th, 2008 at 7:13 pm

    pening kepala… byk sgt benda yg mengelirukan…

    dahlah semua… tepuk dada tanya iman.. kita teruskan kerja dan amalan kita masing2.. segala2nya kita percaya kat Allah yg maha mengetahui.. kebenaran akan tetap muncul selagi iman masih ada di bumi malaysia.

  17. 17 IRWAN IDRIS Jul 13th, 2008 at 8:03 pm

    DSAI, walau fitnah datang melanda. Setiap perkara ada hikmahnya. Terlalu ramai comment yang kontra DSAI yang tiada linkback. Pada saya yang ada diblog ini pun sudah fitnah. :) Ada baiknya DSAI abaikan saja comment comment begitu.

    Berdebat dengan orang bodoh, hanya akan menggelapkan hati.

    Biarlah mereka dengan pendapat dan keiginan mereka. Sesungguhnya kebenaran itu pahit dan tidak ramai yang suka pada yang pahit. Tapi pencinta kebenaran akan sentiasa bicara yang haq walaupun ia pahit.

    IRWAN IDRIS

  18. 18 jai Jul 14th, 2008 at 1:43 am

    “Mereka lempar FITNAH, kita lempar FAKTA.” dua perkataan yang bermula dengan huruf ‘F’ tetapi maksud berbeza. FITNAH itu onar dan FAKTA itu benar. dalam ISLAM ada mengatakan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. MASYAALLAH! jadi marilah kita bersama-sama mencari kebenaran dan jangan melibatkan diri dengan fitnah. saya amat yakin dan percaya suatu hari nanti kebenaran PASTI memihak pada Datuk Seri sekali pun diserang bertalu-talu oleh seorang ‘gurkha upahan’ yang baru menyertai parti united malays national organisation. yang penting kita “LAWAN TETAP LAWAN”!!!!!!!!!

  19. 19 Mohd Nor Jul 14th, 2008 at 3:55 am

    Saya tertarik dengan rakan saya yang begitu obses kepada salah seorang pemimpin PKR yg agak disegani
    Sehingga dengan keizinan Tuhan dia terjumpa dengan beliau ketika mencari buku tulisan Pemimpin
    itu di Kuala Lumpur
    Satu pesanan yang daripada pemimpin yang agak membuka minda dia dan saya adalah
    bahawa jangan cepat mengagumi seseorang tokoh itu sehinggalah saat kematiannya tiba kerana kita tidak tahu apa tindak-tanduknya keesokan hari.
    Sekian

  20. 20 anaksabah Jul 14th, 2008 at 8:56 am

    ASSALAMUALIKUM,
    PENING! APA SEBENARNYA YANG SEDANG BERLAKU DALAM POLITIK NEGARA KETIKA INI.TERLALU BANYAK FAKTA YANG AMAT MENGELIRUKAN TERUTAMANYA DARI PIHAK PEMERINTAH. MEREKA MENGGUNAKAN MEDIA YANG DIKUASAINYA SEMEKSIMUM UNTUK MENYEBARKAN FAKTA YANG MEMBUAT RAKYAT PENING.
    SAYA MASIH INGAT BAGAIMANA BN MULA MEMERINTAH SABAH SELEPAS TUMBANGNYA PBS. MEREKA MENJANJIKAN KEMJUAN SABAH DALAM MASA 100 HARI.MALANGNYA BUKAN LAGI 100 HARI TETAPI BERTAHUN-TAHUN SUDAH SABAH TETAP SAMA TIADA YANG DIBANGGAKAN BERBANDING DENGAN NEGERI2 LAIN DI MALAYSIA. NAMUN YANG PASTI HANYA SATU YANG DIBANGGAKAN IAITU KEHADIRAN PENDATANG (PATI)YANG SEMAKIN MENGHIMPIT RAKYAT SABAH.WALAUPUN ADA TINDAKAN PEMUTIHAN YANG DILAKSANAKAN HANYA ‘MELEPASKAN BATUK DI TANGGA’. YANG PALING MENGEJUTKAN IALAH TENTANGAN SECARA TERANG-TERANGAN OLEH AHLI PARLIMEN KINABATANGAN YANG TIDAK MAHU OPERASI PEMUTIHAN DI SABAH DILAKSANAKAN.KEPADA PAKATAN RAKYAT BUATLAH SESUATU UNTUK SABAH

  21. 21 Swk_Mumy Jul 14th, 2008 at 3:16 pm

    Salam DSAI & Semua

    Setiap kejadian pasti besar hikmah ny kpd kita, rakyat malaysia..

  22. 22 anak Tan Sri kawan Dato' Seri Jul 14th, 2008 at 7:56 pm

    Ezam Oh Ezam…

    Di manakah fail-fail untuk ke BPR? Adakah kini sudah di dalam UMNO, fail-fail yang dikatakan berkotak-kotak itu sudah hangus? Ataupun disembunyikan dahulu? Esok-esok mahu digunakan untuk membunuh career politik pemimpin-pemimpin UMNO dari dalam?

    Yang besar hujung jarum nampak…

    Kita tunggu dan lihat…

  23. 23 M'rer Jul 15th, 2008 at 3:10 pm

    aput83,

    Naif dan dengkel sungguh jawapan dan cadangan anda.
    Saya harap anda boleh tingkatkan pengetahuan dan kuasa kotak akal anda dengan membaca buku ilmiah, mengikuti perbahasan baik dari dalam mahupun luar negara, gunakan dengan sepenuhnya rangkaian televisyem satelit yang ada di ruang tamu rumah anda. Jangan hanya tersedu-sedu kusyuk dengan rangcangan realiti sahaja.

    Guru saya ajar agar istighfar dan selawat untuk tingkat ilmu dan kuasa minda.

    Sekadar renungan, bukan hanya kerana sekadar menyokong Datuk Seri Anwar semata.
    Kalau salah kita lawan, kalau bertul kita ikut bersama-sama.

    Depan, belakang atau sebaris biar masa tentukan

    Rgds–

  24. 24 emme Jul 17th, 2008 at 8:46 pm

    walaupun bnyak sgat bnda yang jadi dalam dunia politik skg,sy tetap brpegang kebenaran akan tetap terbukti akhirnya..
    even bnyak mana fitnah yang dilemparkan kat datuk seri,xkan menggugat pendirian saya..ALLAHs.w.t 2 maha adil..ape yang saya harap datuk seri masih boleh bersabar dgan smua dugaan n cabaran ini..
    saya memang sokong sepenuhnya kepimpinan bawah datuk seri..

  25. 25 anakmelayupulaupinang Jul 18th, 2008 at 3:36 pm

    APA-APA PUN AKU TETAP UMNO..
    YANG BERSALAH SEGELINTIR PEMIMPIN SAHAJA, BUKANNYA SEMUA…
    DAN YANG PASTI TIDAK AKAN DAN BUKAN AKAN MENYOKONG PKR TERUTAMANYA ANWAR IBRAHIM….

  26. 26 anakmelayupulaupinang Jul 18th, 2008 at 3:38 pm

    AKU MELAYU YANG TIDAK PERNAH LUPAKAN ASAL USUL DAN AGAMA ISLAMKU.
    ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  27. 27 orgmelayusejati Jul 19th, 2008 at 1:32 am

    sy mtk dsai bersabar dengan fitnah dan kejahatan yang org2 umno lemparkan kpd dsai.Sy menyokong penuh dsai dlm memperjuangkan keadilan utk bangsa dan agama.Kepada org2 umno,insaflah..pemimpin skrg bkan macam dulu2.Rosak umno kerana bangsa melayu sendiri yang menolak Islam.Apa sudah jadi dengan melayu hari ini?bohsia,mat rempit bermaharajalela..melayu yang keluar Islam pun ada.adakah itu kejayaan Islam Hadhari yang dibanggakan pemimpin umno?

  1. 1 Jawab Jangan Tak Jawab! « Dengan Izin… Pingback on Jul 3rd, 2007 at 7:17 am
  2. 2 Biar Fitnah Disanggah Fakta at Anwar Ibrahim Pingback on Jul 12th, 2008 at 8:33 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

April 2007
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30