Archive for March, 2007

31
Mar

Bengkel Reformasi Indonesia: Suatu Imbasan Era Habibie

Bengkel Reformasi Indonesia: Suatu Imbasan Era Habibie 26-27 Mac 2007
oleh Mohd Yusmadi Yusoff, Hubert H. Humphrey Fellow, Washington D.C

Bengkel membincangkan peristiwa Reformasi ketika era kepimpinan mantan Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie telah berlangsung di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti John Hopkins Washington D.C yang merupakan pusat pendidikan terkenal pengajian hubungan antarabangsa di dunia.

Bengkel tersebut juga dibuat bersempena perlancaran buku tulisan Presiden Habibie bertajuk Decisive Moments: Indonesia’s Long Road to Democracy.

Bengkel tersebut dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Professor Karl Jackson, Pengarah Pusat Kajian Asia Tenggara di SAIS. Kemudian disusuli oleh Ucap Utama oleh Datuk Anwar Ibrahim bertajuk ‘Habibie Period: Impressions’.

Bengkel tersebut dihadiri oleh pakar-pakar dan sarjana-sarjana terkenal di dalam pengajian Asia Tenggara dan juga individu-individu yang pernah berurusan dan mempunyai pengalaman peribadi dengan Presiden Habibie. Antara yang hadir adalah Professor Dewi Fortuna Anwar (Starr Visiting Professor SAIS & Habibie Center), Professor Taufik Abdullah (LIPI), Dr. Marcus Mietzner (Indonesia Institute), Professor Robert Elson (University of Queensland), Dr. Watik Pratiknya (Habibie Center), Dr. Greg Fealy (Australian National University), Dr. Yudi Latif (Paramadina University) dan Dr. William (Bekas Penasihat Sains Presiden Habibie), Ambassador Alfonse LaPorta (USINDO) dan Professor Robert Hefner (Boston University).

Bengkel dua hari tersebut juga dihadiri oleh pemerhati oleh badan-badan terkenal di Washington D.C seperti Lex Rieffel (Brookings Institution), Professor William Wise (SAIS) dan wakil dari USINDO.

Hari pertama bengkel tersebut lebih menjuruskan kepada tema-tema kepimpinan, hubungan politik dan masyarakat sivil, hubungan ekonomi dan masyarakat ketika zaman pemerintahan Habibie. Hari kedua bengkel lebih berkisar kepada tema-tema hubungan luar yang dibentangkan oleh Ambassador Heinrich Seemann (Jerman), Dr. Ann Marie Murphy (Seton Hall University), Professor Greg Barton (Monash University).

Heinrich Seemann adalah bekas Duta Besar Jerman di Indonesia ketika era Habibie. Beliau banyak menceritakan bagaimana pengaruh pendidikan di Jerman banyak mempengaruhi keputusan-keputusan Habibie di dalam pemerintahan beliau seperti cadangan Mahkamah Perlembagaan, dan Dasar Sains Indonesia. Dewi Fortuna Anwar yang juga merupakan pakar di dalam hubungan ASEAN menceritakan bagaimana sikap setiakawan yang berpaksikan asas keadilan ditunjukkan oleh Presiden Habibie apabila beliau bersetuju bertemu Nurul Izzah di Batam ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di penjara. Asas prinsip setiakawan tersebut memberi anjakan baru kepada hubungan ASEAN yang masih mengamalkan sikap ‘non interference of local affairs’ di dalam hubungan sesama tetangga ASEAN. Bengkel dua hari tersebut disudahi dengan Forum Awam yang dihadiri oleh ratusan pemikir badan-badan terkenal di Washington D.C dan wakil-wakil kedutaan Indonesia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi diberi penghormatan memberi Ucap Utama semasa sesi tersebut. Hubungan istimewa di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Habibie menyebabkan beliau menjadi tempat rujukan kepada isu-isu penting politik Presiden Habibie. Kesemua pembentang kertas kerja dan pemerhati telah dijemput untuk menghadiri majlis makan malam yang diadakan di kediaman Duta Besar Indonesia di Washington D.C.

Yusmadi

100_0259.JPG100_0261.JPGDiskusi Bengkel

DS Anwar dan Prof. Dewi Fortuna AnwarDS Anwar dan Prof. Greg BartonDS Anwar dan Prof. Karl Jackson

DS Anwar Memberi Ucap UtamaHadirin Forum Awam Di SAISMakan Malam di Kediaman Duta Besar Indonesia

31
Mar

Video: Ulasan Program ‘Conference on Faith & Economics’ di Florence,Italy

27
Mar

Video: Amerika & Dasar Luar

27
Mar

Jangan Termakan Dakyah Umno/BN!

johnleemk menanyakan:

Saudra Anwar,

Adakah kamu fikir hubungan tegang antara kaum di Malaysia selama 49 tahun terjadi sebab Islam, satu fahaman (agama?) yang imperialis dan bersifat discriminasi.

Contohnya, kerajaan Barisan Alternatif (BA) pimpinan Nik Aziz, MB Kelantan telah meluluskan undang-undang untuk bunuh murtad. Pembunuhan murtad adalah sama seperti pembunuhan bukan Islam sebab murtad itu adalah sebahagian umat non Muslim.

Saya fikir Pas mesti digulingkan seperti parti Taliban di Afganistan, parti Ba’ath di Iraq dan parti Council of Islamic Courts di Somalia. Semua pemimpim tertinggi Parti Islam Se Malaysia (contohnya: Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang dan Husam Musa) mesti digantung sampai mati seperti President Iraq Saddam Hussein untuk jenayah terhadap manusia (crimes against humanity) seperti kes pembunuhan murtad.

Kerajaan Barisan Alternatif sejak tahun 1999 telah membunuh sebanyak 1,000 orang murtad (non Muslim) dengan persetujuaan Anwar Ibrahim, penasihat BA.

Johnleemk,

Dari mana sdr perolehi maklumat sedemikian? Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. seandainya sdr menelaah undang-undang berkenaan di Kelantan, tidak terdapat langsung peruntukan sademikian.Kita boleh memilih untuk berbeda pendapat dengan beberapa pandangan PAS, tetapi adalah amat tidak wajar menghukum mereka berdasarkan fitnah Umno.

Kepincangan yang berlaku banyak berpunca daripada dasar dan tindakan kerajaan BN yang enggan membenarkan wacana terbuka dan memberi hak dan kebebasan kepada rakyat. Tafsiran Islam mereka juga sempit tidak menjangkau sudut kebebasan dan keadilan.

26
Mar

Masanya Untuk Bekerja Keras!

awie menanyakan:

Assalamualaikum DSAI,
Saya terbaca dalam akhbar mengatakan rundingan cabinet mengenai caj IPP kpd TNB menemui jalan buntu. Apa susahnya naik kan saja tarif elektrik biar rakyat bayarsegala kerugian yang akan ditanggung oleh TNB. Pelik..betul tabiat cabinet yang ada sekarang ini. bila bincang
dengan tokeh besar temui jalan buntu bila bab mengenakancaj pada rakyat tak pulak temui jalan buntu. Begitu juga dengan kenaikan tol dan petrol..Tak tahu lah macam mana lagi nak bagi sedar kat rakyat nampak sangat cabinetyang ada ni mempertahankan kedudukan hartawan2 bukan mempertahan kepentingan rakyat…Bila tiba masa hendakkan undi mereka
datang kepada rakyat.
Yang Paling menyedihkan ialah TNB boleh mendabik dada baru-baru ni
bahawa syarikat mendapat keuntungan yang banyak. Sebenarnya keuntungan ini adalah dari menghisap keringat dan darah rakyat, bukan dari pentadbiran yang cekap.
Semoga rakyat akan buka mata suatu hari nanti…REFORMASI

Awie,
Entah hendak ketawa atau menangis.
Ketawa kerana kelucuan kabinet yang tidak berkuasa mempengaruhi TNB menetapkan harga yang adil buat rakyat tetapi mampu mengarah TNB membayar ratusan juta kepada pelobi Jack Abromoff di Amerika, Universiti Cambrige, membolot kontrak untuk kepentingan sendiri.
Menangis kerana mengenangkan beban yang ditanggung olih rakyat.
Ayuh, kita perlu kerja keras untuk mengubah hala tuju Malaysia!

24
Mar

Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy

Saya diperingat berulangkali bahawa wacana ilmiah kurang menarik bagi majoriti pengunjung blog. Kendati begitu saya mohon kesabaran saudara-saudari untuk merenung sajenak himbauan saya mengenai wacana empat tokoh. Sesungguhnya islah dan reformasi akan hanya bermakna jika kita turut memantap ilmu dan memperkasa budaya.
………………………………

Bertempat di Villa Malafrasca
Ada kelainan dalam sesi menarik - wacana bersama Amartya Sen, Emma Rothchild, Michel Camdessus dan saya.
Amartya kini Prof Ekonomi di Harvard, terkenal dengan karya Development as Freedom dan Identity and Violence. Beliau juga adalah pemenang hadiah nobel (ekonomi). Emma adalah Profesor Sejarah dan Falsafah di Cambridge dan dianggap pakar mengenai pemikiran serta gagasan Adam Smith. Michel pernah bertugas sebagai Gabenor Bank Negara Perancis dan KP IMF. Dan Anwar…..suami Azizah..:)
Continue reading ‘Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy’

22
Mar

Video: Sesi Dialog DS Anwar di LSE

20
Mar

Sekolah-Sekolah Malaysia Terperangkap dengan Kemudahan dan Kurikulum Dunia Ketiga

Dasar pendidikan seharusnya menjadi asas dasar pembangunan sesebuah negara. Maka adalah amat merisaukan ketika kita berada di ambang Kemerdekaan negara yang ke 50, sekolah-sekolah kita masih lagi terperangkap dengan kurikulum dunia ketiga dan banyak lagi yang tidak memiliki ‘kemudahan dunia pertama’ kita.

Meskipun kerajaan telah merwarwarkan Sekolah Bestari selama lebih sedekad, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah mendedahkan bahawa hampir 20% daripada sekolah-sekolah rendah kita tidak mempunyai bekalan air bersih; hampir 35% tiada makmal komputer; lebih dari satu perlima tiada makmal sains dan satu persepuluh tidak mempunyai bekalan elektrik sempurna. Secara keseluruhannya, lebih dua pertiga sekolah rendah tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Ini merupakan tambahan kepada pendedahan YB Dr. Wan Azizah Wan Ismail di dalam suratnya kepada Menteri Pelajaran bertarikh 13 Disember 2006 bahawa peratusan perbelanjaan pendidikan kita ketinggalan berbanding Senegal, Malawi dan Kenya di samping kita tergolong di kalangan 24 negara termasuk Palestin dan Maldive yang menghadapi kemerosotan enrolmen sekolah rendah antara 1999 hingga 2004.

Lazimnya, kawasan luar bandar yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat miskin dan terpinggir yang terperangkap dengan sekolah-sekolah yang paling dasyat keadaannya, khususnya di Sabah dan Sarawak. Ini mengeruhkan lagi jurang sosial dan melemahkan kebolehan pendidikan untuk memberikan mobiliti sosial yang lestari. Tiada gunanya kerajaan terus bercakap mengenai modal insan sekiranya golongan-golongan ini terus ketinggalan. Majoriti yang menjadi mangsa ialah golongan Bumiputera, tetapi Menteri Pelajaran lebih mementingkan menghunus keris daripada menyelesaikan masalah ini. Continue reading ‘Sekolah-Sekolah Malaysia Terperangkap dengan Kemudahan dan Kurikulum Dunia Ketiga’

20
Mar

Coretan dari perantauan : London School of Economics dan pertemuan rakan lama

London School of Econs

Sabelum ini terdapat bebrapa coretan dan foto dalam blog mengenai ceramah dan susulan dialog segar di LSE meskipun terdapat ugutan dari pjaya tinggi Msia, sambutan mahasiswa amat menggalakkan. Saya hargai komitmen anda sekalian kerana generasi muda tidak harus lembab dan rela dikongkong.

Tatkala saya dipentas dan dicorong pembesar suara, ditengah ratusan mahasiswa, prof dan tamu, saya terpandang beberapa tokoh kenalan lama saya. Sir Richard Needham, bekas menteri perdagangan dan menteri urusan Ireland. Agak lucu mendengar kisah perletakan jawatan beliau selaku menteri urusan Ireland. Menurut Richard!, beliau telah menelefon isterinya dari kenderaan rasminya, dalam perbualan tersebut beliau menyinggung kenyataan Perdana Menteri,  Margaret Thatcher yang banyak bicara dan mempersulit rundingan. Digunakan istilah “that holy cow” buat PM.

Beliau tidak sedar perbualannya dirakam olih Irish Rep. Army (IRA) yang telah menyerahkan rakaman tsb kpd media. Maka terpaparlah dihalaman depan akhbar keesokannya berita menteri kabinet menyapa PM sebagai holy cow. Beliau dipanggil ke no10 pejabat PM dan diminta menyerahkan surat perletakan jawatan. Beberapa prof dan kenalan lain juga hadir di LSE. Ini termasuk Ziauddin Sardar, pengarang Desperately Seeking Paradise, H Faruqi pengarang Impact dan Ebrahimsa Muhd kini aktif dalam Muslim Aid.

Anwar Ibrahim

20
Mar

Laporan Khas dari AIC UK : Sesi Dialog DS Anwar di LSE dan Cambridge

London School of Economics: Dialog Peradaban - Islam dan Dunia Barat

Tarikh: 15 Mac 2007

Sesi dialog di LSE ini telah memperlihatkan kekentalan semangat juang DS Anwar dalam usaha beliau mengibar panji pembaharuan minda, beliau lantas menggesa generasi pintar yakni penuntut Institusi Pengajian Tinggi agak tidak mencampur adukkan keberanian dan sentimen oleh kerajaan.

Dalam ucapan serta sidang soal jawab ini, beliau dengan mudah meleraikan minda kusut pengkritik dan penuntut yang hadir dengan jawapan yang tidak mengentam mana mana pihak. Sikap neutral dalam merumus pertanyaan yang diajukan sedikit sebanyak membuka mata ‘mereka’ yang takut untuk menyokong usaha DS Anwar dalam membawa pembaharuan.
Continue reading ‘Laporan Khas dari AIC UK : Sesi Dialog DS Anwar di LSE dan Cambridge’

17
Mar

Sesi Dialog di London School of Economics

Satu sesi dialog bersama DS Anwar Ibrahim bertajuk ‘Civilisational Dialogue - Islam and the West’ telah diadakan di London School of Economics (LSE) pada hari Khamis lepas (15 March 2007). Hampir 200 orang telah hadir memenuhi Dewan Old Theatre di LSE untuk bersama menyertai sesi dialog ini. Dialog yang dipengerusikan oleh Dr. Katerina Dalacoura ini telah berlangsung selama 1 jam dan mendapat respon yang amat baik dari para hadirin.

Turut bersama adalah 30 orang pelajar dari University of Portsmouth mewakili Anwar Ibrahim Club (AIC) UK yang diketuai oleh Presiden AIC-UK Sdr Farhash Wafa Salvador. Anwar Ibrahim Club (AIC) yang berpusat di Malaysia, adalah cetusan idea daripada Sdr Farhan Fauzi yang juga merupakan Presiden AIC.

Selepas sesi dialog, DS Anwar Ibrahim terus menghadiri sesi temuramah bersama British Broadcasting Corporation (BBC).

Saya difahamkan terdapat beberapa tekanan daripada kerajaan Malaysia kepada pihak pengajur sesi dialog di LSE ini dan juga sesi di Cambridge. Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pembantu khas DS Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kenyataan Nik Nazmi

Kami akan memaparkan video khas sesi dialog di LSE ini sedikit masa lagi.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

gambar: Sdr. Amirul Firdaus dan sdr Ian (AIC-UK)

6.jpg9.jpg11.jpg

17.jpg18.jpg35.jpg

20.jpg24.jpg29.jpg

16.jpgÂÂ

15
Mar

Catatan dari Brussels

Semalam saya hadir di Persidangan Memperbaiki Pengurusan dan Melawan Rasuah di Brussels. Saya menyampaikan ucapan di sebelah pagi.

Saya berucap salepas perasmian oleh Menteri Luar dan Menteri Ekonomi Belgium. Turut hadir adalah Menteri Kewangan, Ekonomi, syarikat swasta dan lembaga swadaya masyarakat. Putera Mahkota Belgium turut hadir tatkala saya memberi penjelasan.

Masalah rasuah dan pertanggungjawaban masih serius di dunia ketiga dan negara maju. Umpamanya, penjualan telko oleh Thaksin! Arahan kerajaan untuk membatalkan siasatan rasuah pembelian senjata, peranan lobi di Washington DC. Isunya tidak semata-mata ketelusan atau pelaksanaan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tetapi memperbaiki undang-undang, penguatkuasaan yang berkesan dan badan kehakiman yang adil dan bersih.

Saya menyentuh pengalaman Nigeria yang parah atau Malaysia yang dijangkiti barah rasuah. Masalahnya bukan hanya kelemahan penguasa tetapi jenayah yang turut dilakukan oleh syarikat antarabangsa. Rasuah di peringkat dunia kini mencecah 1 trilion dolar .

Sambutan 400 peserta dan program sidang video langsung dengan puluhan negara amat menggalakkan.

Di sebelah petang saya sekali lagi diminta menyertai panel mengenai pengurusan dan rasuah. Banyak persoalan dibangkitkan mengenai rasuah di Indonesia terutama era Suharto. Pembangunan pesat berlaku menurut seorang ahli panel dari Afrika. Saya mencelah menegaskan bahawa ternyata kini ekonomi Indonesia tidak mampan seutuhnya. Malah tatkala menghadapi suasana gawat 97-98 ekonomi Indonesia rapuh dan tergugat mengakibatkan derita buat rakyat.

Persoalan mengenai pembelian kapal selam Perancis yang dipesan Kementerian Pertahanan juga berbangkit. Saya mengesahkan kenyataan tersebut sambil menuduh rasuah curang yang perlu disiasat samada Menteri Pertahanan Malaysia maupun pihak Perancis. Rakan-rakan di Afrika keras mendesak agar tindakan keras diambil keatas perasuah kerana puluhan bilion dolar dirompak oleh sebahagian penguasa Afrika.

Anwar Ibrahim




Galeri Flickr

Perjumpaan DSAI dengan Pejuang Bahasa Melayu Perjumpaan DSAI dengan Pejuang Bahasa Melayu Perjumpaan DSAI dengan Pejuang Bahasa Melayu Perjumpaan DSAI dengan Pejuang Bahasa Melayu Perjumpaan DSAI dengan Pejuang Bahasa Melayu Perjumpaan DSAI dengan Pejuang Bahasa Melayu Perjumpaan DSAI dengan Pejuang Bahasa Melayu Perjumpaan DSAI dengan Pejuang Bahasa Melayu 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

March 2007
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031