22
Feb
07

Lagi baik tonton filem Hindi dari berita RTM!

Di ceramah di Kuching, Sarawak pada Isnin malam Selasa lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh kepada puluhan ribu rakyat Sarawak yang hadir: “Lebih baik tonton filem Hindi dari membazir masa menonton berita RTM!”

Di samping itu, beliau menarik perhatian terhadap dasar pendidikan songsang Kementerian Pelajaran yang mana ketika masih banyak sekolah-sekolah di luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak yang tiada bekalan elektrik dan air, mereka lebih menekankan hendak membekalkan komputer. “Kalau elektrik tiada, macam mana nak pakai komputer?” ujar Datuk Seri Anwar, sekaligus menarik gelak ketawa dari orang ramai yang hadir.

Beliau turut mendesak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab persoalan-persoalan besar yang timbul berkaitan pembunuhan Altantuyaa, pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta serta pesawat pejuang Sukhoi. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar telah mendesak jawapan berikutan komisyen-komisyen luar biasa berjumlah hampir RM 1 billion di dalam pembelian kelengkapan perang tersebut.

Sebelum itu, di dalam program di Grand Continental Hotel, Datuk Seri Anwar mengulas keputusan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Taib Mahmud untuk menangguhkan perletakan jawatannya suatu penghinaan untuk kebijaksanaan rakyat Sarawak, seolah-olah tiada tokoh yang layak menggantinya.

Beliau juga menaruh keyakinan bahawa pilihan raya akan datang akan diadakan tidak lama lagi. Sokongan terhadap BN di seluruh negara sedang terhakis kerana kepimpinan yang lemah.

Nik Nazmi


64 Responses to “Lagi baik tonton filem Hindi dari berita RTM!”


  1. 1 kemetot Feb 22nd, 2007 at 4:01 pm

    Datuk Seri dapat komisyen pun banyak jugak masa jadi TPM… buat apa yaa dengan duit tu joli ker….

    Reply

  2. 2 biskutliat Feb 22nd, 2007 at 4:13 pm

    knape ko nak ke duit tu? kalo ko nak biar aku je mintak untuk ko.. tu pun kalo ko x malu la..

    Reply

  3. 3 niknazmi Feb 22nd, 2007 at 4:28 pm

    En. Kemetot,

    Datuk Seri telah berkali-kali mencabar diadakan suruhanjaya bebas untuk menyiasat harta semua menteri-menteri termasuk dirinya sendiri. Malangnya pemimpin BN hari ini senyap, langsung tidak berani melayan cabarannya tersebut. Mengapa ya?

    Reply

  4. 4 kemetot Feb 22nd, 2007 at 6:51 pm

    ya lah boleh ler dia cabar diadakan suruhanjaya bebas sebab duit tu tak ada kat malaysia nie dia simpan kat tempat lain…. macam nie lah bagi contoh seorang pencuri yang dituduh mencuri… maka datang lah sepasukan polis menyiasat setelah orang kg membuat laporan, dengan lantangnya dia berkata bahawa di bukan pencuri sebabnya tidak ada barang curi di dalam rumahnya, dia telah menyembunyikannya ditempat lain …….. saya pun malas nak layan jugak nie tapi Datuk Seri nie sebok duk tanya duit komisyen orang jadi nak tau jugak berapa dia dapat…….. heheeee

    Reply

  5. 5 RahimiOsman Feb 22nd, 2007 at 8:00 pm

    Kalau DS banyak dapat komisyen, takkan rumah di BD terpaksa di jual? takkan masa dipecat sebiji S-class pun tiada?

    harta diluar? pergilah en kemetot cari, cuba ikut DS keluar. takkan harta yang disimpan tak dipakai kot… kalau ada mesti DS pakai. Menteri2 BN yang lain memang jelas nampak mewah di dalam negara ataupun luar negara.

    Reply

  6. 6 Petaling Feb 22nd, 2007 at 8:08 pm

    kemetot,

    Aku lihat kau sorang je yang melalak dlm ni. Ta’dak masalah kau bawa hujah kau kpd PM, dolah kau kenal tak!! untuk tubuh Suruhanjaya Bebas siasat DSAI dan siasat dolah tu sekali.

    Vincen Tan boleh disiasat sampai Hong Kong dan ke Eropah, tak dak hal Suruhanjaya ni nak siasat sampai Amerika sekali pon.

    Tarak mendanya kau nak rasa tak puas hati. Itu-lah kau lebih sangat marah DSAI. Cuba kau prasangka baik sikit.

    Reply

  7. 7 musafirminda Feb 22nd, 2007 at 8:52 pm

    kemetot …

    tak payah nak buat lawak BN la kat sini… kalaulah Dato Seri dapat komisyen macam ko kata tu..tak sempat ko nak bantai kat sini.. dulu lagi.. Mahathir akan kenakan Dato Seri..

    kalau tak mahathir pun…BN sekarang pasti akan selongkar abis dah..

    ko carik hujag lain lah ye kementot.. buang masa orang membaca je

    Reply

  8. 8 najwan_halimi Feb 22nd, 2007 at 11:43 pm

    tuan2,

    tak usah dilayan cik kemetot ni..

    Reply

  9. 9 freelunch_2020 Feb 22nd, 2007 at 11:49 pm

    HAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHHAH.
    that’s quite funny.
    but is it a bit racially toned?
    what’s wrong with hindi movies?
    are u implying that hindi movies r bad?

    re: “Sokongan terhadap BN di seluruh negara sedang terhakis kerana kepimpinan yang lemah.”

    erm. i dun think so. for the non-politically conscious ie maybe 80% of the rakyat. they may be quite happy with BN? “reality” is, like my teenage sister said: “how come anwar is not doing anything one?”

    no MSM coverage at all.sigh. fighting a losing war? but selamat perjuangan.

    personally, i am quite happy with the new RAPID KL service from my residential area, Taman Desa off Old Klang Road, to KL Sentral. plus the RM1 is a return fare.

    and the renew your passport in one hour system is quite a whizz. patrick teoh tried it and it worked…with some flaws…he got his passport under 2 hours.

    also, BN is building a lot of rural schools ~~ election ang pow ;D

    then of course the additional RM600mil rural dev allocation for UMNO. so that’s pretty much settled.

    but dunno about UMNO Tganu’s idea about Mat Skodeng though. I am shocked UMNO came, NOT PAS, came up with this idea. come on man, we r all adults! get a life!

    Reply

  10. 10 cahayaTERANG Feb 23rd, 2007 at 3:01 am

    video anwar kantoi n menari sudah ada di yutube…anyone boleh jawap,apakah benar propaganda itu?

    Reply

  11. 11 gaban sakti Feb 23rd, 2007 at 6:40 am

    kalo nak usyar video anwar yang bertajuk “Nuar Kopi Dangdut”, sila pergi ke:

    http://www.youtube.com/watch?v=Y6ZPy-tm57o

    Buatlah keputusan sendiri. Ini propaganda BN.

    Reply

  12. 12 fahmi Feb 23rd, 2007 at 10:18 am

    kemetot,

    memang senang nak tuduh orang buat itu ini tapi macam mana kalau tuduhan itu tidak betul. pasti kamu akan tanggung akibatnya di akhirat nanti. tu pun kalau kamu percaya akhirat la…

    Reply

  13. 13 kemetot Feb 23rd, 2007 at 11:30 am

     **kemetot, sila jaga bahasa dan perkataan anda kalau nak mencarut pergi tempat lain**

    Reply

  14. 14 kemetot Feb 23rd, 2007 at 11:46 am

    http://www.youtube.com/watch?v=2lfRf-j90h0&mode=related&search=
    aduh sakitnya pinggang aku ………….heheeeee

    Reply

  15. 15 feeza Feb 23rd, 2007 at 11:48 am

    DSAI hina sangatkah filem Tamil tu? Dato Nalla pun tamil mari juga….dei kemetot…sedap mulut engkau mengata DSAI!!! dengar sini : Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Cukuplah keberukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim” (Riwayat Muslim).
    Jadi engkorang semua (bukan saja kemetot) hati-hati bila menaip keyboard.
    Awatla DSAI tak memperbetulkan keadaan (RTM)masa dia jadi TPM dulu, kalau dari dulu diperbetulkan lagi bagus.

    Reply

  16. 16 feeza Feb 23rd, 2007 at 11:57 am

    Kalau setakat DSAI menari pun nak jadi kecoh, orang lain tak menari ke? Menari tu senaman tau! Riwayat Muslim: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.s.w. bersabda: “Tidak sewajarnya bagi orang yang jujur itu suka mengutuk”.
    Dari Abu Darda: “Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Akhirat” – Riwayat Muslim.
    Oleh itu kita janganlah nak melebih-lebih menyokong atau menghentam orang.
    Telajak perahu boleh undur,
    Terlajak kata…tak tau naka kata..
    Di akhirat TIMBANGAN akan menentukan.

    Reply

  17. 17 shah rukh khan Feb 23rd, 2007 at 12:02 pm

    Di ceramah di Kuching, Sarawak pada Isnin malam Selasa lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh kepada puluhan ribu rakyat Sarawak yang hadir: “Lebih baik tonton filem Hindi dari membazir masa menonton berita RTM!”…Patut le suruh tgk filem Hindi,dia pelakon utama citer yg tajuk “kuch kuch sakit pinggang hei”

    Reply

  18. 18 RahimiOsman Feb 23rd, 2007 at 3:06 pm

    Asalamualaikum,
    terima kasih kerana memberikan pandangan masing2. Namun disini bukanlah forum untuk bergaduh atau menyebarkan propaganda masing-masing.

    Suka untuk saya ingatkan tujuan asal blog ini adalah sebagai satu bacaan kepada umum mengenai perkembangan terkini DS Anwar Ibrahim. Pengunjung juga boleh memberikan pendapat dan bertanya secara PROFESIONAL.

    Jikalau mahu mengutuk, bergaduh, menyebarkan dakyah, tuan2 boleh pergi ke forum-forum politik yang ada. Pengunjung yang didapati melanggar etika blog ini terpaksa kami ambil tindakan. Bukan kerana takut, tapi tidak mahu blog ini menyimpang sebagai satu forum pergaduhan politik. Kalau ada pertanyaan yang hendak ditujukan kepada DS atau sesiapa, sila tanya secara sopan dan beretika.

    Menjawab beberapa soalan, DSAI tidak berniat untuk mengutuk filem hindi. Faham kembali ayat beliau “Lebih baik menonton filem hindi dari berita RTM”.

    Beliau bermaksud, daripada menonton berita di RTM, lebih baik kita tonton fileh hindi walaupun kebanyakan cerita hindi sepertimana hollywood dan lain-lain arena perfileman adalah rekaan semata-mata. Bagi beliau, lebih elok menonton filem hindi ini daripada MEMBAZIR MASA menonton berita RTM. Filem hindi mempunyai lawak jenaka, kiesah sedih dan moral cerita yang menarik walaupun ada sesetangah golongan kurang meminatinya.

    Mengenai video tarian tu saya taknak comment kerana anda semua boleh fikir dengan logik. DSAI tak sentuh pun wanita tu. Menari pun nak jadi isu.. dah tiada modal ke?

    Mengenai video sakit pinggang, kaji semula tarikh.. DSAI mampu bangun selepas sebulan lebih berada dihospital. Dengan keadaan yang agak selesa berbanding dengan sel penjara dan rawatan yang diberikan, secara logiknya memang pesakit boleh tampak lebih sihat. Walaupun penyakit yang dialami belum sembuh sepenuhnya. Walaubagaimanapun, setelah beliau dihantar semula ke penjara, dengan keadaan didalam penjara yang tidak selesa kesakitan tulang belakang beliau kembali teruk.
    (mungkin 2 golongan yang faham keadaan beliau : orang yang keluar masuk hospital kerana sakit tulang dan warga banduan penjara)

    Saya anggap anda semua cukup matang untuk berfikir melalui rentetan tarikh yang dipaparkan.

    Reply

  19. 19 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 4:36 pm

    Nampaknya pencacai-pencacai setia Mahathir dari beritakmu (dahulunya KMU=kelab Maya UMNO) tergamak berlaku songsang dilaman blog Dato Seri Anwar Ibrahim. Siapa yang mengikuti kerenah dan kualiti perbahasan di forum KMU, hujah-hujah bebal yang sarat dengan fitnah dan pembohongan ini bukanlah satu perkara baru. Mereka ini adalah sekumpulan manusia yang tiada tatasusila mahu pun maruah sehingga sanggup merelakan diri untuk menjadi pekakas Mahathir dengan meneruskan fitnah hanya untuk menzahirkan kebebalan mereka dikhayalak ramai. Mereka ini menamakan kumpulan mereka sebagai Cybertroopers UMNO.

    Bukti kewujudan Cybertroopers UMNO ini adalah disini.

    Saya pernah menulis beberapa kali tentang kewujudan Cybertroopers UMNO yang dilancarkan secara rasmi oleh Pemuda UMNO Malaysia di ruang komentar Malaysia-Today.

    Nasihat saya kepada pengendali laman blog ini, delete sahaja komen-komen sonsang dari mereka. Jangan bagi muka kepada kelompok ini. Kebebasan bersuara perlu beserta dengan tanggungjawab. kebebasan bersuara bukan bertujuan memberi ruang untuk bebas memfitnah dan mengadu domba.

    Reply

  20. 20 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 4:42 pm

    Cybertroopers UMNO ini adalah lanjutan dari kerja kotor pegawai-pegawai Cawangan Khas yang bertanggungjawab untuk meneruskan fitnah jahat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.

    Ciri-ciri utama modus operandi dan gerak kerja golongan ini adalah:-

    1)Cuba mematikan dan neutralise apa-apa idea terhadap perubahan.

    2)Mengulang-ulang fitnah terhadap Anwar Ibrahim dengan menimbulkan pelbagai soala mana sebenarnya persoalan-persoalan basi itu sebenarnya telah lama dijawab dan terjawab. (contohnya contengan bebal diatas yang masih ingin menggambarkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak sakit tulang belakang, cuma berpura-pura sakit untuk mendapat simpati masyarakat. Isu ini adalah isu lama dan ketinggalan keretapi. Tapi itulah dia gerak kerja jahat Cybertroopers UMNO ini, masih ingin mengulang-ulang fitnah lama.)

    3) Mengalihkan tumpuan terhadap kepincangan-kepincangan yang jelas berpunca dari Tun Mahathir, dengan berterusan menuduh Khairy dan Pak Lah sebagai punca utama kesemua masalah yang timbul dalam negara ini.

    4) Mengadu domba, membawa berita-berita palsu dan bohong untuk mengelirukan golongan pembaca yang kurang peka dengan perkembangan semasa.

    5) Mempertahankan Tun Mahathir dengan apa cara sekalipun termasuklah dengan cara pembohongan.

    b) Menggunakan pelbagai id yang berbeza untuk mengelirukan pembaca.

    Reply

  21. 21 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 4:44 pm

    Nampaknya pencacai-pencacai setia Mahathir dari beritakmu (dahulunya KMU=kelab Maya UMNO) tergamak berlaku songsang dilaman blog Dato Seri Anwar Ibrahim. Siapa yang mengikuti kerenah dan kualiti perbahasan di forum KMU, hujah-hujah bebal yang sarat dengan fitnah dan pembohongan ini bukanlah satu perkara baru. Mereka ini adalah sekumpulan manusia yang tiada tatasusila mahu pun maruah sehingga sanggup merelakan diri untuk menjadi pekakas Mahathir dengan meneruskan fitnah hanya untuk menzahirkan kebebalan mereka dikhayalak ramai. Mereka ini menamakan kumpulan mereka sebagai Cybertroopers UMNO.

    Bukti kewujudan Cybertroopers UMNO ini adalah disini.

    Saya pernah menulis beberapa kali tentang kewujudan Cybertroopers UMNO yang dilancarkan secara rasmi oleh Pemuda UMNO Malaysia di ruang komentar Malaysia-Today.

    Nasihat saya kepada pengendali laman blog ini, delete sahaja komen-komen sonsang dari mereka. Jangan bagi muka kepada kelompok ini. Kebebasan bersuara perlu beserta dengan tanggungjawab. kebebasan bersuara bukan bertujuan memberi ruang untuk bebas memfitnah dan mengadu domba.

    >>

    Reply

  22. 22 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 4:48 pm

    Nampaknya pencacai-pencacai setia Mahathir dari >beritakmu>http://beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3985

    Saya pernah “>menulis beberapa kali tentang kewujudan Cybertroopers UMNO yang dilancarkan secara rasmi oleh Pemuda UMNO Malaysia di ruang komentar Malaysia-Today.

    http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2006/07/abdul-rahman-othmans-letter-to.htm

    dan disini >> http://www.malaysia-today.net/blog/2006/04/kadir-jasin-persoal-apa-jaminan.htm

    Nasihat saya kepada pengendali laman blog ini, delete sahaja komen-komen sonsang dari mereka. Jangan bagi muka kepada kelompok ini. Kebebasan bersuara perlu beserta dengan tanggungjawab. kebebasan bersuara bukan bertujuan memberi ruang untuk bebas memfitnah dan mengadu domba.

    >>

    Reply

  23. 23 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 4:51 pm

    Bukti kewujudan Cybertroopers UMNO ini ada disini >>http://beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3985

    Saya pernah “>menulis beberapa kali tentang kewujudan Cybertroopers UMNO yang dilancarkan secara rasmi oleh Pemuda UMNO Malaysia di ruang komentar Malaysia-Today.

    http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2006/07/abdul-rahman-othmans-letter-to.htm

    dan disini >> http://www.malaysia-today.net/blog/2006/04/kadir-jasin-persoal-apa-jaminan.htm

    Reply

  24. 24 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 4:55 pm

    Nampaknya pencacai-pencacai setia Mahathir dari >beritakmu>http://beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3985

    Reply

  25. 25 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 4:59 pm

    Nampaknya pencacai-pencacai setia Mahathir dari beritakmu (dahulunya KMU=kelab Maya UMNO) tergamak berlaku songsang dilaman blog Dato Seri Anwar Ibrahim. Siapa yang mengikuti kerenah dan kualiti perbahasan di forum KMU, hujah-hujah bebal yang sarat dengan fitnah dan pembohongan ini bukanlah satu perkara baru. Mereka ini adalah sekumpulan manusia yang tiada tatasusila mahu pun maruah sehingga sanggup merelakan diri untuk menjadi pekakas Mahathir dengan meneruskan fitnah hanya untuk menzahirkan kebebalan mereka dikhayalak ramai. Mereka ini menamakan kumpulan mereka sebagai Cybertroopers UMNO.

    Bukti kewujudan Cybertroopers UMNO ini ada disini >>http://beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3985

    Saya pernah menulis beberapa kali tentang kewujudan Cybertroopers UMNO yang dilancarkan secara rasmi oleh Pemuda UMNO Malaysia di ruang komentar Malaysia-Today.

    http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2006/07/abdul-rahman-othmans-letter-to.htm

    dan disini >> http://www.malaysia-today.net/blog/2006/04/kadir-jasin-persoal-apa-jaminan.htm

    Nasihat saya kepada pengendali laman blog ini, delete sahaja komen-komen sonsang dari mereka. Jangan bagi muka kepada kelompok ini. Lihatlah apa yang terjadi di laman Malaysia-today. Kualiti perbahasan dan perbincangan laman MT sering terganggu malah sudah rosak gara-gara kumpulan ini dan sekumpulan racist tegar. Kebebasan bersuara perlu beserta dengan tanggungjawab. kebebasan bersuara bukan bertujuan memberi ruang untuk bebas memfitnah dan mengadu domba.

    >>

    Reply

  26. 26 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 5:02 pm

    Nampaknya pencacai-pencacai setia Mahathir dari beritakmu (dahulunya KMU=kelab Maya UMNO) tergamak berlaku songsang dilaman blog Dato Seri Anwar Ibrahim. Siapa yang mengikuti kerenah dan kualiti perbahasan di forum KMU, hujah-hujah bebal yang sarat dengan fitnah dan pembohongan ini bukanlah satu perkara baru. Mereka ini adalah sekumpulan manusia yang tiada tatasusila mahu pun maruah sehingga sanggup merelakan diri untuk menjadi pekakas Mahathir dengan meneruskan fitnah hanya untuk menzahirkan kebebalan mereka dikhayalak ramai. Mereka ini menamakan kumpulan mereka sebagai Cybertroopers UMNO.

    Bukti kewujudan Cybertroopers UMNO ini ada disini >>http://beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3985

    Nasihat saya kepada pengendali laman blog ini, delete sahaja komen-komen dari mereka yang menjurus kepada fitnah jahat,bukannya keinginan dan keikhlasan untuk mengetahui dan berbincang. Jangan bagi muka kepada kelompok ini. Lihatlah apa yang terjadi di laman Malaysia-today. Kualiti perbahasan dan perbincangan laman MT sering terganggu malah sudah rosak gara-gara kumpulan ini dan sekumpulan racist tegar. Kebebasan bersuara perlu beserta dengan tanggungjawab. kebebasan bersuara bukan bertujuan memberi ruang untuk bebas memfitnah dan mengadu domba.

    >>

    Reply

  27. 27 cahayaTERANG Feb 23rd, 2007 at 5:07 pm

    setuju dgn cadangan cowboy kampung

    Reply

  28. 28 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 5:10 pm

    Menjawab fitnah basi dan diulang-ulang kembali mengenai masalah kesihatan DSAI, Kronologi lengkap masalah kesihatan dan tulang belakang DSAI ada dilaporkan dan boleh dirujuk secara terperinci disini :-

    http://www.freeanwar.net/July2004/Anwar_Medical_Kronology.htm

    Reply

  29. 29 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 5:31 pm

    Berita dan laporan kejayaan pembedahan Anwar ada dirakamkan disini secara rasmi oleh laman Alpha Klinik:-

    http://www.alphaklinik.com/en/hoogland/news/operation_anwar_successfully_completed

    Reply

  30. 30 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 5:35 pm

    Buat pengetahuan agen-agen cybertrooper UMNO, Alpha Klinik bukanlah taraf penjual ubat kaki lima di Chow Kit Road ataupun Masjid India yang boleh diragui malah setengahnya penuh dengan muslihat dan tipu daya.

    Permaisuri Agung negara sendiri baru-baru ini telah berubat di Apha Klinik. Sila baca petikan berita di bawah:

    http://www.alphaklinik.de/en/toft/media/press_tv/queen_of_malaysia

    Reply

  31. 31 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 5:39 pm

    Sultan Kedah juga pernah menerima rawatan di Alpha Klinik dibawa pemerhatian Dr. Thomas Hoogland, doktor yang sama yang merawat dan membedah tulang belakang DSAI.

    “His Highness, Sultan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah of the Malay province of Kedah Dura Ama, performed a rehabilitation programme in the Alpha Klinik, which was indicated by dr. Hoogland. This prevented an operation. After treatment the patient could be discharged in good health. On his way back home he was accompanied by the Head of the Physiotherapy Department, Andrew van Broekhoven. This ensured an optimal continuation of the treatment. Moreover, Van Broekhoven advised the Sultan’s private physiotherapist of the latest treatment possibilities in the Alpha Klinik.”

    http://www.alphaklinik.com/en/hoogland/news_sultan_of_kedah

    Reply

  32. 32 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 5:45 pm

    Ralat: “Permaisuri Agung negara sendiri baru-baru ini telah berubat di Apha Klinik.” Sebetulnya ditulis:-

    “Permaisuri Agung negara juga pernah berubat di Alpha Klinik”.

    Tunku Najihah menerima rawatan di Alpha Klinik sekitar akhir suku 2004.

    Reply

  33. 33 hanaz Feb 23rd, 2007 at 5:59 pm

    Salam para reformis,

    Anwar berdusta???Reformis tidak mungkin terlalu bodoh untuk mempercayai noda dan dusta si zalim yg hampir memusnahkan negara..Reformis,usah kamu terpedaya dakyah yang lahir daripada pemikiran bingung yang tercipta hasil usaha pemimpin Umno yang(kononnya) galak memperjuangkan nasib bangsa.

    Mari kita teruskan reformasi bangsa dan tanah air tercinta ini!Ingat!KAMI ARUS PERJUANGAN!

    Reply

  34. 34 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 6:08 pm

    Gaban Sakti diatas sahih seorang barua UMNO yang cuba berselindung disini.

    Ayat barua-barua UMNO ini ada kalanya cukup membimbangkan. Membimbangkan kerana tahap kebebalan mereka begitu ketara sekali.

    Gaban Sakti menulis,

    “Buatlah keputusan sendiri. Ini propaganda BN.”

    Rasa kelakar pun ada bila membaca pembohongan lemah dari Gaban Sakti. Bingai sungguh. Sebagaimana yang saya katakan, kebebalan puak ini cukup membimbangkan dan begitu ketara sekali. Dalam kegelojohan Gaban Sakti melampiaskan nafsu memfitnah dan mengadu dombanya, Gaban Sakti terlupa bahawa dia telah menggunakan id yang sama mengutuk dan memfitnah Anwar di laman Malaysia-Today.

    gaban sakti wrote:
    usyar link ni untuk tengok anwar ibrahim tok sheikh gian menari dgn awek mana ntah.

    http://www.youtube.com/watc...

    haha. padan muka pas. amik mamat hipokrit ni. kalo nak jadik imam, nombor 1. pasal nak berjoget, pon tak kalah jugak!
    23/02 06:33:10

    Tulisan kotor Gaban Sakti boleh dirujuk disini:-

    http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=2635

    Reply

  35. 35 Cowboy Kampung Feb 23rd, 2007 at 6:20 pm

    gaban sakti diatas menulis:-

    “Buatlah keputusan sendiri. Ini propaganda BN.”

    Ayat sebegini adalah ciri-ciri putar belit dan adu domba Cybertroopers UMNO yang melanjutkan kerja kotor cawangan Khas untuk terus memburuk dan memfitnah Anwar.

    Dalam kegelojohan gaban sakti menghamburkan nafsu memfitnah dan mengadu dombanya, Gaban terlupa bahawa topengnya sudah terdedah. Sila lihat komen dari Gaban Sakti di laman Malaysia-Today.

    Gaban Sakti menulis:-

    “gaban sakti wrote:
    usyar link ni untuk tengok anwar ibrahim tok sheikh gian menari dgn awek mana ntah.

    http://www.youtube.com/watc...

    haha. padan muka pas. amik mamat hipokrit ni. kalo nak jadik imam, nombor 1. pasal nak berjoget, pon tak kalah jugak!
    23/02 06:33:10

    Komen itu boleh dilihat disini:-

    http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=2635

    Reply

  36. 36 cahayaTERANG Feb 23rd, 2007 at 7:07 pm

    akhirnya kutemui jawapan yg konkrit untuk menepis dakyah2 amno n sekutu2…thanks for info…
    -atas pagar-

    Reply

  37. 37 gaban sakti Feb 24th, 2007 at 5:10 am

    sume yang gi alphaclinic tu sumenya elitis. pakai duit rakyat number satu, sorang pon tak bekerja.

    so, kalo sultan and permaisuri gi alphaclinic, so what?

    apa2pun, tok sheikh terer joget.

    aku benci umno, tapi aku lagi benci keadilan and terutamanya anwar ibrahim. hipokrit.

    Reply

  38. 38 Petaling Feb 24th, 2007 at 11:17 am

    Kepada semua,

    Ambil perhatian

    ini adalah salah satu tektik UMNO untuk me’nuetralize

    “.. aku benci umno, tapi aku lagi benci keadilan and terutamanya…” gaban sakti.

    Reply

  39. 39 bbrolepak Feb 24th, 2007 at 2:37 pm

    Assalamualaikum…. kenapa ALLAH membutakan mata korang sehingga perkara yang buruk tentang kerajaan (UMNO dan BN) disangkakan baik.. mungkin korang dibuta kan dengan kemewahan.. dan digula2 yang di berikan.. ingatlah kita sebagai warga Malaysia sampai bila harus di perbodohkan oleh UMNO dengan hiburan..ingatlah dimana dasar Islam Hadhari?..
    Kenapa kemalangan menjadi2,jenayah ketara,rompakan menjadi makanan, rasuah menjadi kehidupan. dimana kah semangat Islam kita untuk menjadi kan diri kita bebas dari semangat kongkongan.. semangat yang takut.. menerima perkara benar…
    Sampai bila kita semua di perbodohkan oleh Umno masih kita terima… macam mana kita harus menjawab di Mahkamah Yang Maha Kekal?..Fikirkan .. jangan lah kita menyokong kerana kita dibutakan.. tapi fikirkan tentang
    di kehidupan keluarga didunia dan alam akhirat

    Reply

  40. 40 bbrolepak Feb 24th, 2007 at 2:48 pm

    mm .. lagi satu .. selagi Malaysia di perintah oleh Umno dan Barisan Nasional selagi itu undang2 dibawah pengaruh mereka,,,,, ini adalah satu kewajipan untuk kita menjatuhkan mereka melalui saluran pilihanraya.. tapi selagi SPR dibawah mereka.. maka akan menanglah mereka dengan penuh penipuan (macam mana yek pengerusi SPR sekarang akan berhadapan dengan ALLAH dipadang Mayshar untuk soal jawab penipuan dia yek)..dan rakyat akan terus dibutakan.. cuma dengan kesedaran yang memuncak dari rakyat Barisan Nasional akan tumbang..

    Reply

  41. 41 hayat Feb 25th, 2007 at 2:15 am

    Apa pun, pengorbanan Anwar untuk rakyat tak akan dilupakan..orang gila pun takkan lepaskan jawatan untuk masuk penjara..tapi orang yang ada prinsip sanggup.

    Anwar joget??dia tak pegang pun pompuan tu..atau “usap bahu dia”..dia joget, tapi takde la sampai nak buat album “duet ngan mawi”..lagi pun masa tu dia dalam umno..dosa dia hanya kerana memandang wanita tak tutup aurat..zaman sekarang ni bukan senang nak memelihara mata..nak cari perempuan bertudung senang..tapi kantoi kat “jambul”…berpakaian tapi telanjang..

    Tapi tu semua dulu…berdosa kita membuka aib orang yang telah bertaubat…aib kita belum tentu tidak akan dibuka oleh Allah di akhirat kelak…Anwar bukan ma’sum!.. tetapi insyaallah Allah akan menggugurkan dosa-dosa kecil beliau dan kita semua sekiranya kita tidak putus-putus berusaha merperbaiki akhlak kita semua…dan pengorbanan saudara Anwar hanya Allah yang dapat membalasnya..
    …………………………………………………
    Orang yang alim mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya.Kerana itu dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para pengikutnya. Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar.
    Dalam sebuah hadis disebutkan: “Siapa menciptakan sunnah yang buruk, dia menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukannya tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun” Tetapi sebagaimana berlipat gandanya dosa yang dilakukan oleh orang alim itu, maka berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat olehnya,apabila banyak orang yang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu.”
    …………………………………………………

    Reply

  42. 42 Hang Tuah Feb 25th, 2007 at 8:57 am

    YBhg Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim.

    “Yang Kalah akan menang; Yang Menang akan kalah”. Inilah formula SPR Malaysia.

    Mengapa harus kita buang masa menunggu yg ke 12?

    Sekarang juga kita bersilat di ‘Gelanggang Hang Tuah’… Ayuh!

    Reply

  43. 43 najwan_halimi Feb 25th, 2007 at 3:17 pm

    datuk seri,

    adik saya baru balik dari kursus BTN..kata beliau, pegawai di kem berceramah mengatakan yang datuk seri ni agen yahudi/cia.

    hahahaha…saya tergelak je mendengarnya.. :p

    Reply

  44. 44 kadok Feb 26th, 2007 at 4:58 pm

    datuk seri,

    adik saya baru balik dari kursus BTN..kata beliau, pegawai di kem berceramah mengatakan yang datuk seri ni agen yahudi/cia.

    hahahaha…saya tergelak je mendengarnya.. :p

    kalau betul macam mana pulak ya.. kan ker malang nasib malaysia dan orang melayu tu sendiri ……. DSAI bila lagi nak bagi borang ……

    Reply

  45. 45 pispkardap Feb 26th, 2007 at 7:41 pm

    assalamualaikum..

    saya sama sekali menentang keras pada segala yang terarah kepada sifat fanatik terutama fanatik terhadap pemimpin dan pertubuhan khasnya parti politik.. saya suka melihat dari sudut realiti atau amalan yang dipegang dan dibawa oleh individu atau parti itu sendiri.. untuk itu kita harus waras dan sentiasa menjauhkan emosi, dendam, tamak, iri hati dan segala sifat yang sealiran dengan saya nyatakan ini..
    dalam konteks melabelkan anwar ibrahim sebagai ‘nuar kopi dangdut’ hanya melalui satu rakaman video yang secara jelas memaparkan dua manusia menari di khalayak ramai tanpa berpegangan tangan adalah satu bentuk ‘penglabelan’ yang tidak adil.. ia seolah-olah menggambarkan yang beliau adalah seorang kaki dangdut.. bukan ini satu bentuk penghinaan dan pengaiban?? setidak tidaknya label atau tajukilah klip video itu dengan ayat yang bersopan sedikit.. atau sensasi!!!.. inikah yang pemapar video ini cari??
    sama-sama lah kita fikir…

    sekian..

    Reply

  46. 46 semut putih Feb 27th, 2007 at 4:06 am

    Anwar agen Amerika? mereka bagaimana?

    http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php/v/PakLahBUsh.jpg.html

    http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php/v/Pak+Lah+Dan+Dajjal.jpg.html

    http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php/v/Cik+Det+dan+Soros.gif.html

    Anwar menari? ini pula bagaimana?

    http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php/v/Isteri+Penyayang.jpg.html

    Akhlak Anwar teruk? ini pula bagaimana?

    http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php/v/mabuk01.jpg.html

    http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php/v/paklah1.jpg.html

    Hey Cybertroopers UMNO ! Jangan kamu mempersoalkan akhlak Anwar Ibrahim,Akhlak Anwar tidak sama seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.Anwar tak rogol anak orang,Anwar tak beli bini orang,Anwar tak curi bini orang,Anwar tak bunuh orang !

    Reply

  47. 47 padamar Feb 27th, 2007 at 4:47 pm

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Yang Maha Penyayang,

    Saudara-saudara semua,

    Kenapakah dalam minda kita sering tertulis perkataan buruk sangka terhadap orang lain, pernahkah kita melihat kepada diri sendiri?…

    Apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara?

    Adakah kita selayaknya menilai orang lain?

    Kenapakah kita meniupkan api fitnah?

    Kenapakah kita sering buruk sangka?

    Benarkah apa yang telah kita katakan?

    Yakin kah kita mampu memohon maaf kepada jutaan orang membaca cerita kita andaikata maklumat yang kita sebarkan itu ternyata fitnah..? Internet ini kemudahan tapi jangan dilupa, bahaya fitnah yang tersebar teramat payah untuk kita tarik balik.. Bila kita insaf, mampukah kita mencari seorang demi seorang untuk menjernihkan keaadaan..? Bukan kah lebih baik berbaik sangka.. Kan Allah telah menyuruh kita berbaik sangka..

    Ingatlah..

    Ada antara Kita mengeji Syiah dan Sunni kerana bertelagah, tapi sedarlah di Negara tercinta ini sudah ada dajal yang telah pun memulakan api berkenaan, cuma masa yang akan menentukannya…

    Kembalilah kepada konsep kehidupan yang bahagia…

    Semua Manusia adalah selayaknya untuk bahagia…

    Jangan nanti apa bila sudah tiada baru menangis meminta simpati antarabangsa…

    Sedarlah, apa yang kita miliki hari ini akan hilang andai kita sendiri merosakkannya..

    Saya cadangkan agar dalam ruangan ini biarlah tradisi ilmu bermula dan diatur secara baik… berbincanglah penuh sopan kerana itu adalah tradisi ilmu… Keluarkanlah apa jua hujah-hujah, asalkan ia selari dengan konsep ilmu…

    Saya ingin mengingatkan semua :

    ” Mencari-cari keburukkan orang lain dan menabur fitnah adalah ciri-ciri Syaitan, Musuh Manusia yang paling Nyata..!!!.. Apatah lagi mencari-cari keburukkan insan seagama..” Saya berharap para pembaca semua akan sedar siapakah manusia ber’tangan’kan Syaitan dalam blog internet hari ini…

    Saya bukanlah penyokong DSAI tapi berminat mengikuti perkembangannya kerana sebagai rakyat saya perlu menilai jenis pemimpin yang akan saya pilih apabila sudah sampai masa saya diberi hak untuk memilih.

    Kepada pengundi semua.. marilah memilih pemimpin yang benar-benar mampu memimpin kita, Keadilankah dia atau Umno kah dia atau sesiapa sahaja yang ikhlas dan selayaknya bergelar pemimpin. Jadi saya cadangkan agar apabila sampai malam Pilihan Raya.. Kita semua ramai-ramai sembahyang Istikharah memohon Kepada Yang Memiliki Kerajaan Seluruh Alam supaya kita diberi petunjuk yang sebenar-benarnya petunjuk..

    Kepada Agama lain buatlah mengikut cara masing-masing..

    Yang Pasti Dalam Seluruh Alam ini Hanya Ada Satu Tuhan sewajibnya Yang Kita Sembah.

    Sampaikan Salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia tidak kira apa agama, kerana yang pasti semua Manusia Adalah Ciptaan Yang Maha Pencipta.

    Wassallam.

    Reply

  48. 48 Hang Tuah Feb 28th, 2007 at 6:38 am

    YBhg Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim.

    Sebelum rakyat pilih pemimpin & kerajaan, SPR tu dulu kene buat pilihanraya!!!

    Jangan percaya kotak undi SPR @ BN! SPR tu dah lah menipu, muka pun muka penipu! (pinjam skrip p ramlee jap.. hehehe)

    Betul tak Datuk Seri? Kalau saya tak betul, jom kita bersilat; yang menang betul, yang kalah salah..

    Reply

  49. 49 Hang Tuah Feb 28th, 2007 at 6:58 am

    Saudara padamar.

    Sila hentikan seruan saudara kepada pengundi untuk mengundi di peti undi SPR.

    Kami dah tak percaya kpd SPR! Kami dah tak percaya kpd peti undi! Kami dah tak percaya pilihanraya!

    Apa hukumnya jika saudara mengajak orang buat sesuatu sedang orang itu akhirnya diperdayakan?

    Adakah saudara buta mata atau buta hati atau membuta tak nampak pilihanraya geronggang oleh SPR Malaysia?

    Atau saudara ni agen SPR kot…?

    Reply

  50. 50 a.azreen Feb 28th, 2007 at 7:13 am

    Salam buat DSAI & semua pembaca,

    Pertemuan dengan Datuk Seri lewat semalam sangat meninggalkan kesan terutamanya kepada golongan anak-anak muda seperti saya. Saya melihat bagaimana semangat seorang pejuang reformasi tidak pernah luntur bahkan kembali bangkit menjadi pemangkin kepada yang lain.

    Justeru, saya menyeru kepada semua yang mendambakan keadilan kembali ditegakkan di Malaysia (100%), bangkitlah menyahut seruan agenda reformasi. Datuk Seri tidak betah melakukannya sendirian. Kebersamaan kita di dalam satu agenda, satu wadah perjuangan merupakan satu titik permulaan kepada perubahan negara bahkan dunia.

    Perlunya kita untuk mengikhlaskan diri, membuang semua fikiran kotor, dendam, amarah, dan obsesi di dalam batin masing-masing. Sesungguhnya ada sesuatu di dalam diri DSAI yang sudah lupus di dalam diri majoriti pemimpin yang lain.

    Reply

  51. 51 freelunch_2020 Mar 1st, 2007 at 6:30 am

    wa hot topic!

    hi DSAI..hope u r well. :D

    anyway, re that silly dancing video..aiyoh…like that die-lah…i still don’t get what’s the big deal if DSAI danced with some other chick…not like he did anything else….

    all this character assasination, actually it’s RUMOURED that almost ALL our cabinet ministers have some scandal or other.

    if u wanna compare DSAI’s scandals why not bring up RAHIM TAMBY CHIK, now chairman of GABEM and also a TAN SRI; DPM Dtk Najib’s Port Dickson escapade (semua dah lupa ke? this is our current DPM ok…); or more recently Maya Karin’s allegedassociation with a prominent UMNO leader, AND of course, who married JEAN DANKER?????????

    also, tks for clearing up the statement about the hindi film, i guess i din see it the way u did :D

    Reply

  52. 52 padamar Mar 1st, 2007 at 1:15 pm

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Saudara Hang Tuah,

    Kenapa perlu boikot pilihanraya?

    Kenapa tidak percaya kepada hakikat perjuangan yang bahawasanya Setiap kemudahan dan kemenangan itu perlu melalui dulu kesusahan.

    Kalau benar Parti yang saudara sokong diterima Rakyat, biarlah ia mendapat sokongan secara tulen dalam ertikata majoriti besar. Cuba Saudara fikir, Hebat sangatkah SPR untuk jadi ‘penipu’ sehingga mampu menidakkan keputusan majoriti besar, sudah tentu teramat payah terutamanya di zaman masyarakat Malaysia yang lebih berpendidikan hari ini. Sejarah telah membuktikan bahawasanya selama ini pun SPR telah menjalankan tanggungjawab yang boleh dikira baik berbanding dengan ‘SPR’ negara lain. Meskipun format SPR sebenarnya sudah sampai masanya untuk dikaji semula mengarah kepada Suruhajaya yang lebih adil dan telus. Biarlah ‘Dosa’ SPR oleh mereka yang telah melakukan ‘penipuan’ itu menjawab kepada Allah yang maha Adil. Sambil itu buatlah kertas kerja, penyelidikan untuk menambahbaik institusi pilihanraya kita. Kalau hanya mengkritik tanpa memberi cadangan membina semua orang pun boleh.

    Dan lagi apaguna memburukkan SPR, ini akan menggambarkan kepada dunia kelemahan kita sendiri, kalau tegur, tegurlah dalam kelambu. ibarat kata bijak pandai, ‘Kalau suami isteri bergaduh, janganlah bergaduh depan anak’. Inilah dia hal-hal yang berkaitan dengan PERSEPSI. Jika kita membina presepsi negatif, sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan tentu akan menerima padahnya. Last sekali kita juga menanggung akibatnya.

    Ni satu lagi,

    Kepada DSAI saya mencadangkan supaya teruskanlah untuk memenangi Akal Rakyat dan kurangkanlah memancing Hati dan Perasaan rakyat. Hebahkanlah strategi bukan keji-mengkeji. Kalau mengikut pemerhatian saya, DSAI mempunyai platform yang kuat untuk berjaya kalau DSAI menitikberatkan soal Strategi Baru negara dalam cabaran alaf baru berdasarkan kebijakkan Akal. Sebagai contoh kekuatan DSAI: 1. Track records dalam Hubungan Luar Negara. Iaitu dalam konteks ‘membawa masuk ekonomi dari luar dan mengeluarkan produk kepasaran Global’ amat besar potensinya kerana DSAI telah pun ‘Established’ dengan jayanya. Konsep Kepelbagaian budaya di Malaysia dengan sendirinya lebih menyerlah dan ini menjadikan entiti Kepelbagaian budaya dan kefahaman di Malaysia lebih bernilai.

    Berkaitrapat dengan Budaya ini juga saya mencadangkan DSAI agar mendukung dan memantapkan Sekolah jenis Kebangsaan Cina Dan Tamil. Kerana apa?

    Sebab, Kejayaan Malaysia sebenarnya bukan di sebabkan perpaduan masyarakatnya tetapi adalah kerana kejayaan dan tingginya tahap perkongsian nilai budaya dan Agama dikalangan masyarakatnya yang berbilang kaum.

    Janganlah satu harinanti, orang Cina dan India tidak kenal budayanya sendiri, begitu juga Melayu dan bumiputera. Percayalah dengan terhakisnya nilai budaya dan tradisi baik dalam kaum di Malaysia ini dalam apa aspek pun, pengaruh budaya luar terutamanya budaya kuning dari barat lebih mudah mengambil alih sistem nilai kita. Apa bila ini berlaku, dan ketika itulah kita akan makan ‘ubi kayu’ dan bermandikan air ‘merah’. Dengan itu saya berharap agar Institusi pendidikan jenis kebangsaan terus dimantapkan. Tinggal lagi, kita perlu meng’integrasi’kan murid-murid dengan cara menggalakkan mereka belajar di institusi berkenaan berdasarkan konsep perkongsian nilai yang saya sebutkan tadi tanpa mengira apa kaum. Penggalakkan semua masyarakat mempelajari bahasa utama spt cina, india, iban, kadazan dan sebagainya sebenarnya membantu meningkatkan tahap perkongsian nilai dan pemperkayakan lagi alat dan sumber untuk akal berkembang.

    Cadangan Formula :

    Manusia = Akal + Perasaan + Nafsu + Jasad.

    Akal makanannya Ilmu,
    Perasaan Makanannya Ketenangan,
    Nafsu Makanannya Kepuasan,
    Jasad makanannya apa … Makananlah.

    Akal itu ibarat Air,
    Perasaan itu ibarat Api,
    Nafsu itu ibarat Angin,
    Dan Jasad itu ibarat Tanah.

    Tanah yang disirami Air akan subur,
    Api yang ditiup angin akan marak,
    Api disirami Air akan padam,
    Tanah yang dijilat Api akan musnah,

    Tanah subur memerlukan air hujan,
    Dan untuk menghasilkan hujan, api perlu menyejat air menjadi awan dan untuk menurunkan hujan, awan perlu dikumpulkan oleh angin dan bila hujan turun tanahpun subur, dan lahirlah tumbuhan dan kehidupan.

    Jadi,
    Banjir = terlebih air, maksudnya akal telahpun melampaui batas dalam ertikata lain, hampirkepada hilang akal.

    Kemarau = Kurang air, dan angin panas(api) tanah pun kering. maknanya, kurang akal, perasaan yang amarah dan nafsu yang gila. akibatnya jasad lah yang sakit.

    Banjir lumpur = Tanah + terlebih Air

    Dan bermacam-macam lagi…

    Para bloger semua ciptalah dan hurai sendiri

    Sebaik-baik kawalan adalah IMAN.
    Sebaik-baik keseimbangan dan kesederhanaan Adalah ISLAM.
    Dan Sebaik-Baik Pencipta Adalah ALLAH yang Maha Pencipta.

    Dan Sebaik-baik Manusia adalah Orang Islam yang Beriman Kepada ALLAH.

    Jika ada yang ingin berbincang, marilah.

    Wassalam.

    Reply

  53. 53 Hang Tuah Mar 2nd, 2007 at 5:53 am

    Saudara padamar.

    Sila rujuk cadangan dan komentar saya mengenai SPR & pilihanraya Malaysia di ruangan blog ini… Dan oleh rakan-rakan yg lain di blog-blog yg lain…

    Hang Tuah dengan ini mengeSAHkan bahawa:
    padamar memang ‘membuta’!

    ‘Dosa’ SPR telah di’buka’Nya di depan biji mata kita!

    Nisbah kerusi pembangkang begitu amat jauh lebih rendah , bila dibandingkan dgn jumlah keseluruhan undian rakyat untuk pembangkang!

    Kertas kerja cadangan ‘baikpulih’ SPR dah menggunung!

    DSAI tiada diberi ruang & peluang sewajarnya!

    DSAI memang berhujah ber’akal’. Rakyat jek yang kene ‘akal’ dek BN & SPR, dan padamar!

    Hanya melalui SPR yg adil saksama, maka barulah DSAI dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh rakyat!

    …Dan saudara diminta dgn segala hormatnya untuk:
    berHENTI menjalankan dakyah SPR & BN dengan menjual Allah Iman & Islam ‘di sana di sini di sinunnn’ (pinjam skrip p ramlee laaagik…)

    Reply

  54. 54 RahimiOsman Mar 2nd, 2007 at 6:30 am

    Asalamualaikum dan salam sejahtera,

    Terima kasih atas hujan dan pandangan teman-teman sekalian. Semua hujah-hujah amat bernas dan rasional. Cuma saya rasa disini bukan tempat yang sesuai untuk berdebat kerana takut menganggu tumpuan kepada tujuan asal blog ini. Sebagai satu bacaan kepada umum untuk mengikuti perkembangan terkini DSAI.

    Walaubagaimanapun, kata-kata semangat, soalan-soalan yang rasional amatlah dihargai sebagai satu suntikan aura kepada perjuangan kita!

    Reply

  55. 55 padamar Mar 2nd, 2007 at 11:46 am

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Sebelum tu saya ingin meminta maaf kepada Hang Tuah andaijika apa yang saya perkatakan menyinggung atau menyakitkan hati.

    Tidak terlintas bagi saya untuk menjadikan laman web ini medan tuduh menuduh, cuma saya sentiasa berharap kalaulah ada sedikit perkataan saya dapat memberi sedikit option untuk rakyat Malaysia untuk berfikir sejenak tentang apakah yang mereka mahu dalam negara ini, dan carabagaimanakah negara ini sepatutnya dipimpin.

    Dan Saya bukanlah seorang Munafik yang menggunakkan nama ‘Iman dan Islam’ untuk menyeru orang melakukan kejahatan. Saya hanya ingin menyampaikan bahawa Islam itu amat indah kerana nilainya adalah universal menyentuh semua aspek dalam kehidupan. Kerana itu saya sedikit pun tidak merasa malu untuk memperkatakan keindahan Islam itu sendiri. Cuba anda baca tulisan para blogger di blog-blog yang lain , ada orang yang menghina dan pemperkecilkan dan menuduh Islam dengan pelbagai rupa. Mereka inilah sebenarnya buta hati kerana menghina tanpa mengetahui apakah nilai sebenar yang dibawa oleh Agama Islam. Inilah yang saya maksudkan tangan-tangan Syaitan. Tidak kurang juga yang bersifat perkauman. Inilah juga sebenarnya hujah-hujah syaitan yang hendak menghancurkan kebahagian rakyat Malaysia.

    Sekali lagi saya memohon maaf.

    Untuk mengelakkan tulisan saya tidak disalahertikan saya mohon diri dari Laman ini dan memohon maaf andaikata ada tulisan saya sebelum ini mengganggu orang lain.

    Sebelum itu saya tinggalkan perumpamaan ini untuk kita renungkan bersama:

    ‘ Keindahan dalam syurga banyak digambarkan dalam Al Quran bahawa Dalam Syurga itu terdapat taman-taman yang indah dengan bearenaka buah-buahan dan tumbuhan. Perkataan penghuni adalah perkataan yang baik-baik dan sering mengucapkan salam antara mereka. Dibawahnya sungai-sungai mengalir dengan bermacam-macam jenis minuman. Dan penghuninya juga berbahagia di atas singgah sana dan pelamin-pelamin yang indah-indah.’ Dan banyak lagi gambaran yang indah tentang Syurga.

    Oleh itu, Sebaik-baik distinasi adalah Syurga.

    Dan lagi, Allah menjadikan manusia itu berpuak-puak dan berkaum-kaum supaya mereka saling kenal-mengenali antara satu dengan yang lain. Justeru itu sebagai rakyat Malaysia, kita sebenarnya amat beruntung kerana dalam negara ini terdapat Banyak kaum untuk kita saling kenal-mengenali antara satu dengan yang lain. Dan yang pasti Allah tidak menciptakan sesuatu pun dengan sia-sia.

    Dan Lagi, Kaum juga ibarat tumbuhan yang berjenis-jenis, Andaikata hanya satu jenis saja yang hidup subur mekar dan yang lain terkulai layu, dapatkah taman itu berseri lagi dan indahkah taman itu. Di sini saya menyeru Para pemimpin agar memastikan pelbagai jenis tumbuhan dapat hidup subur dalam taman kita dan semoga taman itu mengambarkan bahawa itulah dia negara Kita Malaysia. Insya Allah bila adanya taman yang indah, bersih serta subur, tentunya akan ramai pengunjung datang untuk menghargainya.

    Wassallam.

    Reply

  56. 56 Petaling Mar 4th, 2007 at 12:01 am

    padamar,

    Tiada siapa yang mencemarkan mana-mana pihak, caranya sekarang ialah bagaimana nak kembalikan keadilan yg dikelilingi kezaliman.

    Tidak akan terubah nasib **kita**, melainkan **kita** mengubahnya.

    Tolong orang yang dizalimi, dan menolong orang yang berlaku zalim.

    Kini masanya kita menolong kerajaan yang zalim dengan mengubah kerajaan tersebut supaya mereka sedar.

    SEMOGA ALLAH TUMBANGKAN BN.. AMIN

    Reply

  57. 57 pispkardap Mar 8th, 2007 at 9:28 pm

    “strategi dan taktik berkempen dalam pilihanraya”

    tidak lain dan tidak bukan “isu” memainkan peranan penting semasa menjalankan kempen pilihanraya, malah jika ia berjaya ditonjol dan dipaparkan dengan betul yakni tidak lari dari asas,konsep atau tujuannya iaitu memberikan keyakinan tinggi terhadap kebatilan isu tersebut kepada pengundi sehingga boleh mempengaruhi mereka lantas memprotes melalui undi..

    sikap mengherdik dan menghina semasa berceramah secara semberono tanpa isu yang kukuh hanya mengudang padah pada kita..
    sebaliknya jika kita mempunyai isu yang kuat, tanpa mengeluarkan suarapun akan bisa mengoncang hati mereka.. nah! cuba kita paparkan segala isu itu melalui satu white board besar dan letakkan pula white board itu betul2 pada laluan terdekat ke pusat pembuangan undi atau lekapkannya disepanjang jalan raya atau di lokasi laluan dan tempat berkumpulnya orang2 awam.. jika isu itu benar2 kuat dan relevan serta kena pada situasi mereka tatkala itu, usahkan pengundi atas pagar, malah yang pior(tulen U**NO) pun boleh berubah..
    contoh nya, anggaplah di kampung itu penduduknya selalu merungut pasal keadaan kampung mereka yang mundur berpunca dari pelbagai masalah.. maka masalah inilah harus kita paparkan pada white board itu..
    inilah isu yang kena pada mereka.. isu2 yang bersifat nasional selalunya kurang mendapat perhatian pada mereka sebab ia secara langsung tidak memberikan kesan pada kehidupan mereka tapi mungkin rasional pada sesetengah tempat, contohnya isu kenaikan tol yang hangat diperkatakan sekarang.. isu ini amat sesuai pada penduduk bandar tetapi tidak pada mereka(org kampung) sama sekali..

    kesimpulannya, isu memang senjata ampuh semasa berkempan dalam pilihanraya.. tetapi isu itu sendiri mestilah bijak kita nyatakan agar ia sesuai dan relevan pada penduduk setempat supaya akan memberikan kesan pada pengundi2..
    dari itu marilah kita sama2 berfikir dan berusaha terhadap perkara ini sebagai salah satu taktik dan strategi kita nanti.. InsyaAllah..

    ingatlah… kita mempunyai tanggungjawab dalam menyelamatkan seluruh bangsa malaysia yang kian hari kian sesat dan tamak.. apakah kita sanggup melihat anak2 bangsa kita hancur.. siapa nak bela agama kita??
    siapa nak bela ekonomi kita yang jumud terhadap kapitalisme ciptaan barat dan yahudi??, yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin miskin??
    fikirkan lah!!

    wahai pemimpin2 parti pembangkang sekalian..
    perlukah kita saling tikai mempertikai diwaktu ini??
    bisakah kita menang tanpa bersatu??
    atau masih adakah ruang untuk berganding bahu??
    yang manakah perlu kita dahulukan??, perjuangan dan prinsip kepartian atau perjuangan membela anak cucu kita nanti??

    BERSATU KITA TEGUH..
    BERCERAI SUDAH TENTU ROBOH!!

    SEKIAN………

    Reply

  58. 58 Azlan Aug 17th, 2007 at 1:15 am

    Anwar menari masa dalam UMNO. Tu la dia budaya UMNO. Kalo tak menari tak dapat la jawatan.

    Mahathir dengan Razaleigh pun menari sama dengan pompuan Sabah. Tarian apa nama? Semazau tak salah aku.

    Azlan

    Reply

  59. 59 cokelat Aug 17th, 2007 at 1:26 am

    Mana satu DOSA yg paling besar???

    Antara aktiviti dlm UMNO…

    1. Menari mcm Anwar Ibrahim….

    2. Membunuh dot…dot….(Kes Mokhtar Hashim, Kes ketua wanita caw. di hotel Wenworth Pudu)

    3. Guna ilmu hitam nak tumbangkan ketua bahagian…

    4. Upah pengundi hantu…

    5. Tukar peti undi….

    6. Ustaz UMNO sepak peti undi…

    7. Menipu dalam Undi Pos…

    8. Rasuah dlm pemilihan UMNO mcm kes Tun Madir (RM200)

    9. Songlap jutaan ringgit Pimpinan BN

    8. ‘Bail Out’ jutaan ringgit…

    9. Upacara Tugu Negara…

    10. Dan lain-lain…

    Reply

  60. 60 Usman Aug 17th, 2007 at 1:32 am

    Azlan,

    jangan berfikiran sempit, masih banyak lagi isu-isu yang perlu dibangkitan seperti isu RASUAH,PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA,PENINGKATAN KADAR JENAYAH,KENAIKKAN HARGA BARANG,KEGAWATAN EKONOMI dan sebagainya…

    Dato’ Seri sudah beberapa kali menjelaskan isu menari ini..sila rujuk video tersebut:-

    http://youtube.com/watch?v=kC1_tDRD7B4

    Reply

  61. 61 mmad Aug 28th, 2007 at 10:13 pm

    kalau menari haram, kenapa majlis islam hadhari pun ada tarian, pancawarna malaysia pun ada menari apa??? tahniah paklah tok imam pertama di malaysia isteri tak pakai tudung. tolong masukkan dalam malaysia book of record??? ha ha ha …….

    Reply

  62. 62 yatie4 Sep 9th, 2007 at 1:55 pm

    sokong mmad…. apa la islam hadhari kalau bini sendiri tak dididik jadi isteri mithali..yang jaga
    maruah suami?

    Reply

  63. 63 sinar baru Oct 6th, 2008 at 12:32 pm

    Saya tak suka tonton RTM apatah lagi Dato Seri.Maaf, asal terpandang berita Dato’ Seri,confirm kepala berita tak ada lain condemn orang aje. Jangan asyik cari salah orang,lama-kelamaan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

    Reply

  64. 64 nonama Feb 11th, 2009 at 11:10 pm

    Saya nak bawa si Karpal, Tian Chua, Lim Kit Siang dan member-member Hindraf ke syurga jannah nanti! Orang Melayu banyak yang telah berpecah-belah. Yang untung siapa?. Kita becekau, depa yang gelak dan tepuk tangan. Depa yang semakin kaya, kita semakin hina dek kebodohan kita sendiri. Kenapa tidak kita bersatu atas nama satu bangsa, satu agama.Kenapa harus tikam-menikam, fitnah-memfitnah. Sukakah anda melihat kaum pribumi terus mundur?

    Reply

Leave a Reply