28
Jan
07

Anwar Ambil Pendekatan ‘hands on’ Dalam keADILan

Nik Nazmi

Saya menulis blog ini di Corus Hotel KL. Saya berada di sini kerana Program Kerja: Memantap Perjuangan keADILan. Peserta terdiri daripada ahli MPT keADILan, ahli perniagaan, aktivis sosial termasuk anak-anak muda. Yang mungkin mengejutkan para peserta, malah saya sendiri, ialah pendekatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya telah mengatakan apabila saya kembali ke Malaysia, saya akan ambil pendekatan ‘hands on’ untuk keADILan. Dan ianya bermula dengan program kerja ini.”

Cakap memang mudah, tapi sememangnya beliau memimpin peserta untuk berbincang, berdiskusi dan seterusnya mendapat keyakinan baru untuk menghadapi PRU-12. Penganjur juga mengadakan dialog dengan Sdr. Lim Kit Siang dan Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Malah, untuk kuliah Subuh Ustaz Badrul Amin Baharon, saya sangkakan saya sudah awal apabila turun pada pukul 6 pagi, rupa-rupanya Datuk Seri Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah pertama sekali berada di surau bersama Sdr. Wan Zainal dan Cikgu Zulkifli.

Tetapi peserta lebih tepati masa untuk program seterusnya, kerana Datuk Seri Anwar telah memberi pesan: “Siapa lambat sampai, tidak dibenarkan bertanding!”


12 Responses to “Anwar Ambil Pendekatan ‘hands on’ Dalam keADILan”


  1. 1 Ibnu Hassan Jan 28th, 2007 at 8:22 pm

    Rakyat menunggu2 berulangnya Gelombang Reformasi ‘99. Tapi sayang, dengan ketiadaan Ezam dalam Angkatan Muda, sedikit sebanyak mencacatkan harapan tersebut. Pun begitu, diharap Syamsul dapat memberikan yang terbaik, kalau boleh lebih baik dari Ezam. Kalau dulu, Pemuda keADILan dapat menampilkan tokoh2 Pemuda terutama dalam siri Sumpah Keramat, kenapa sekarang tidak? Yang diketahui aktif dalam ceramah2 cuma Sam dan Bad. Faris,Amir dan 2-3 orang lagi cuma dapat didengar di Kongres.
    Jelajah SISMEP ke negeri2 juga belum selesai. Dalam masa 7-8 bulan akan datang, adakah sempat AMK negeri membuat persiapan? Sdra juga menyedari bahawa kebanyakan AMK Negeri kebanyakkannya belum cukup mantap untuk ‘full run’ pemilu walaupun sudah lebih 7 tahun ditubuhkan. AMK Negeri di 2 negeri hadapan keADILan juga masih kelihatan kurang mantap, walaupun jauh lebih baik dari AMK Negeri yang lain. Pada hemat saya yang jahil ni, alangkah baiknya kita menumpukan kualiti daripada kuantiti. Ada seorang Anwar Ibrahim adalah lebih baik daripada 10,000 Ibnu Hassan; tetapi lebih baik kalau ada 10,000 Anwar Ibrahim. Saya berharap pimpinan pusat dapat memberi latihan yang berkesan kepada pimpinan negeri dan bahagian, supaya target 10,000 Anwar Ibrahim dapat dicapai. Saya lihat pimpinan negeri sekarang pun macam ‘hidup segan, mati tak mau’.

  2. 2 a.azreen Jan 28th, 2007 at 9:51 pm

    Salam buat DSAI dan semua pembaca;

    Saya sekadar ingin bertanya mengenai satu persoalan yang mungkin lebih cenderung ke arah persediaan parti untuk menghadapi pemilihan pucuk pimpinan negara dalam waktu yang terdekat ini.

    Tempoh 50 tahun pada pandangan saya, adalah satu jangka masa yang singkat bagi Malaysia dalam pembinaan identitinya. Saya tertanya-tanya, tentang kewujudan sebilangan rakyat Malaysia yang suatu ketika dahulu melaungkan agenda reformasi, tetapi kini sepi tanpa berita. Majoritinya terikat dengan satu kuasa mega yang menggelarkan dirinya sebagai “sebuah kerajaan yang telus dan adil”. Wallahu’alam.

    Mungkinkah kerana selama ini, negara kita hanya diperintah oleh sebuah parti, atau lebih tepat lagi ialah gabungan parti-parti (Perikatan) yang kemudiannya bertukar menjadi BN dan ini menjadikan rakyat sedikit takut untuk melakukan perubahan (memilih Barisan Alternatif).

    Bagaimana jentera parti akan membolosi setiap tembok yang telah dibina atas kepercayaan rakyat selama 50 tahun, dan bagaimana untuk menyampaikan mesej utama kita bahawa kerajaan kini sedang memperalatkan rakyat?

    Melihat kepada manifesto KEADILAN, saya yakin ia berkemampuan untuk memerintah. Pemerincian kepada dasar-dasar umumnya patut dipuji. Syabas.

    Ainis Azreen~

  3. 3 fahmi Jan 29th, 2007 at 9:55 am

    Kepimpinan Melalui Tauladan. Keadilan sepatutnya berbangga dengan kepimpinan DSAI. Jauhi Sokong Bawa Rebah dan Retorik UMNO…

  1. 1 online poker law Trackback on Mar 1st, 2007 at 11:39 am
  2. 2 butalbital Trackback on Mar 17th, 2007 at 11:43 pm
  3. 3 wellbutrin Trackback on May 19th, 2007 at 6:00 am
  4. 4 discount tramadol Trackback on May 20th, 2007 at 8:17 am
  5. 5 wellbutrin Trackback on May 20th, 2007 at 1:00 pm
  6. 6 cialis Trackback on Jun 27th, 2007 at 12:04 pm
  7. 7 ambien pharmacy Trackback on Jul 24th, 2007 at 6:08 am
  8. 8 buy adipex online Trackback on Aug 3rd, 2007 at 6:19 am
  9. 9 adipex Trackback on Aug 6th, 2007 at 11:07 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2007
M T W T F S S
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031