Mereka Tabur Fitnah, Kita Tabur Fakta!

21 April 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya ditanyakan olih TarakNama berkenaan benarkah saya meminta bayaran tatkala saya berceramah di Langkawi baru-baru ini.Pelbagai jumlah wang yang dituduh membabitkan saya, dari RM 2 billion sewaktu era 1998 dahulu hinggalah RM 10 ribu yang terkini. Ini mainan politik jijik Umno. Irama tersebut dilaong sejak era reformasi 1998. Pun begitu sehingga kini belum terbukti sekelumit pun!

Seandainya jujur dan berprinsip, mengapa tidak berbangkit isu komisyen RM 520 juta dan 400 juta, yang disahkan oleh organisasi PBB sebagai yang tertinggi di dunia? Apa pula pendirian mereka mengenai kekayaan bercambah pimpinan Umno? Di blog Shamsul Iskandar ada dibangkitkan pendedahan rasuah Khir Toyo yang kian kusam disimpan di rak fail BPR. kenapa tidak dijawab semua itu?

Kononnya saya melempar fitnah, menyerang peribadi. Yang dibangkitkan cuma pertanyaan. Kalau tidak bersalah, apa perlu digusar persoalan tersebut? Saya cabar mereka yang mendakwa saya melempar fitnah untuk mengheret saya ke mahkamah. InsyaAllah lebih banyak akan kita dedahkan nanti.

Saya tegaskan, kita lempar fakta untuk dijawab, bukan fitnah memaki hamun. Rakyat kian bijak, Rakyat kian nampak. Beban menjawab kekal tergalas di bahu pimpinan Umno/BN.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda