Asian Renaissance Bergema Lagi di Kenyir

28 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

kenyir
Para Peserta,Penganjur dan DS Anwar bersama bergambar selepas sesi Ceramah ‘The Future of Asia’.

Sebuah Program Kepimpinan Muda Asia hasil kolaborasi Institut Kajian Dasar (IKD) dan Yayasan Keamanan Sasakawa,Jepun yang diistilahkan sebagai ‘Asian Renaissance: Capacity Building For Future Leaders in Southeast Asia‘ telahpun berlangsung pada 21 sehingga 26 Januari lepas bertempat di Tasik Kenyir,Terengganu.Program yang disertai oleh 24 peserta dari Malaysia & Indonesia yang datang daripada pelbagai latar belakang ini antara lain turut membabitkan penyertaan aktif oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai salah seorang penceramah dalam 3 sesi yang disusun oleh pihak penganjur.

DS Anwar yang melapangkan masa selama 2 hari bersama para peserta antara lain telah menyempurnakan 2 sesi diskusi meja bulat, iaitu membincangkan mengenai esei ‘Passion of Freedom’ (nukilan beliau tatkala terpenjara di Sungai Buloh) dan juga mahakarya beliau ‘The Asian Renaissance’. Idea beliau mengenai konsep kebebasan dan pembangunan menjadi intipati utama perbincangan tersebut yang mendapat penyertaan aktif daripada kalangan peserta.

DS Anwar turut menyampaikan satu syarahan bertajuk ‘The Future of Asia’, yang antara lain menggarap pendapat dan harapan beliau mengenai pemugaran idealisme yang jitu ke arah merencana masa depan Asia.Beliau yakin bahawa kebangkitan semula Asia hanya boleh dicetuskan andai wujud kesepakatan untuk membersihkan Asia daripada nilai-nilai yang sempit dalam kerangka yang terbatas lantaran percaturan songsang pimpinan yang rakus dan korup.

Turut menyampaikan kuliah dan ceramah adalah Dr Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand; Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim, Bekas CEO Guthrie & Bendahari Agung keADILan; dan Dr V.A Pai, penggiat demokrasi terkemuka dari India.

kenyir1
Majlis Diskusi Meja Bulat Asian Renaissance Dipengerusikan oleh Alpha Aminurrahman, Peserta Dari Delegasi Indonesia

kenyir2
DS Anwar sewaktu menjawab soalan daripada seorang peserta

kenyir3
Sesuatu menarik perhatian DS Anwar


Pendapat Anda

Switch to our mobile site