Saya diperingat berulangkali bahawa wacana ilmiah kurang menarik bagi majoriti pengunjung blog. Kendati begitu saya mohon kesabaran saudara-saudari untuk merenung sajenak himbauan saya mengenai wacana empat tokoh. Sesungguhnya islah dan reformasi akan hanya bermakna jika kita turut memantap ilmu dan memperkasa budaya.
………………………………
Bertempat di Villa Malafrasca
Ada kelainan dalam sesi menarik – wacana bersama Amartya Sen, Emma Rothchild, Michel Camdessus dan saya.
Amartya kini Prof Ekonomi di Harvard, terkenal dengan karya Development as Freedom dan Identity and Violence. Beliau juga adalah pemenang hadiah nobel (ekonomi). Emma adalah Profesor Sejarah dan Falsafah di Cambridge dan dianggap pakar mengenai pemikiran serta gagasan Adam Smith. Michel pernah bertugas sebagai Gabenor Bank Negara Perancis dan KP IMF. Dan Anwar…..suami Azizah..:)
(more…)
















