02
Apr
07

Pidato di CIPE, Washington D.C

oleh Mohd Yusmadi Yusoff Hubert H. Humphrey Fellow, Washington D.C

Pada 28 Mac 2007, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi pidato bertajuk Universal Values of Democracy & the Market Economy di Center of International Private Enterprise (CIPE) di Washington DC.

CIPE merupakan badan bukan kerajaan terkenal di Amerika Syarikat yang mempelopori usaha-usaha sistem demokrasi berasaskan pasaran (market based democratic system) yang mempunyai lebih 1000 rangkaian di 100 buah negara-negara membangun.

Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapan pidato beliau dengan tegas menyatakan bahawa prinsip kebebasan (freedom) tidak boleh dikompromi sama sekali walaupun di atas nama pembangunan. Beliau menjelaskan bagaimana prinsip Asian Values yang dipromosikan oleh Lee Kuan Yew telah disanggah dengan jelas oleh sarjana terkenal Amartya Sen di dalam buku beliau bertajuk Development As Freedom.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjelaskan bagaimana terdapat salah faham di dalam memahami teori pasaran Adam Smith’s The Wealth of Nation yang dibaca tanpa mengambilkira Theory of Moral Sentiments yang diterbitkan oleh Smith kira-kira hampir 20 tahun sebelum beliau dinobatkan sebagai ahli ekonomi sejagat. Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim jawapan kepada kebimbangan yang ditimbulkan oleh pengkritik-pengkritik Adam Smith terhadap teori pasaran boleh dilihat di dalam karya Theory of Moral Sentiments yang menjadikan mauduk Etika dan Moral sebagai asas yang mana ketika ini merupakan isu kritikal ekonomi dan politik dunia. Perkara tersebut juga dikatakan dikongsi oleh Professor Emma Roschild pakar sejarah pemikiran Adam Smith di Universiti Cambridge ketika dialog 4 tokoh di Florence, Italy baru-baru ini.

Ketika sessi soal-jawab, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diajukan soalan mengenai perbandingan di antara Malaysia, Singapura dan Malaysia di dalam aspek pembenterasan rasuah terutama sekali kedudukan Singapura berbanding negara-negara lain di rantau yang sama. Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai sikap kerajaan Singapura yang sehingga hari ini tidak mengeluarkan Laporan Perdagangan terperinci di antara negara tersebut dengan Indonesia telah menarik minat hadirin. Isu ini menarik perhatian hadirin lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keengganan kerajaan Singapura untuk memeterai perjanjian Ektradisi dengan Indonesia bagi membolehkan suspek-suspek jenayah perdagangan Indonesia yang lari ke Singapura dihadapkan ke mahkamah. Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi kerajaan Indonesia secara konsisten ada membuat laporan terperinci Perdagangan dengan kerajaan Singapura. Kenyataan itu menimbulkan persoalan di kalangan hadirin terhadap kedudukan Singapura yang dikatakan terbersih di dalam Idex Rasuah yang dikeluarkan baru-baru ini.

Sehari sebelum itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditemubual oleh rancangan televisyen Riz Khan Show di siaran al-Jazeera. Dibawah adalah gambar-gambar semasa di studio al-jazeera.

Yusmadi

DS Anwar dan Anand (al-jazeera)sesi temubualsesi temubual

100_0287.JPGDS Anwar bersama anakanda Ilham di Studio al-JazeeraDS Anwar dan Penulis

Penulis dan Aasil (Pembantu DSAI di Washington)


2 Responses to “Pidato di CIPE, Washington D.C”


  1. 1 reformasi_girl Apr 2nd, 2007 at 8:20 am

    Satu isu baru yang menarik perhatian saya. Jika ada video yg dirakamkan ketika itu, saya pohon di tontonkan di laman ini

    Bless - AIC UK

  2. 2 rudy_ramly Apr 3rd, 2007 at 2:03 pm

    Sekadar ingin tahu.

    Apa status Pejabat lama keADILan Pusat di Shah Alam.Dewan Seri Anggerik Indah, 77A Jalan Lawan Pedang
    13-27 Seksyen 13,Shah Alam, Selangor.
    Adakah sudah dijual?…………Kenapa perlu dijual?
    Kenapa selepas Pejabat keADILan Pusat berpindah ke Brickfields bangunan lama di shah alam tersebut tidak di serahkan pada Bahagian Shah Alam atau Perhubungan Negeri Selangor untuk mereka menjalankan pelbagai acara mereka?

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

April 2007
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30