Archive for February 16th, 2007

16 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

bukan al kindi menanyakan:

datuk seri,
baru baru ini saya berkesematan berbual dgn beberapa kaktitangan awam… antara lain apa yg sempat dibualkan adalah calon PM seterusnya, bila nama datu seri di sebut ada antara mereka menyatakan kegusaran mereka mengenai hubungan baik datuk seri dengan amerika, saya cuba menerangkan pada mereka mengenai soal prinsip dan komitmen pada perubahan, kebimbangan mereka mengenai soal kebocoran maklumat dan senagainya, apa pendapat dan hujah konkrit yang bisa kita ketengahkan bila mendepangi mereka dalam soal sebegini.

Bukan alkindi,
8 tahun fitnah Dr Mahathir, BTN & Umno menampakkan sedikit kesan. Pendirian saya jelas meneruskan dialog dengan semua pihak. Saya menentang penaklukan Amerika di Iraq, mengecam sikap Amerika menyokong penderaan Israel terhadap Palestin. Pendirian saya tegas,jelas dan semua pihak mengetahui.

Saya tidak membayar pelobi Jack Abramoff berjuta dolar untuk memohon pertemuan dengan Presiden Bush saperti yang dilakukan olih Dr Mahathir dan PM Abdullah..
Betullah kata pepatah, ‘mengata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih!’

16 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pondok Tanjong memberi pendapat:

Saudara Anwar,

Berita perletakan jawatan saudara Ezam dari semua jawatan dlm PKR amat mengecewakan. Bagi pendukong reformasi, Ezam dan Azmin adalah 2 org tokoh yg amat penting dlm memperjuangkan anwar semasa dlm penjara dulu.
Saya berpendapat bahawa PKR kurang memberi TARBIAH kepada pemimpin dan ahlinya. Kita tidak boleh berjuang mengikut isu semasa saja kerana isu akan datang dan pergi. Saudara anwar pasti akan tahu sejauh mana pentingnya tarbiah kerana saudara sendiri pernah meminpin ABIM. Kita lihat parti PAS yg begitu mementingkan tarbiah untuk memberi pemahaman matlamat
perjuangan. Walaupun diasak sebegitu teruk oleh UMNO dari dulu lg, tetapi PAS tetap utuh kesan tarbiah. Bagi kami ahli PKR..kami tidak sanggup lagi kehilangan pemimpin yg berwibawa. Cukuplah nama besar seperti Dr Chandra Muzafar, Roslan Kasim dll..

Pondok tanjong,
KeADILan baru selesai menyelenggarakan program kerja dengan jadual ketat termasuk kuliah maghrib dan subuh.Konsistensi pimpinan amat memberangsangkan.
Ikrar kita adalah memperkuat tekad dan muafakat insyaAllah masalah berbangkit dapat dileraikan sebaiknya kelak.

16 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

anakdesa_1108 menanyakan:

YBhg Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim,

During the time of Datuk being the TPM, were you aware of the Project IC? What is Datuk stand on this issue which is a very disturbing issue that directly the Sabah people and Malaysia as whole.

What will Datuk do to correct the situation should BA comes to power?

Thank you.

Anakdesa_1108,
Projek tersebut diselenggarakan di bawah Unit Khas Jabatan Perdana Menteri (JPM). Saya atau Kementerian Kewangan tidak dilibatkan sama sekali. Soalnya sekarang ialah menghentikan amalan rasuah yang kian merebak..

16 February 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

P1010814.JPG

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyambut kedatangan pimpinan Angkatan Muda keADILan untuk satu sesi temu rapat di pejabat beliau petang tadi. Lebih kurang 20 orang pimpinan AMK hadir didalam sesi itu untuk membincangkan beberapa perkara mengenai strategi, permasalahan dan juga perkembangan terkini di dalam AMK.

Walaupun dengan kesesakan lalulintas sempena menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi dan juga hujan lebat petang tadi, pimpinan AMK yang datang dari pelbagai tempat masih bersemangat untuk hadir di dalam sesi perbicangan ini. Perbicangan yang diselangi gelak ketawa menampakkan kemesraan DS Anwar bersama pimpinan AMK yang menjadi harapan untuk menaikkan martabat AMK didalam menjana satu kekuatan yang utuh didalam keADILan.

Jelas, isu-isu hangat yang timbul kebelakangan ini sempena proses pemilihan parti tidak melenturkan sedikitpun semangat mereka untuk meneruskan agenda perjuangan. Berpegang teguh kepada prinsip, AMK telah menjadi satu organisasi mantap dengan semangat juang yang tinggi membuatkan mereka tidak mudah digoncang oleh cabaran-cabaran yang mendatang. DS Anwar tampak komited untuk terus memberikan bantuan dan dorangan kepada AMK. Bersama kita doakan perjuangan mereka!

Pertemuan ini menjadi satu tanda kukuh bahawa DS Anwar berpegang teguh kepada prinsip dan kata-kata beliau; walau apa pun yang terjadi, perjuangan harus diteruskan!

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim