Respon Terhadap Agenda Ekonomi Baru Malaysia

16 April 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Cowboy Kampung memberi komen:

Satu usaha yang baik dan gigih dari Dato Seri Anwar Ibrahim untuk memperjelaskan arah tuju agenda ekonomi Malaysia. Syabas dan terima kasih saya ucapkan. Format yang disediakan kemas dan mudah untuk diguna-sebarkan kepada orang ramai.

Setelah membaca keseluruhan isinya, saya nilaikan ia adalah padat dan berfakta dengan panduan graf dan paparan gambar yang menarik. Hujah Dato Seri akan keperluan melakukan perubahan-perubahan dasar dan kaedah menangani cabaran ekonomi dimasa hadapan juga tersusun dan sukar disangkal. Menyelitkan juga ranking universiti kita berbanding universiti lain di
Asia adalah contoh yang baik untuk membawa rakyat Malaysia kealam berfikir akan keperluan melakukan perubahan.

kritikan saya cuma satu. Hujah Dato Seri dalam mengusulkan penerimaan Malaysia terhadap WTO dan FTA agak terlalu simplistik. Saya berpendapat (izinkan saya untuk berbeza pendapat dalam hal ini) dalam merumuskan agenda atau dasar perubahan yang menyentuh isu WTO dan FTA,
pandangan-pandangan pemikir dan intellectual kiri: serta hujah kumpulan-kumpulan NGO: yang
skeptikal dan menentang WTO dan FTA perlu juga diambil kira dan tidak boleh diremehkan begitu sahaja. Saya berpendapat relevannya gerakan reformasi adalah bergantung kepada keupayaannya untuk menampung pelbagai aliran pemikiran dan pendapat.

Dato Seri menulis;

“Protectionism also needs to go. We need to accept the realities of
globalisation, and play by the global game. That means abiding by WTO and
FTA rules, and being willing to give-up the rent-seeking mentality and
pursuing transparency and competitiveness”.

Saya fikir kenyataan diatas itu masih perlu dibahaskan dan didebatkan, dan berharap kenyataan diatas bukan bersifat mutlak dan absolute dengan mengenepikan sama sekali pandangan baru yang kritikal terhadap WTO dan FTA. ‘Conventional wisdom’ daripada ahli ekonomi seperti Paul Krugman: dalam mempertahankan fungsi WTO
daripada pengkritiknya tidak boleh diterima bulat-bulat sahaja lagi apabila munculnya hujah-hujah yang lebih kuat:

dan kukuh seperti yang datang dari Noreena Hertz:
dalam bukunya “Silent Takeover : Global Capitalism and the Death of Democracy:
”.

Apapun, kritikan dan pandangan saya ini (yang jauh lebih muda dan barangkali ‘naïve’ dari segi pengalaman berbanding dengan pengalaman Dato Seri) tidak sedikitpun menghilangkan rasa hormat saya kepada Dato Seri dan perjuangan gigih yang dibawa oleh Dato Seri. Harap pandangan saya ini dapat merangsangkan perbahasan yang lebih teliti, terbuka dan
sihat.

Cowboy kampung,
Wacana mengenai globalisasi dan seiring dengannya isu WTO dan FTA perlu segar. Dalam rencana tsb saya menyatakan prinsip pokok. Tidak ada negara yang berjaya memacu pertumbuhan yang meyakinkan tanpa mamatuji prinsip ekonomi pasaran.
Kegagalan sistem kapitalis adalah justeru kerana meremehkan isu keadilan sosial atau mengizinkan penindasan samada dalam perdagangan dunia atau sistem ekonomi negara.
Saya tidak sekali-kali mendukung wto atau fta yang tempang dan memihak kapada negara kaya

Pendapat Anda