Archive for April 16th, 2007

16 April 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Cowboy Kampung memberi komen:

Satu usaha yang baik dan gigih dari Dato Seri Anwar Ibrahim untuk memperjelaskan arah tuju agenda ekonomi Malaysia. Syabas dan terima kasih saya ucapkan. Format yang disediakan kemas dan mudah untuk diguna-sebarkan kepada orang ramai.

Setelah membaca keseluruhan isinya, saya nilaikan ia adalah padat dan berfakta dengan panduan graf dan paparan gambar yang menarik. Hujah Dato Seri akan keperluan melakukan perubahan-perubahan dasar dan kaedah menangani cabaran ekonomi dimasa hadapan juga tersusun dan sukar disangkal. Menyelitkan juga ranking universiti kita berbanding universiti lain di
Asia adalah contoh yang baik untuk membawa rakyat Malaysia kealam berfikir akan keperluan melakukan perubahan.

kritikan saya cuma satu. Hujah Dato Seri dalam mengusulkan penerimaan Malaysia terhadap WTO dan FTA agak terlalu simplistik. Saya berpendapat (izinkan saya untuk berbeza pendapat dalam hal ini) dalam merumuskan agenda atau dasar perubahan yang menyentuh isu WTO dan FTA,
pandangan-pandangan pemikir dan intellectual kiri: serta hujah kumpulan-kumpulan NGO: yang
skeptikal dan menentang WTO dan FTA perlu juga diambil kira dan tidak boleh diremehkan begitu sahaja. Saya berpendapat relevannya gerakan reformasi adalah bergantung kepada keupayaannya untuk menampung pelbagai aliran pemikiran dan pendapat.
(more…)

16 April 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Najib1976 menanyakan:

Saudara Anwar. Apa pandangan saudara berkaitan Parti Gerakan ….suka suka mereka suruh Mufti Perak letak jawatan. Apa ia ingat Mufti tu dia yang lantik ? Kemudian mereka cadangkan pulak mahkamah khas untuk mengendalikan kes berkaitan agama….boleh saudara luangkan masa utk memberi pandangan dan pendapat ?

Najib1976
Gerakan menafikan dan pemimpin berkenaan memohon maaf. Pengajaran dari episod tersebut ialah bahawa kenyataan angkuh dan gopoh tidak akan membantu. Mufti Perak disegani ramai dan dianggap berwibawa. Sebarang sanggahan sekiranya wajar perlu dilakukan secara sopan.