InsyaAllah selepas bersama-sama menggembleng tenaga bersama DAP untuk bertempur dengan BN di DUN Machap,KeADILan akan mengemudi cabaran seterusnya di DUN Ijok, Selangor. Jika Di Machap, majoriti BN berjaya kita turunkan, di Ijok kita mengharapkan kejayaan yang lebih baik demi kelangsungan perjuangan berasaskan kepedulian rakyat ke arah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang adil dan demokratik.
Justeru, dengan perkembangan ini, sebuah blog khas, IJOK 2007 telah diwujudkan atas inisiatif Biro Penerangan KeADILan Negeri Selangor sebagai sentral kempen internet sepanjang tempoh berkempen bermula 18 April depan.Setiap maklumat dan perkembangan terkini akan diwar-warkan melalui blog tersebut.
Semoga ia memberi sedikit manfaat kepada semua.









http://2007ijok.blogspot.com/
yang mana satu yang rasmi?
Reply
Sdr Suriaperkasahitam..
ijok2007.wordpress.com adalah yang rasmi, diinisiatifkan oleh Biro Penerangan KeADILan Negeri Selangor sendiri.
pun begitu sebarang sebaran maklumat tambahan melalui mana-mana saluran termasuklah 2007ijok adalah amat dialu-alukan.
Reply
syabas kerana adakan ruang ini.
tak kira lah Ijok2007 atau 2007 Ijok
kita sesama kerja kuat laksana
macam di Lunas dulu
tq
Reply
Assalamu ‘alaikom Webmaster,
Sila link kan artikel “Agenda Ekonomi Baru” Malaysia kepada laman Ijok07, supaya dapat kami cetak dan sebarkan diwaktu pilihanraya kecil nanti.
Masaalah kita yang amat ketara adalah menyampaikan maklumat kepada Pak dan Mak Cik yang tidak IT “savvy”. Ini adalah satu pendekatan yang harus kita tidak sia sia kan.
Reply
sdr addeb,
insyaAllah akan diinisiatifkan.
terima kasih atas respon balas.
Reply
Pemangku Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar melancarkan kempen ‘Satu Hari Satu Pendedahan’ sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Ijok sebermula 19 – 27 April depan.
rujuk http://shamsuliskandar.wordpress.com untuk maklumat lanjut.pastinya pimpinan Kerajaan BN negeri Selangor tidak boleh membiarkan pendedahan itu sekadar tinggal pendedahan. atas nama integriti dan akauntabiliti, mereka wajar bertanggungjawab untuk merungkai persoalan.
Reply