
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Xin Nian Jin Bu and Wan Shi Ru Yi buat semua di kalangan pengunjung berbangsa Tionghua. Dr Wan Azizah ada membuat perutusan Tahun Baru Cina sebagaimana disiarkan di Laman Web keADILan.
Saya terbaca di blog Sdr Shamsul Iskandar tentang ada usaha menghalang penyebaran poster Sambutan Tahun Baru Cina keluaran keADILan di kawasan Jasin di bawah kelolaan beliau.
Senyum pun ya,sedih pun ya. Mana tidaknya, perayaan kaum pun sanggup dipolitikkan?









Datuk Seri, saya rasa molek juga kalau poster bersama (KeADILan, PAS, DAP)untuk Sambutan Perayaan e.g Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali etc. dapat diusahakan. Lebih molek lagi kalau semasa Sambutan Bersama tersebut Datuk Seri jamu teman-teman dengan Nasi Kandar. Setahu saya Nasi Kandar antara makanan Malaysia yang paling muhibbah (bukti – pengunjung restoran mamak). Kadang-kadang banyak titik pertemuan dapat dicapai melalui makanan dan di meja makan.Bukan di dewan seminar, forum etc.
Reply
saya sangat sangat bersetuju dengan idea Hang Nadim.
sekali sekala apalah salahnya kalau ubah cara, sembang santai di kedai-kedai mamak. kalau asyik berforum,diskusi dalam hotel,kelab etc,yang datang pun sayu je nak spend 5-10 ringgit utk secawan kopi.
politik di Malaysia ni bosan!
keADILan perlu ubah politik Malaysia…
muafakat di kedai mamak!
Reply
itulah malaysia…
orang pergi ke kuil kereta mereka saman. orang pergi melawat batu caves sempena hari perayaan thaipusam kereta juga polis rajin saman. perasuah dan perompak rakyat pun tiada usaha langsung untuk tangkap. minta maaf banyak banyak lah kalau saya kata setiap jumaat umat islam ke masjid tidak lihat kereta mereka disaman..
saya bukannya hendak mempertikaikan keagungan agama islam tetapi agama hindu dan buddha kita diperlekehkan. langsung tiada tanda hormat dan toleransi langsung.
masing-masing kuil dan tokong diroboh dengan sewenang-wenangnya. realitinya kita tidak pernah meminta sesen sama kerajaan untuk membinanya. lain la masjid yang dibina guna wang kerajaan dan wang kerajaan melalui hasil cukai dari pelbagai rakyat.
hormatilah semua agama orang lain ! semua ajar kita kebaikan baik islam , buddha , hindu atau mana-mana agama sekali pun…
oleh itu apa salahnya kalau perayaan tahun baru hendak dipolitikkan ? segala-galanya dipolitikkan asalkan memberi manfaat kepada pihak dan organisasi tertentu
bangsa malaysia maju menjelang 2020 !!! malaysia boleh
Reply
Assalamualaikom Dato’ Seri Anwar,
Kenyataan telah dibuat tentang kesediaan PKR menghadapi pilihanraya jikapun ia berlaku pada Jun 2007. Soalan saya, jika kita cukup bersedia, maka sewajarnya semua usaha ditumpukan kepada memantapkan jentera pilihanraya kita. Kenapakah kita masih meneruskan tindakan mengadakan mesyuarat agong PKR. Tidakkah ini membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit.
Terima kasih
kuahmad
Reply
Sdr Kuahmad,
terima kasih atas soalan yang Sdr telah berikan.soalan tersebut sebetulnya telah dijawab oleh DSAI sendiri sewaktu menjawab soalan daripada Anak Muda. jawapan tersebut boleh dilihat di –> http://anwaribrahimblog.com/?p=466
ADIhamka
AI3.5 Weblog Team
Reply