uzair memberi pendapat:
assalammalaikum DS,
saya amat kagum dengan DS dan keberanian dan perjuangan DS untuk memartabatkan kembali maruah DS.Saya merupakan penyokong PAS yang sangat kuat walaupun ketika itu saya masih bersekolah lagi..Dan hampir setiap negeri telah saya pergi untuk mendengar ceramah atau lebih elok saya sifatkan sebagai wadah bagi PAS untuk menterjemahkan perjuangan mereka.Tetapi,itu dulu.Sekarang tidak lagi.Mengapa..kerana saya bukanlah seorang yang suka mendengar kata-kata makian atau carut yang banyak sekali dilemparkan oleh kebanyakan pemimpin yang amat-amat saya hormati dengan imej islam yang tegar dan telus.Bagi saya,apa yang saya dapat hanyalah gelak ketawa dan hiburan serta hanya sedikit input tentang perjuangan serta perihal keislaman.
di sini saya ingin mencadangkan ceramah-ceramah atau wadah yang perlu kita jelaskan biarlah hampir dengan apa yang kita perjuangkan.rakyat kita bukan tidak pandai,cuma kurang yakin dengan karisma pemimpin yang hanya menghebahkan itu dan ini,serta tanpa bukti yang kukuh yang menyebabkan para pengundi masih tidak sama-sama turut dalam perjuangan. mereka tidak faham sebenarnya.keyakinan rakyat akan lebih teguh sekiranya mereka didedahkan dengan isu dan fakta yang lebih kukuh..saya hanyalah seorang politician yang muda lagi tidak berpengalaman tetapi bukan tiada ilmu dan pengetahuan.apa kata selepas ini DS lebih menumpukan objektif sebenar yang perlu DS jayakan.insyaallah,perjuangan menentang para keparat kerajaan sekarang ini akan berjaya hendaknya..orang sekarang tak guna dacing nak timbang,tak accurate,,jadi akan berat sebelah..tapi sekarang orang tetap tengok bulan dan bulan tetap dijadikan panduan atas satu-satu perkara walaupun teknologi makin
maju..Assalammualaikum..
Uzair
Kita perlu bersedia bekerjasama dengan PAS kerana dalam perkara pokok kita sealiran. Yang utama ialah memantap kerja dan strategi perjuangan.Saya sedang berusaha dengan rakan-rakan Keadilan memperkuat lagi jentera.
















Datuk Seri..
saya akui ini adalah sebahagian propaganda media untuk melaga-lagakan pimpinan pembangkang dan bertujuan mengelirukan ahli & pendukung perjuangan pembangkang,tapi saya juga tidak boleh lari dari beranggapan yang kupasan ini dibuat daripada kenyataan yang keluar daripada Datuk Seri sendiri.
al kisahnya bermula daripada kenyataan yang disiarkan oleh BERNAMA,saya sisipkan di bawah..
DAP Ulangi Tidak Akan Bekerjasama Dengan PAS
PULAU PINANG, 25 Jan (Bernama) - DAP mengulangi tidak akan bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang kerana pendirian parti itu yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, walaupun parti itu menghormati Perlembagaan yang menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini namun sebarang hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam haruslah ditolak.
“Kita terima agama Islam adalah agama rasmi negara tetapi kita tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam,” kata beliau dalam Ceramah Perdana DAP di sini Rabu malam.
Katanya, berdasarkan Perlembagaan negara, agama Islam hanya diterima sebagai agama rasmi di Malaysia serta rakyat diberi kebebasan beragama dan DAP akan mempertahankan perkara itu.
Karpal berkata, DAP tidak akan menerima PAS jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam di negara ini kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Penasihat parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir pada ceramah itu berkata, Keadilan juga akan mempertahankan Perlembagaan yang menerima Islam sebagai agama rasmi dan parti itu tidak berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri turut membayangkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang dengan berkata: “Janganlah seronok dengar sahaja apa yang saya cakap tapi bagilah undi bagi saya menang”.
Beliau juga mendesak supaya ahli akademik keturunan Cina dilantik sebagai Naib Canselor bagi sekurang-kurangnya tiga buah universiti awam.
Pada majlis itu, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menyentuh mengenai bantahan terhadap cadangan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam serta isu-isu mengenai prestasi ekonomi negara.
Mungkin Datuk Seri boleh mengulas dengan panjang lebar mengenai isu ini.
Salam,
Pada hemat saya,telah banyak salah faham yang digembar-gemburkan oleh segolongan orang tentang proses menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang cuba diperjuangkan PAS.
Saya perhatikan mungkin ini disebabkan sebahagian daripada kelompok-kelompok ini kurang faham matlamat yang cuba digariskan oleh PAS dalam pembentukan sebuah negara Islam berdasarkan demokrasi yang dalam erti kata lain mengikut suara rakyat.Jadi,mereka harus sedar bahawa negara Islam yang diperjuangkan PAS hanya akan tertegak apabila rakyat Malaysia terbuka pintu hati dan bersedia menerima pembentukan undang-undang syariah ini.Bayangkan untuk meluluskan sesuatu undang-undang di parlimen,pembangkang memerlukan majoriti 2/3 dan PAS harus memilih jalan ini untuk mencapainya.
Oleh itu pada saya adalah tidak wajar kita menyalahkan PAS semata-mata kerana matlamat perjuangannya untuk menegakkan negara Islam walhal PAS sebenarnya menyerahkan hak dan suara rakyat dalam menentukan hala tuju Malaysia.Perhatikanlah sahaja Kelantan pada waktu sekarang.Walaupun menerima banyak rintangan namun negeri Kelantan tetap aman dan makmur dan lebih baik sebenarnya daripada sesetengah negeri yang kononnya diperintah oleh sebuah kerajaan yang mesra rakyat.
Seharusnya inilah yang diperjelaskan kepada sekalian rakyat jelata bahawa perjuangan PAS dalam menegakkan sebuah negara Islam sebenarnya melalui proses demokrasi dan menyerahkan hak sepenuhnya kepada penduduk Malaysia untuk memilih samaada perlunya penegakan undang2 syariah di Malaysia ataupun tidak.
Namun,buat masa kini,tumpuan kita seharusnya dijuruskan ke arah melipatgandakan usaha mem’bersih’ pentadbiran Malaysia dan ke arah menegakkan keADILan dalam negara kita.Seharusnya kita tidak dilalaikan dengan propaganda2 media dan langau2 yang cuba merosakkan ikatan pembangkang.Justeru itu, PAS dan PKR harus kembali kepada agenda sebenar reformasi yang cuba dibawa oleh DSAI ini.
Walaupun sinaran kemenangan masih samar namun,insyaAllah atas tekad yang kuat ke arah perubahan akan memberi satu impak yang baik dalam membentuk sebuah demokrasi yang lebih adil di Malaysia.InsyaAllah jika kemenangan berjaya diperoleh,perundingan boleh dilakukan baik melalui rakyat Malaysia yang Islam mahupun bukan Islam samada perlunya undang2 syariah dalam sebuah negara seperti Malaysia.
Ini cuma pendapat peribadi saya dan ia tidak melibatkan langsung pendirian ataupun kehendak mana2 parti politik.
Sekian.Wassalam
Tidak rugi berkerjasama dengan PAS. Asasnya Islam dan PAS, jika dilihat dalam sejarah perjuangannya PAS tidak pernah khianat kepada rakan seperjuangan. Yang nyata rakan-rakan yang dalam kesusahan datang kepada PAS tetapi bila senang sering menikam PAS dari belakang. Kita hormat pendirian dan prinsip DAP tapi DAP wajib hormat prinsip kita. As simple as that.
DSAI,
Saya baru2 ini telah berbicara dgn seorg ahli PAS. Beliau menyuarakan bahawa rata2 ahli PAS tidak puashati dgn keadilan krn tidak membenarkan atau memberi laluan utk PAS bertanding dikawasan yg mana ramai ahli PAS. Contohnya di DUN Manjoi pd 2004, mereka marah krn tidak diberi peluang, beliau juga menyatakan jika perkara ini berlaku lagi beliau dan rakan2 ahli PAS akan membuat undi rosak. Saya harap isu ini dapat di perjelaskan dan satu kerjasama dan tolak ansur antara PAS dan Keadilan dapat diadakan dan juga dapat disebarkan kpd ahli kedua-dua parti bagi mengelak salah faham yg mungkin akan menjadi titik retak dan belah yg boleh merosakkan permuafaktan BA khususnya dan maslahat pembentukan pemerintahan baru ammnya.