Archive for January, 2007

20 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

hanaz memberi respon:

Salam Maal Hijrah,

Raja Petra???Mungkinkah dia juga spt “SI TUA BANGKA YG ZALIM DAN SUKA BERMUKU-MUKA”???
Saudara Anwar harus respon terhadap tuduhan tersebut!

Hanaz,
Kita perlu tenang menjawab kritikan. Sekiranya tegurun melulu dan tidak berasas kita bolih memilih untuk tidak melayaninya.

20 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada adsalleh416:
Akum DSAI dan Keluarga serta rakan seperjuangan.

Sempena Awal Muharam ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru bagi semua yang menyokong gerakan ke arah perubahan Malaysia yang lebih bersih dari setiap segi penyelewengan. Janganlah kita hanya melepaskan perasaan kecewa kita di blog ini sahaja kerana semuanya tidak akan bererti jika kita tidak sanggup menjalankan kewajipan kita untuk
beramai-ramai bersatu hati keluar mengundi pada pilahanraya yang akan datang.

Buktikan kepada pemerintahan yang ada bahawa rakyat Malaysia bukanlah rakyat yang boleh diperbodohkan dengan agenda kerajaan melalui media masa mereka. Pastikan kita bertekad mengundi kepada PKR atau mana mana parti pembangkang yang ada dan jangan pula saudara atau saudari terleka dibuai mimpi apabila mula dijanjikan oleh Wakil Rakyat Kerajaan Barisan Nasional yang hanya turun padang dan nampak batang hidung ketika pilahanraya sahaja.

Sempena Maal Hijrah ini saya berdoa ke hadrat Illahi semoga Saudara Anwar dan keluarga dilimpahi rahmat oleh Allah SWT untk terus berjuang demi menegakkan bangsa Malaysia yang bersih. Saya mohon kepada semua yang menyokong perjuangan ini untuk sama-sama berdoa supaya akan ada perubahan di Malaysia, negara yang kita semua sayang dan cintai.

Perubahan tidak akan berlaku jika saudara seangkatan saya hanya melepaskan geram dan perasaan di blog ini sahaja. Ayuh kita semua berjuang ke arah Malaysia Baru. InsyAllah.

Adsalleh416
Seruan sdr supaya kita memenfaatkan sambutan baru Hijrah dengan amal kebajikan dan daya juang ke arah perubahan. Tidak memadai sekadar meratap atau mencemuh tanpa tindakan dan bersama dalam wadah perjuangan..

20 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

adsalleh146 menanyakan:

Akum DSAI,

International oil prices have dropped to a 19-Month low of US$51.56 per barrel on 12.1.2007. Yet we Malaysian are still paying high price for fuel. I wonder when AAB increased the oil price, his reasons are very simple….WORLD OIL PRICES HAD GONE UP! Taking into consideration of his
reason, why the price are still maintained at this level when everybody knew very well that the oil price had gone down tremendously. Its either our present PM doesn’t really care about the well being of his citizen or could it be that he don’t know ( CAUSE I WAS TOLD THAT HE LIKE TO SLEEP DURING IMPORTANT MEETING AND LAZY TO READ ) Really hope that DSAI
and your group can do something about our oil pricing.

Adsalleh146,
Kenaikan harga minyak tidak berasas. Dan dengan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa kerajaan BN seharusnya menurunkan harga segera.

19 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

ingintahu memberi pendapat:

Nampaknya masalah rasuah dan salah guna kuasa masih menjadi2 yang memberi makna bahawa senya masyarakat politik, perniagaan dan pentadbiran masih di belenggu dengan sikap begini.

Tidak begitu ramai dari kalangan Ulama [learned scholars] termasuk Professor2, Mufti2, Qadi2, Sasterawan, yang mahu berhadapan dengan kelakuan buruk ini. Boleh jadi sukar di perbaiki.

Atau sepertimana yang di kata oleh KP, IKIM dan tulisan Felo IKIM Mohd Asham , masalah pokok ialah “Corruption of Knowledge” . Dan saya menggunakan perkataan “pokok”.

Bermakna akarnya kurang sihat, kurang mendapat “nutrients”, bahan2 yang baik baik, air yang jernih, dan sebagainya.
(more…)

19 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

napy8gen menanyakan:

Sy cuma ingin bertanya walaupun soalannya nampak bodoh, Datuk Seri akan bertanding di kawasan Pak Lah di pilihanraya akan datang? :-)

Napy8gen,
Kerja dulu dan putus soal kerusi kemudian.. :)

19 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat mangsa banjir di Johor esok bersama-sama Datuk Kamarul Bahrin, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

Beliau dijangka melawat Sri Medan, Parit Sulong dan Sri Gading. Acara lawatannya diatur oleh Keadilan Perhubungan Johor.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Najib 0122936396.

19 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Nik Nazmi

Datuk Seri Anwar agak sibuk pada hari ini kerana sedang dalam proses pindah rumah. Dalam banyak-banyak barang, yang paling banyak sekali koleksi bukunya! Ada yang disimpan di rumah lama di Bukit Damansara, tetapi ada juga yang disimpan di rumah sahabat-sahabat Datuk Seri, terutamanya selepas terpaksa keluar dari kediaman TPM dengan tergesa-gesa pada 1998 dahulu!

Alhamdulillah, pemindahan kali ini dalam keadaan yang lebih baik, dan seiring dengan Maal Hijrah!

18 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Salam buat para pengunjung,

Transkrip wawancara akhbar tabloid Siasah bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipaparkan dalam edisi terkini akhbar tersebut.Wawancara tersebut antara lain mengupas mengenai dialog intra-agama, fenomena liberalisme dan pluralisme agama dan tidak ketinggalan persepsi umum mengenai kelemahan tadbir urus Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam akhbar tersebut juga dipaparkan pendapat DSAI mengenai kontroversi isu ‘Mongolia’ yang mengaitkan TPM Najib Tun Razak,yang dilihat oleh penganalisis politik tempatan sebagai ‘pembuka gelanggang’ bagi era politik DSAI sebermulanya tahun 2007 ini.

Dapatkan Siasah di pasaran segera!!

ADIhamka

18 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Soalan Pertama:

zahir menanyakan:

Saudara Anwar,

Kita sedang bergerak kearah memperkenalkan dan memperkasakan Agenda Malaysia Baru. Saya kira pada masa sekarang ini, majoriti penyokong PRK telah faham matlamat perjuangan Saudaraini. Tetapi apa yang saya curiga kenapa masih ada pihak yang sentiasa cuba untuk mengelirukan penyokong PRK. Pada pendapat Saudara, kenapakah dan apakah agenda Raja Petra
Kamaruddin bila beliau berulang kali manyatakan bahawa Saudara sedang cuba menyertai UMNO? Dalam temuduga dengan Dr M baru-baru ini, beliau memnuduh Saudara cuba bertemu Dr M dengan hasrat mendapatkan kembali jawatan Timbalan Persiden UMNO. Bukankan Raja Petra yang bertungkus lumus bekerja dalam “Free Anwar Campaign”? Apakah sebenarnya matlamat beliau?

Zahir
Saya tidak cenderung membuat telahan. Tumpuan kita ke arah perjuangan menegak keadilan!

Soalan Kedua:

inter menanyakan:
(more…)

18 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

spotlight memberi epndapat:

Isu SPR lebih besar dari rasuah & salahguna kuasa

Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji-pujian hanya untuk Allah swt.

Dato’ Sri,

Saya berpendapat isu SPR ini sangat besar dan berat kerana ia membicarakan tentang keadilan, ketelusan dan demokrasi. Saya harap tekanan kepada badan SPR ini tidak terhenti pada PRK Batu Talam tapi digandakan lagi serangan sehingga SPR terpaksa berubah.

Kubu terakhir kekuatan parti BN terletak pada SPR kerana disinilah tempat berlindungnya segala jenis penyangak, pembunuh, perompak, perasuah, perogol, penipu, penindas dan segala jenis penyakit. Mustahil perkara ini tidak dapat diselesaikan.

Inilah peperangan terbesar yang sebenarnya untuk menuntut keadilan, ketelusan dalam ruang lingkup demokrasi yang sebenar. Jika berjaya, seluruh dunia akan berubah….

Allah hu Akbar… teguhkan hati & pendirian rakyat utk menuntut kejayaan ini…

Spotlight
memang benar bagai dikata. Sebarkan maklumat. Saya akan bersama di Taman melewar pada 20 Januari ini inshaAllah..

17 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

adsalleh416 memberi pendapat:

Assalamualaikum wbt DSAI,

Ada beberapa perkara yang kini bermain di fikiran saya dan mungkin DSAI
dapat memberi sedikit penjelasan. Untuk pengetahuan DSAI saya telah
berpeluang mengundi di negara ini selama 3 kali dan alhamdulillah selama
tiga kali itu saya memang tidak pernah memangkah mana-mana calon
kerajaan BN, walaupun ketika itu DSAI sendiri ada bersama BN. Apa yang bermain
di kepala saya sekarang ialah:_

1. Setelah sekian lama parti pembangkang cuba membawa pembaharuan dan
mengenengahkan kes-kes penipuan dan penyelewengan dalam kerajaan BN,
tapi saya lihat tidak ada apa-apa tindakan yang boleh diambil.
Sebagai contoh, rakyat berpiket untuk menunjukkan kemarahan tentang
kenaikan tol, tapi apa yang berlaku tol tetap naik dan seolah suara
pembangkang termasuk DSAI sendiri tidak berpengaruh langsung untuk menekan
kerajaan BN.( maaf jika saya terlanjur bahasa)

2.Mengapa Menteri seperti Sami Veloo masih di dalam kabinet? Adakah
kerajaan BN rasa tiada pengganti yang sesuai atau ada agenda yang lain.

3.Dengan cara memboikot pilihanraya Batu Talam, apakah yang dapat kita
capai? Jika ini satu cara memberitahu rakyat tentang penyelewengan yang
ada pada SPR, apa tindakan yang parti pembangkang dan DSAI boleh
lakukan untuk memperbetulkan keadaan.

4.Tidak keterlaluan saya katakan disini bahawa the whole system in
Malaysia right from kakitangan kerajaan hingga ke Menteri are totally
corrupted. Adakah DSAI sendiri setuju.

5.Saya menonton RTM malam tadi dimana Mfti Perlis mengatakan yang
Ulamak adalah pewaris Nabi SAW dan wajib menegur secara terus terang tentang
kemungkaran yang berlaku. tapi apa yang berlaku di Malaysia sebaliknya.
Saya lihat tiada Mufti yang berani menegur. Mungkin ada, tapi tidak ada
kuasa merubah keadaan. Mufti Perlis tu kaki bodek adalah lagi dan
pandai mentakrifkan hukum agama menggunakan akal dia sendiri bukan
berlandaskan kepada nas AlQuran yang mulia…..Wallahualam.

Adsalleh146,
Permasalahan yang sdr utarakan seharusnya memperkuat tekad kita untuk
menjana pembaharuan. Penguasa yang berkepentingan akan menyogok wang,
mengugut dan menekan asalkan mereka dapat terus bermaharajalela.
Sebahagian ulama akan terus diperkuda untuk mendukung agenda mereka
asalkan mereka membisu terhadap kezaliman dan rasuah penguasa.

17 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

aput83 menanyakan:

….I noticed you didn’t mention DAP in this post, Datuk Seri. Is the Opposition still a united front, or are we seeing rifts in certain aspects?

Aput83
Hubungan saya dengan pimpinan DAP adalah baik. Beberapa pertemuan telah diadakan diantara kami. Paling akhir saya bersama pimpinan DAP di Cameron Highlands. Sdr Lim Kit Siang juga akan menemui pimpinan keADILan.