31
Jan
07

Kerjasama Kekal Utuh,Prinsip Kekal Disepakati Bersama

Anak Muda meminta pendapat:

Datuk Seri..
saya akui ini adalah sebahagian propaganda media untuk melaga-lagakan pimpinan pembangkang dan bertujuan mengelirukan ahli & pendukung perjuangan pembangkang,tapi saya juga tidak boleh lari dari beranggapan yang kupasan ini dibuat daripada kenyataan yang keluar daripada Datuk Seri sendiri.
al kisahnya bermula daripada kenyataan yang disiarkan oleh BERNAMA,saya sisipkan di bawah..

DAP Ulangi Tidak Akan Bekerjasama Dengan PAS

PULAU PINANG, 25 Jan (Bernama) - DAP mengulangi tidak akan bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang kerana pendirian parti itu yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, walaupun parti itu menghormati Perlembagaan yang menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini namun sebarang hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam haruslah ditolak.

“Kita terima agama Islam adalah agama rasmi negara tetapi kita tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam,” kata beliau dalam Ceramah Perdana DAP di sini Rabu malam.

Katanya, berdasarkan Perlembagaan negara, agama Islam hanya diterima sebagai agama rasmi di Malaysia serta rakyat diberi kebebasan beragama dan DAP akan mempertahankan perkara itu.

Karpal berkata, DAP tidak akan menerima PAS jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam di negara ini kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Penasihat parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir pada ceramah itu berkata, Keadilan juga akan mempertahankan Perlembagaan yang menerima Islam sebagai agama rasmi dan parti itu tidak berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri turut membayangkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang dengan berkata: “Janganlah seronok dengar sahaja apa yang saya cakap tapi bagilah undi bagi saya menang”.

Beliau juga mendesak supaya ahli akademik keturunan Cina dilantik sebagai Naib Canselor bagi sekurang-kurangnya tiga buah universiti awam.

Pada majlis itu, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menyentuh mengenai bantahan terhadap cadangan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam serta isu-isu mengenai prestasi ekonomi negara.

Mungkin Datuk Seri boleh mengulas dengan panjang lebar mengenai isu ini.

anak muda,
beberapa isu pokok memang dimaklumi ketiga parti berkenaan.
Malah dalam rapat program kerja anjuran keADILan beberapa hari lalu, Tuan Guru Hj Hadi dan sdr Lim Kit Siang turut menyampaikan ceramah walaupun secara berasingan.
Pertemuan tertutup tersebut memberikan kesempatan perbahasan diadakan secara terus terang. Kesannya positif sekali.


1 Response to “Kerjasama Kekal Utuh,Prinsip Kekal Disepakati Bersama”


  1. 1 freelunch_2020 Jan 31st, 2007 at 10:31 pm

    “Beliau juga mendesak supaya ahli akademik keturunan Cina dilantik sebagai Naib Canselor bagi sekurang-kurangnya tiga buah universiti awam.”

    good.

    “DAP mengulangi tidak akan bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang kerana pendirian parti itu yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.”

    DAP cannot afford to alienate its core supporters who are against an Islamic state.

Leave a Reply




Galeri Flickr

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2007
M T W T F S S
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031