16
Feb
07

Mengata Dulang Paku Yang Serpih…

bukan al kindi menanyakan:

datuk seri,
baru baru ini saya berkesematan berbual dgn beberapa kaktitangan awam… antara lain apa yg sempat dibualkan adalah calon PM seterusnya, bila nama datu seri di sebut ada antara mereka menyatakan kegusaran mereka mengenai hubungan baik datuk seri dengan amerika, saya cuba menerangkan pada mereka mengenai soal prinsip dan komitmen pada perubahan, kebimbangan mereka mengenai soal kebocoran maklumat dan senagainya, apa pendapat dan hujah konkrit yang bisa kita ketengahkan bila mendepangi mereka dalam soal sebegini.

Bukan alkindi,
8 tahun fitnah Dr Mahathir, BTN & Umno menampakkan sedikit kesan. Pendirian saya jelas meneruskan dialog dengan semua pihak. Saya menentang penaklukan Amerika di Iraq, mengecam sikap Amerika menyokong penderaan Israel terhadap Palestin. Pendirian saya tegas,jelas dan semua pihak mengetahui.

Saya tidak membayar pelobi Jack Abramoff berjuta dolar untuk memohon pertemuan dengan Presiden Bush saperti yang dilakukan olih Dr Mahathir dan PM Abdullah..
Betullah kata pepatah, ‘mengata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih!’


6 Responses to “Mengata Dulang Paku Yang Serpih…”


  1. 1 zahir Feb 16th, 2007 at 2:58 pm

    Saudar Anwar,

    Saya kira ini adalah halangan terbesar PKR dan pembangkang dalam usaha meraih memenangan pada PRU akan datang. Minda rakyat perlu diubah walaupun dengan sumber media yang terhad. Irihati mereka terhadap Saudara yang menjalin hubungan baik dengan semua pihak, termasuk Amerika Syarikat dan Britain nampaknya masih belum reda, bahkan terus mengapikan tomahan ini. Biarkan mereka dengan “kerja” mereka. Kita perlu terus bekerja kuat untuk memastikan kemenangan PKR nanti.

  2. 2 alyn Feb 16th, 2007 at 3:18 pm

    masyarakay mesti dihebahkan akan hal ini. iiulah masalahnya apabila maklumat kita amat terhad utk sampai ke pengetahuan rakyat.

  3. 3 semuthitam2 Feb 16th, 2007 at 9:36 pm

    terima kaseh kepada tuan anwar yang telah memberi jawapan yang sgt melegakan kami.

    kepada anak muda- bloggers di luar sana, email saya di jonbuobage@yahoo.com utk sembang2 atur rencana.

  4. 4 napy8gen Feb 17th, 2007 at 4:14 am

    Dasar bebaik2 Pak Lah dgn US yg patutnya dipertikaikan, OIC tidak langsung memainkan peranan besar bila di tgn PakLah. Ini semua dinyatakn sendiri oleh Dr M di ceramah Kota Bharu.(maaf Datuk Seri, tersebut nama pakcik Datuk Seri :-))

    Dapatnya Tunku memerdekakan negara adalah kerana dia tak langsung pandang tinggi pada kulit Putih ni.Mindset org Melayu sekarang yg tunduk dan hormat pada org Putih ini patut dikikis. Kita juga setaraf dgn depa, walhal semua manusia adalah setaraf di sisi agama.Kita kena ada rasa jati diri yg kuat. Kita layan org sama rata.Tak perlu rasa rendah diri dgn orang Putih atau bangsa maju yg lain.Kat KL nun ada gak org putih yg menipu utk mendapat projek.

    saya yakin Datuk Seri seorang Melayu yg berjati diri tinggi yg boleh berdiri sama tinggi dgn pemimpin Barat dan tidak tunduk pada mereka.

  5. 5 reekz Feb 17th, 2007 at 5:24 pm

    Pendedahan pena mail patut lebih berkuasa..sejarah telah mnunjukkan bahawa pena itu lebih tajam dr mata pedang..
    Pendedahan kepada rakyat termasuk remaja itu sendiri penting..Persoalannya dimanakah terletek nya sikap ingin tahu rakyat tentang politik atau sebenarnya mereka lebih suka tunggu dan lihat..lihat dan ikut tapi dihati merana..Adakah mereka rasa sudah cukup selesa?Adakah sebenarnya ini mainan ahli politik…

    Kita patut mencuri peluang..peluang yg ada selama ini adalah dr Kemerdekaan Negara kita dan rakyat sudah cukup selesa dengan kemampuan pentakbir..Tapi tidak berani untuk menerima perubahan pentakbiran lain walaupun sudah pasti dapat menghidu bau-bau negatip.

  6. 6 kadok Feb 26th, 2007 at 5:03 pm

    ya lah DSAI ke amerika di bentangkan dengan karpet merah berbeza dgn tun dgn paklah yg memerlukan pelobi …. apa yg membuatkan DSAI nie rapat dgn Amerika nie yaa …. ada udang sebalik mee ke atau ada apa2 yang kita tak tau ….. heheeee

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2007
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728