07
Mar
07

Adu Domba Umno: Jawab Tuduhan Sebelum Tabur Fitnah!

ibnu mohamad menanyakan:

Assalamualaikum,

Saya ingin memanjangkan disini 2 fitnah yang digembar gemburkan oleh UMNO; untuk diberi penjelasan dan penafian agar rakyat jelas dgn isu sebenar.

Pemuda UMNO Gopeng menceritakan “DSAI adalah orang yg mula2 memperkenalkan politik wang dalam UMNO. Bukti mereka ialah ketika DSAI menentang Ghafar Baba. Kononnya pada ketika itu DSAI diberi duit yang banyak. Ketika itu Mahathir hanya membiarkan sahaja kerana hendaklah melatih Anwar berlawan. Dalam pada DSAI merancang strategi, tiba2 Dato Dr Nawawi
menjemput Ghafar utk merasmikan mesyuarat UMNo bahagian Gopeng. Anwar amat marah, dan Dr Nawawi menjadi org yang beliau hendak gulingkan. Oleh itu Anwar telah menemui Dato Tahirudin yg merupakan setiausaha ketika itu dan memberi wang 1 juta kpd Dato Tahirudin untuk menentang Dr Nawawi; akibatnya Dr Nawawi tewas. Anwar juga telah melantik anah buahnya org kuat ABIM Kuala Kangsar, yg sekrg ini Dato Nazri (Tambun)” itulah kisah yg
disebarkan oleh Pemuda UMNO Gopeng.

Kisah kedua ialah mereka turut mengatakan DSAI ada membawa masuk wang US semasa gawat ekonomi 1998, dan negara hampir tergadai kerananya, itulah antara lain sebabnya Mahathir pecat Anwar.

Itulah 2 fitnah yg disebarkan oleh Pemuda UMNO Bhgn Gopeng. Harap AMK Gopeng dapat segera menjalankan usaha pemurnian di kawsan anda. Org tua2 dan anak muda ramai yg percaya. Harap DSAI dapat memberikan jawapan.

Ibnu mohamad,

Kita dilatih utk menyiasat sumber berita dan mendapatkan bukti sabelum menghukum. Jangan sekali-kali menelan sogokan maklumat fitnah dari yang fasik.

Seandainya ada secebis bukti jua pun, Dr M, BTN dan pimpinan Umno akan menghebah dan mencerca saya. 8 tahun berlalu dan mereka masih meraba.Yang dituduh Dr M adalah George Soros dan setelah 8 tahun, Dr M mengatakan Soros tidak terlibat. Siapa yang dusta dan fitnah?

Jika ada bukti sogokan satu juta, kemukakan bukti. Janganlah terus dengan fitnah dan dosa.
Soalnya bagaimana dengan sogokan RM540 Juta dari kementerian Pertahanan kerana pembelian kapal selam dan RM410 juta komisyen kerana membeli jet pejuan pesawat Sukhoi dari Russia?

Bukti telah dikemukakan dan umno masih membisu seribu bahasa.


8 Responses to “Adu Domba Umno: Jawab Tuduhan Sebelum Tabur Fitnah!”


  1. 1 ADIhamka Mar 7th, 2007 at 10:04 am

    Seronok juga kalau kerajaan boleh jawab memorandum bantahan yang dikemukakan oleh AMK & DPP Pusat semalam. jangan biar rakyat terpaku semata-mata!

    http://shamsuliskandar.wordpress.com/2007/03/07/memorandum-bantahan-amk-dpp-pusat-kepada-perdana-menteri-malaysia/

  2. 2 shenyeeaun Mar 7th, 2007 at 10:54 am

    No comment. The only comment is bumi mana yang tidak ditimpa hujan ? Yang penting seseorang insan itu berubah dan insaf daripada kesalahan mereka.

  3. 3 shenyeeaun Mar 7th, 2007 at 10:58 am

    Walaubagaimanapun banyak insan sebenarnya sedar apa yang dilakukan oleh mereka itu adalah salah tetapi mereka masih meneruskan apa yang diketahui adalah salah kerana rakus akan ketamakan.

  4. 4 matBA Mar 7th, 2007 at 11:34 am

    Menjelang pilihanraya 1999, UMNO mendedahkan DSAI mempunyai master account berbillion billion ringgit di bank luar negara.Kata kata seorang polis kpd saya ketika itu polis sedang siasat. Sehingga hari ini senyap jer tuduhan itu. Menjelang pilihanraya umum akan dtg berbagai-bagai cerita akan muncul pula dan sedang dimainkan. Anggaplah segala tuduhan2 tersebut sebagai “LAWAK JENAKA MENJELANG PILIHANRAYA”.

  5. 5 semuthitam2 Mar 7th, 2007 at 11:40 am

    menarik juga ni, setelah 2 PRU berlalu, kita macam dah tau yang BN akan keluarkan fitnah dan cerita dogeng. relevankah jika kita dokumenkan semula semua dogengan2 dari PRU lepas agar jadi bukti, ini hanya dogengan semata2 dogengan~

  6. 6 Ibnu Hassan Mar 7th, 2007 at 5:35 pm

    1) Berkenaan Datuk Johari Baharom ni. Saya rasa ada ‘benda’ yang merestui tuduhan tersbut. kalau nak diikutkan, sekadar tuduhan dalam laman web, tak penah pun polis ambil tindakan, malahan laporan polis oleh AMK juga tidak dilayan. lagipun, laman web tersebut (http://www.freewebs.com/southeast-wind/) tak pernah diketahui kewujudannya. Seolah2 ianya diwujudkan semata2 untuk memulakan tuduhan tersebut.
    2) kalau dipandang balik ke belakang, Datuk Johari ialah orang yang dituduh memastikan Tun MAHA… kalah sebagai perwakilan di Kubang Pasu.
    3) Saya meragui bahawa Polis dapat menjalankan tugasnya dgn telus, memandangkan yang disiasat adalah menteri yang bertanggungjawab kepada Polis. Kes ‘MATA LEBAM’ yang berlaku di lokap ibu pejabat polis pun tak dapat diselesaikan, kerana melibatkan bos polis, inikan kes yang melibatkan bos kepada bos polis. Lebih baik tubuh suruhanjaya diraja saja, itu pun sekadar 20% yang boleh dipercayai…

  7. 7 aput83 Mar 9th, 2007 at 9:47 am

    Money and politics go hand in hand, so I don’t doubt that anyone had a large sum money in their bank accounts during or before an election. However, the issue then would be who could have highlighted it first.

    If we want to get the police into investigating money going into politician’s bank accounts, I would think Parliament would be empty by now. That says enough about What I think of the government and the opposition in our country right now.

    I hope the next election changes this mindset of mine.

    And Datuk Seri, if you are taking over the helm of Keadilan, I hope you do something further about promoting the party, because the current publicity campaign really sucks, especially with Tian Chua in the papers labelled as attempting murder.

  8. 8 mengyee Mar 9th, 2007 at 12:37 pm

    Dato Seri;
    Could you please make a strong statement regarding the poorly implemented National Service which is casuing the lifes of our children.
    Their hands are stained with the blood of our children. Dato lee Lam Thye is flippant and callous with regards to our children. I am boycotting it and will not sent my children until the government can assure us of proper facilities, equipped and trained trainers as well as proper healthcare services. If more Malaysians stand up against this, the government will be forced to revamp or scrap the NS.

    I have heard also that many contractors in between are making money from it and the food and facilities as a result - stinks!!!(maybe slightly better than your menu at Sungai Buloh???) :>

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

March 2007
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031