Archive for March, 2007

15 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

mengyee menanyakan:

Dato Seri;
Could you please make a strong statement regarding the poorly implemented National Service which is casuing the lifes of our children. Their hands are stained with the blood of our children. Dato lee Lam Thye is flippant and callous with regards to our children. I am boycotting it and will not sent my children until the government can assure us of proper facilities, equipped and trained trainers as well as proper healthcare services. If more Malaysians stand up against this, the government will be forced to revamp or scrap the NS.

I have heard also that many contractors in between are making money from it and the food and facilities as a result – stinks!!!(maybe slightly better than your menu at Sungai Buloh???)

Mengyee,

Program Khidmat Negara sejak awal lagi dirangka dengan gopoh, bermaksud mengongkong minda generasi muda sebagai medan propaganda golongan penguasa. Slogan memupuk disiplin, mengasak ketahanan diri, semangat kecintaan terhadap ibu pertiwi tidak tercapai.

saya melihat dengan begitu serius sekali,apatah lagi akhir-akhir ini banyak kehilangan jiwa yang berlaku.pertikaian terus timbul apakah nyawa menjadi cagaran tatkala menyertai PLKN ini?

Disebaliknya yang dipapar adalah jenayah, salahlaku seks. Yang masih terselindung ialah ratusan juta ringgit kontrak pembinaan dan pengurusan yang dilulus tanpa tender dan pengawasan. Tanya menteri berkenaan,jawapan mutlak ada pada mereka.

15 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

DS Anwar akan ditemubual oleh BBC dan Al-Jazeera (ASTRO). Berikut adalah jadual siaran program temubual tersebut:

BBC (saluran 93)
Rancangan: Asia Today
Waktu siaran: Mac 15 – 9.30 malam, Mac 16 – 12.30 pagi dan 4.00 pagi

Al-Jazeera English (saluran 20)
Rancangan: Riz Khan Show
Waktu siaran: 28 Mac – 2.00 pagi (siaran langsung) , 8.00 pagi dan 2.00 petang

14 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Terima kasih Sdr. Najwan atas teguran!

11 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Jam 9.30 pagi, DS Anwar merasmikan Program Kerja: Memantap Perjuangan keADILan Zon Timur. Program 2 hari 1 malam ini dihadiri oleh pimpinan parti daripada setiap bahagian di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Dalam ucapannya, DS Anwar sekali lagi memberikan amanat supaya semua bekerja keras dan mempunyai satu semangat yang tinggi untuk menjalankan tanggungjawab yang dipegang. Jawatan bukanlah diberikan dengan sengaja, sudah tentu diamanahkan kepada seseorang individu yang sanggup memikul beban perjuangan ini.

Ucapan DS Anwar berakhir pada jam 10.30 pagi selepas satu sesi soal jawab pendek bersama para peserta kursus. Selesai sahaja berucap, satu sidang media diadakan bersama wartawan-wartawan daripada media tempatan.

Jam 11.30 pagi, DS Anwar bersama kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Ihsan yang pada mulanya menaiki kereta saya dan farhan, kali ini menaiki kereta bersama bapanya ke Kuala Lumpur. Mungkin inilah waktu yang ada untuk DS Anwar meluangkan masa bersama anaknya. Kami kemudian memecut laju ke Kuala Lumpur untuk Program Pidato Solidariti di MTUC pada jam 2.30 petang.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

berucap di program kerjasidang mediasidang media

sidang mediasidang media

11 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Kami ingin menegaskan bahawa serangan dan pendudukan ke atas mana-mana negara berdaulat adalah melanggar prinsip-prinsip asas kemanusiaan. Justeru, penaklukan Palestin dan Iraq adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Kami juga ingin menyuarakan kebimbangan terhadap nada keras yang diambil oleh pemimpin Amerika Syarika di dalam menangani dakwaan pembangunan senjata nuklear oleh Iran.

Kami memberi amaran kepada Pentadbiran Bush bahawa serangan ke atas Iraq bukan sahaja dilihat sebagai ancaman terhadap umat Islam tetapi juga masyarakat sedunia.

Maka dengan itu kami mendesak supaya pendudukan ke atas mana-mana negara merdeka dihentikan dengan serta merta dan digantikan dengan pendekatan diplomatik.

Kami juga mendesak agar badan-badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diperkasakan sebagai sebuah institusi yang dapat menyelesaikan konflik dan permasalahan dunia sesuai dengan matlamat asalnya.

ANWAR IBRAHIM
SYED SHAHIR SYED MOHAMUD

Kenyataan ini dibaca oleh Syed Shahir selepas Pidato Solidariti Palestin – Iran – Iraq di Wisma MTUC, Subang Jaya pada 10 Mac 2007.

11 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

DS Anwar dan konvoi tiba di Kg. Ketapang, Pekan. Kelihatan pihak polis telah melakukan sekatan jalan raya 100 meter daripada kawasan ceramah. Sebelum ini, pihak polis telah memberikan permit ceramah tetapi ditarik balik pada saat-saat akhir. Setelah berunding, akhirnya pihak polis membenarkan ceramah diadakan didalam kawasan sahaja dan dihadkan hingga jam 11.00 malam.

Pekan merupakan salah satu kawasan Parlimen yang dikategorikan sebagai ‘hot seat’ atau ‘kerusi panas’. Walaupun dengan sekatan jalan raya sejak petang tadi dan pelbagai halangan kepada pihak penganjur serta hadirin, lebih kurang 2000 orang hadir pada ceramah tersebut! Satu angka yang besar jika dilihat dengan tekanan yang diberikan bermula beberapa hari sebelum ceramah.

Turut memberikan ceramah pada malam itu adalah En. Zakaria Hamid dan juga Dato Dr Hassan Ali daripada PAS. DS Anwar mula berceramah pada jam 10.30 malam. Sebelum memulakan ceramahnya, DS Anwar telah menerima borang keahlian 120 orang penduduk Pekan yang ingin menjadi ahli Parti keADILan Rakyat. Syabas keADILan Pekan!

Beliau telah menyentuh isu-isu terkini yang hangat seperti kes pembunuhan Altantuya, komisen kapal selam sebanyak RM540 juta dan juga komisen pembelian pesawat pejuang su-30MKM sebanyak RM380juta. Kesedaran mengenai penipuan dan rasuah juga ditekankan dengan contoh-contoh yang amat mudah dan jelas dimata rakyat. Beliau memberikan gambaran betapa hasil negara dan duit rakyat bernilai ribuan juta ringgit telah ditelan oleh sesetengah pihak yang lebih tepat dikenali sebagai kroni.

DS Anwar juga memberikan penjelasan tentang Agenda Ekonomi Nasional (NEA) PKR dan bezanya dengan Dasar Ekonomi Baru. Beliau menerangkan bahawa orang Melayu tidak akan sama sekali dipinggirkan oleh NEA. Ribuan juta ringgit kekayaan negara akan dinikmati bersama secara adil tanpa dibolot oleh kroni-kroni yang kononnya membela nasib orang Melayu. Pada hakikatnya, mereka adalah perompak harta rakyat dan mengaburi mata mereka dengan pelbagai tipu helah. Apabila dibahagi secara rata, tentulah orang-orang kampung juga akan dapat merasa nikmat dari hasil negara. Bukan setakat RM30-40 ringgit yang disogok semasa mereka diperlukan, sepertimana yang dilakukan oleh mereka yang mengenalkan diri mereka sebagai ‘Pembela Orang Melayu’.

Ceramah berakhir pada jam 11.30 malam, 30 minit lewat dari masa yang diberikan. Tetapi pihak polis masih boleh memberikan ruang tanpa sebarang ganguan. DS Anwar kemudiannya menikmati jamuan ringan dan bertolak balik ke Cherating, Kuantan.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

gambar: Farhan (ahan)

sebahagian dari hadirinsebahagian dari hadirinEn. Jefri, Dr. Hassan Ali, DS Anwar dan Zakaria
Menerima 120 borang keahlianberceramahberceramah

Barisan Penceramah bersalaman..bersalaman dengan penyokong

semangat perjuangan!! Samsul Iskandar! Pemangku Ketua AMK!



11 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

DS Anwar dan konvoi tiba di rumah SUK Pahang, Nurul di Pekan. Sekali lagi, tuan rumah menghidangkan juadah yang sungguh enak! Nasi putih, gulai ikan patin dan kari kambing biri-biri. Hadirin duduk bersila sambil menjamu hidangan yang disediakan. Betapa indahnya suasana mata memandang bila melihat kemesraan para hadirin sesama sendiri! Penyokong kaum Cina dan India juga turut bersama semenjak petang tadi.

DS Anwar sempat mencukur rambut atau akikah kepada 2 orang bayi yang baru sahaja lahir sebagai ahli keluarga SUK. Pada ketika ini, jelas kelihatan DS Anwar mempunyai kasih sayang yang cukup tinggi terhadap rakyat. Tuan rumah dan orang kampung tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada DS Anwar atas keprihatinan dan pengorbanan belaiu dari segi masa dan tenaga untuk bergaul mesra dengan rakyat tanpa meletakkan sebarang jurang diantara mereka.

Selepas bersalaman, DS Anwar dan konvoi terus bergerak ke Kampung Ketapang untuk menghadiri ceramah umum.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

gambar: Farhan (ahan)

makan malambersama tuan rumah..akikah

akikah akikahakikah

11 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Jam 5.00 petang, DS Anwar tiba di bandar Kuantan dan disambut oleh Angkatan Muda Keadilan Negeri Pahang di Tol Kuantan. AMK dan DS Anwar kemudiannya berkonvoi ke rumah En Azan seorang teman DS Anwar di Alur Akar untuk satu program tertutup.

Konvoi tiba di rumah En. Azan pada jam 5.30 petang, turut bersama adalah En Zakaria Hamid yang merupakan Ketua Perhubungan Negeri keADILan Pahang. Saya, Farhan dan anak lelaki DS Anwar, Ihsan juga turut serta didalam trip ini. Kami semua disambut baik oleh keluarga tuan rumah dan dihidang dengan jamuan tradisi negeri Pahang, gulai tempoyak ikan patin.

Program pada petang ini termasuklah satu sesi dialog ringkas DS Anwar dan hadirin di halaman rumah En Azan yang sungguh mententeramkan. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dan cuaca yang agak baik telah memberikan satu suasana nyaman dikalangan hadirin.

Habis sahaja berdialog dan bermesra dengan hadirin, DS Anwar berehat seketika sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah di Surau al-Hidayah berhadapan dengan rumah En. Azan. Beberapa ahli jemaah surau terkejut melihat kehadiran DS Anwar disitu. Mereka mengambil kesempatan bersalam dan bertanya khabar DS Anwar. Selepas menunaikan solat, konvoi bergerak ke bandar Pekan dimana Ceramah Umum DS Anwar diadakan.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Gambar: Farhan (ahan)

Bersama Zakaria dan En. Azan sekeluargaEn Azan memberikan sepatah dua kataMemberikan kata-kata semangat

hadirin mendengar dengan teliti...gambar kenanganrakan lama..

bersalamanbersalam dengan ahli jemaah surau

11 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

DS Anwar telah mengadakan satu majlis makan malam dan tahlil di rumah beliau pada khamis malam jumaat lepas. Majlis dihadiri hampir 100 orang rakan dan penyokong itu bermula dengan solat maghrib kemudiannya diteruskan dengan bacaan Yasin dan solat Isyak. DS Anwar dan DS Wan Azizah kemudiannya memberikan sedikit ucapan kepada para hadirin.

Hidangan nasi lemak yang sungguh enak telah memukau para hadirin membuatkan makanan hampir licin!

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Gambar: Farhan (ahan)

 

P1010938.JPGUcapan RingkasP1010936.JPG

10 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?


Tindakan tidak berperikemanusiaan tentera penakluk Amerika di Abu Ghraib “jahat, jelek dan zalim” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pidato Solidariti untuk Palestin, Iran dan Iraq di Wisma Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) petang tadi.

Tetapi tindakan pimpinan kita di Kamunting juga sama, tegas Datuk Seri Anwar yang baru pulang dari Pekan. “Kita bermuka-muka. Kita menyokong kedaulatan negara-negara ini di persidangan OIC, tetapi kemudian menjadi boneka Amerika apabila menghadap Bush di Washington.”

Di dalam pidatonya tadi, Datuk Seri Anwar menganggap pendudukan tentera Israel di Palestin dan Amerika di Iraq sebagai suatu jenayah. Keadaan di Gaza, menurut mantan Timbalan Perdana Menteri tersebut, lebih dasyat dari negara Afrika.

Menurut Datuk Seri Anwar, beliau merasa kecewa sebagai seorang umat Islam apabila melihat keganasan yang dimulakan Amerika diteruskan dengan orang Islam membunuh sesama sendiri di Iraq. (more…)

9 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pidato Solidariti Kedaulatan Palestin – Iran – Iraq

Datuk Seri Anwar Ibrahim

2.30 petang 10 Mac 2007 (Sabtu)

Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya, Selangor

8 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

semuthitam2 menanyakan:

teka teki untuk dato seri dan semua pengunjung. ada seorang mamat ni, dia kahwin dengan adik ipar dia. soalannya, siapakah dia?

admin, tolong highlight soalan penting ini kepada dsai.

Semuthitam2,

Jika hati telah terpikat,
Sila kahwin dan melekat,
Apa perlu untuk disiasat,
Hingga sdr runsing dan gawat? :)