Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyambut kedatangan pimpinan Angkatan Muda keADILan untuk satu sesi temu rapat di pejabat beliau petang tadi. Lebih kurang 20 orang pimpinan AMK hadir didalam sesi itu untuk membincangkan beberapa perkara mengenai strategi, permasalahan dan juga perkembangan terkini di dalam AMK.
Walaupun dengan kesesakan lalulintas sempena menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi dan juga hujan lebat petang tadi, pimpinan AMK yang datang dari pelbagai tempat masih bersemangat untuk hadir di dalam sesi perbicangan ini. Perbicangan yang diselangi gelak ketawa menampakkan kemesraan DS Anwar bersama pimpinan AMK yang menjadi harapan untuk menaikkan martabat AMK didalam menjana satu kekuatan yang utuh didalam keADILan.
Jelas, isu-isu hangat yang timbul kebelakangan ini sempena proses pemilihan parti tidak melenturkan sedikitpun semangat mereka untuk meneruskan agenda perjuangan. Berpegang teguh kepada prinsip, AMK telah menjadi satu organisasi mantap dengan semangat juang yang tinggi membuatkan mereka tidak mudah digoncang oleh cabaran-cabaran yang mendatang. DS Anwar tampak komited untuk terus memberikan bantuan dan dorangan kepada AMK. Bersama kita doakan perjuangan mereka!
Pertemuan ini menjadi satu tanda kukuh bahawa DS Anwar berpegang teguh kepada prinsip dan kata-kata beliau; walau apa pun yang terjadi, perjuangan harus diteruskan!
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim















Tahniah diucapkan, saya juga ingin sekali menyertai Angkatan Muda KeADILan. Pohon dapat diberikan makluman bagaimana saya boleh meyertai AMK di Ipoh, Perak. Pohon utk dapatkan no hubungan sesiapa yg boleh saya hubungi.
Saya hadir di dalam pertemuan itu. Satu ciri yang benar-benar membezakan pertemuan itu dengan pertemuan-pertemuan lain parti ialah betapa keputusan dapat dibuat dengan pantas. Di pertemuan lain, sebarang keputusan akan mengambil masa yang panjang dan perlu tengok kiri, tengok kanan, atas dan bawah sebelum keputusan dibuat. Itupun jika sebarang keputusan dibuat.
Ibnu Rahimi,
Harap dapat emel saya ahmadyamani@gmail.com untuk saya berikan num telefon Pemimpin-pemimpin AM di Perak.
En Zaki, ibnu_mohammad lah.. bukan ibnu Rahimi. =)
ibnu_mohamad
kekekek. itu la masalahnya apabila sebelah mata baca tempat lain, sebelah lagi di tempat lain.
Saya sudah hubungi timbalan ketua AM Perak yang juga Timbalan Ketua Bahagian Gopeng, Anuar Zakaria. Harap saudara emel saya untuk dapatkan num telefon beliau. terima kasih.
tadi saya tertanya jugak, ahmadzaki punya msg tu utk saya ke atau ibnu_rahimi? heheh
Hidup keADILan.kita tegakkan kebenaran .