Daripada Hang Tuah:
YBhg Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim.
PARTI-PARTI PEMBANGKANG BERSALAH TERHADAP SELURUH RAKYAT MALAYSIA
KERANA MEMBERIKAN COP DEMOKRASI KEPADA BN!!!
PAS: disogok dengan Kelantan.
DAP: disogok dengan kemenangan Lim Kit Siang.
KEADILAN: disogok dengan kerusi Permatang Pauh & pembebasan Datuk Seri
sendiri.
Hak untuk mengundi adalah sama dengan Hak untuk tidak mengundi.
Bolehkah rakyat boikot mengundi?
Hak berpilihanraya adalah sama dengan Hak untuk tidak berpilihanraya.
Bolehkah pembangkang boikot pilihanraya?
BN: jugalah yang akan pasti menang!
Dulu Kini & Selamanya!
RAKYAT: jugalah yang rugi akhirnya!!!
Jawab..jangan tak jawab..Jawab..jangan tak jawab
Terima kasih.
p/s: Macam tak caye, Datuk Seri Anwar Ibrahim - seorang Mantan Timbalan
Perdana Malaysia, yang jawab komen-komen Hang Tuah semua tu. Hang Tuah
nak kuar bersilat jap..
Hangtuah,
Pernah saya berpantun semasa di tahanan Kamunting 1975 dulu:-
…….
Dengan helah pencak pendekar
Takkan tergugat pahlawan sejati.
Sdr bicara mengenai tipuhelah Umno/BN. Kita perlu gembeling tenaga sebagai satu saf menolak kezaliman dan rasuah. Fokus kapada isu pokok dan bekerja dengan terancang menurut disiplin wadah. Inshaallah kita akan berjaya.Sejarah membuktikan bahawa kuasa rakus tidak akan bertahan selamanya.
Padukan disiplin tuah dengan semangat jebat!
















Saja setiju dengan apa yang Saudara Tuah katakan. Tetapi kita tidak boleh biarkan sahaja. Kita perlu sedarkan rakyat bahawa kuasa terletak di tangan mereka. Sedarkan rakyat akan sogokan-sogokan yang diberi BN itu. Sedarlan rakyat bahawa perubahan boleh dicapai jika kita semua bekerjasama.
kezaliman pasti tumbang. itu sesuatu yang pasti. jika tidak dengan tangan kita, pasti kerana tangan2 mereka yang busok itu sendiri.
apa pun, kita tak boleh berundur, walaupun dgn alasan strategi. itu bukan satu pilihan. we will fight, no matter hopeless we are.
hidup mulya atau mati sebagai syuhada~