15
Feb
07

Perletakan Jawatan Sdr Ezam : Jangan Terburu Buat Tafsiran

razly menanyakan:

Assalamualaikum DSAI,

Saya sangat berharap agar dapat saudara jelaskan apa yang terjadi dalam PKR dan mengapa saudara Ezam meletak jawatan. Saya agak terperanjat dan saya yakin ramai pembaca termasuk saya inginkan penjelasan. Memandangkan ketelusan adalah antara tema utama DSAI, saya yakin saudara akan menjelaskan perkara ini sejelas-jelasnya.

Bagi saya dan ramai teman yang setia dengan agenda reformasi, Ezam adalah simbol perjuangan PKR dan bila Ezam sendiri menarik diri, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena. Sama ada prinsip Ezam yang berubah, atau prinsip saudara yang telah diracuni?….

Razly
Janganlah terburu membuat tafsiran. Saya tetap pertahankan muafakat. Kita berdoa agar kekerohan reda dan semua bertekad menjayakan agenda perjuangan..


6 Responses to “Perletakan Jawatan Sdr Ezam : Jangan Terburu Buat Tafsiran”


  1. 1 najwan_halimi Feb 15th, 2007 at 6:39 pm

    datuk seri,

    teruskan perjuangan..sama-sama kita terus berusaha dengan memainkan peranan kita segigih yang mungkin untuk menjayakan agenda perubahan ini.

    semoga sentiasa beroleh keberkatan Allah swt.

  2. 2 musafirminda Feb 15th, 2007 at 10:56 pm

    Asalamualaikum wrt DSI dan semua pengunjung blog. Perletakan Saudara Ezam dalam PKR adalah atas kehendak peribadi beliau sendiri dan pastinya beliau ada hak dan sebab untuk berbuat demikian. Apa yang perlu kita faham adalah kehendak dan tindakan peribadi seseorang tidak boleh melampui atau melangkaui perjuangan yang ada dalam PKR.
    Saya setuju dengan DSI bahawa keputusan dan pandangan jamaah atau kolektif lebih wajar dihormati dan paling penting dipatuhi. Dalam menentukan sesuatu perjuangan dan organisasi itu tetap utuh dan berkembang adalah menuntut sikap ahlinya untuk patuh kepada keputusan dan pandangan pimpinan. Ini yang sepatutnya semua lakukan.
    Kadangkala kita tidak mampu melihat hikmah dalam sesuatu kejadian atau peristiwa, biasanya kita akan memberi tafsiran berdasarkan apa kita fikir atau kemampuan akal kita yang bersifat semasa, namun dalam isu perjuangan keupayaan akal peribadi atau individu agak terbatas dan tentunya pandangan dan keupayaan akal secara kolektif itu lebih baik.
    sama samalah kita memberi sokongan kepada DSI dan perjuangan beliau.

  3. 3 mujahidinreformasi Feb 16th, 2007 at 6:06 am

    Assalamualaikum

    Ya memang benar..saya setuju dengan pandangan bahawa keputusan jemaah atau kolektif wajar diberi penghormatan,namun kita tidak boleh lari dari kata-kata dan paradigma masyarakat tentang hal ini.Pada hemat saya asas perjuangan PKR telah hampir menyimpang daripada apa yang disuarakan dahulu.

    Tujuan saya menyatakan hal ini bukan untuk merosakkan PKR bahkan mahu membawa PKR ke arah satu medan baru yang jauh lebih baik daripada UMNO sekarang.
    Jika budaya politiking yang dipertaruhkan dalam perjuangan,saya yakin PKR tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan UMNO/BN satu hari nanti,cuma akar umbi PKR lebih baik iaitu menentang kronisme dan politk wang.

    Kita tidak mahu melihat PKR satu hari nanti berubah ke arah sebuah parti yang cuma melihat politik sebagai satu matlamat sehingga melupakan hasrat dan dukungan yang selama ini diperjuangkan.

    Definisi politiking seharusnya diperjelaskan semula oleh pimpinan PKR sendiri dan melalui penerangan itu barulah persepsi masyarakat boleh diubah.

    Tapi buat masa ini,ia seolah-olah kabur pada pandangan saya dan lebih-lebih lagi masyarakat yang sering dimomok-momokkan dengan berita yang mengecam pembangkang.Pastinya musuh-musuh gembira pada waktu ini kerana dapat memainkan isu tunjang di dada-dada akhbar media arus perdana mereka untuk menjatuhkan pembangkang.

    Harap mendapat penjelasan yang lebih baik daripada PKR

    Wassalam

  4. 4 musafirminda Feb 16th, 2007 at 7:39 am

    Asalamualaikum wrt..

    Saudara Mujahidinreformasi…saya hormati kerisauan saudara dalam soal ini, saya sepertimana saudara juga dalam “kehausan” bagi meneguk setitik dua air keadilan dan kesejahteraan dalam negara kita ini yang sedang dilanda kemarau ketidakadilah dan berbagai lagi kefakiran pemikiran manusia-manusia yang berkuasa ini. Kita sandarkan perubahan kepada PKR, kita sandarkan perubahan dilakukan oleh PKR..kita mahu melihat PKR berbeza dengan apa yang telah ada dan mampu mengubah situasi ini.

    Apa yang perlu kita faham ialah PKR diwujudkan dalam suasana yang sama-sama kita fahami..PKR kini sedang melalui suatu proses kematangan dan berkembang. Saya tidak terlalu gusar dengan apa yang berlaku dikala ini kerana saya masih menaruh harapan yang tinggi dengan adanya DSI. Tentunya DSI akan membuat percaturan yang teratur dan rapi. DSI tidak boleh tergesa-gesa dengan tindakan dan sememangnya beliau faham dan tau bagaimana mahu membetulkan kesemua perkara yang diistilahkan lemah dan pincang dalam PKR. Ini adalah ketikanya..suatu proses dimana beliau akan memimpin nanti ..Insyaalah..ini ketikanya kita akan memerhati dan bersama beliau. Beliau perlukan masa bagi mengubah manusia-manusia samaada di dalam PKR atau di luar PKR.

    Manusia akan mengikut fitrah, termasuk soal perasaan dan sebagainya, manusia akan tersilap, manusia akan cepat melupakan asas dan matlamat, manusia akan bersemangat untuk dilihat hebat, manusia akan menjadi segala-galanya bergantung kepada situasi yang dilalui oleh manusia itu sendiri. Atas sebab inilah..saya sebagai manusia biasa yang mahu melihat keadilan memohon saudara dan semua agar memberi masa bagi DSI mengubah semua ini.. Insyaalah beliau boleh..dan mampu…saya amat yakin dengan itu.

    Anggaplah ianya suatu proses biasa kalau diumpamakan kepada sepohon pokok akan ada pertukaran dahannya, daunnya,bunganya, buahnya dan bukan pertukaran akar tunjangnya..akar tunjang PKR tetap utuh dan tak berubah..berilah masa kepada DSI untuk mengambil alih pohon PKR ini untuk disuburkan. Teruskan perjuanganmu DSI.

  5. 5 matBA Feb 16th, 2007 at 10:00 am

    Assalamulaikum…

    Pendapat saya kita tidak terlalu memikirkan isu perletakkan jawatan saudara Ezam. namn Saudara Ezam tetap bersama keadilan. Saya turut serta di majlis penjelaskan oleh beliau dirumahnya. Ezam mempunyai pandangan tersendiri apa yg berlaku dalam keadilan. Dr semua pandangan beliau saya kira ia patut di ambil berat oleh pimpinan bagi memperkuatkan parti di semua peringkat untuk menghadapi pilihanraya yg akan datang.

    Saya amat memahami pandangan dan kerisauan pendokong2 PKR dan sepimpinan dengan perletakan jawatan saudara ezam.Jangan lah seperti UMNO yang GILA jawatan sanggup cantas mencantas hanya untuk mendapatkan jawatan. Seperti kata Saudara Anwar prinsip kemuafakatan harus dipetahankan dalam pemilihan parti. Yang kalah bertanding usahlah merajuk dan menghilangkan diri yg mana akhirnya merugikan parti itu sendiri. Jangan ada persengketaan antara ahli dan pimpinan yg mana akan dijadikan modal pihak2 tertentu melemahkan parti.

    Apa yg perlu kita lakukan semua pimpinan yg mana sebelum ini ‘menghilangkan diri’ ataupun ‘merajuk’, ayuh sama2lah kita bangkit dan memperkasakan parti menyampai agenda perjuangkan PKR ke seluruh negara dan segelenap lapisan masyarakat. kita tunjukkan kekuatan kita yg sebenar dan beristiqomah dalam perjuangan. Jgn dekat pilihanraya saja baru kita nk mulakan kerja.

  6. 6 razly Feb 18th, 2007 at 8:51 pm

    Assalamualaikum DSAI,

    Terima kasih atas jawapan saudara. Saya setuju dengan pendapat saudara tentant permuafakatan. Saya juga amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh saudara matBA.

    Saya terbaca temuramah MT dengan saudara Ezam. Saya rasa apa yang beliau tekankan ….adalah sama dengan apa yang DSAI jawab di atas…. MUAFAKAT

    Saya rasa, Ezam mempunyai satu pandangan yang perlu diambil peduli oleh DSAI dan seluruh pimpinan Keadilan. Kejadian di Kemaman dan di Ipoh perlu diambil iktibar. Kadang-kadang demokrasi juga bermakna MUAFAKAT, tidak semestinya pertandingan. Kita tidak mahu peristiwa IPOH dan Kemaman berulang. Adalah amat tidak wajar sebuah parti politik yang pemimpinnya cukup berkaliber membiarkan parti tersebut dipatuk ditempat yang sama sebanyak dua kali.

    Sebagai contoh, jika A dan B bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, kita tidak mahu si kalah dan pengikut si kalah menyepi dari PKR. Kita TIDAK ADA MASA untuk itu. JADI, MENGAPA AMBIL RISIKO? Kebijaksanaan perlu digunakan dalam perjuangan.

    Tapi, kalau saudara Ezam menganggap dirinya hanyalah pemimpin kecil, siapalah saya untuk memberi pendapat. Cuma saya berharap, apa yang dilakukan oleh saudara Ezam, dapat memberikan sedikit kesedaran kepada pucuk pimpinan.

    Kita telah hilang JIM, ABIM, ALIRAN dan banyak lagi NGO yang bersama PKR pada tahun 1999. Jangan pula kita kehilangan sebahagian besar reformis muda yang menjadikan Ezam sebagai idola.

    Kalau UMNO boleh bermuafakat untuk tangguhkan pemilihan, kenapa PKR yang sepatutnya 100% terdiri dari orang yang inginkan perubahan tidak boleh bermuafakat?

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2007
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728