Archive for February, 2007

11 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Anak Muda menulis:

Salam Sdr Anwar,
saya tegaskan di awal nukilan ini yang saya bukanlah ahli PKR,tetapi senario politik dalaman PKR sekarang ini menjauhkan harapan saya untuk berada di dalam PKR utk bersama-sama berjuang ke arah Malaysia yang lebih baik masa depannya.

Sdr Anwar,
menjelang pemilihan pimpinan parti dalam Kongres Tahunan yang dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan tahun ini,saya telah banyak mendengar khabar lobi-melobi jawatan berlaku dalam PKR.pada saya,ini adalah biasa sebab PKR adalah parti politik,bukan sebuah badan dakwah atau badan bisnes.maka lobi-melobi ni memang biasalah. tetapi yang menjadi masalah pada saya,yang mana saya percaya ini juga menjadi satu dogma kepada ahli2 PKR yang lain,adalah senario yang luar biasa berlaku di kalangan orang-orang yang berminat untuk menjawat jawatan di dalam parti.saya dikhabarkan oleh sumber-sumber yang sahih sudah ada kem-kem tertentu di
dalam PKR sekarang,sehinggakan ada cabaran untuk jawatan Presiden & Timbalan Presiden.
(more…)

11 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

semuthitam2 menanyakan:

salaaam..
dato seri, saya ni belaja tak tinggi. harap dato seri boleh jelaskan apa yang depa dok heboh2 pasal RM1 trilion tu? awatnya? baguih ka tak baguih?

kita yg peka dengan media sering ragu2 bila tgk tv. adakah ini betul, cobaan atau permainan angka? harap dato seri dapat luangkan masa utk menjawab soalan ini. :)

Semuthitam2,
Heboh satu trillion hingga mengelirukan ramai termasuk kalangan profesional!

Pertama indeks komposit belegar disekitar kaunter terpilih ditumpui dana awam saperti KWSP, PNB, dan Khazanah.

Kedua tindakan gopoh menyekat kemasukan dana asing oleh pemerintah Militer Thailand menyebabkan dana tertumpu sementara di BSKL.

Namun faktor penting yang wajar dihadhami ialah sebarang angka atau data dalaman harus dikaji nisbi kepada perkembangan negara serantau. Walhasil, dari sudut pertumbuhan, lonjakan pasaran saham, FDI di Malaysia tetap sederhana dan kurang meyakinkan.

11 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

addeb menanyakan pendapat:

Soalan cupu emas saya berhubung kait dengan kenyataan Sdr yang menyoalkan tumpuan pihak polis. Keperihatinan mereka jelas lebih berat kepada mengekalkan kuasa yang sedia berkuasa, dan tidak kepada perkara yang lebih sinonim dengan tanggung jawab pasokan polis sesebuah Negara!

Barah ini tidak mungkin disekat apabila yang mengetuai sesuatu pasukan itu mempunyai satu tengkorak yang besar lagi busuk, hatta diketahui umum. Mustahil ketua yang mempunyai “vested interest”, dapat menjalankan tugas “without fear or favour”.

Demikian jugalah dengan Pejabat Peguam Negara. Perhatikan “prestasi” Jabatan tersebut didalam kes (terbaru) pembunuhan yang melibatkan anak pembesar Bandaraya Ipoh, yang terpaksa dibuang kes oleh Hakim. Satu pendakwaan yang lekeh dan memalukan! Jauh berbeza dengan cara mereka menangani kes Sdr, 8-9 tahun yang lampau!!!

Pendek kata, bencana/malapetaka/kecelakaan yang dihadapi negara semua Boleh ini, adalah masalah yang asas. Tanpa memperbetulkan yang asas, mustahil, (saya ulang) adalah mustahiluntuk negara bergerak mangharung era globalisasi!

Teringat saya akan satu Hadis RasulAllah (SAW), yang mafhumnya:

Apabila amanah diserahkan kepada seseorang yang bukan ahli, tunggu sahajalah saat kehancuran.

Addeb
Dari pengalaman tersebut, ternyata tindakan polis memenuhi tuntutan politik Umno secara sempit. Tetapi kita perlu akui bahawa sikap sebahagian polis masih membanggakan.

11 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

fahmi menanyakan:

Maaf jika persoalan ini agak tersasar dari tajuk asal. Adakah beza antara profesionalisme dan profesionalisma? Tidak adakah perkataan lain yang lebih indah dalam bahasa ibunda kita. Saya kurang bersetuju dengan penggunaan perkataan-perkataan yang diambil dari bahasa inggeris seperti meritokrasi, ras dll. Apakah pendirian DSAI mengenai hal ini?

Mungkin persoalan bahasa patut dijadikan satu juzuk dari perjuangan. Akhir-akhir ini sudah timbul pandangan yang mengatakan jika seseorang itu tidak boleh berbahasa Inggeris semacam suatu penghinaan.

Fahmi
Saya cenderung menggunakan bahasa melayu asal dan tidak saduran dari bahasa inggeris. Justeru itu kita harus mengelak dari keasyikan menggunakan istilah saperti efisien, kondisi, situasi, dan sebagainya. Kendati begitu istilah seperti strategi, profesionalisme, tv, radio mungkin saja
digunakan.

10 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

nizam mencadangkan:

Salam,

Saya nak cadangkan supaya pakatan pembangkang boikot semua kerusi Parlimen dan DUN di PEMILU ke 12 kecuali Parlimen Kepala Batas. Pak Anwar jadi calon BA lawan Pak Lah. Pastinya seluruh media antarabangsa akan berkampung di Kepala Batas kerana pertarungannya bukan sembarangan dan mereka akan menyaksikan sendiri bagaimana demokrasi Malaysia dioperasikan
secara jijik.

Nizam,
Cadangan menarik tetapi implikasinya luas. Pakatan pembangkang sedang mengkaji semua aspek boikot dan perjalanan SPR.

10 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Soalan Pertama – Isu Pinjaman IMF

jamizal menanyakan:

saya ingin bertanya adakah benar antara sebab Dato’ Seri dipecat oleh Dr.Mahathir kerana cadangan supaya Malaysia meminjam dari IMF. Jika Ya mengapa? Jika tidak, apa yang sebenarnya berlaku?

Jamizal,
Soalan ini telah dijawab. Dr M menggunakan helah tipu saperti tuduhan terhadap spekulator matawang George Soros. Satelah 8 tahun beliau menyatakan bahawa Soros tidak terlibat.
Tatkala menghadapi krisis kewangan sehingga dipecat dalam tahun 1998 saya tidak pernah memohon pinjaman dari IMF.

Soalan Kedua – Hebahan Maklumat keADILan
(more…)

8 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada ibnu hassan :

Assalamualaikum,

Pada 28 Jan yang lalu, S/U Agung PBB yang baru, Ban Ki-Moon telah membuat pengistiharan harta beliau dan keluarga dengan tujuan untuk meningkatkan ketelusan badan dunia itu.

Pimpinan keADILan selalu mencabar pemimpin kerajaan untuk mengisytiharkan harta mereka. Ada rasionalnya, tetapi adalah lebih baik kalau ianya dimulakan oleh kita sendiri. Dari segi moralnya, ia adalah satu langkah yang baik, tetapi dari segi politiknya, ia dapat dijadikan ‘bahan’ oleh
pihak kerajaan untuk menekan kita. Justeru, saya merasakan bahawa mereka yang memegang jawatan rasmi dalam kerajaan samada di Parlimen & Dewan Undangan Negeri (DUN) mesti mengisytiharkan harta masing2 bagi menunjukkan ketelusan yang ada dalam Barisan Rakyat. Pimpinan parti yang tiada kena mengena dengan Parlimen & DUN tidaklah perlu untuk berbuat
demikian.
(more…)

8 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

addeb menanyakan:

Assalamu ‘alaikom Sdr Anwar,
Kalau Sdr atau sesiapa bloggers yang sering mengunjungi blog ini dapat menjawab soalan yang akan saya ajukan, maka fahamlah kita akan sebab sebab keadaan menjadi lebih teruk selepas pemerintahan maha fir’aun.
Soalan cupu emas:
Adakah ketua polis sekarang menyandang kedudukan beliau diatas dasar meritocracy? Jika tidak, kenapa? (Jawapan tidak boleh melebihi 20 perkataan)

Addeb,
Kita menilai berdasarkan prestasi. Apakah jenayah dan rasuah berkurangan? Apakah tahap kecekapan dan profesionalisme pasukan polis cemerlang?
Tepuk dada tanya akal..

8 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

cool menanyakan pendapat:

hello datuk seri,

since young, i have always look up on your leadership and your brilliant way of handling the uphill task given to you.i was hoping you to become the 5th PM after Tun Dr. Mahathir.i proudly would say to a foreigner that “hey there,see that man,he is my DPM(Ex), and the man next to
him(Tun Dr. M), my 4th PM”..datuk seri, it is a hope that both of you can get back together and produce the best for the country.i love your way,i respect Dr. M’s visionary mind and i adore Pak Lah’s attitude and his excellent work. my hope is just that all of you can get back together
and work progessively towards the betterment of the people,society and the nation. i am not into politics,but i am surely into having a peace and wonderful country.long live Datuk seri Anwar Ibrahim,Tun Dr. Mahathir and our beloved Datuk seri abdullah badawi.may lord bless malaysia..

Cool,
Kesediaan muafakat mesti bersandarkan prinsip – menolak rasuah dan kezaliman serta memacu pertumbuhan dengan menjamin pengagihan kekayaan secara adil.Pastikah prinsip ini boleh disepakati?

8 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

amir safie memberi pendapat:

Assallamualaikum DSAI,

pilihanraya Batu Talam menunjukkan aktiviti boikot oleh BA tidak berapa menjadi. Saya menfaktorkan undi rosak sekitar 300 lebih itu dari kalangan pengundi Pas , namun pertambahan majoriti BN telah menjadikan undi rosak itu sebagai tanda boikot seakan samar.Rakyat sebenarnya tidak ada pilihan lain kecuali memilih BN, setelah BA cuba memberi isyarat kepada
dunia tentang “komplot kotor” kononya didalam SPR. Kerugian yang besar kepada BA kerana ini adalah pre involvement terbaik menunjukkan taring kepada rakyat.

benar atau tidak saya katakan kita ini terlalu sibuk berpolitik tetapi yang sebenarnya rakyat bawahan perlukan pembelaan, tak kisah dari BA atau BN. Kita bercempera diatas, tetapi yang dibawah masih ada yang tidak makan, tidak bersekolah dan kais pagi makan pagi.
(more…)

5 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pada 3 Februari 2007 saya dijadualkan berucap di sebuah ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat Bahagian Petaling Jaya Selatan bersama pimpinan-pimpinan Keadilan lain di Taman Medan.

Penganjur telah memohon permit polis untuk acara tersebut. Walaubagaimanapun permohonan ini ditolak. Pada hari ceramah, polis dan Polis Simpanan Persekutuan telah mendirikan sekatan jalan di laluan-laluan menghala ke tempat ceramah. Ratusan anggota polis dan pegawai MBPJ mengepung kawasan tersebut.

Namun demikian lebih 3,000 orang awam tidak mengendahkan tekanan polis dan menghadiri ceramah tersebut. Apabila saya tiba di tapak ceramah, pihak polis tidak mahu membiarkan sesiapapun berucap. Selepas mendesak polis, mereka akhirnya akur dan saya bercakap selama 20 minit kepada orang ramai.
(more…)

4 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

ADIhamka

medan00
Dianggarkan ratusan polis dikerah untuk mengekang dan menghalang ceramah DS Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Taman Medan semalam.Majlis ceramah yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Padang Reformasi, Jalan Medan terpaksa dialihkan ke kawasan rumah flat berhampiran apabila polis mengepung padang tersebut. Ceramah perdana tesebut telah dianjurkan oleh KeADILan Bahagian Petaling Jaya Selatan dan DS Anwar sebagai salah seorang penceramah utama. Biarpun dikekang hebat oleh pihak polis,kehadiran audiens yang melebihi 3000 orang tidak menggagalkan acara tersebut,meskipun DS Anwar hanya dapat berucap selama 20 minit selepas rundingan dengan pihak polis.majlis bersurai pada 10.30 malam.

Di sini disediakan beberapa gambar majlis ceramah malam semalam.
Kredit kepada Sdr Farhan & Rahimi atas liputan bergambar yang diusahakan.

medan
(more…)