wasif menanyakan:
salam reformasi,
budaya ilmu di kalangan mahasiswa nampaknya sudah lenyap….mereka hadir ke universiti hanya semata-mata nak
berhibur…konsert,pesta,fiesta…dan lain-lain hiburan melampau merebak ke kampus….hedonisme menjadi anutan mahasiswa….pihak universiti dan kolej kediaman seolah-olah
tidak mampu mengekangnya…..tiada lagi diskusi ilmiah,perdebatan,forum,ulasan buku dan lain2 program ygmelambangkan keintelektualan mahasiswa menjadi keutamaan…wang kolej banyak dihabiskan untukprogram hiburan semata-mata….tradisi ilmu sudah terkubur di universiti………apa pandangan dato seri …
Wasif
Idealisme perlu digilap. Umumnya pimpinan negara dan universiti tidak menjurus ke arah demikian. Namun saya masih menemui sebahagian Profesor dan mahasiswa yang terus prihatin, meminati ilmu dan merasakan kegelisahan rakyat.
Tidak dinafikan wujudnya rangkaian pengemis dan pengampu terhormat tetapi saya optimis menyaksikan kelompak kecil yang memekar kerana kejituan semangat dan ilmu mereka.
















Mahasiswa2 di uni2 tempatan kini dah jadi lembik, tak spt mahasiswa2 di negara2 jiran spt Indonesia, Thailand, Filipina dll2. Nampak gayanya, kerajaan telah berjaya menjinak dan melembikkan mahasiswa2 kita melalui akta uni dan juga program2 yg dijalankan oleh pihak BTN! Mahasiswa2 skg langsung tak ambil peduli mengenai hal ehwal politik, baik politik dalam negara atau luar negara. Mahasiswa2 skg juga langsung tak ambil peduli mengenai masalah2 sosioekonomi golongan miskin di negara ini. Mereka asik dilalaikan dgn aktiviti2 berunsur hiburan yg berupaya melalaikan mereka dari memikir masalah2 negara. Jawatan2 penting di Uni2 pula skg kebanyakkannya diisi oleh golongan2 BTN yg 100% prokerajaan yg majoriti mereka, langsung tidak bermerit! They wont be where they are now jika dasar meritokrasi diamalkan!
saya sokong pendapat saudara wasif.Ini terbukti di U saya sebuah ipta di mana kini saban minggu setiap kolej menagadakan karnival@pesta tetapi pengisian ke arah ilmiah kurang diketengahkan berbanding hiburan,band2,karaoke…saya sbagai pelajar tahun 1 berharap akan ada kelak penganjuran diskusi2 ilmiah,forum2 sosial,kemasyarakatan,agama,ekonomi,atau pun debat2 antara siswa2 yg bebas,dimana tidak sterotaip atau ’skima’ kpd retorik propaganda penguasa sahaja,agar pemikiran mahasiswa lebih terbuka,tidak terkongkong kepada 1 hala sahaja..harap sebelum saya grade ,akan berlaku perubahan yg menuju keapda apa yg diharapkan d ipt yg sy belaja skrg.
Tidaklah seperti yg digambarkan di kaca TV ttg kehidupan d ipt dimana mengamalkan hidup yg bebas,suka2,huha2,couple dll…
Salam..
Bila disebut soal idealisme mahasiswa,tiba-tiba hati ini terdetik mengingatkan laman web idealis mahasiswa,satu laman web pro-radikal k’jaan….benar-benar menutup minda pelajar dengan ayat-ayat dan hujah-hujah yang kurang bernas.
wassalam
realiti di Malaysia, kelompok mahasiswa yang sedar akan peranannya sebagai pemudahcara masyarakat itu wujud, tetapi kelompok ini dalam jumlah yang sedikit.
di malaysia ini modus operandi pihak penguasa ke atas kelompok mahasiswa adalah mudah, menghalang kebebasan berfikir. tak usah pergi jauh untuk membincangkan mengenai kebebasan bersuara,kebebasan berhimpun dan sebagainya.apa yang perlu dikekang di kalangan mahasiswa ini adalah dengan menghalang mereka daripada berfikir,kerana ini sajalah ruang yang ada untuk menyekat mereka daripada melihat sesuatu keadaan itu dari pelbagai dimensi. bayangkan lah, kalau kebebasan untuk berfikir pun sudah disekat,sudah pasti kebebasan yang lainnya dengan sendiri disekat…oleh pemikiran tertutup dan jumud segolongan besar mahasiswa.
Rasulullah SAW pernah bersabda ‘masuklah kamu (umatku) ke dalam golongan yang sedikit..’..itulah realiti kebenaran,yang ‘buta’ itu ramai, yang ‘celik’ itu pasti kecil bilangannya…
Pendidikan dalam sistem kapitalis-sekuler saat ini lah penyebab hilangnya idealisme mahasiswa sebagai agen of change. Kini saatnya lah kita kembali pada sistem pendidikan islam, kembali pada syariah dan kembali pada khilafah.