Archive for January 28th, 2007

28 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Nik Nazmi

Saya menulis blog ini di Corus Hotel KL. Saya berada di sini kerana Program Kerja: Memantap Perjuangan keADILan. Peserta terdiri daripada ahli MPT keADILan, ahli perniagaan, aktivis sosial termasuk anak-anak muda. Yang mungkin mengejutkan para peserta, malah saya sendiri, ialah pendekatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya telah mengatakan apabila saya kembali ke Malaysia, saya akan ambil pendekatan ‘hands on’ untuk keADILan. Dan ianya bermula dengan program kerja ini.”

Cakap memang mudah, tapi sememangnya beliau memimpin peserta untuk berbincang, berdiskusi dan seterusnya mendapat keyakinan baru untuk menghadapi PRU-12. Penganjur juga mengadakan dialog dengan Sdr. Lim Kit Siang dan Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Malah, untuk kuliah Subuh Ustaz Badrul Amin Baharon, saya sangkakan saya sudah awal apabila turun pada pukul 6 pagi, rupa-rupanya Datuk Seri Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah pertama sekali berada di surau bersama Sdr. Wan Zainal dan Cikgu Zulkifli.

Tetapi peserta lebih tepati masa untuk program seterusnya, kerana Datuk Seri Anwar telah memberi pesan: “Siapa lambat sampai, tidak dibenarkan bertanding!”

28 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

kenyir
Para Peserta,Penganjur dan DS Anwar bersama bergambar selepas sesi Ceramah ‘The Future of Asia’.

Sebuah Program Kepimpinan Muda Asia hasil kolaborasi Institut Kajian Dasar (IKD) dan Yayasan Keamanan Sasakawa,Jepun yang diistilahkan sebagai ‘Asian Renaissance: Capacity Building For Future Leaders in Southeast Asia‘ telahpun berlangsung pada 21 sehingga 26 Januari lepas bertempat di Tasik Kenyir,Terengganu.Program yang disertai oleh 24 peserta dari Malaysia & Indonesia yang datang daripada pelbagai latar belakang ini antara lain turut membabitkan penyertaan aktif oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai salah seorang penceramah dalam 3 sesi yang disusun oleh pihak penganjur.

DS Anwar yang melapangkan masa selama 2 hari bersama para peserta antara lain telah menyempurnakan 2 sesi diskusi meja bulat, iaitu membincangkan mengenai esei ‘Passion of Freedom’ (nukilan beliau tatkala terpenjara di Sungai Buloh) dan juga mahakarya beliau ‘The Asian Renaissance’. Idea beliau mengenai konsep kebebasan dan pembangunan menjadi intipati utama perbincangan tersebut yang mendapat penyertaan aktif daripada kalangan peserta.

DS Anwar turut menyampaikan satu syarahan bertajuk ‘The Future of Asia’, yang antara lain menggarap pendapat dan harapan beliau mengenai pemugaran idealisme yang jitu ke arah merencana masa depan Asia.Beliau yakin bahawa kebangkitan semula Asia hanya boleh dicetuskan andai wujud kesepakatan untuk membersihkan Asia daripada nilai-nilai yang sempit dalam kerangka yang terbatas lantaran percaturan songsang pimpinan yang rakus dan korup.

Turut menyampaikan kuliah dan ceramah adalah Dr Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand; Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim, Bekas CEO Guthrie & Bendahari Agung keADILan; dan Dr V.A Pai, penggiat demokrasi terkemuka dari India.

kenyir1
Majlis Diskusi Meja Bulat Asian Renaissance Dipengerusikan oleh Alpha Aminurrahman, Peserta Dari Delegasi Indonesia

kenyir2
DS Anwar sewaktu menjawab soalan daripada seorang peserta

kenyir3
Sesuatu menarik perhatian DS Anwar


28 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

dsaibrisbane
Dalam sibuk mengemaskinikan beberapa hal-hal berkaitan blog,saya mendapat berita melalui Bernama dan Courier Mail tentang DSAI dalam rangka melengkapkan tesis Ph.D beliau di Universiti Brisbane,Australia dalam pengkhususan mengenai demokrasi & korupsi di Asia Tenggara.

Sekalung apresiasi buat DSAI atas komitmen akademik terbaru beliau.
Jangan lupa ‘singgung’ sedikit isu-isu di Malaysia,tapi rasanya itu mauduk wajib!!

ADIhamka

28 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

apandi963 menanyakan:

apakah tindakan BA memboikot pilihanraya kecil di Batu Talam boleh memberi impak maksimum terhadap kerajaan yang ada pada hari ini? Bagaimana dengan pilihanraya umum nanti? Boikot juga?

Apandi963,
Kita terpaksa memboikot pilihanrayaraya kecil tersebut untuk memberi mesej jelas kepada negara dan dunia mengenai penipuan SPR & BN. Kita tidak boleh berkompromi lagi!

28 January 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

uzair memberi pendapat:

assalammalaikum DS,

saya amat kagum dengan DS dan keberanian dan perjuangan DS untuk memartabatkan kembali maruah DS.Saya merupakan penyokong PAS yang sangat kuat walaupun ketika itu saya masih bersekolah lagi..Dan hampir setiap negeri telah saya pergi untuk mendengar ceramah atau lebih elok saya sifatkan sebagai wadah bagi PAS untuk menterjemahkan perjuangan mereka.Tetapi,itu dulu.Sekarang tidak lagi.Mengapa..kerana saya bukanlah seorang yang suka mendengar kata-kata makian atau carut yang banyak sekali dilemparkan oleh kebanyakan pemimpin yang amat-amat saya hormati dengan imej islam yang tegar dan telus.Bagi saya,apa yang saya dapat hanyalah gelak ketawa dan hiburan serta hanya sedikit input tentang perjuangan serta perihal keislaman.
(more…)