05
Mar
07

Lantaran Dikongkong,Seni Menjadi Layu

cahayaTERANG menanyakan:

apa pandangan DSAI tntang hiburan seni tanah air?maaf jika soalan ini tiada kaitan dgn perjuangan,tapi apakah ada ruang untuk element2 reformasi dalam lapangan seni kita.

Cahayaterang,

Saya telah ulas sabelum ini. Seni akan berkembang melalui pencernaan fikiran berani dan terbuka. Keindahan terukir dari luahan hati sanubari yang dilakar dengan kata.

Maka seni harus dibedakan dengan propaganda olih penulis upahan saperti yang terdapat dalam pelbagai puisi mengampu di kalangan yang mengejar hadiah resmi.

Pengucapan seni tidak segar dalam suasana terkongkong saperti yang di amal di negara ini.


5 Responses to “Lantaran Dikongkong,Seni Menjadi Layu”


  1. 1 shenyeeaun Mar 5th, 2007 at 11:19 am

    Asalkan segala isu yang ditimbulkan berkaitan dengan kepentingan tanah air maka saya rasa amat berkait rapat dengan perjuangan ke arah sebuah negara yang lebih baik.

    Seni kita sama ada dari segi lakonan , lagu , lirik , lukisan , puisi dan karya masih jauh kebelakang walaupun dibandingkan dengan negara yang kurang maju seperti Indonesia. “Malaysia Boleh ” kerana apa yang difikirkan penting oleh pemerintah kini hanyalah Rancangan Malaysia 9. Baginya ekonomi adalah segala-galanya dan mungkin itu sahajalah kebolehannya.

    Jawapan DSAI amat baik dan benar serta setuju 100%. “”Harap-harap apa yang diluahkan itu dipraktikan”".

  2. 2 najwan_halimi Mar 5th, 2007 at 12:43 pm

    Datuk Seri,

    saya terperasan yg Datuk Seri masih lagi mempraktikkan stail penggunaan ejaan lama seperti “olih”, “saperti” dan “resmi”, juga ada pengaruh bahasa Indonesia dalam penulisan Datuk Seri.

    soalan saya, sejauh manakah aliran seni sastera Indonesia ini mempengaruhi peribadi dan citra Datuk Seri sehingga ke hari ini?

    Jika dahulu dalam tahun-tahun 60an dan 70an, sastera Indonesia memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan nasional sehingga bapa saya sendiri menyatakan yang beliau perlu mencerna Keluarga Gerilya (Pram Ananta Toer)sebagai bacaan wajib untuk Tingkatan 6.

    Dan pada pandangan Datuk Seri, apakah seni Indonesia sekarang (yang lebih komersial dalam bentuk muzik pop/rock berbanding sastera)mampu membangun dan memupuk jiwa perjuangan anak muda seperti mana yg pernah berlaku kepada angkatan generasi Datuk Seri dahulu?

  3. 3 muhibbah Mar 5th, 2007 at 1:10 pm

    Datuk Seri

    Do you feel that during your tenure as the Education Minister, there were many wrong policies? If given a second chance to correct it, what would be the best way to unify the Rakyat through education? Should we continue to use force or compromise among community leaders for a better education system, like what Otak Keris is trying to do with DZ?

  4. 4 ladymariah Apr 10th, 2007 at 12:51 pm

    berkarya biar dari hati. bila aku menulis dan punya bayaran, perasaan dalam hati tidak seronok lagi…

  5. 5 sulaiman daud Apr 14th, 2007 at 2:18 pm

    Datuk seri, saya antara peminat setia datuk seri, saya selalu mengikuti perkembangan datuk seri di dalam dan luar negeri.

    Di sini saya ada beberapa soalan dan pandangan untuk dikongsi;

    Pertama saya rasa, laman web parti keadilan, seperti tidak wujud di ruang siber? Walaupun ada tidak diupdate dengan sempurna dan layout laman yang buruk.

    Laman web parti adalah penting kerana mewakili imej parti, jika layoutnya buruk tanggapan orang terhadap parti juga buruk, Mohon dibetulkan.

    Kedua, akhbar parti suara keadilan, saya lihat seperti tidak bermaya untuk menyerang kerajaan barisan nasional, tiada pendedahan yang ekslusif seperti Harakah, Siasah ataupun Malaysiakini dan Malaysia-today.

    Kebanyakkan beritanya bersifat peribadi, seperti Pak Lah tidur, Nurul Izzah hamil, Polis ganas, yang saya kira tidak mewakili kepentingan parti keadilan, saya minta komen datuk seri.

    sulaiman daud
    kg.pelet

    Terima kasih

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

March 2007
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031