17
Apr
07

Pengisytiharan Calon KeADILan PRK DUN Ijok 17 April 2007

daripada Laman Web Parti KeADILan Rakyat

Berikutan Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Penasihat Parti Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon Pilihanraya Kecil Dun Ijok esok (17 April), 8:30 malam di Bilik Gerakan KeADILan Batang Berjuntai, Ijok bagi melancarkan jentera pilihanraya KeADILan.

Yang turut hadir bersama adalah pimpinan tertinggi parti:
Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail,
Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali,
Naib Presiden Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, Dr Lee Boon Chye, Mustaffa Kamil Ayub,
Ketua Wanita Fuziah Salleh,
Pemangku Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Mohd Akin; dan
Ketua Penerangan Tian Chua.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi SD Johari 017-6061735 atau Ginie Lim 012-6693453.
Sekian, terima kasih.


4 Responses to “Pengisytiharan Calon KeADILan PRK DUN Ijok 17 April 2007”


  1. 1 ijat2007 Apr 17th, 2007 at 11:46 am

    Buat apa masuk bertanding jika SPR masih lagi tak telus?? Kita dapat saksikan bermcm2 salah guna di Machap baru2 ni tapi SPR buat2 tak nampak.Boikot aja. Biar satu dunia tau kepincangan proses pilihanraya di Msia. Jika tujuannya hanya nak uji, buang masa dan buang duit aja.PR kecil ni ialah masa untuk kuncu2 dlm BN/UMNO membuat duit!! Sudah pasti BN/UMNO akan tabur berjuta2 duit dan SPR akan berdiam diri!!Sekurang2nya, PAS has been consistent by boycotting Batu Talam!!

    Reply

  2. 2 Spotlight Apr 17th, 2007 at 4:40 pm

    Saya sokong PKR menyertai PRK di Ijok. Selama ini pemimpin selalu menyatakan bahawa sasarannya adalah diperingkat akar-umbi. Nah! inilah masanya utk mengetahui adakah penyampaian maklumat tersebut benar² sampai diperingkat akar-umbi ini. Saya berpendapat jika kesedaran & kepintaran rakyat bertambah maka penipuan itu dgn sendirinya akan musnah.

    Reply

  3. 3 aput83 Apr 18th, 2007 at 11:05 am

    I wish PKR good luck in Ijok, especially since it’s a chance to kick Samy Vellu’s a$$.

    Does anyone think he’ll blame God if his candidate loses…?

    Reply

  4. 4 wansal Apr 20th, 2007 at 4:03 pm

    Assalamaualaikum semua pembaca,

    Kalau main dengar saje cakap orang tak ada bukti kukuh, jangan main serkap jarang aje, buktikanlah buat press conference, keluarkan apakah yang dikatakan salahlaku spr biar semua rakyat tahu, jangan kerana hasad dengki kerana mendapat projek ataupun bantuan kerajaan kita mula menabur fitnah!! ingat dosa menabur fitnah itu lebih besar daripada orang yang berzina, berzina itu sudah dosa besar, jadi kita nak ambil dosa yang lebih besar lagi…!! saya lebih suka kalau orang-orang kita lebih terbuka dan beriman kepada Allah bukan memecahbelahkan umat Islam…

    Reply

Leave a Reply