30
Jan
07

Penipuan PEMILU: Pendedahan Perlu Diperhebatkan

Ibnu Hassan menyatakan:

Boikot boleh boikot, tapi tak guna tanpa penyertaan rakyat. Setakat parti saja boikot, tak jadi. Satu gerakkan harus dilancarkan untuk menyedarkan rakyat supaya turut memboikot pemilu. Kongres AMK 2005 telah meletakkan pendirian ini, tapi ada follow up ka, @ setakat jadi ‘pemanas’ kongres?

Ibnu hassan,
Kupasan Sham democracy In Malaysia yang memaparkan penipuan ketara sistem pilihanraya negara telah diedar ke seluruh dunia.Siri ceramah, pengedaran maklumat juga dilancarkan. Saya setuju dengan gesaan sdr agar ia diperhebatkan lagi.


6 Responses to “Penipuan PEMILU: Pendedahan Perlu Diperhebatkan”


  1. 1 Ibnu Hassan Jan 30th, 2007 at 11:32 pm

    Ya, saya telah ‘melihat’ Sham Democracy, tetapi yang menjadi masalahnya ialah ianya versi Bahasa Inggeris. Sedikit sebanyak melunturkan minat untuk menelaah isi kandungannya. B.Inggeris saya tak la teruk sangat, SPm dapat 3. Tetapi ianya terlalu formal, malah kalau di’translate’ ke Bahasa Melayu sekalipun, saya yakin ramai orang kampung yang tak faham. Saya akui keADILan mempunyai banyak bahan, tetapi kesannya tak sampai ke bawah diatas sebab2 ni lah. Juga termasuk manifesto.

    DSAI,
    Pada pandangan saya, seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli parti komponen BN sendiri tahu bahawa BN memang menggunakan taktik kotor, perasuah dan segala2 yang tak baik. Tetapi untuk memilih pembangkang @ Barisan Rakyat amat susah sekali. Salah satu sebabnya ialah kurangnya tokoh2 yang berkarisma dalam B.Rakyat, walaupun mereka juga tahu yang BN juga tiada tokoh yang boleh diharap. Mungkin benar sembang2 yang mengatakan bahawa mereka anggap BN ni macam agama. Malah kalau dilihat kepada pimpinan negeri sekalipun, amat menyedihkan. DSAI harus sedar, politik adalah persepsi, walaupun tidak benar. Kita harus dilihat bersih,walaupun sebenarnya tidak, tetapi lebih baik kita bersih, dan kita dilihat bersih. Pimpinan negeri dan bahagian tidak banyak menonjolkan diri di kalangan masyarakat kecuali ketika kehadiran DSAI. Kepetahan bercakap @ berceramah juga tidak memuaskan. Jadi bagaimana mungkin mereka menyampaikan idea2 dan pandangan yang bernas kepada masyarakat?

  2. 2 jamizal Jan 31st, 2007 at 1:00 am

    saya ingin bertanya adakah benar antara sebab Dato’ Seri dipecat oleh Dr.Mahathir kerana cadangan supaya Malaysia meminjam dari IMF. Jika Ya mengapa? Jika tidak, apa yang sebenarnya berlaku?

  3. 3 nizam Jan 31st, 2007 at 8:22 am

    Salam,

    Saya nak cadangkan supaya pakatan pembangkang boikot semua kerusi Parlimen dan DUN di PEMILU ke 12 kecuali Parlimen Kepala Batas. Pak Anwar jadi calon BA lawan Pak Lah. Pastinya seluruh media antarabangsa akan berkampung di Kepala Batas kerana pertarungannya bukan sembarangan dan mereka akan menyaksikan sendiri bagaimana demokrasi Malaysia dioperasikan secara jijik.

  4. 4 fahmi Jan 31st, 2007 at 9:20 am

    Untuk memperhebatkan pengedaran maklumat saya mencadangkan Buletin Keadilan dikeluarkan dalam format pdf. Perkara ini pernah dilakukan ketika pilihanraya kecil Indera Kayangan.

    Seeloknya dikeluarkan sekerap mungkin dan boleh di muat turun dari laman blog ini, laman web keadilan dll. Arahan perlu dikeluarkan secara rasmi kepada semua penyokong BA supaya ianya dicetak sebanyak mungkin dan diedarkan untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.

    Memang kita dikongkong tetapi tidaklah sampai perlu masukkan maklumat dlm kuih seperti di Cina suatu ketika dulu. Manfaatkan setiap ruang yang ada.

  5. 5 Spotlight Jan 31st, 2007 at 3:50 pm

    Gerakan rakyat Bangladesh yg menuntut pilihanraya yg adil & bersih begitu menonjol sehingga mendapat reaksi meluas media antarabangsa. Sebaliknya di negara ini, gerakan rakyatnya untuk memprotes SPR masih lemah dan pasif. Walaupun tekanan tidak sehebat yg dialami gerakan Hizbullah @ Hamas yg berdepan anasir dalam & luar, namun pada tahap ini kita masih gagal mendesak secara berterusan pada badan SPR ini melakukan rombakkan bagi memastikan keadilan dan ketelusan pada PRU ke-12 ini.

    Mustahil perubahan tidak akan berlaku jika usaha digandakan. InsyaAllah… berjaya

  6. 6 Ibnu Hassan Feb 1st, 2007 at 11:03 pm

    Sekadar menguatkan hujah:-
    ‘Boikot boleh boikot, tapi tak guna tanpa penyertaan rakyat’

    Malaysia Today

    Tahniah kepada Barisan Nasional kerana mendapat kemenangan di Batu Talam. Majoriti calon BN ke atas calon bebas menunjukkan mereka telah berjaya meraih undi tambahan berbanding Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu. Ia hanya membuktikan BN terus mengawal dan mempertahan sedaya upayanya agar menang dari segi bilangan kertas undi atau menang moral.

    Mereka mendapat majoriti seperti yang dijangkakan dan mereka tentunya telah berusaha bersunguh-sungguh supaya pihak pembangkang tidak dapat memalukan BN. Ini dapat dilihat daripada jenteranya yang turun padang menjaga dan mengawal pengundi-pengundi di Batu Talam. Memang mereka patut menang. Petugas-petugas mereka turun padang dan menceritakan sikap pembangkang yang memboikot kerana sudah tidak yakin akan menang. Itu mereka kempen kepada penyokong-penyokong dan juga pengundi atas pagar.

    Pihak pembangkang terpaksa menelannya walaupun pahit dan kembali semula ke meja perancangan, mengapa boikot yang diisytiharkan tidak mencapai impak yang diharapkan. Atau adakah pihak pembangkang sendiri tidak tahu apa yang mereka mahu daripada boikot tersebut.

    Pihak pembangkang gagal menjelaskan kepada pengundi di Batu Talam, mengapa mereka boikot, sedangkan itu yang menjadi tugas utama mereka setelah mengisytiharkan boikot. Pembangkang gagal menerangkan isu-isu dan alasan-alasan dengan jelas dan yakin kepada para pengundi.

    Pembangkang nampak bercelaru dan tiada usaha bersepadu untuk memastikan mesej boikot difahami oleh pengundi-pengundi Batu Talam.

    Begitu juga pengundi atas pagar dan penyokong Barisan Nasional tidak diberikan penjelasan akan sebab boikot. Pembangkang takut untuk memasuki kawasan penyokong BN.

    Tinjauan di medan mendapati, ada penyokong-penyokong BN yang tidak bersetuju dengan calon BN Abdul Aziz Karim. Bagi mereka, Aziz memang terkenal dengan berbagai salahlaku dan mereka begitu masak dengan sikap Aziz. Mengapa pembangkang tidak mendekati kelompok ini, serta menjelaskan tindakan boikot yang sedang dibuat oleh pembangkang?

    Sikap pembangkang yang tidak merangka strategi boikot dari pengisytiharannya sehingga selepas penamaan calon dan akhir sekali pada hari pembuangan undi. Tidak hairanlah, pemimpin-pemimpin pembangkang berbeza pendapat dalam isu boikot itu. Ada yang berkata, jika sudah isytihar boikot, boikot sajalah, tidak perlu berjumpa pengundi-pengundi lagi. Ada pula berpandangan jika ahli-ahli parti selain PAS turun ke Batu Talam, akan memasuki teritori PAS dan menyentuh sensitiviti pimpinan PAS tempatan.

    Cara berceramah tidak akan memberikan hasil yang berbeza daripada yang lepas-lepas. Pengundi atas pagar tidak akan pergi ke ceramah-ceramah pembangkang, jika ada, hanya segelintir kecil sahaja. Kaedah baru perlu digunakan untuk meraih sokongan. Mengapa pembangkang tdak belajar daripada kesilapan mereka yang lalu?

    Kini, lihat saja akhirnya sikap sambil lewa dan perancangan yang setengah masak telah melepaskan peluang bagi pembangkang mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap telus dan membuktikan kepada rakyat bahawa tindakan mereka wajar disokong dan didokongi.

    Apa gunanya boikot jika tujuan boikot tidak kesampaian? Bagaimana para pengundi dapat menerima alasan-alasannya bila tiada usaha yang bersungguh-sungguh dibuat menjelaskan tujuannya kepada pengundi.

    Dengan alasan di atas dan yang lain-lain, adalah difikirkan memang wajar pembangkang mendapat tamparan kerana boikot mereka tidak menjadi dan rakyat juga tidak yakin mereka dapat mengubah apa-apa.

    http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=2186

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2007
M T W T F S S
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031