08
Feb
07

Pimpinan BN Isytihar Harta: Bagai Menunggu Kucing Bertanduk!

daripada ibnu hassan :

Assalamualaikum,

Pada 28 Jan yang lalu, S/U Agung PBB yang baru, Ban Ki-Moon telah membuat pengistiharan harta beliau dan keluarga dengan tujuan untuk meningkatkan ketelusan badan dunia itu.

Pimpinan keADILan selalu mencabar pemimpin kerajaan untuk mengisytiharkan harta mereka. Ada rasionalnya, tetapi adalah lebih baik kalau ianya dimulakan oleh kita sendiri. Dari segi moralnya, ia adalah satu langkah yang baik, tetapi dari segi politiknya, ia dapat dijadikan ‘bahan’ oleh
pihak kerajaan untuk menekan kita. Justeru, saya merasakan bahawa mereka yang memegang jawatan rasmi dalam kerajaan samada di Parlimen & Dewan Undangan Negeri (DUN) mesti mengisytiharkan harta masing2 bagi menunjukkan ketelusan yang ada dalam Barisan Rakyat. Pimpinan parti yang tiada kena mengena dengan Parlimen & DUN tidaklah perlu untuk berbuat
demikian.

Berpegang kepada prinsip;’orang politik haruslah bersih, dan dilihat bersih’.

Berkenaan ‘bahan’ tersebut akan digunakan oleh pihak kerajaan untuk menekan kita, saya mengesyorkan diadakan satu kempen secara besar2an untuk mendesak supaya pimpinan kerajaan juga harus berbuat demikian; dan ianya harus dipamerkan untuk orang awam @ sekurang2nya Ahli Parlimen. Dengan ini, rakyat dapat menilai peribadi pemimpin yang mereka lantik, atau sekurang2nya dapat menyedarkan mereka bahawa pemimpin merekalah yang
merampas hak mereka, walaupun mereka akan tetap mengundi pemimpin tersebut…

Ibnu hassan
Semua pemegang jawatan awam perlu mengistiharkan harta. Demikian komitmen keADILan. Kita bersedia mengambil tindakan awal tetapi ini akan hanya menjadi sepak terajang pemimpin Umno dan BN yang enggan mengistiharkan harta.


3 Responses to “Pimpinan BN Isytihar Harta: Bagai Menunggu Kucing Bertanduk!”


  1. 1 soulof99 Feb 10th, 2007 at 5:29 am

    Isythihar harta? Alamat kosong teruslah kerusi pemimpin2 mereka.. :P

  2. 2 monaz Feb 10th, 2007 at 8:25 am

    Tak payah isytihar pun tak apa. Kita tahu dia makan dan Tuhan pun tahu. ACA pun tahu tapi tak nak ambil action. Itu sahaja. Yang penting sekarang TINDAKAN itu sahaja.

  3. 3 soulof99 Feb 11th, 2007 at 8:31 pm

    ACA bukan tak mahu ambil tindakan, tapi tak boleh - tiada peruntukan.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2007
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728