26
Mar
07

Masanya Untuk Bekerja Keras!

awie menanyakan:

Assalamualaikum DSAI,
Saya terbaca dalam akhbar mengatakan rundingan cabinet mengenai caj IPP kpd TNB menemui jalan buntu. Apa susahnya naik kan saja tarif elektrik biar rakyat bayarsegala kerugian yang akan ditanggung oleh TNB. Pelik..betul tabiat cabinet yang ada sekarang ini. bila bincang
dengan tokeh besar temui jalan buntu bila bab mengenakancaj pada rakyat tak pulak temui jalan buntu. Begitu juga dengan kenaikan tol dan petrol..Tak tahu lah macam mana lagi nak bagi sedar kat rakyat nampak sangat cabinetyang ada ni mempertahankan kedudukan hartawan2 bukan mempertahan kepentingan rakyat…Bila tiba masa hendakkan undi mereka
datang kepada rakyat.
Yang Paling menyedihkan ialah TNB boleh mendabik dada baru-baru ni
bahawa syarikat mendapat keuntungan yang banyak. Sebenarnya keuntungan ini adalah dari menghisap keringat dan darah rakyat, bukan dari pentadbiran yang cekap.
Semoga rakyat akan buka mata suatu hari nanti…REFORMASI

Awie,
Entah hendak ketawa atau menangis.
Ketawa kerana kelucuan kabinet yang tidak berkuasa mempengaruhi TNB menetapkan harga yang adil buat rakyat tetapi mampu mengarah TNB membayar ratusan juta kepada pelobi Jack Abromoff di Amerika, Universiti Cambrige, membolot kontrak untuk kepentingan sendiri.
Menangis kerana mengenangkan beban yang ditanggung olih rakyat.
Ayuh, kita perlu kerja keras untuk mengubah hala tuju Malaysia!


11 Responses to “Masanya Untuk Bekerja Keras!”


  1. 1 napy8gen Mar 26th, 2007 at 2:42 pm

    sy pun menyampah nengok muka senyum CEO dgn Leo Moggie semasa pengumuman keuntungan - semacam tidak mereka sedari yg mereka membebankan jutaan rakyat..berdosa keatas jutaan rakyat tu, esok kira.

  2. 2 tokbahaman Mar 26th, 2007 at 10:48 pm

    Assalaamualaikom Dato’Seri,
    Saya lebeh cenderong mengikut jejak cara Hugo Chaves, Presiden Venezuela, dari segi ekonomi dan dasar luarnya.

    Untuk peringatan, ahli kabinet yang ada sekarang ni pon hampir sama dengan kabinet PM dahulu. Tidak menghairankanlah mereka ini berdepan dengan ‘Taukeh’ yang mungkin telah membiayai kempen pilihanraya mereka. Satu jelingan sahaja, maka gementar dada bapak menteri semua.

    Kembalikan hak rakyat.

  3. 3 tok kun Mar 31st, 2007 at 11:01 pm

    sdra anwar,
    pertamanya sy mengucapkan tahniah krn semangat sdra masih seperti anwar dulu yg sy kenali. cumanya sy ingin mengambil kesempatan disini ingin memohon sdra berhenti dan bertaubat dr menipu ahli2 di peringkat bawahan. baru2 ini dlm mesy bhg PKR pmtg pauh sy begitu sedih sekali bilamana sdra anuar shari telah keluar dr PRK dan antara sebabnya ialah beliau telah hilang keyakinan kpd sdra. walaupun pada awalnya sy agak kecewa dgn tindakan anuar shari tetapi setelah berbincang bsama kawan2 dlm PKR pmtg pauh kami mula merasakan memang selama ini kami telah ditipu dgn janji2 perjuagan kak wan dan cakap2 hipokrit sdra. sdra sememang org yg paling hipokrit dlm sejarah perjuangan politik malaysia. lihatlah kini PKR pmtg pauh telah menjadi semakin karut dan menjelekkan. anwar…..berhenti dr menipu rakyat

  4. 4 tok kun Mar 31st, 2007 at 11:24 pm

    sdra anwar,
    terbaru khalid jaffar juga akan keluar dr PKR dan ramai lg. tungguuuuuu.
    kami ahli PKR pmtg pauh juga kan keluar beramai2 dlm sedikit masa lg. kalau berani sdra anwar balik dan bertanding di pmtg pauh………

  5. 5 ADIhamka Mar 31st, 2007 at 11:34 pm

    apakah hanya kerana keluar parti maka itu menjejaskan masa depan parti? PAS di Terengganu pada tahun 1959 pernah membentuk kerajaan negeri,tetapi musnah dek kerana ADUN dibeli dan melompat parti pada ketika itu.tetapi PAS tidak mati,malahan masih wujud dan kekal disokong sehingga ke hari ini.

    Ahli tidak terkejut Anuar Shaari letak jawatan
    Muda Mohd Noor
    Mar 28, 07 4:38pm

    Ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Permatang Pauh tidak terkejut dengan perletakan jawatan ketua bahagian berkenaan, Anuar Shaari Ahad lalu, kerana ramai ahli tidak puas hati dengan prestasi kerjanya, kata Timbalan Ketua bahagian yang baru, Che Mat Hashim.

    Menurut Che Mat lagi, sejak menjadi ketua bahagian pada awal 2004, Anuar cuma hadir mesyuarat parti sebulan sekali tetapi terlalu kurang membabitkan diri dalam program anjuran bahagian berkenaan.

    “Ada juga ahli yang tidak kenal Anuar kerana beliau kurang berjumpa dengan pemimpin peringkat bawahan.

    “Berikutan itu ada sebahagian kecil ahli jawatankuasa PKR Permatang Pauh sendiri yang tidak puas hati dengan prestasi kerja Anuar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Anuar, 38, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ketua bahagian Permatang Pauh serta keluar dari PKR ketika berucap di mesyuarat perwakilan bahagian itu Ahad lalu.

    Beliau memberi alasan terlalu banyak ‘politiking’ dan mendakwa sesetengah pemimpinnya lebih gemar mengejar jawatan daripada mengutamakan kepentingan parti.

    Che Mat berkata, sejam sebelum mesyuarat Permatang Pauh dimulakan, Anuar ada bertemu dengan beberapa ahli jawatankuasa bahagian itu dan menyatakan beliau tidak mahu mempertahankan jawatannya.

    Ketua baru

    Anuar, katanya, bagaimanapun tidak pula memberitahu beliau akan keluar dari PKR.

    “Walaupun ada ahli yang tidak puas hati dengan beliau, kami tidak mempunyai rancangan untuk menjatuhkannya dari jawatan ketua bahagian Permatang Pauh.

    “Jika Anuar mahu mempertahankan jawatan ketua bahagian, saya yakin beliau akan menang tanpa bertanding,” katanya lagi.

    Berikutan perletakan jawatan Anuar itu, bahagian berkenaan telah memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai ketua bahagian yang baru. Beliau menang tanpa bertanding.

    Che Mat berkata, Anuar meletakkan jawatan mungkin kerana merasakan beban tanggungjawab untuk terus memimpin bahagian PKR bahagian Permatang Pauh.

    Katanya, ini kerana sebelum itu, jawatankuasa bahagian berkenaan telah mengingatkan Anuar bahawa sebagai ketua bahagian, beliau mesti membuat kerja kuat untuk parti.

    “Mungkin kerana Anuar tinggal di Selangor menyebabkan beliau sukar berulang-alik ke Permatang Pauh bagi menjalankan urusan parti,” katanya.

  6. 6 tok kun Mar 31st, 2007 at 11:40 pm

    adihamka…

    jelaskan kpd kami apa yg telah wan azizah dan anwar telah buat utk kepetingan kita sbg masyarakat melayu di pmtg pauh. jgnlah menyokong membabi buta hanya krn anwar pandai berucap dgn menggunakan ayat quran dan ayat2 yg retorik

  7. 7 RahimiOsman Apr 1st, 2007 at 4:53 am

    tok kun, soalan anda tu.. kalau anda betul2 dah lama dalam pembangkang, anda tau jawapan tu… dengan status sebagai parti pembangkang yang ditekan oleh kerajaan, jangan pertikai apa yang DSAI dan DSWA dah buat untuk P.Pauh… diibaratkan seperti mempertikai kenapa Terengganu tak maju di bawah pemerintahan PAS, tetapi sedar wang royalti ditarik.

    oh ya, MP pembangkang dapat bujet macam MP Barisan Nasional ke? Lebih baik tokkun pergi pertikai MP BN yang dapat bajet tapi songlap duit. Tok kun ni betul ke ahli PKR? atau ahli UMNO yang berpura2 jadi ahli PKR nak rosakkan blog ni dgn dakyah2 tak bermodal UMNO? atau seseorang yang memegang kad kuasa bertanda RF, I atau G?

    Dari gaya tokkun, berdasarkan pengalaman saya menjaga web2 politik, memang sah tokkun bukan ahli PKR mahupun penyokong. Hentikanlah berpura-pura, sudah ramai yang buat tapi tak menjadi. Ini teknik lama..

    Salam Reformasi Sebenar dari Kami!

  8. 8 freepress Apr 1st, 2007 at 2:48 pm

    Assalamualaikum dsai, saya ingin dptkan pandangan dsai ttg pilihanraya kecil machap. Kata najib, pendirian pembangkang tidak konsisten dan saya rasa ada kebenaran pada apa yang dinyatakannya itu. Sblm ini pembangkang memulaukan p’raya batu talam, tetapi di machap pula, telah nyatakan kesediaan untuk bertanding. Peliknya bagi pembangkang, DAP telah setuju untuk ketengahkan calonnya dan Keadilan pula dikatakan telah nyatakan hasrat untuk tampilkan calonnya bagi kawasan itu bila tiba p’raya umum. Kenapa sampai jadi macam ni? Politik bukannya satu permainan, kalau sang calon kerap diganti bagaimana pengundi nak berasa yakin, pembangkang serius dalam usahanya untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan penduduk yang diwakilnya. Tolong jawab datuk seri. Biarlah hendaknya pemikiran kita progresif, bukan regresif.

  9. 9 abu bakar Dec 8th, 2007 at 4:26 pm

    dato anuar mengarut kerana nak kan sokongan bagaikan lalang tak da pendirian pandai bermain kata2 saya lebih suka pada org yang punya prinsip bukan bagai sesumpah

  10. 10 cokelat Dec 8th, 2007 at 9:55 pm

    sdr. abu bakar mengarut kerana nak kan sokongan bagaikan lalang tak da pendirian pandai bermain kata2 saya lebih suka pada org yang punya prinsip bukan bagai sesumpah….

    sdr. abu bakar mengarut kerana nak kan sokongan bagaikan lalang tak da pendirian pandai bermain kata2 saya lebih suka pada org yang punya prinsip bukan bagai serangga perosak…..

    sdr. abu bakar mengarut kerana nak kan sokongan bagaikan lalang tak da pendirian pandai bermain kata2 saya lebih suka pada org yang punya prinsip bukan sebagai mangkuk ayun dan otak letak kat lutut…..

  11. 11 mawar kecil Mar 7th, 2008 at 10:02 am

    Hello dato seri

    amboi bukan main hebat mengutuk. mmg la dato hebat petah berkata. tak sabar nak tengok dato jadi PM boleh buat apa yang dato kata. Atau dato hanya chameleon Msia

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

March 2007
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031